Tingkatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Mar 2024 05:17:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tingkatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Transformasi industri getah, tingkatkan harga jualan getah – Riduan https://sabahmedia.com/2024/03/02/transformasi-industri-getah-tingkatkan-harga-jualan-getah-riduan/ https://sabahmedia.com/2024/03/02/transformasi-industri-getah-tingkatkan-harga-jualan-getah-riduan/#respond Sat, 02 Mar 2024 05:11:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50394
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu mengadakan nilai tambah dan transformasi dalam industri getah bagi memastikan harga komoditi itu lebih berdaya saing, kata Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin (gambar).

Katanya, kejatuhan harga getah kepada sekitar RM 2.80 pada ketika ini telah mengakibatkan ramai penoreh getah enggan untuk meneruskannya sehingga beralih ke tanaman lain yang mengakibatkan negara mengalami kerugian kira-kira RM 2.3 bilion kesan daripada tiada output getah dihasilkan daripada ladang berkeluasan 425,000 hektar.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada harga getah yang dipengaruhi oleh orang tengah serta harga pasaran dunia yang sukar dikawal oleh kerajaan.

“Justeru Kerajaan perlu memberi tumpuan untuk memperkasa sektor industri pembuatan getah tempatan khususnya dalam aspek pengeluaran tayar jenama tempatan seperti yang dilakukan oleh kerajaan menerusi pelaksanaan dasar automotif negara yang telah berjaya menghasilkan Proton.

“Usaha perlu dilakukan bagi menghasilkan tayar jenama tempatan bagi memastikan berlakunya ‘game changer’ atau pun transformasi industri getah agar ianya terus kekal berdaya saing di peringkat global”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahas Titah Ucapan Diraja pada Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut Riduan, mekanisma yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan ialah menerusi suntikan dana atau pinjaman daripada pihak kerajaan kepada pengusaha industri dan pengeluaran produk berasaskan getah.

Katanya, perkara ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan Thailand pada tahun 2016 menerusi pinjaman berjumlah 15 bilion bhat atau sekitar RM 1.78 bilion berdasarkan kadar semasa pada waktu itu kepada sektor pembuatan sarung tangan, tayar dan produk getah.

“Pinjaman ini diberikan dengan syarat yang dikenakan adalah para pengusaha industri getah perlu menggunakan empat tan getah setiap tahun bagi satu juta bhat (RM 119,000) dalam pinjaman mudah.

“Saya percaya inisiatif seperti ini mampu meningkatkan penggunaan getah domestik dan secara tidak langsung akan berupaya meningkatkan harga getah kepada kadar yang lebih kompetetif”, tegasnya.

Beliau bimbang sekiranya tiada tindakan diambil oleh kerajaan dengan kadar segera, ianya akan mengakibatkan industri itu akan terkubur suatu hari nanti, kesan daripada tindakan pekebun getah yang akan beralih kepada tanaman yang lebih menguntungkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/02/transformasi-industri-getah-tingkatkan-harga-jualan-getah-riduan/feed/ 0 50394
Tetapkan KPI, pelan perniagaan lima tahun tingkatkan prestasi kewangan https://sabahmedia.com/2024/02/08/tetapkan-kpi-pelan-perniagaan-lima-tahun-tingkatkan-prestasi-kewangan/ https://sabahmedia.com/2024/02/08/tetapkan-kpi-pelan-perniagaan-lima-tahun-tingkatkan-prestasi-kewangan/#respond Wed, 07 Feb 2024 20:03:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49164
Read Time:2 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap anak syarikat bagi memastikan prestasi operasi dan kewangan mereka dapat diukur, di samping mengemukakan pelan perniagaan lima tahun, antara langkah diambil Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) bagi memantau prestasi anak-anak syarikat dengan rapi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Jawatankuasa Pengurusan Khas juga telah ditubuhkan bagi mengenal pasti beberapa pelaburan baharu yang akan dilaksanakan dengan tujuan mempelbagaikan perniagaan ICSB.

“Sukacita saya maklumkan bahawa Keuntungan Sebelum Cukai (Sebelum audit) Kumpulan ICSB pada 2023 adalah sebanyak RM470 juta. Prestasi baik ini sudah semestinya atas daya kepimpinan di semua peringkat pengurusan dan khidmat bakti seluruh warga Kumpulan Yayasan Sabah.

