TLDM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Jul 2026 10:01:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TLDM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 24 aset TLDM digerakkan dalam Eksesais KERISMAS Siri 29/26 https://sabahmedia.com/2026/07/29/24-aset-tldm-digerakkan-dalam-eksesais-kerismas-siri-29-26/ https://sabahmedia.com/2026/07/29/24-aset-tldm-digerakkan-dalam-eksesais-kerismas-siri-29-26/#respond Wed, 29 Jul 2026 09:55:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100763
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggerakkan 24 aset daripada Armada Timur dan Armada Barat dalam Eksesais KERISMAS Siri 29/26 sebagai manifestasi kesiagaan angkatan laut negara dalam mempertahankan kedaulatan serta kepentingan maritim Malaysia.

Latihan tahunan berskala besar yang berlangsung dari 28 Julai hingga 16 Ogos itu bertujuan memperkukuhkan kesiagaan operasi, meningkatkan keupayaan tempur serta memastikan pertahanan perairan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Majlis pembukaan eksesais berkenaan disempurnakan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris yang mewakili Panglima Tentera Laut. Turut hadir Panglima Armada Barat, Panglima 5 Divisyen, panglima-panglima formasi, pegawai memerintah serta pegawai kanan TLDM sama ada secara fizikal mahupun menerusi sidang video.

Dalam ucapan perasmiannya, Khir berkata kekuatan sesebuah angkatan laut bukan hanya diukur berdasarkan jumlah kapal perang atau kecanggihan sistem persenjataan, sebaliknya bergantung kepada keupayaan setiap warga TLDM mengendalikan aset secara profesional, membuat keputusan tepat, bertindak pantas serta beroperasi sebagai satu pasukan yang mantap.

Menurut beliau, Eksesais KERISMAS Siri 29/26 menjadi platform utama untuk menguji kesiagaan armada, memperkukuhkan kerjasama operasi dan meningkatkan keupayaan TLDM menghadapi pelbagai bentuk ancaman maritim.

Beliau turut menegaskan bahawa latihan itu menjadi medan penting untuk memperkukuhkan kesedaran situasi maritim (Maritime Domain Awareness), meningkatkan disiplin pelaporan, mempercepatkan perkongsian maklumat operasi serta mengukuhkan koordinasi antara markas, gugus tugas dan aset TLDM.

Selain menguji doktrin serta prosedur operasi, latihan berkenaan turut memberi penekanan kepada aspek interoperabiliti, iaitu keupayaan semua aset dan formasi TLDM beroperasi secara bersepadu walaupun berada di bawah pemerintahan yang berbeza. Pendekatan itu diyakini mampu meningkatkan keberkesanan operasi dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Eksesais KERISMAS Siri 29/26 mencerminkan komitmen berterusan pasukan itu dalam membangunkan sebuah angkatan laut yang kredibel, berkeupayaan, profesional dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan serta kepentingan maritim negara.

Menerusi latihan yang realistik dan mencabar, TLDM akan terus memperkukuhkan budaya kesiagaan, kesepaduan serta kecemerlangan operasi agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk ancaman demi menjamin keselamatan perairan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/29/24-aset-tldm-digerakkan-dalam-eksesais-kerismas-siri-29-26/feed/ 0 100763
52 anggota TLDM terima lencana kepakaran kapal selam https://sabahmedia.com/2026/04/16/52-anggota-tldm-terima-lencana-kepakaran-kapal-selam/ https://sabahmedia.com/2026/04/16/52-anggota-tldm-terima-lencana-kepakaran-kapal-selam/#respond Thu, 16 Apr 2026 03:43:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94974
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Seramai 52 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima Lencana Kepakaran Kapal Selam dalam satu majlis yang berlangsung di Markas Angkatan Kapal Selam, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, pada Rabu.

Majlis berkenaan disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy  Ithnain melibatkan 10 pegawai dan 42 anggota lain-lain pangkat yang berjaya menamatkan latihan kepakaran kapal selam.

