tm sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Mar 2026 00:30:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tm sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TM Sabah santuni golongan asnaf menerusi program cahaya Ramadan 2026 https://sabahmedia.com/2026/03/09/tm-sabah-santuni-golongan-asnaf-menerusi-program-cahaya-ramadan-2026/ https://sabahmedia.com/2026/03/09/tm-sabah-santuni-golongan-asnaf-menerusi-program-cahaya-ramadan-2026/#respond Mon, 09 Mar 2026 00:30:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92889
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Program Cahaya Ramadan 2026 anjuran Telekom Malaysia (TM) Sabah menjadi wadah menyantuni golongan asnaf, ibu tunggal, B40 dan warga emas sempena bulan Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik), Datuk Abdul Kassim Razali berkata, penganjuran program berkenaan bertepatan dengan semangat Ramadan yang menggalakkan umat Islam memperbanyakkan amalan kebajikan termasuk membantu golongan kurang berkemampuan.

Menurutnya, Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan peluang terbaik untuk umat Islam meningkatkan amalan bersedekah serta berinfak kepada mereka yang memerlukan.

“Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, kita meraikan para asnaf dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Ia juga menjadi peluang untuk kita berinfak dan bersedekah kerana Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan barakah yang perlu kita rebut.

“Apabila kita memberikan sumbangan, ia menunjukkan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan dan merupakan satu amalan yang mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cahaya Ramadan 2026 di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran (SRIAHT), Tuaran, di sini baru-baru ini.

Pada program itu, seramai 40 pelajar asnaf menerima sumbangan zakat, manakala 120 bakul makanan diagihkan kepada golongan asnaf, keluarga B40, ibu tunggal serta penduduk setempat.

Dalam pada itu, Kassim turut menyokong inisiatif TM Sabah dan mengalu-alukan cadangan menjadikan Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran sebagai sekolah angkat TM di kawasan berkenaan.

Beliau berharap program berkenaan dapat diteruskan pada masa hadapan dengan kerjasama antara TM, Jabatan Penerangan Sabah serta agensi berkaitan dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan.

Sementara itu, Pengurus Besar TM Sabah, Sahrimin Mohd Iman berkata, program berkenaan merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan TM yang dilaksanakan di seluruh negara bagi membantu golongan memerlukan sepanjang Ramadan.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.

Menurutnya, program yang menyasarkan golongan asnaf, anak yatim, keluarga B40, ibu tunggal dan warga emas itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 3,200 keluarga atau kira-kira 13,000 penerima di 12 negeri dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM320,000.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/09/tm-sabah-santuni-golongan-asnaf-menerusi-program-cahaya-ramadan-2026/feed/ 0 92889
Program Cahaya Ramadan beri kegembiraan golongan memerlukan https://sabahmedia.com/2025/03/16/program-cahaya-ramadan-beri-kegembiraan-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2025/03/16/program-cahaya-ramadan-beri-kegembiraan-golongan-memerlukan/#respond Sun, 16 Mar 2025 04:05:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70507
Read Time:1 Minute, 30 Second

Tuaran:  Keprihatinan Telekom Malaysia (TM) Sabah dan Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah terhadap golongan kurang bernasib dapat membantu mengurangkan beban khususnya di bulan Ramadan. 

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali berkata Program Cahaya Ramadan 2025 yang  menyantuni golongan tersebut bukan sahaja untuk memberi kegembiraan tetapi juga meraih keberkatan.

“Keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik sangat penting dan program ini memberi ruang untuk menyantuni mereka kerana kita bukan sahaja membawa kebahagiaan kepada mereka, tetapi juga membuka pintu keberkatan dalam kehidupan kita sendiri.

“Saya difahamkan tahun ini merupakan tahun ketiga pihak TM melaksanakan program Cahaya Ramadan dan pada kali ini mereka bekerjasama bersama JAPEN Sabah. Seramai 151 orang menerima manfaat daripada program ini semoga bantuan itu sedikit sebanyak mengurangkan beban dan membawa kegembiraan kepada penerima.

“Harapan saya agar program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan penglibatan skala yang lebih besar,” katanya semasa merasmikan program tersebut,” katanya ketika berucap dalam program itu di Masjid Baitul Makmur, Kampung Kota Tuaran, di sini semalam.

Kassim berkata,  Program Cahaya Ramadan merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh identiti Islam serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya di Sabah.

“Dengan adanya program kerjasama strategik yang berlandaskan nilai-nilai Islam, masyarakat Islam akan lebih memahami serta mengamalkan ajaran agama kita dalam melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian,” ujar beliau.

Dalam majlis tersebut, seramai 31 anak yatim dari Maahad Tahfiz HOME Tuaran menerima sumbangan zakat, seramai 80 orang penerima bakul makanan dari empat buah kampung sekitar Tuaran serta 40 orang penerima dari kalangan OKU penglihatan.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Pengurus Besar TM One Sabah TM Sabah, Arif Lakura, Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Alfian Rahim mewakili Pegawai Daerah Tuaran, dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Baitul Makmur, Kg. Kota Tuaran, Agustan Nanti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/16/program-cahaya-ramadan-beri-kegembiraan-golongan-memerlukan/feed/ 0 70507