“Kesan pengisytiharan dividen yang konsisten serta urus tadbir pengurusan kewangan dan perakaunan yang baik ini telah memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini menerusi agihan seperti biasiswa dan bantuan sosial.

“Oleh itu, bagi memastikan ICSB akan sentiasa dapat memberi dana kepada Yayasan Sabah, maka pengurusan perlu sentiasa memantau prestasi anak-anak syarikat mereka,” katanya ketika merasmikan Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Rabu malam.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah itu Kumpulan ICSB telah mempamerkan daya tahan dan kebolehsuaian dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pada tahun 2023, dengan hampir semua sektor yang diceburi anak-anak syarikat mencatatkan pulangan memberangsangkan pada tahun lalu.

“Sektor agro perladangan terutamanya Sabah Softwoods Berhad, Innoprise Plantations Berhad, Benta Wawasan Sdn. Bhd dan Silam Forest Products Sdn. Bhd. Mencatatkan keuntungan gabungan sebanyak RM215 juta bagi tahun 2023, sekali gus menjadi
penyumbang utama keuntungan Kumpulan ICSB bagi tahun 2023 iaitu sebanyak 46 peratus.

“Dalam pelancongan, Tanjong Aru Hotel Sdn. Bhd. (STAR), Innoprise Jungle Lodge Sdn. Bhd. dan Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. menyumbang 12 peratus daripada jumlah keuntungan Kumpulan ICSB dengan keuntungan gabungan sebanyak RM56 juta bagi tahun 2023.

“Sektor minyak, gas dan tenaga melalui NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd. Mengakhiri tahun 2023 dengan keuntungan sebanyak RM24.05 juta, menyumbang 5 peratus daripada keuntungan Kumpulan ICSB bagi tahun 2023,” katanya.

Katanya, sektor perhutanan khususnya Rakyat Berjaya Sdn. Bhd, Norsechem (Sabah) Sdn. Bhd. dan Innovision (PNG) Limited juga mengakhiri tahun 2023 dengan keuntungan gabungan sebanyak RM13 juta, menyumbang 3 peratus daripada keuntungan Kumpulan ICSB bagi tahun 2023.

“Pembayaran dividen keseluruhan anak-anak syarikat kepada ICSB bagi tahun 2023 dijangkakan sebanyak RM195 juta, iaitu 8.6 peratus lebih rendah berbanding tahun 2022. Penurunan ini disebabkan Harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang lebih rendah dalam pasaran berbanding tahun 2022. Namun, tahun lalu menyaksikan peningkatan kadar dividen dalam sektor pelancongan,” katamya.

Beliau berkata penambahan peruntukan perbelanjaan untuk program sosial kepada RM49.89 juta pada 2023 atau peningkatan sebanyak 22.5 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM 40.74 juta, bukti komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam
membawa pembangunan rakyat di negeri ini.

“Dalam pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah berjaya menyediakan pelbagai tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pada tahun 2023 kepada seramai 4,859 pelajar baharu dan yang sedang belajar dengan peruntukan berjumlah RM40.93 juta.

“Setakat tahun 2023, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan dalam
tahun 2022 telah memberi manfaat kepada 2,897 orang pelajar dengan jumlah dana
disalurkan sebanyak RM3.86 juta,” katanya sambil menambah usaha agresif kutipan
bayaran balik pinjaman menghasilkan kutipan yang tertinggi setakat ini berjumlah RM6.56 juta.

Hajiji berkata sebanyak 22 inisiatif Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) telah dilaksanakan pada tahun 2023, dengan pencapaian prestasi keseluruhan 97 peratus.

“Kumpulan Yayasan Sabah juga akan terus menjadi peneraju dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, yang akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri ini dan generasi akan datang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/08/tetapkan-kpi-pelan-perniagaan-lima-tahun-tingkatkan-prestasi-kewangan/feed/ 0 49164
Letak lebih banyak tong sampah, tingkatkan tahap kebersihan di Taman Awam Teluk Likas https://sabahmedia.com/2024/01/07/letak-lebih-banyak-tong-sampah-tingkatkan-tahap-kebersihan-di-taman-awam-teluk-likas/ https://sabahmedia.com/2024/01/07/letak-lebih-banyak-tong-sampah-tingkatkan-tahap-kebersihan-di-taman-awam-teluk-likas/#respond Sun, 07 Jan 2024 06:16:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47620
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Masalah kekurangan kemudahan tong sampah dan meningkatkan tahap kebersihan serta prasarana di kawasan Taman antara isu yang akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, beliau mengakui ketiga-tiga isu menjadi asas penting untuk diselesaikan segera memandangkan kawasan ini tumpuan setiap hari warga bandaraya menjalankan aktiviti seharian mereka.