Kesemua penerima telah melalui latihan intensif yang mencabar dari segi fizikal dan mental, termasuk penguasaan teknologi kapal selam dalam persekitaran operasi yang kompleks.

Zulhelmy dalam ucapannya berkata, pengiktirafan tersebut bukan sekadar simbol kejayaan latihan, sebaliknya satu amanah besar dalam mengendalikan aset strategik negara.

Menurutnya, keupayaan TLDM bergantung bukan sahaja kepada kecanggihan aset, tetapi juga tahap profesionalisme dan kesiapsiagaan setiap anggota.

Beliau turut menggesa semua submariner agar terus memperkukuh ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi kapal selam negara kekal pada tahap tertinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/16/52-anggota-tldm-terima-lencana-kepakaran-kapal-selam/feed/ 0 94974
Kerjasama KPDN-TLDM diperkukuh, fokus tangani ketirisan subsidi di Sabah https://sabahmedia.com/2026/04/11/kerjasama-kpdn-tldm-diperkukuh-fokus-tangani-ketirisan-subsidi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/04/11/kerjasama-kpdn-tldm-diperkukuh-fokus-tangani-ketirisan-subsidi-di-sabah/#respond Sat, 11 Apr 2026 00:04:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94650
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU :  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merancang untuk melaksanakan  operasi bersepadu bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap penyelewengan barangan kawalan di negeri ini.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat Timbalan Panglima Armada Timur TLDM, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan ke atas Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin di pejabat KPDN Sabah, di sini pada Jumaat.

KPDN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama strategik itu akan memberi tumpuan kepada penyelarasan operasi di lapangan termasuk aspek logistik, perkongsian maklumat risikan serta penggunaan fasiliti TLDM bagi meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan.

Selain itu, kedua-dua agensi turut membincangkan pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI yang menjadi antara inisiatif utama kerajaan dalam membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Kunjungan tersebut turut membuka ruang kepada pengukuhan hubungan dua hala antara KPDN dan TLDM, khususnya dalam memastikan bekalan barangan keperluan asas sentiasa mencukupi serta pasaran kekal stabil.

Langkah itu dilihat penting dalam usaha berterusan kerajaan membanteras ketirisan subsidi serta aktiviti penyeludupan yang menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDN Fredeck Kantod bersama pegawai kanan kedua-dua agensi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/11/kerjasama-kpdn-tldm-diperkukuh-fokus-tangani-ketirisan-subsidi-di-sabah/feed/ 0 94650
Program Smart Care UMS kukuh asuhan selamat, komuniti sejahtera https://sabahmedia.com/2026/02/04/program-smart-care-ums-kukuh-asuhan-selamat-komuniti-sejahtera/ https://sabahmedia.com/2026/02/04/program-smart-care-ums-kukuh-asuhan-selamat-komuniti-sejahtera/#respond Wed, 04 Feb 2026 02:47:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90954
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU  : Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan tinggi yang prihatin terhadap pembangunan komuniti melalui penganjuran Program Smart Care: Asuhan Selamat, Komuniti Sejahtera di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar, baru-baru ini. 

Program anjuran Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) itu melibatkan seramai 105 peserta termasuk mahasiswa UMS serta 50 peserta komuniti yang terdiri daripada ibu-ibu Ahli BAKAT Laut.

Inisiatif berimpak komuniti tersebut memberi penekanan terhadap aspek penjagaan kanak-kanak secara holistik merangkumi kesihatan, pemakanan, teknik pengajaran serta pengurusan tingkah laku kanak-kanak, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

Ketua Program PAKK FPPS, Dr. Zafaren Zakaria  berkata program itu memberi manfaat besar kepada ibu bapa, pendidik dan mahasiswa melalui perkongsian ilmu dan pengalaman secara langsung.

“Program ini memberi peluang kepada peserta meningkatkan kefahaman berkaitan asuhan dan didikan kanak-kanak, termasuk teknik penyusuan eksklusif, amalan pemakanan sihat serta pendedahan kepada asas pertolongan cemas seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebagai persediaan menghadapi situasi kecemasan.

“Melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan, peserta memperoleh pengalaman bermakna yang menyumbang kepada perkembangan holistik kanak-kanak serta kesejahteraan keluarga dan komuniti,” katanya.

Program berkenaan turut dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta komuniti Ahli BAKAT, sekali gus memperkukuh jaringan kolaborasi antara universiti dan agensi luar dalam memperkasakan pendidikan masyarakat.

Sepanjang program berlangsung, peserta turut menyertai aktiviti pertandingan berkumpulan yang menggabungkan ibu-ibu Ahli BAKAT dan mahasiswa UMS bagi menghasilkan kit pengajaran ringkas yang boleh digunakan di rumah. 

Bagi memastikan pendekatan program bersifat inklusif dan mesra keluarga, aktiviti khas bersama kanak-kanak turut dianjurkan dan dikendalikan oleh mahasiswa PAKK UMS melalui pendekatan pembelajaran berasaskan bermain yang merangkumi aktiviti kreatif, sensori dan sosial mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

Majlis perasmian dan penutupan program telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Timur TLDM, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan, yang turut merakamkan penghargaan kepada penyelaras program, Saturia Amiruddin, atas komitmen menjayakan penganjuran program berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Program, Nurul Fatin Fasiha Norhambe, menyifatkan sambutan menggalakkan daripada komuniti sebagai bukti keperluan program seumpama ini dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan asuhan kanak-kanak yang berkualiti.

Penganjuran Program Smart Care itu mencerminkan komitmen berterusan UMS dalam menyumbang kepada pembangunan awal komuniti, memperkukuh agenda pembelajaran sepanjang hayat serta melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berjiwa masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/04/program-smart-care-ums-kukuh-asuhan-selamat-komuniti-sejahtera/feed/ 0 90954
Aset TLDM di Sabah ambil bahagian dalam LIMA’25 https://sabahmedia.com/2025/05/07/aset-tldm-di-sabah-ambil-bahagian-dalam-lima25/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/aset-tldm-di-sabah-ambil-bahagian-dalam-lima25/#respond Wed, 07 May 2025 08:33:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73356
Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu: Beberapa aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sabah akan turut mengambil bahagian dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi Edisi Ke-17 (LIMA’25) mulai 20 Mei ini.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris berkata, aset tersebut merangkumi empat buah kapal, dua buah helikopter serta sebuah kapal selam dalam pameran selama lima hari untuk acara tahunan yang berprestij itu.

“TLDM akan menghantar empat buah kapal dan dua buah helikopter ke Langkawi iaitu Kapal Diraja (KD) Kelantan, KD Selangor, KD Rencong dan KD Sundang untuk pameran.

“Selain itu, dua buah helikopter akan ke Langkawi dan sebuah kapal selam juga akan dipamerkan di sana nanti,” katanya.

Ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, hari ini, Junaidi berkata kunjungan tersebut bertujuan untuk memberi taklimat sekali gus menjemput Tun Musa ke LIMA’25.

“Sempena ulang tahun TLDM ke-91 yang disambut pada 27 April yang lalu, kami ingin memaklumkan dan menjemput Tuan Yang Terutama Tun hadir ke pameran LIMA.25 di Langkawi yang akan diadakan pada 20 hingga 24 Mei,” katanya.

Junaidi yang mengambil alih tugas Panglima Armada Timur sejak November lalu diiringi Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Yusne Mokhtar turut menyatakan komitmen kepada kerajaan Sabah dalam aspek keselamatan rakyat serta perairan negeri ini.

“Kami ingin menzahirkan kerjasama di antara TLDM dan kerajaan Sabah dan juga kepada Tun Musa dan juga mengucapkan terima kasih kepada Tun kerana atas segala bantuan-bantuan dan kerjasama yang telah diberikan bersama dengan TLDM.

