Tinjau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 Dec 2021 14:47:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tinjau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Solat Zohor Bersama Penduduk, Tinjau Pembangunan Kota Belud https://sabahmedia.com/2021/12/31/hajiji-solat-zohor-bersama-penduduk-tinjau-pembangunan-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2021/12/31/hajiji-solat-zohor-bersama-penduduk-tinjau-pembangunan-kota-belud/#respond Fri, 31 Dec 2021 14:46:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10520
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA BELUD: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil peluang mengadakan lawatan ke Kota Belud semalam bagi meninjau sendiri keadaan di daerah berkenaan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok itu turut mendapat perkongsian dan reaksi yang positif dari netizen.

Sumber rapat ketika dihubungi Sabah Media berkata, ini merupakan lawatan tidak rasmi Ketua Menteri ke Kota Belud bagi melihat dan meninjau pembangunan infrastuktur yang telah dan sedang dibangunkan.

“Sebelum ini, beliau sendiri telah melihat pembangunan yang dilaksanakan di Tuaran dan kali ini beliau turun pula secara tidak rasmi ke Kota Belud dengan tujuan yang sama.

“Ini merupakan komitmen beliau kepada rakyat negeri ini yang mana beliau mahu rakyat di Sabah mendapat prasarana dan pembangunan yang baik serta mencukupi,”katanya.

Dalam lawatan itu, Hajiji turut berkesempatan bersama-sama penduduk menunaikan solat  Zohor di Masjid Kampung Pandasan.

Selepas itu, Hajiji turut singgah santai bersama beberapa pemimpin setempat dan penduduk di Gerai Kampung Pandasan.

Hadir sama pada singgah santai itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renndan, ADUN Tempasuk Arshad Bistari,ADUN Bengkoka Harun Durabi; Ketua Bahagian BERSATU Kota Belud Datuk Japlin Akim; Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintenden Shahrudin Mat Husain dan Mantan Pegawai Daerah Kota Belud Gari Itam

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/31/hajiji-solat-zohor-bersama-penduduk-tinjau-pembangunan-kota-belud/feed/ 0 10520
Jahid Tinjau Keadaan Sekolah Kebangsaan Bawang, Kerap Dilanda Banjir https://sabahmedia.com/2021/11/02/jahid-tinjau-keadaan-sekolah-kebangsaan-bawang-kerap-dilanda-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/11/02/jahid-tinjau-keadaan-sekolah-kebangsaan-bawang-kerap-dilanda-banjir/#respond Tue, 02 Nov 2021 10:02:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8130
Read Time:1 Minute, 2 Second

TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim telah melawat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, dekat sini, hari ini.

Lawatan dibuat bagi meninjau keadaan perkarangan bangunan sekolah yang kerap dilanda banjir.

Kehadiran beliau disambut Guru Besar SK Bawang, Zainun @ Nurainun Lain, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Senny Jimin, dan para kakitangan sekolah.

Menurut Zainun, lawatan Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli memberi harapan agar permasalahan yang dihadapi mereka mendapat perhatian pihak yang berkaitan.

Menurutnya, perhatian dan tindakan segera pihak kerajaan mengenai permasalahan itu, terutamanya keadaan banjir yang melanda sekolah setiap kali hujan lebat berlaku amat diharapkan.

Sementara itu, Jahid yang turun padang bagi meninjau sendiri kawasan sekolah tersebut, berkata, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan jabatan berkaitan untuk tindakan susulan.

Antaranya ialah Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Tuaran, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran dan Jurutera Pejabat Daerah Kecil Tamparuli.

“Hari ini kita telah melawat kawasan SK Bawang, dan kita maklum mengenai keadaan dan permasalahan yang berlaku, sememangnya memerlukan perhatian dan tindakan segera,” kata Jahid.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Jilias Lintar, Setiausaha Sulit Menteri, William Ugau, Setiausaha Perhubungan Awam KPLBS, Romeo Sindeh, Ketua Kampung Kg Bawang, KK Petrus Kinsui, dan beberapa pemimpin masyarakat lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/02/jahid-tinjau-keadaan-sekolah-kebangsaan-bawang-kerap-dilanda-banjir/feed/ 0 8130
Jelani Tinjau Bangunan Untuk Dijadikan Ruang Pejabat https://sabahmedia.com/2021/07/04/jelani-tinjau-bangunan-untuk-dijadikan-ruang-pejabat/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/jelani-tinjau-bangunan-untuk-dijadikan-ruang-pejabat/#respond Sun, 04 Jul 2021 01:35:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2479
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Pengurusan pasukan bolasepak wanita Sabah dijangka mempunyai ruang pejabat sebaik sahaja sebuah struktur bangunan berhampiran pejabat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) siap diubahsuai untuk dijadikan pejabat.

Naib Presiden SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan memberitahu, pihaknya pada dasarnya bersetuju struktur bangunan tersebut diselenggara dan diubahsuai untuk dijadikan ruang pejabat dan pengurusan pasukan bolasepak wanita Sabah.

“Sebaik-baiknya pengurusan pasukan wanita juga perlu mempunyai pejabat yang berhampiran dengan pejabat SAFA dan padangnya,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita SAFA.

Beliau menyatakan perkara itu selepas meninjau keadaan bangunan itu, kelmarin.

Turut mengiringi beliau ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA yang juga Penolong pengurus B19 Sabah, Lokman Sunggim.

Dalam taklimat ringkasnya, David memaklumkan bahawa struktur bangunan berkenaan mengalami sedikit kerosakan terutama di bahagian atap berikutan ditimpa pokok yang tumbang.

Katanya, bagaimanapun kerosakan di bahagian atap itu tidak terlalu teruk namun telah menyebabkan bahagian silingnya terjejas.

“Ia masih boleh dibaikpulih dan bersetuju sekiranya bangunan itu dibuat tambahan meluaskannya untuk dijadikan ruang pejabat,” katanya.

Jelani yang juga Pengarah Sabah FC berkata, pihaknya berterima kasih kepada pucuk pimpinan SAFA terutama Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin kerana memberi kepercayaan menerajui kelab bolasepak profesional itu.

Katanya, beliau akan memanfaatkan sepenuh pengalamannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran untuk mengendalikan Sabah FC secara lebih profesional agar ia mampu berdikari.

Pada masa sama, tambahnya, beliau juga mahu melihat SAFA sebagai badan tertinggi bolasepak di Sabah saling memberi kerjasama, sokongan dan memantau perkembangan kelab tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/jelani-tinjau-bangunan-untuk-dijadikan-ruang-pejabat/feed/ 0 2479