Katanya, lokasi menempatkan banyak tong sampah sudah dikenal pasti agar pengunjung tidak perlu berjalan jauh sekali gus bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan ini.

“Taman Awam Teluk Likas antara kawasan tarikan utama pelancong luar negara. Sudah tentu masalah seperti ini ditangani segera agar kawasan ini mesra pengunjung serta boleh dilawati oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Saya sendiri melawat serta berjalan kaki sepanjang laluan jogging dan berbasikal ini mengakui tahap kebersihan agak kurang memuaskan kerana terdapat sampah diselitkan dicelah timbunan batu berikutan kekurangan tong sampah.

“Begitu juga dengan sampah yang lambat diangkat sehingga menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan kepada orang ramai yang menggunakan kemudahan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sambil berjalan kaki bersama pegawai dan kakitangan di Taman Awam Teluk Likas di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie.

Dr Sabin berkata, aspek lain akan dititikberatkan adalah mewujudkan lebih banyak tanda petunjuk keselamatan untuk laluan pejalan kaki, berjogging serta mereka yang menggunakan kemudahan berbasikal.

“Kita juga akan menanam lebih banyak pokok serta bunga di beberapa lokasi yang tertentu agar Taman Awam Teluk Likas ini benar-benar mencapai tahap mesra pengguna kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Aspek kebersihan pantai akan kota beri perhatian. Saya akan bertemu dengan Kontraktor Pembersihan Pantai untuk mendapatkan reaksi mereka berkaitan masalah sampah di sekitar kawasan pantai teluk likas ini,” Jelas Dr Sabin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau akan mengambil perhatian kepada rungutan peniaga di Anjung Selera Likas berikutan kekurangan tarikan pengunjung berkunjung ke kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/07/letak-lebih-banyak-tong-sampah-tingkatkan-tahap-kebersihan-di-taman-awam-teluk-likas/feed/ 0 47620
Sabah-PBB bekerjasama tingkatkan pembangunan negeri https://sabahmedia.com/2023/12/04/sabah-pbb-bekerjasama-tingkatkan-pembangunan-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/12/04/sabah-pbb-bekerjasama-tingkatkan-pembangunan-negeri/#respond Mon, 04 Dec 2023 07:05:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46031
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNCT) berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam meningkatkan pembangunan selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Penyelaras Residen PBB bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Karima El Korri berkata demikian ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Ini adalah misi pertama El Korri ke Sabah sebagai penyelaras residen PBB.

Dalam pertemuan itu, El Korri turut membincangkan dengan Ketua Menteri cara untuk 22 agensi PBB di Malaysia dalam mengukuhkan penglibatan mereka di Sabah.

Beliau memberi jaminan bahawa UNCT Malaysia komited sepenuhnya untuk menyokong Sabah dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan rangka kerjanya.

Turut hadir dalam rombongan El Korri ialah Ketua Pejabat Penyelaras Residen dan Perancangan Strategik, Juanita Joseph dan Pakar Ekonomi Kanan, Dr Richard Marshall.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/04/sabah-pbb-bekerjasama-tingkatkan-pembangunan-negeri/feed/ 0 46031
Anugerah SERASI bentuk sekolah-sekolah tingkatkan program, aktiviti alam sekitar – Christina https://sabahmedia.com/2023/10/27/anugerah-serasi-bentuk-sekolah-sekolah-tingkatkan-program-aktiviti-alam-sekitar-christina/ https://sabahmedia.com/2023/10/27/anugerah-serasi-bentuk-sekolah-sekolah-tingkatkan-program-aktiviti-alam-sekitar-christina/#respond Fri, 27 Oct 2023 07:58:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44255
Read Time:3 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) telah membentuk sekolah-sekolah di Negeri Sabah dalam meningkatkan program dan aktiviti berkaitan alam sekitar, aktiviti ko-kurikulum serta inovasi yang berkaitan,” kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Katanya, tahun ini Majlis Anugerah SERASI menyambut ulangtahunnya yang ke-20. Dalam tempoh 20 tahun ini, Anugerah ini telah berjaya mengiktiraf sebanyak lebih 200 buah sekolah seluruh Sabah di dalam pelbagai kategori pengiktirafan.

