tingkat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 Feb 2024 14:23:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tingkat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peruntukan RM553.07 juta, tingkat tahap sara diri tahun ini https://sabahmedia.com/2024/02/04/peruntukan-rm553-07-juta-tingkat-tahap-sara-diri-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2024/02/04/peruntukan-rm553-07-juta-tingkat-tahap-sara-diri-tahun-ini/#respond Sun, 04 Feb 2024 14:23:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49009
Read Time:1 Minute, 58 Second

PUTATAN: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan telah memperuntukkan sebanyak RM553.07 juta untuk sektor pertanian, perikanan dan industri makanan dalam bajet tahun ini demi mempertingkatkan tahap sara diri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus berusaha meningkatkan hasil dan kualiti pertanian dalam memastikan bekalan makanan di negeri ini mencukupi.

“Justeru itu, pelbagai inisiatif dan inovasi diperkenal dan dilaksanakan melalui program-program pembangunan tanaman, akuakultur, penternakan dan pembangunan usahawan tani,” katanya semasa perasmian majlis ramah mesra pemimpin bersama ahli Pertubuhan Peladang daerah Putatan di tapak Mobile Food Kiosk di sini malam ini.

Hajiji berkata kerajaan negeri akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Pertubuhan Peladang Kawasan di negeri ini memandangkan peranan penting mereka dalam pembangunan industri makanan di negeri ini.

“Namun pertubuhan peladang juga perlu mempelbagaikan lagi inisiatif untuk membantu menaikkan taraf sosio ekonomi ahli-ahli pertubuhan peladang di negeri ini.

“Seiring dengan itu, ahli pertubuhan peladang kawasan Putatan diminta
mempelbagaikan aktiviti ekonomi termasuk meneroka peluang dalam industri hiliran. Bukan saja di Putatan malah ahli peladang di seluruh negeri juga perlu menceburi industri hiliran.

“Ahli peladang tidak boleh sekadar menghasilkan bahan mentah untuk dipasarkan, sebaliknya mempelbagaikan hasil keluaran supaya dapat memenuhi permintaan pasaran. Sebagai contoh penghasilan pisang dan nanas yang boleh diproses menjadi makanan ringan seperti kerepek,” katanya.

Ketua Menteri berkata penerokaan kepada industri hiliran penting memandangkan ketika ini negara masih mengimport sejumlah makanan dari luar negara bagi memenuhi keperluan tempatan.

“Dengan meneroka peluang seperti ini, ahli peladang akan turut dapat meningkatkan sosioekonomi keluarga,” katanya.

Hajiji berkata Putatan mungkin tidak dapat menjalankan aktiviti pertanian komoditi berskala besar kerana saiznya yang agak kecil berbanding daerah lain di negeri ini tetapi dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu, ahli Pertubuhan Peladang Putatan berpeluang menjadi pemain industri pemasaran rantaian nilai agromakanan.

“Saya berharap lebih ramai ahli pertubuhan peladang menceburi bidang perniagaan dalam agro makanan dengan memperolehi bekalan bahan mentah dari daerah lain untuk dijadikan produk usahawan yang boleh di pasarkan di Kota Kinabalu.

“Cari jalan dan peluang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan atau pihak swasta dengan mewujudkan kerjasama pintar dalam semua aspek rantaian nilai sektor agromakanan,” katanya.

Ketua Menteri juga mengalu-alukan penubuhan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian atau Peladang Outlet di Kampung Meruntum Putatan dan beliau yakin dengan wujudnya Peladang Outlet ini secara tidak langsung akan menyumbangkan peluang pekerjaan serta peluang perniagaan kepada masyarakat peladang di daerah Putatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/04/peruntukan-rm553-07-juta-tingkat-tahap-sara-diri-tahun-ini/feed/ 0 49009
Tingkat kesedaran tentang keselamatan elektrik https://sabahmedia.com/2023/10/26/tingkat-kesedaran-tentang-keselamatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2023/10/26/tingkat-kesedaran-tentang-keselamatan-elektrik/#respond Thu, 26 Oct 2023 05:16:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44196
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Negeri Sabah (STPBNS) menyeru semua pihak dalam komuniti masyarakat untuk peka dan sedar akan kepentingan untuk mengetahui tentang keselamatan elektrik.

Pemangku Pengarah, Ahmad Azran Mualap berkata, suruhanjaya itu mempunyai peranan utama untuk mengawal selia keselamatan termasuk melindungi orang awam daripada bahaya semasa aktiviti penggunaan elektrik.

“Setiap kali kita dalam aktiviti penggunaan elektrik, kita sebenarnya terdedah kepada risiko bahaya.

“Penting untuk kita semua memandang serius perkara ini dan mengendalikan semua aktiviti penggunaan elektrik, tidak kira dalam kegunaan domestik yang bervoltan rendah atau kegunaan luar yang bervoltan tinggi.

“Kedua-dua keadaan ini menuntut kita untuk berhati-hati, berwaspada, tidak cuai dalam perihal aktiviti elektrik, semak dan saling mengingatkan apa yang boleh dan tidak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam sebuah seminar yang disertai oleh lebih 40 peserta terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan negeri di sini pada Rabu.

Mereka terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Seminar itu turut dijayakan bersama Energy Commission of Sabah (ECoS) selaku badan kawal selia industri gas berpaip di negeri Sabah.

Menurut Ahmad, program seminar itu dianjurkan untuk memfokuskan dan memberi kesedaran kepada kakitangan awam mengenai keselamatan elektrik.

“Kita mahu mereka peka san sedar akan keperluan u tuk mematuhi Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

“Kita ingin elakkan segala risiko berlakunya kejadian yang tidak ingini kerana risiko kemalangan yang berpunca daripada kecuaian aktiviti penggunaan elektrik mampu meragut nyawa.

“Kita mesti sentiasa memberi peringatan kepada semua, dan perlu diingatkan juga bahawa, aktiviti penggunaan elektrik yang dilakukan perlu mengikut spesifikasi dan aturan yang ditetapkan.

“Semasa dalam aktiviti penggunaan elektrik, pengguna perlu.memastikan punca belakan elektrik, wayar, suis utama, plug bekalan tenaga dan perkakasan yang digunakan adalah sesuai dan diluluskan oleh SIRIM, ada spesifikasi yang diluluskan dan disahkan selamat,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, pihak Suruhanjaya Tenaga akan sentiasa mempromosikan dan mendidik masyarakat tentang kepentingan untuk memastikan pendawaian elektrik selamat.

“Pendawaian elektrik sangat penting apabila kita bercakap soal aktiviti penggunaan elektrik.

“Kerja-kerja pendawaian elektrik mesti dilakukan oleh pihak yang arif tentangnya dan diperakui mempunyai kemahiran serta kemampuan.

“Kita ingin elakkan masalah dan risiko kemalangan yang berpunca daripada masalah kecuaian dan salah sambung pendawaian, yang kesan akhirnya mampu membawa kerugian nyawa serta harta benda,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/26/tingkat-kesedaran-tentang-keselamatan-elektrik/feed/ 0 44196