Tinju – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Jun 2026 04:36:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tinju – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah pertimbang tambah geran PTNS https://sabahmedia.com/2026/06/04/kerajaan-sabah-pertimbang-tambah-geran-ptns/ https://sabahmedia.com/2026/06/04/kerajaan-sabah-pertimbang-tambah-geran-ptns/#respond Thu, 04 Jun 2026 04:36:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97687
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan meneliti keperluan Persatuan Tinju Negeri Sabah (PTNS), termasuk mempertimbangkan peningkatan geran kewangan tahunan bagi memperkukuhkan pembangunan sukan tinju di negeri ini.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memastikan sukan tinju terus berkembang dan mampu melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang dapat mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau berkata, geran tahunan yang disalurkan melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah sebelum ini telah banyak membantu PTNS dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan atlet serta penganjuran kejohanan di seluruh negeri.

“Atas kegigihan dan komitmen yang ditunjukkan oleh PTNS dalam membangunkan sukan ini, pihak kementerian akan terus meneliti keperluan persatuan, termasuk mempertimbangkan peningkatan sokongan dan geran tahunan bagi membolehkan PTNS memperluas aktiviti pembangunan tinju di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Kejohanan Tinju Seluruh Sabah Ke-72 Piala Mayor di sini pada Rabu.

Katanya, tinju merupakan antara sukan yang mempunyai potensi besar untuk menyumbang pingat kepada Sabah, khususnya dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA), justeru pembangunan atlet, latihan berterusan serta penganjuran pertandingan perlu diperkasakan secara konsisten.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan sukan tidak seharusnya tertumpu di ibu negeri semata-mata, sebaliknya perlu diperluaskan ke seluruh daerah yang mempunyai bakat dan potensi.

“Kita mahu sukan tinju Sabah bukan sahaja aktif di Kota Kinabalu, tetapi hidup dan berkembang di setiap daerah yang mempunyai bakat, minat dan potensi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata penyertaan memberangsangkan dalam Kejohanan Tinju Seluruh Sabah Ke-72 Piala Mayor membuktikan sukan tersebut masih mendapat sambutan yang baik di peringkat akar umbi.

Kejohanan berkenaan disertai 24 pasukan daripada persatuan tinju daerah, kelab dan gimnasium seluruh Sabah dengan penglibatan seramai 153 atlet, pengurus pasukan dan jurulatih.

Selain itu, seramai 24 pegawai kejohanan, pengadil, hakim dan pembantu teknikal turut terlibat bagi memastikan pertandingan berjalan lancar.

Beliau berkata jumlah penyertaan tersebut menunjukkan masih banyak bakat muda yang perlu terus dicungkil dan diberi peluang untuk berkembang melalui program pembangunan yang lebih tersusun.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan PTNS, Persekutuan Tinju Malaysia serta pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan ekosistem pembangunan sukan tinju di Sabah dapat diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

“Bakat besar tidak semestinya lahir dari tempat yang besar. Kadang-kadang juara masa depan lahir dari daerah kecil dan gelanggang sederhana, tetapi memiliki semangat yang luar biasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/04/kerajaan-sabah-pertimbang-tambah-geran-ptns/feed/ 0 97687
Inisiatif bangunkan sukan tinju di Sabah terus disokong https://sabahmedia.com/2024/12/02/inisiatif-bangunkan-sukan-tinju-di-sabah-terus-disokong/ https://sabahmedia.com/2024/12/02/inisiatif-bangunkan-sukan-tinju-di-sabah-terus-disokong/#respond Mon, 02 Dec 2024 04:16:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64762
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan terus menyokong inisiatif Persekutuan Tinju Malaysia dalam membangunkan sukan tinju di negeri ini ke tahap lebih baik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, usaha itu penting bagi melahirkan peninju berbakat yang mampu mengharumkan nama negara keperingkat lebih tinggi.

“Saya difahamkan separuh daripada penyertaan peserta tinju pada kejohanan ini adalah dari Sabah dan Sabah sememangnya mempunyai ramai bakat berpotensi dan Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan kepada kemajuan sukan tinju d negeri Sabah.

“Presien tinju ada maklumkan bahawa kita kekurangan tempat berlatih di Sabah, jadi perkara ini saya akan maklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Ketua Menteri untuk kita laksanakan  pelan pembangunan sukan tinju yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Kejohanan Tinju Kebangsaan di Dewan MAKSAK di sini.

Kejohanan itu disertai seramai 261 peserta dengan 100 jurulatih dan pengurus pasukan dari seluruh negeri.

