tongod – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Aug 2026 05:30:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tongod – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPTD Tongod pantau projek infrastruktur RMK-13 https://sabahmedia.com/2026/08/24/jptd-tongod-pantau-projek-infrastruktur-rmk-13/ https://sabahmedia.com/2026/08/24/jptd-tongod-pantau-projek-infrastruktur-rmk-13/#respond Mon, 24 Aug 2026 05:30:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102184
Read Time:1 Minute, 34 Second

RANAU: Satu Jawatankuasa Pemandu Teknikal Daerah (JPTD) Tongod ditubuhkan bagi mengawal selia dan menilai pelaksanaan semua projek infrastruktur dan utiliti di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di daerah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata jawatankuasa khas itu ditubuhkan susulan terdapat beberapa projek kerajaan di daerah berkenaan yang gagal disiapkan selain tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kuamut pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang dihadiri lebih 300 warga Tongod yang menetap di Ranau, di Dewan Masyarakat Kampung Rapak, di sini, semalam.

“Saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa ini, manakala Pegawai Daerah, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah, Jabatan Air dan Sabah Electricity menjadi anggota tetap.

“Pasukan ini akan memantau serta menilai aspek teknikal, selain memastikan perkhidmatan dan reka bentuk kerja bagi setiap projek memenuhi standard ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, jabatan dan agensi kerajaan lain akan dijemput menganggotai jawatankuasa berkenaan mengikut keperluan semasa.

Menurutnya, fokus utama JPTD ketika ini ialah pembinaan semula Kompleks Sukan Tongod yang sebelum ini terbengkalai susulan kegagalan pemaju menyiapkan pusat sukan daerah itu.

“Status terkini, pembinaan semula Kompleks Sukan Tongod sudah ditawarkan kepada kontraktor baharu dan kerja-kerja dijangka disambung pada awal September ini.

“Kontraktor baharu berkenaan diberikan tempoh lapan bulan untuk menyiapkan struktur pusat sukan tersebut,” katanya.

Masiung yang juga Pengerusi Kumpulan Sedco berkata, selain projek infrastruktur di bawah RMK-13, pembinaan kilang klinker dan simen di Kampung Kawayoi serta kilang pemprosesan khinzir di Kampung Entilibon turut menjadi antara tumpuan jawatankuasa berkenaan.

Sementara itu, JPTD turut akan memainkan peranan dalam memastikan pelaksanaan satu lagi projek berimpak tinggi yang dijangka mengubah landskap pembangunan di Tongod, iaitu Bandar Baharu Milenium di bawah RMK-13.

Projek Bandar Milenium seluas kira-kira 1,000 ekar itu dijangka dilaksanakan sebuah syarikat swasta bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan di daerah pedalaman berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/24/jptd-tongod-pantau-projek-infrastruktur-rmk-13/feed/ 0 102184
Pelajar Tingkatan Enam Tongod di luar daerah terima bantuan RM200 mulai hujung tahun https://sabahmedia.com/2026/07/14/pelajar-tingkatan-enam-tongod-di-luar-daerah-terima-bantuan-rm200-mulai-hujung-tahun/ https://sabahmedia.com/2026/07/14/pelajar-tingkatan-enam-tongod-di-luar-daerah-terima-bantuan-rm200-mulai-hujung-tahun/#respond Tue, 14 Jul 2026 05:57:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99845
Read Time:1 Minute, 12 Second

BELURAN: Pelajar Tingkatan Enam Atas dari daerah Tongod yang melanjutkan pengajian di sekolah luar daerah bakal menerima bantuan sokongan tunai sebanyak RM200 seorang mulai hujung tahun ini.

Inisiatif baharu itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, sebagai usaha membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Menurut Masiung, bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar di tiga sekolah menengah utama di Tongod yang menawarkan Tingkatan Enam, iaitu Sekolah Menengah Penangah, Sekolah Menengah Tongod dan Sekolah Menengah Entalibon.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika menghadiri Majlis Kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kuamut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 yang diadakan di Dewan Kampung Toninting, Ulu Sapi, Nangoh, Sabtu lalu.

Katanya, bantuan berkenaan akan diteruskan setiap tahun bermula tahun ini sehingga tamat tempoh perkhidmatannya sebagai wakil rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita berharap bantuan kewangan ini dapat meningkatkan akses kepada pendidikan, khususnya bagi pelajar Tingkatan Enam di daerah Tongod yang menuntut di luar daerah.

