TONG GAS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Sep 2025 07:15:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TONG GAS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 95 tong Gas LPG ke Negara Jiran https://sabahmedia.com/2025/09/13/maritim-malaysia-gagalkan-cubaan-seludup-95-tong-gas-lpg-ke-negara-jiran/ https://sabahmedia.com/2025/09/13/maritim-malaysia-gagalkan-cubaan-seludup-95-tong-gas-lpg-ke-negara-jiran/#respond Sat, 13 Sep 2025 07:15:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81136
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Cubaan sindiket menyeludup keluar tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau dalam operasi pada 11 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, sebuah bot kargo tanpa nombor pendaftaran ditahan pada kedudukan 1.1 batu nautika utara Tanjung Doris. Pemeriksaan lanjut menemukan 95 tong gas LPG tanpa permit sah.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot tersebut dikesan selepas pergerakan mencurigakannya diperhatikan oleh pasukan peronda semasa rondaan Ops Sejahtera, Ops Pluto Timur dan Ops Tiris di kawasan sempadan perairan.

“Bot dikendalikan seorang tekong warga Indonesia berusia 27 tahun bersama dua pembantu berumur 29 dan 25 tahun. Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri serta permit barangan kawalan yang dibawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut turut menemukan 18 tong gas berlabel Petronas, 77 tong gas berlabel MyGas serta 22 gelen kosong dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM52,000.

Ketiga-tiga suspek, bersama bot dan muatan, ditahan sebelum diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen JPDS.

Ariffin berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengesan dalang sindiket, selain memperketatkan kawalan di jeti-jeti haram serta rondaan waktu malam.

“Maritim Malaysia komited memastikan perairan Tawau bebas daripada aktiviti penyeludupan rentas sempadan yang merugikan negara,” tegasnya.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/13/maritim-malaysia-gagalkan-cubaan-seludup-95-tong-gas-lpg-ke-negara-jiran/feed/ 0 81136
Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/06/21/dua-cedera-melecur-dalam-kebakaran-lori-bawa-tong-gas-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/06/21/dua-cedera-melecur-dalam-kebakaran-lori-bawa-tong-gas-di-sandakan/#respond Sat, 21 Jun 2025 07:17:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75919
Read Time:1 Minute, 14 Second

SANDAKAN: Dua lelaki melecur di bahagian bahu dan tangan selepas lori yang membawa muatan tong gas Gas Petroleum Cecair (LPG) terbakar sepenuhnya dalam satu kejadian di Jalan Damai, berhampiran Taman Kim Jaiyen, di sini pagi Sabtu (21 Jun).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian sejauh empat kilometer dan tiba pada jam 11.16 pagi.

“Setibanya pasukan bomba mendapati satu insiden melibatkan sebuah lori Isuzu 1.5 tan yang membawa 45 tong LPG telah terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 100 kaki dengan satu pancutan serta dua unit buih (foam), menggunakan sumber air daripada jentera dan lori tangki air (water tanker),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.22 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.14 tengah hari selepas pemeriksaan lanjut di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain.

Menurutnya, terdapat dua mangsa cedera dalam kebakaran itu.

“Mangsa yang cedera ialah pemandu lori, lelaki berusia 50 tahun yang melecur di bahagian bahu dan tangan, serta kelindan warga Indonesia yang melecur di tangan kanan.

“Kedua-duanya telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Operasi pemadaman diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Chauslim Sumsubil bersama Pegawai Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Jimmy Lagung selaku Komander Operasi Kanan dengan bantuan agensi lain termasuk empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua petugas KKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/21/dua-cedera-melecur-dalam-kebakaran-lori-bawa-tong-gas-di-sandakan/feed/ 0 75919
Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Petrol & Tong LPG https://sabahmedia.com/2021/06/28/polis-marin-patahkan-cubaan-seludup-petrol-tong-lpg/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/polis-marin-patahkan-cubaan-seludup-petrol-tong-lpg/#respond Mon, 28 Jun 2021 12:47:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2142
Read Time:1 Minute, 5 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini berjaya mematahkan cubaan menyeludup petrol dan tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiram dalam kejadian di perairan laut Sisipan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, juragan bot berkenaan bagaimanapun gagal ditahan selepas nekad terjun ke laut untuk meloloskan diri ke kawasan hutan bakau berhampiran.

Pegawai Pemerintah PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohammad Ismail berkata, ketika anggota PPM dalam tugas perondaan di perairan Semporna mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika dihampiri juragan bot melarikan diri dan hasil pemeriksaan menemui 12 tong berisi petrol dan dua tong gas LPG yang disyaki cuba diseludup ke Filipina.

“Bot dan muatan dianggarkan bernilai RM27,931 dirampas kerana disyaki cuba seludup barang kawalan ke Filipina.

“Semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, pihak turut merampas sebuah pam bot dengan membawa 15 kotak minyak masak di Jeti Kayu Hujung Pasar Kampung Air.

“Juragan bot gagal dikesan selepas nekad terjun ke laut dan melarikan diri ke laut Pulau Bum-Bum.

“Pemeriksaan turut menemui pelbagai jenis ikan sebanyak 10 kilogram dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan,” katanya.

Mohammad berkata, jumlah nilai keseluruhan rampasan membabitkan dua kes ini bernilai RM32,181.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perikanan 1985,” katanya. – ASIATIMES

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/polis-marin-patahkan-cubaan-seludup-petrol-tong-lpg/feed/ 0 2142