Terdahulu ketika berucap, Shahelmey berkata, pendedahan berterusan dengan pelaksanaan yang sistematik perlu diberikan kepada sukan tinju agar impak positif akan dapat dikecapi.

Katanya, ia seterusnya dapat melahirkan petinju yang hebat serta dapat mengharumkan nama Malaysia di masa akan datang.

“Dalam usaha untuk membangunkan sukan tinju ke tahap yang lebih baik terutamanya di negeri Sabah, kami akan sentiasa menyokong segala inisiatif dan usaha baik yang dilakukan oleh persatuan Tinju baik diperingkat negeri Sabah mahupun peringkat Persekutuan.    

“Saya difahamkan rekod petinju lagenda kita dari negara jiran Sarawak, iaitu Mejar Sapok Biki, iaitu pemenang pingat emas Sukan Komenwel tahun 1998 masih belum dapat dipecahkan sehingga kini.

“Saya berharap, di kejohanan ini, kita akan dapat mencungkil bakat-bakat baru serta mengasah bakat sedia ada untuk diserapkan ke pasukan tinju kebangsaan yang sekaligus akan memberikan mereka peluang untuk mewakili negara,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/02/inisiatif-bangunkan-sukan-tinju-di-sabah-terus-disokong/feed/ 0 64762
KBS Sabah rancang tambah baik gelanggang tinju di KSKK https://sabahmedia.com/2024/11/26/kbs-sabah-rancang-tambah-baik-gelanggang-tinju-di-kskk/ https://sabahmedia.com/2024/11/26/kbs-sabah-rancang-tambah-baik-gelanggang-tinju-di-kskk/#respond Tue, 26 Nov 2024 04:58:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64427
Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah merancang untuk menambahbaik gelanggang tinju sedia ada di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di sini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, bagi tujuan itu satu perbincangan telah diadakan bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin dan usul cadangan akan disampaikan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, usul cadangan itu termasuklah keperluan baik menaik taraf gelanggang tinju tunggal yang kini terletak di luar Stadium Likas.

“Kita ada berbincang dengan menteri, kita akan sampaikan kepada Ketua Menteri agar kita dapat menaik taraf gelanggang tinju sedia ada yang kini berada di KSKK.

“Mungkin perlu penambahan bumbung supaya menjadikan dia sebuah dewan kecil bagi membolehkan mereka membuat latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Tinju Kebangsaan 2024 di Dewan Maksak di sini semalam bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama Presiden Persekutuan Tinju Malaysia Datuk Iruan Zulkefli.

Fairuz berkata, sukan tinju merupakan satu sukan yang banyak memberi Sabah pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Sarawak baru-baru ini.

“Bajet 2025 telah pun dibentang Menteri Kewangan baru-baru ini. InsyaAllah tahun depan kita cuba bincang dengan Lembaga Sukan Sabah (LSS) bagaimana kaedah pelaksanaan.

“Ketika ini hanya satu gelanggang yang ada dan belum ada sebarang tambahan. Ini pun kita banyak dibantu Persatuan Tinju Malaysia (MBA) pada tahun lalu dimana mereka bantu kita daripada segi pembaikan gelanggang dan banyak lagi.

“Tapi InsyaAllah , kita akan sampaikan kepada Ketua Menteri tentang keperluan gelanggang baru intil atlet tinju Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Iruan berkata, Sabah mempunyai ramai atlet berbakat dalam sukan tinju dan ianya terbukti apabila seramai 177 peserta menyertai kejohanan yang berakhir Sabtu ini.

Katanya, Sabah berpeluang cerah untuk melahirkan seorang juara sukan tinju bagi mewakili Malaysia

“InsyaAllah kita akan bekerjasama untuk sediakan tempat latihan yang lebih baik untuk pasukan negeri Sabah.

“Kita juga akan perkembangkan untuk pergi ke daerah-daerah sukan tinju ini, pergi ke daerah-daerah supaya lebih ramai lagi anak-anak muda, remaja kita yang akan berminat untuk sukan tinju,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/26/kbs-sabah-rancang-tambah-baik-gelanggang-tinju-di-kskk/feed/ 0 64427
Kejohanan Tinju Piala Kebangsaan 2024 diadakan di Sabah November ini https://sabahmedia.com/2024/10/22/kejohanan-tinju-piala-kebangsaan-2024-diadakan-di-sabah-november-ini/ https://sabahmedia.com/2024/10/22/kejohanan-tinju-piala-kebangsaan-2024-diadakan-di-sabah-november-ini/#respond Tue, 22 Oct 2024 11:49:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62576
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu: Sabah bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Tinju Piala Kebangsaan 2024 yang akan diadakan hujung November depan.

