Tipu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Mar 2026 11:43:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tipu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes tipu: Menyamar sebagai polis minta sumbangan https://sabahmedia.com/2026/03/30/kes-tipu-menyamar-sebagai-polis-minta-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2026/03/30/kes-tipu-menyamar-sebagai-polis-minta-sumbangan/#respond Mon, 30 Mar 2026 11:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94011
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Kota Kinabalu menerima laporan berhubung kes penipuan membabitkan individu menyamar sebagai anggota polis untuk memohon sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kes berkenaan melibatkan permohonan sumbangan kononnya bagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Trafik dan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah tahun 2026.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman, hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan surat palsu yang memaparkan kepala surat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bagi tujuan memohon sumbangan daripada orang ramai.

Katanya, modus operandi itu turut melibatkan penggunaan aplikasi WhatsApp bagi menyebarkan permohonan berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang permohonan sumbangan yang meragukan, khususnya yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sebarang permohonan berkaitan aktiviti polis perlu disemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia menyeru orang ramai supaya sentiasa peka terhadap pelbagai taktik terkini jenayah penipuan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/30/kes-tipu-menyamar-sebagai-polis-minta-sumbangan/feed/ 0 94011
Lelaki Ditahan Kes Tipu Jual Beli Baju Bundle Dalam Talian https://sabahmedia.com/2021/06/23/lelaki-ditahan-kes-tipu-jual-beli-baju-bundle-dalam-talian/ https://sabahmedia.com/2021/06/23/lelaki-ditahan-kes-tipu-jual-beli-baju-bundle-dalam-talian/#respond Wed, 23 Jun 2021 07:13:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1802
Read Time:1 Minute, 0 Second

BEAUFORT: Polis berjaya menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes penipuan urusan jual beli baju bundle dalam talian yang tidak wujud di Inanam, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob mengesahkan kejadian dan katanya, ia berlaku apabila seorang mangsa membuat laporan polis selepas sedar telah ditipu oleh suspek.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah diperdaya dalam urusan jual beli baju bundle melalui laman sosial Facebook yang tidak wujud dan telah menempah dua guni baju bundle pada April lalu.

“Mangsa telah memasukkan sejumlah wang RM3,100 ke dalam akaun bank milik suspek,” katanya.

Walau bagaimanapun mangsa sedar dan rasa tertipu kerana barang yang dijanjikan tidak diterima dan bertindak membuat laporan polis pada 2 Jun yang lalu.

“Suspek yang berumur 26 tahun bekerja sebagai pelayan restoran berjaya diberkas dan ditahan di rumahnya di Taman Bakthiar, Inanam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada jam 10.15 pagi,” katanya.

Pihak polis juga merampas sekeping Kad ATM yang digunakan untuk memperoleh wang dari mangsa.

Menurutnya lagi, sejurus tangkapan dibuat suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Beaufort untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/23/lelaki-ditahan-kes-tipu-jual-beli-baju-bundle-dalam-talian/feed/ 0 1802