“Kami juga menzahirkan kepada Tun bahawa TLDM akan sentiasa berada di Sabah ini untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah terutama perairan Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Junaidi turut menggesa warga Sabah agar terus memberi kerjasama untuk memastikan perairan Sabah aman dan terkawal.

“Kita baru saja melaksanakan Hari Terbuka Armada Timur pada minggu lepas di Pangkalan TLDM Sepanggar dan pada minggu hadapan kita akan diadakan Hari Terbuka Armada Timur di Sandakan pada 10 dan 11 Mei nanti.

“Jadi, dijemputlah rakyat Sabah untuk datang ramai-ramai ke Sandakan dan juga acara yang terbesar lagi adalah di Langkawi nanti, pameran-pameran antarabangsa akan diadakan di sana pada 20-24 Mei,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/aset-tldm-di-sabah-ambil-bahagian-dalam-lima25/feed/ 0 73356
Penyelam TLDM Terkorban Ketika Operasi Salvaj KD Pendekar https://sabahmedia.com/2024/08/28/penyelam-tldm-maut-ketika-operasi-salvaj-kd-pendekar/ https://sabahmedia.com/2024/08/28/penyelam-tldm-maut-ketika-operasi-salvaj-kd-pendekar/#respond Wed, 28 Aug 2024 12:42:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59795
Read Time:33 Second

BERNAMA 

JOHOR BAHRU- Seorang anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu namun tiada butiran lanjut diberikan.

“Pihak kami ada terima laporan dan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

KD Pendekar tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/28/penyelam-tldm-maut-ketika-operasi-salvaj-kd-pendekar/feed/ 0 59795
Eksesais Malindo Jaya mampu perkukuh hubungan TLDM, TNI-AL https://sabahmedia.com/2024/06/29/eksesais-malindo-jaya-mampu-perkukuh-hubungan-tldm-tni-al/ https://sabahmedia.com/2024/06/29/eksesais-malindo-jaya-mampu-perkukuh-hubungan-tldm-tni-al/#respond Sat, 29 Jun 2024 07:24:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56706
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Eksesais Bilateral Malaysia-Indonesia Siri 27AB/24 (MALINDO JAYA 27AB/24) antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Nasional Indonesia–Angkatan Laut (TNI- AL) mampu memperkukuh lagi hubungan kedua-dua pihak.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy berkata, eksesais yang dilaksanakan mulai 23 hingga 29 Jun itu dijalankan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan sekitar perairan Laut China Selatan.

“Aset TLDM terlibat adalah Kapal Diraja (KD) Selangor, KD Rencong dan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) manakala TNI-AL menghantar KRIFRANS KAISIEPO, KRISAMPARI dan sebuah helikopter AS565 Panther bagi pelaksanaan latihan ini.

“Sepanjang eksesais ini berlangsung, pelbagai siri latihan di pangkalan telah dilaksanakan diantaranya adalah Table Top Exercise dan Perbincangan Pegawai Operasi. Latihan di laut pula merangkumi pelbagai aspek peperangan konvensional dan juga keselamatan maritim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan eksesais itu.

Perasmian turut disaksikan Kepala Staf Komando Armada II (KASKOARMADA II), Laksamana Pertama Isswarto TNI- AL pada 24 Jun 2024.

Upacara penutup telah disempurnakan Wakil Direktor Latihan pada hari ini.

Selain daripada aktiviti- aktiviti eksesais, kedua- dua angkatan laut juga telah mengukuhkan ukhwah melalui aktiviti sukan dan sosial. 

Aktiviti sosial yang telah  dilaksanakan  adalah  Majlis Makan Malam Rasmi MALINDO anjuran TLDM dan Majlis Resepsi anjuran TNI- AL.

Eksesais MALINDO JAYA 27AB/24 telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan kerjasama dan interoperabiliti TLDM dan TNI- AL. 