Kejohanan yang diadakan selama enam hari bermula 25 November depan itu akan berlangsung di Dewan Maksak Likas.

Presiden Persekutuan Tinju Malaysia Datuk Iruan Zulkefli berkata, sebanyak tiga kategori akan dipertandingkan pada kejohanan yang julung kali diadakan di Sabah pada tahun ini.

Katanya, antara kategori dipertandingkan adalah Elit; Bakat 13 hingga 14 tahun dan Bakat 15 hingga 16 tahun.

“Bagi kategori Elit, ianya melibatkan Lelaki 12 Weight dan Wanita tujuh Weight.  Manakala bagi Bakat 13 hingga 14 tahun pula ada melibatkan Lelaki lapan Weight dan Wanita lima Weight.

“Bakat 15 hingga 16 tahun pula melibatkan Lelaki lapan Weight dan Wanita lima Weight.  Kejohanan akan bermula 25 November dan pertandingan akhir pada 30 November di Dewan Maksak Likas,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Persatuan Tinju Negeri Sabah Datuk Orlando Harumal.

Iruan berkata, kejohanan yang dianjurkan empat tahun sekali itu sebelum ini telah berlangsung di Nilai Negeri Sembilan dan pada tahun ini Sabah dipilih menjadi tuan rumah.

“Pada tahun ini adalah tahun yang bersejarah dimana kita melaksanakan kejohanan ini di Sabah dengan kerjasama dari Persatuan Tinju Sabah dan kita tahu di negeri Sabah ini banyak petinju-petinju yang berbakat dan berpotensi dan banyak persatuan daerah dan juga kelab.

“Kita jangkakan penyataan boleh melebihi 200 atlet melibatkan kategori Elit dan juga Bakat dan juga melibatkan satu Malaysia daripada Semenanjung dan juga Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Orlando berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Persekutuan Tinju Malaysia atas pemilihan Sabah sebagai tuan rumah penganjuran kejohanan itu pada tahun ini.

“Ini adalah sejarah, kami belum pernah menganjurkan kejohanan peringkat Kebangsan. Jadi bagi pihak persatuan di Sabah, kami ucapkan berbanyak terima kasih,” katnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/22/kejohanan-tinju-piala-kebangsaan-2024-diadakan-di-sabah-november-ini/feed/ 0 62576
SUKMA XX : Joel raih emas pertama skuad tinju Sabah https://sabahmedia.com/2022/09/23/sukma-xx-joel-raih-emas-pertama-skuad-tinju-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/09/23/sukma-xx-joel-raih-emas-pertama-skuad-tinju-sabah/#respond Fri, 23 Sep 2022 12:38:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=21958
Read Time:1 Minute, 7 Second

KUALA LUMPUR: Joel Evekly Jain berjaya menumpaskan Sharol Nizam Norsukeri dari Johor pada peringkat akhir tinju lelaki kategori bantam weight (51-4kg) untuk menamatkan kebuntuan pingat emas skuad tinju Sabah.

Sukan tinju yang berlangsung di Kompleks Futsal Malaysia Presint 18, Putrajaya itu menyaksikan Joel menang ketiga-tiga pusingan untuk emas pertama skuad tinju Sabah dan hanya menang gangsa menerusi Steve Yosores dalam kategori Light Flyweigt (46-48k).

Pertandingan tinju berlangsung sehingga hari terakhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 esok dengan tawaran enam lagi pingat emas.

Salah satu peringkat akhir tersebut melibatkan peserta Sabah, Erron Liaw Kok Sheng yang akan berhadapan dengan Mohamad Asuad Mohd Halim dari Pulau Pinang dalam kategori light middleweight (67-71kg).

Sambil itu, skuad pencak silat Sabah menang empat gangsa di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengumpul lima gangsa setakat jam 5 petang tadi.

Pemenang pingat gangsa itu terdiri daripada Awangku Tarmizal Tamin dalam kategori lelaki Kelas D (60-65kg), Muhammad Helmi Basrol (lelaki Kelas E 65-70kg), Mohd Shahrul Zecky Sulaiman (lelaki Kelas F 70-75kg) dan Riezlynn Edelya Edtasha Ahmad Rozi (wanita Kelas B 50-55kg).

Pingat gangsa pertama skuad pencak silat Sabah dimenangi Ramizah Gelit @ Abas gangsa dalam acara Jurus Tunggal Baku individu wanita.

Pertandingan pencak silat berlangsung sehingga lewat malam ini.

Sabah juga raih pingat gangsa menerusi pasukan bola tampar lelaki.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/09/23/sukma-xx-joel-raih-emas-pertama-skuad-tinju-sabah/feed/ 0 21958