tokan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Oct 2025 08:39:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tokan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tokan dadah warga asing berdepan hukuman mati https://sabahmedia.com/2025/10/15/tokan-dadah-warga-asing-berdepan-hukuman-mati/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/tokan-dadah-warga-asing-berdepan-hukuman-mati/#respond Wed, 15 Oct 2025 08:39:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83338
Read Time:59 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dipercayai tokan dadah ditahan polis dalam serbuan di Kampung Vietnam, Tanjung Batu, di sini, semalam dan kini berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Tawau hasil maklumat risikan.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis menemui satu beg tangan mengandungi tujuh peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 52 gram dengan nilai anggaran RM5,500,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Tambahnya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana positif dadah.

Jasmin menegaskan, pihaknya akan terus memperhebatkan operasi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini.

“Polis menyeru orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu usaha memerangi jenayah dadah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/tokan-dadah-warga-asing-berdepan-hukuman-mati/feed/ 0 83338