tong sampah dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 09 Jun 2024 05:20:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tong sampah dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jangan simpan makanan di tong sampah berwarna hitam – DBKK https://sabahmedia.com/2024/06/09/jangan-simpan-makanan-di-tong-sampah-berwarna-hitam-dbkk/ https://sabahmedia.com/2024/06/09/jangan-simpan-makanan-di-tong-sampah-berwarna-hitam-dbkk/#respond Sun, 09 Jun 2024 05:20:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55723
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Peniaga makanan dan pengusaha restoran khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu diingatkan agar tidak menyimpan makanan didalam tong sampah berwarna hitam.

Amaran dan peringatan itu dinyatakan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah ketika ditemui selepas menghadiri Program Karnival Komuniti @ Kota Kinabalu di sini semalam.

Katanya, sehingga kini hampir 10 buah premis atau pengusaha restoran telah dikesan berbuat demikian.

Menurutnya lagi, pihaknya mengambil berat terhadap isu tersebut dan akan sentiasa membuat pemeriksaan gerai dan kedai makan.

“DBKK daripada dahulu lagi tidak membenarkan penyimpanan makanan di dalam tong sampah yang berwarna hitam. 

“Sekiranya pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak penguatkuasa kita mendapati ada peniaga menyimpan makanan di dalam tong sampah berwarna gelap itu, kita akan ambil tindakan terhadap mereka, kita memang tidak benarkan” katanya.

Terdahulu, program anjuran DBKK dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu itu turut dimeriahkan lebih 350 orang pengunjung.

Karnival itu diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran orang awam mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar, selain mendidik masyarakat untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan

Pelbagai aktiviti menarik seperti Wellness Fun Walk di mana peserta telah berjalan kaki sejauh tiga kilometer sambil membawa mesej menjaga alam sekitar dan berjalan sambil mengutip sampah turut diadakan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/09/jangan-simpan-makanan-di-tong-sampah-berwarna-hitam-dbkk/feed/ 0 55723