“Inisiatif ini akan disalurkan menerusi peruntukan ADUN Kuamut kepada tiga sekolah menengah utama di Tongod,” katanya.

Sebelum ini, Masiung turut menyumbangkan tiga buah bas sekolah, masing-masing sebuah kepada Sekolah Menengah Penangah, Sekolah Menengah Tongod dan Sekolah Menengah Entalibon bagi memudahkan urusan pengangkutan pelajar.

Terdahulu, kerajaan negeri Sabah turut memperkenalkan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) kepada pelajar sekolah menengah, khususnya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebagai antara langkah memperkukuh agenda pendidikan di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/14/pelajar-tingkatan-enam-tongod-di-luar-daerah-terima-bantuan-rm200-mulai-hujung-tahun/feed/ 0 99845
Bandar Baharu Milenium dijangka ubah landskap pembangunan Tongod https://sabahmedia.com/2026/06/03/bandar-baharu-milenium-dijangka-ubah-landskap-pembangunan-tongod/ https://sabahmedia.com/2026/06/03/bandar-baharu-milenium-dijangka-ubah-landskap-pembangunan-tongod/#respond Wed, 03 Jun 2026 05:53:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97645
Read Time:2 Minute, 10 Second

TONGOD: Daerah Tongod yang sering dikategorikan antara daerah termiskin di Malaysia dijangka mengalami transformasi besar menerusi cadangan pembangunan Bandar Baharu Milenium yang bakal dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata projek berimpak tinggi itu akan dibangunkan di kawasan seluas 1,000 ekar menerusi kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan negeri.

Menurutnya, cadangan pembangunan tersebut telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod minggu lalu.

Sebelum itu, Hajiji bersama Masiung menerima taklimat daripada delegasi Corak Nahkoda Sdn Bhd yang diketuai Pengarah Urusannya di Sabah, Robin Lim, berhubung cadangan pembangunan bandar baharu berkenaan.

Terdahulu, Ketua Menteri turut merasmikan bangunan Mahkamah Anak Negeri Tongod sebelum menghadiri majlis perasmian Pesta Kaamatan daerah itu.

Masiung berkata, syarikat terbabit telah menyatakan hasrat menyediakan tanah seluas 1,000 ekar berhampiran Pekan Tongod bagi merealisasikan projek mega yang disifatkan sebagai antara pembangunan paling penting di kawasan pedalaman Sabah.

Daripada keluasan tersebut, katanya, kira-kira 200 ekar akan diperuntukkan untuk membangunkan pusat pentadbiran yang menempatkan jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan berkonsepkan mini Putrajaya.

“Jabatan-jabatan kerajaan yang kini beroperasi secara berasingan di daerah ini akan ditempatkan di satu pusat pentadbiran yang dilengkapi kemudahan digital dan teknologi maklumat,” katanya.

Menurut beliau, Tongod kini berada di ambang fasa transformasi baharu yang dijangka mengubah wajah daerah yang dikenali sebagai ‘The Heart of Sabah’ itu.

Cadangan Bandar Baharu Milenium tersebut turut melibatkan pembinaan bangunan komersial dua hingga empat tingkat, pusat beli-belah, stesen minyak, pasar raya, hotel serta pelbagai kemudahan sokongan lain.

Selain itu, projek berkenaan turut merangkumi pembangunan kawasan perindustrian, perumahan kos sederhana dan mampu milik, hospital, sekolah, padang golf serta kemudahan rekreasi awam.

Masiung yang juga Pengerusi Kumpulan Sedco berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan lanjut dengan pengurusan Corak Nahkoda dan pihak berkepentingan bagi meneliti serta menambah baik cadangan pembangunan sebelum sebarang perjanjian dimuktamadkan.

Beliau berkata, projek pembangunan bercampur itu dijangka mampu mengubah status Tongod sebagai antara daerah paling kurang membangun di negara ini.

“Projek ini berpotensi merancakkan pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan membuka lebih banyak ruang perniagaan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa komponen pembangunan yang dicadangkan masih belum dimuktamadkan sepenuhnya dan beberapa elemen tambahan akan dipertimbangkan bagi memastikan manfaat maksimum kepada ekonomi rakyat.

Menurutnya, Bandar Baharu Milenium bakal menjadi pemangkin transformasi moden yang dapat merapatkan jurang pembangunan antara Tongod dan kawasan lain di Sabah, khususnya di Pantai Timur negeri ini.