“Anugerah SERASI merupakan penganugerahan tertinggi di Sabah berkaitan dengan alam sekitar yang melibatkan sekolah. Ianya mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam sekitar,” katanya pada Majlis Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) buat kali yang ke-12, Sesi 2022/2023 sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di sini pada Khamis (21 Okt).

Teks ucapan Christina dibacakan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Sr. Mohd. Yusrie Abdullah.

Christina berkata, program ini adalah merupakan program yang diilhamkan bersama oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (Persekutuan) dengan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (Kerajaan Negeri), dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sabah Wetlands Conservation Society (SWCS) dan disokong oleh PTT Exploration and Production (PTTEP) Malaysia sebagai Rakan Strategik.

“Anugerah ini adalah di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2003.

“Majlis Penganugerahan SERASI ini dihoskan secara bergilir-gilir di antara JPAS dan JAS Negeri Sabah, sekali setiap dua tahun.

“Pada tahun pertama, program dan aktiviti SERASI akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dan sekolah akan dinilai pada tahun kedua untuk melayakkan sekolah ke Majlis penganugerahan seperti yang diadakan pada hari ini (Khamis) ,” katanya.

Menurutnya, objektif utama penganjuran Anugerah SERASI adalah untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah.

“Ia juga untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya

“Selain, mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar,” katanya.

Beliau berkata, anugerah ini juga telah berjaya membolehkan sekolah-sekolah di Sabah memenangi pertandingan alam sekitar di peringkat kebangsaan malahan peringkat rantau Asia Tenggara.

“Yang kita banggakan adalah pencapaian seperti Sekolah Menengah St Michael Penampang telah menjadi Johan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Alam Sekitar Malaysia pada tahun 2017 dan pemenang ASEAN Eco-Schools Award pada tahun 2018 bagi kategori sekolah menengah.

“Berdasarkan rekod juga, SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, dan SJKC Chi Hwa, Sandakan juga telah menerima Anugerah Sekolah Lestari (Emas) Peringkat Kebangsaan bagi sesi 2005/2006, termasuk SM St. Michael, Penampang bagi sesi 2009/2010.

“Selain muncul sebagai pemenang keseluruhan (Emas), beberapa sekolah di Sabah juga telah menerima Anugerah Khas misalnya SM St. Michael Penampang dalam kategori Kepimpinan dalam Pengurusan Alam Sekitar sesi 2007/2008 dan Pembudayaan Hidup Lestari di kalangan Warga Sekolah sesi 2009/2010, SK Babagon Toki dalam kategori Anugerah Khas Kesedaran Lestari Yang Tinggi dan Anugerah Khas Sekolah Harapan Lestari sesi 2011/2012, dan SMK Majakir Papar dalam kategori Anugerah Khas Bilik Lestari & Anugerah Khas Sekolah Harapan Lestari sesi 2011/2012.

“Dan terbaharu adalah SM St Patrick Tawau yang telah memenangi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Kategori Sekolah Menengah pada Sesi 2018/2019, malahan turut memenangi ASEAN Eco-Schools Award pada tahun ini.

“Ini adalah bukti amat jelas menunjukkan bahawa Anugerah SERASI telah membentuk sekolah-sekolah di Negeri Sabah dalam meningkatkan program dan aktiviti berkaitan alam sekitar, aktiviti ko-kurikulum serta inovasi yang berkaitan,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu Christina turut berbangga dengan pencapaian sekolah-sekolah di Sabah, yang secara tidak langsung meletakkan Sabah sebagai antara negeri yang kehadapan dalam inisiatif kesedaran alam sekitar di Malaysia.

“Saya amat berbangga kerana inisiatif-inisiatif penjagaan alam sekitar di bawah Anugerah SERASI ini telahpun berkembang subur bukan setakat di dalam kawasan sekolah malahan turut berlaku di luar kawasan sekolah.