TLDM merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak TNI- AL di atas kerjasama serta komitmen yang dipamerkan bagi menjayakan eksesais. – SABAH MEDIA / FOTO TLDM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/29/eksesais-malindo-jaya-mampu-perkukuh-hubungan-tldm-tni-al/feed/ 0 56706
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan https://sabahmedia.com/2024/04/25/lapan-mangsa-tragedi-helikopter-tldm-terhempas-selamat-dikebumikan/ https://sabahmedia.com/2024/04/25/lapan-mangsa-tragedi-helikopter-tldm-terhempas-selamat-dikebumikan/#respond Thu, 25 Apr 2024 00:28:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53468
Read Time:3 Minute, 0 Second

BERNAMA

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara malam tadi. 

Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan, yang dijalankan mengikut istiadat pengebumian tradisi tentera laut dengan dihadiri ribuan ahli keluarga, kenamaan serta sanak saudara yang hadir memberi penghormatan buat kali terakhir. 

Terdahulu, proses bedah siasat terhadap 10 mangsa berkenaan yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak selesai pada 2.20 petang hari ini dengan jenazah mangsa beragama Islam dibawa ke Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh untuk solat jenazah. 

Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di Pulau Pinang malam ini yang turut dihadiri Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub.

Van membawa jenazah Muhammad Firdaus tiba di masjid itu pada 7.41 malam selepas disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi ketenteraan di kem berkenaan kira-kira 6 petang tadi.

Jenazah juruterbang TLDM Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin, 37, dikebumikan kira-kira 10 malam di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Muda selepas disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati di ibu negara pada 8.20 malam

Suasana hiba menyelubungi pengebumian jenazah Wan Rezaudeen Kamal yang dikebumikan mengikut istiadat pengebumian TLDM ketika Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan Bendera Ensign (Panji-Panji TLDM) kepada isteri Allahyarham, Alia Amalina Md Noor.

Urusan pengebumian dua mangsa tragedi berkenaan di Perak pula selesai kira-kira 9.25 malam ini, melibatkan jenazah Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41, di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Lekir, Lumut dan Jenazah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, 41, di  Tanah Perkuburan Islam Jalan Ulu Nor, Sungai Bayor, Selama.

Sementara itu, di Kedah, jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, Yan pada 9.55 malam ini berhampiran kubur arwah ibunya, Ratipa Yahaya yang meninggal dunia Julai tahun lepas.

Jenazah Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam, Sik, kira-kira 10.10 malam bersebelahan pusara ibunya, Fatimah Abdullah yang meninggal dunia Ogos tahun lepas.

Jenazah Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan kira-kira 11 malam yang sebelum itu disembahyangkan di Masjid At-Taufiqiah Kariah Taman Pinggiran Senawang.

Turut serta dalam solat jenazah ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Turut dikebumikan malam ini ialah jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM Komander Muhamad Amir Mohamad, 44, di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, Labis, Johor. 

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan pula memaklumkan jasad mendiang Leftenan T. Sivasutan, 31, dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan esok (25 April).

Sementara itu, jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna, 26, yang diterbangkan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak pada 11.54 malam dan akan dibawa ke Serian untuk disemadikan.

Dalam kejadian 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/25/lapan-mangsa-tragedi-helikopter-tldm-terhempas-selamat-dikebumikan/feed/ 0 53468
COVID-19 : Kluster Libatkan Institusi Keselamatan Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/22/covid-19-kluster-libatkan-institusi-keselamatan-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/covid-19-kluster-libatkan-institusi-keselamatan-direkodkan-di-sabah/#respond Mon, 22 Nov 2021 07:10:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8710
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan Institusi Keselamatan yang menjadi antara punca kes jangkitan COVID-19 di daerah Kota Kinabalu naik mendadak hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster yang dinamakan sebagai Kluster Lautan Biru Pantai itu turut melibatkan tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“Kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini naik 48 kes menjadikan jumlah kes baharu ialah 485 kes berbanding 437 kes semalam.

