Timur Tengah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Mar 2026 04:02:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Timur Tengah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Konflik Timur Tengah : Lebih 400 pelajar Sabah dilaporkan selamat https://sabahmedia.com/2026/03/06/konflik-timur-tengah-lebih-400-pelajar-sabah-dilaporkan-selamat/ https://sabahmedia.com/2026/03/06/konflik-timur-tengah-lebih-400-pelajar-sabah-dilaporkan-selamat/#respond Fri, 06 Mar 2026 04:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92737
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU :  Lebih 400 pelajar Sabah yang sedang menuntut di negara Timur Tengah termasuk Mesir, Jordan dan Arab Saudi dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan terkawal susulan konflik yang berlaku di Timur Tengah. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pelajar-pelajar terbabit melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti terkemuka di rantau tersebut.

Beliau berkata,  majoriti pelajar Sabah berada di Mesir, khususnya di Universiti Al-Azhar, Kaherah, yang terkenal dengan program pengajian agama. 

“Setakat ini, keadaan para pelajar dilaporkan baik dan stabil. Pegawai Yayasan Sabah yang ditugaskan di Kaherah memantau keadaan mereka secara berterusan dan sentiasa berhubung dengan pihak universiti.

“Kami juga memastikan mereka berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Amman, dan Arab Saudi bagi memudahkan komunikasi dan tindakan segera jika perlu,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini pada Jumaat.

Arifin yang juga Exco Agama Sabah berkata, pegawai yang bertugas di Mesir telah lama berkhidmat di negara tersebut hampir lebih 10 tahun, termasuk semasa krisis sebelum ini, dan mempunyai pengalaman luas dalam menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Timur Tengah. 

“Pegawai ini sudah lama ditugaskan dan akan memastikan pelajar kita mendapat perhatian sewajarnya,” tambah beliau.

Selain itu, Arifin berkata, pihak berkuasa Malaysia melalui Kementerian Luar (Wisma Putra) dan Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa dikemas kini mengenai situasi pelajar.

Dalam pada itu, Arifin berkata, sebahagian besar pelajar menerima biasiswa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), manakala yang lain mendapat sokongan melalui biasiswa Yayasan Sabah, biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, serta sumbangan daripada Tabung Pendidikan Negeri Sabah.

Berhubung dengan kaedah pengajian, Arifin berkata, para pelajar sedang mengikuti kelas secara langsung di universiti masing-masing. 

Katanya, keadaan di Mesir dan lokasi lain di Timur Tengah dilaporkan terkawal, dan tiada sebarang masalah yang mengganggu perjalanan akademik mereka.

“Kerajaan Sabah, Yayasan Sabah, dan pihak berkepentingan akan terus memantau perkembangan dan berhubung secara rapat dengan pihak universiti serta kedutaan bagi memberi keyakinan bahawa keselamatan dan kesejahteraan pelajar sentiasa terjaga,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/06/konflik-timur-tengah-lebih-400-pelajar-sabah-dilaporkan-selamat/feed/ 0 92737
RM1.85 juta untuk bantu pelajar Sabah di Timur Tengah https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/ https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/#respond Sun, 19 Mar 2023 06:19:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31087
Read Time:1 Minute, 37 Second

KAHERAH: Kerajaan Negeri meluluskan RM1.85 juta untuk membantu meringankan beban pelajar Sabah yang sedang belajar di Mesir, Arab Saudi dan Jordan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Negeri memahami kos sara hidup tinggi yang dihadapi oleh pelajar di Timur Tengah,” katanya sambil menambah bahawa Yayasan Kebajikan Sabah dan Yayasan Sabah akan menyelaraskan bantuan.

Ketua Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan bersama pelajar Sabah yang sedang menuntut di universiti di Mesir, Jordan dan Arab Saudi anjuran Yayasan Sabah di Al-Saraya Intercontinental, Hotel City Star, di sini pada Sabtu.

Hajiji bertemu pelajar-pelajar Sabah di Timur Tengah. – Foto ihsan JKM Sabah

Lebih 200 pelajar Sabah kini sedang menuntut di negara-negara tersebut.

Hajiji menyeru kepada semu pelajar supaya terus fokus pada pelajaran dan mempelajari Al-Quran dan hadis secara mendalam.

“Saya mahu anda semua terus fokus pada pelajaran dan gunakan peluang ini untuk mempelajari Al-Quran dan Hadis secara mendalam. Mempunyai pemahaman yang lebih mendalam akan meningkatkan intelek anda, nilai yang akan menjadi aset kepada anda apabila kembali berkhidmat kepada negara,” katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Dalam majlis itu, Hajiji turut menyaksikan penyerahan RM10,000 untuk membeli buku perpustakaan Wisma Yayasan Sabah di situ daripada Majlis Islam Sabah (MUIS), set Hadrah bernilai RM4,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah serta set komputer kepada Persatuan Pelajar Mesir disumbangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Hajiji bertemu pelajar-pelajar Sabah di Timur Tengah. – Foto ihsan JKM Sabah

Ketua Menteri turut mengadakan sesi minum pagi bersama pelajar sebelum meneruskan penerbangan bersama isteri dan rombongan ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Pada 16 Mac lalu, Ketua Menteri telah melawat Ekspo dan Persidangan Keselamatan Maklumat Teluk (GISEC) di Pusat Dagangan Dunia Dubai. Beliau diiringi oleh Safar, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie dan ahli lembaga pengarah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/feed/ 0 31087