“Saya difahamkan bahawa proses penilaian SERASI semakin mencabar kerana banyak sekolah di seluruh Sabah melaksanakan pelbagai inisiatif yang lebih kreatif dalam memberi kesedaran alam sekitar kepada warga sekolah termasuk juga kepada komuniti setempat,” ujarnya

Menurut beliau lagi, ada sekolah yang menjadi pusat pengumpulan barang kitar semula, menyediakan perkhidmatan menghantar sampah penduduk ke pekan, membantu membina perangkap sampah di sungai, mengadakan bengkel kitar semula untuk penduduk sekitar, mengadakan kempen kesedaran alam sekitar di pasar, tamu serta kawasan perumahan, mewujudkan program pantai angkat, promosikan “acara tanpa sampah” (Litter Free Event), dan menganjurkan kempen seperti International Coastal Clean Up Day di peringkat sekolah atau kampung.

“Amalan-amalan mesra alam seperti 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle misalnya telahpun dilaksanakan hampir di semua sekolah yang dilawati,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/27/anugerah-serasi-bentuk-sekolah-sekolah-tingkatkan-program-aktiviti-alam-sekitar-christina/feed/ 0 44255
Kerajaan negeri tingkatkan biasiswa pengajian ke RM100 juta setahun https://sabahmedia.com/2023/10/15/kerajaan-negeri-tingkatkan-biasiswa-pengajian-ke-rm100-juta-setahun/ https://sabahmedia.com/2023/10/15/kerajaan-negeri-tingkatkan-biasiswa-pengajian-ke-rm100-juta-setahun/#respond Sun, 15 Oct 2023 04:41:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43659
Read Time:2 Minute, 17 Second

TUARAN: Kerajaan negeri meningkatkan pemberian biasiswa pengajian daripada RM50 juta kepada RM100 juta setiap tahun, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, ini bagi memastikan anak-anak Sabah dapat meneruskan pengajian mereka di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, ini penting kerana aspek pendidikan dan modal insan menjadi antara agenda utama yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan negeri Sabah.

“Modal insan yang cemerlang dan berkualiti amat penting bagi menjayakan pelbagai dasar, agenda dan program pembangunan kerajaan seterusnya memacu kemajuan negeri ke tahap yang lebih tinggi”, katanya ketika merasmikan penutupan Kem Matematik Perdana di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali. Seramai 300 pelajar dari 10 buah sekolah menengah di daerah Tuaran menyertai Kem Matematik Perdana anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Hajiji berkata, kerajaan negeri maklum berhubung pencapaian matapelajaran
Matematik dan Matematik Tambahan khususnya di negeri Sabah yang meresahkan.

Menurutnya, ini termasuklah pencapaian beberapa mata pelajaran berteraskan Sains seperti Fizik, Kimia dan Biologi yang rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Katanya, atas kegusaran itu, kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan khusus kepada pembangunan dan pembudayaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri Sabah.

Sehubungan itu, beliau mahu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama pihak UMS segera membentuk sebuah Jawatankuasa Bersepadu bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi menangani isu kelemahan dan kelompongan minat pelajar terhadap matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan di Sabah.

“Sekiranya perlu, adakan suatu Sidang Pleno bagi membincangkan isu ini dan bangunkanlah program, agenda dan kerangka khusus yang merangkumi
pemberdayaan dan pengupayaan Matematik dan Sains untuk generasi anak-anak kita di Sabah.

“Kerajaan negeri bersedia menyediakan dana khas bagi merungkai permasalahan dan
kelemahan yang ketara ini. Kita mahu melihat untuk 10 ke 20 tahun akan datang, isu dan permasalahan Matematik bukan lagi menjadi batu penghalang besar kepada anak-anak Sabah untuk menceburi kerjaya profesional yang melibatkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Perubatan,” tegasnya.

Hajiji berkata, berdasarkan data daripada Laporan Perangkaan Pendidikan Malaysia tahun 2020 hingga tahun 2022, bilangan pelajar di Sabah dalam aliran Sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal sekitar 15 peratus.

Katanya, dapatan itu sedikit berbeza dengan hasrat Kerajaan Negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) agar kumpulan profesional dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Perubatan dapat diramaikan menjelang tahun 2030.

Justeru beliau berharap agar seluruh agensi kerajaan yang terlibat, mengambil tindakan menyelesaikan isu-isu itu dengan kadar segera.

“Impak kekurangan tenaga kerja dalam sektor profesional yang melibatkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Perubatan akan menjejaskan keperluan pasaran tenaga kerja untuk negeri Sabah pada masa akan datang, yang sekaligus akan turut
menjejaskan usaha pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi di negeri ini,”
tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/15/kerajaan-negeri-tingkatkan-biasiswa-pengajian-ke-rm100-juta-setahun/feed/ 0 43659