“Pertambahan yang agak banyak ini berpunca daripada kenaikan mendadak jumlah kes di Kota Kinabalu daripada 98 kes semalam kepada 161 kes (+63) pada hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, punca utama kenaikan mendadak itu berpuncang daripada Kluster Lautan Biru yang melibatkan anak-anak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, jangkitan berlaku semasa operasi dan setakat ini 93 orang disahkan positif.

“Mengikut statistik, cuma tiga kes daripada 161 kes didaftar di Kota Kinabalu sepanjang 24 jam yang lalu, selebihnya merupakan kes-kes daftar lewat dua hari atau lebih lama selepas keputusan saringan diketahui.

“Beberapa daerah lain mencatatkan pertambahan kes harian yang agak ketara seperti Tuaran dan Kota Marudu, tetapi daerah-daerah seperti Penampang, Papar dan Tenom mencatat jumlah kes harian yang jauh lebih rendah hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, kes-kes daripada Kluster Lautan Biru (91) dan Kluster Kemburongoh (1) menyumbang hampir 19 peratus daripada jumlah kes di Sabah hari ini.

Katanya, adalah juga diperhatikan peratusan kes-kes saringan kontak rapat dan kes-kes saringan bergejala hampir sama tinggi, 39 peratus bagi saringan kontak dan 36 peratus bagi saringan bergejala.

“Ini satu petanda jelas virus COVID-19 sudah berada secara meluas di tengah-tengah masyarakat dan risiko jangkitan secara sporadik semakin tinggi.

“Sejumlah 469 pesakit atau 97 peratus berada dalam Kategori 1 dan 2, lima orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tiga pesakit dalam Kategori 5.

“Kes melibatkan enam pesakit masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/covid-19-kluster-libatkan-institusi-keselamatan-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 8710
Keupayaan Armada Timur Dipertingkat https://sabahmedia.com/2021/10/22/keupayaan-armada-timur-dipertingkat/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/keupayaan-armada-timur-dipertingkat/#respond Fri, 22 Oct 2021 11:48:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7811
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Keupayaan Armada Timur dipertingkat dengan penyertaan KD Badik ke Skuadron Kapal Misi Pesisir (LMS) Ke-11.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata penyertaan KD Badik itu akan menambahkan lagi keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga perairan negara.

“KD Badik adalah salah satu daripada empat buah Littoral Mission Ship yang diperolehi sejajar dengan Program Transformasi TLDM 15to5.  Kehadiran kapal baharu ini akan meningkatkan lagi keupayaan Armada TLDM dalam memelihara kedaulatan dan kepentingan maritim negara. 

“Kejayaan KD BADIK menyertai Skuadron LMS Ke-11 pada hari ini juga adalah hasil profesionalisme yang ditunjukkan oleh Pasukan Projek LMS TLDM di China sepanjang pembinaan kapal LMS TLDM bagi memastikannya siap dibina mengikut jadual semasa yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas upacara Pentauliahan KD Badik di Markas Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar disini hari ini.

Mohd Reza turut memaklumkan pembinaan kapal tersebut melibatkan kerjasama di antara kerajaan Malaysia dan China melalui firma tempatan iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan China Shipbuilding & Offshore International Cooperation Limited.

“Sehingga kini tiga buah kapal telah diterima termasuk KD Badik manakala sebuah lagi dijangka akan diterima pada Disember tahun ini. 

“Sebagaimana KD Keris dan KD Sundang, KD Badik juga diletakkan di bawah pemerintahan Panglima Armada Timur, Markas Pemerintahan Armada Timur, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Sabah,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 47 kru pertama akan menganggotai KD Badik dan diketuai Pegawai Memerintah KD Badik, Komander Mohd Sharedzwan Saharudin.

Hadir sama dalam upacara tersebut Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Ruji Ubi, Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, Panglima Armada Timur Datuk Sabri Zali, Panglima Wilayah Udara 2 Datuk Shamsudin Kassim dan Panglima 5 Divisyen Datuk Halim Khalid./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/keupayaan-armada-timur-dipertingkat/feed/ 0 7811