Jika dilaksanakan mengikut perancangan dalam tempoh lima tahun akan datang, projek itu dijangka menjadi titik perubahan penting yang mampu mengangkat kedudukan Tongod sebagai daerah yang lebih maju dan berdaya saing.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/03/bandar-baharu-milenium-dijangka-ubah-landskap-pembangunan-tongod/feed/ 0 97645
Ketua jabatan Tongod digesa rujuk Pelan Pembangunan Suara Kuamut 2020–2030 https://sabahmedia.com/2025/12/21/ketua-jabatan-tongod-digesa-rujuk-pelan-pembangunan-suara-kuamut-2020-2030/ https://sabahmedia.com/2025/12/21/ketua-jabatan-tongod-digesa-rujuk-pelan-pembangunan-suara-kuamut-2020-2030/#respond Sun, 21 Dec 2025 07:14:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88679
Read Time:1 Minute, 40 Second

KUNDASANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah menggesa semua ketua jabatan di daerah Tongod supaya merujuk dan berpandukan garis panduan terancang yang digariskan dalam buku Suara Kuamut – Pelan Pembangunan Daerah Tongod 2020–2030 bagi memastikan pelaksanaan pembangunan yang lebih tersusun dan berkesan.

Beliau menjelaskan, buku berkenaan menghimpunkan cadangan pembangunan yang telah dikenal pasti dan disusun oleh Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), selain mempunyai potensi besar untuk dimajukan khususnya di kawasan Kuamut dan daerah Tongod secara keseluruhan.

Menurutnya, kerangka pembangunan yang terkandung dalam buku itu merupakan hasil cetusan idea beliau sendiri yang diterjemahkan sebagai misi dan visi jangka panjang bagi memacu pembangunan daerah Tongod sehingga tahun 2030.

Masiung berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Warga Kerja Pejabat Daerah Tongod di sebuah pusat peranginan di sini, semalam.

Pada majlis itu, turut diperkenalkan Pegawai Daerah Tongod yang baharu, Hazlan Jablee, bagi menggantikan Yuesri Ismail Yusof yang ditukarkan bertugas ke daerah Membakut.

“Menerusi misi buku Suara Kuamut, kita meletakkan IDS sebagai fasilitator, manakala Pegawai Daerah bersama ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan berperanan sebagai pelaksana dasar.

“Pendekatan wawasan ini juga menekankan penglibatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) dan pengamal adat, selain Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” katanya.

Beliau menegaskan bahawa setiap anggota perkhidmatan kerajaan perlu menjalin kerjasama dua hala yang erat dengan pemimpin di peringkat daerah agar semua aspek pembangunan dapat dilaksanakan secara holistik dan inklusif.

“Pegawai serta kakitangan kerajaan perlu berkhidmat dengan penuh keikhlasan. Jangan menganggap jawatan sekadar untuk menyara keluarga tanpa kesungguhan membangunkan masyarakat.

“Jangan memandang ringan rakyat yang datang berurusan hanya kerana anda seorang pegawai kerajaan,” tegasnya lagi.

Menurut Masiung, buku Suara Kuamut menggariskan lima teras utama serta 10 strategi pembangunan yang akan membentuk hala tuju masa depan daerah Tongod menjelang 2030.

Kerangka pembangunan itu merangkumi pelbagai sektor termasuk ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan pembangunan modal insan, industri, sukan, kebudayaan, keagamaan, keselamatan, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan penduduk pelbagai lapisan.

Kedua-dua Pegawai Daerah, Yuesri dan Hazlan, turut hadir bersama warga Pejabat Daerah Tongod pada majlis berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/21/ketua-jabatan-tongod-digesa-rujuk-pelan-pembangunan-suara-kuamut-2020-2030/feed/ 0 88679
Projek Pekan Baharu Penangah diluluskan, pacu ekonomi Tongod bermula 2026 https://sabahmedia.com/2025/12/19/projek-pekan-baharu-penangah-diluluskan-pacu-ekonomi-tongod-bermula-2026/ https://sabahmedia.com/2025/12/19/projek-pekan-baharu-penangah-diluluskan-pacu-ekonomi-tongod-bermula-2026/#respond Fri, 19 Dec 2025 05:17:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88565
Read Time:1 Minute, 27 Second

TONGOD: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan pelaksanaan projek Pekan Baharu Penangah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dijadual bermula awal Januari tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, projek pembangunan bercampur itu termasuk dalam Belanjawan Negeri 2026 bernilai RM6.9 bilion yang dibentangkan pada persidangan DUN, 12 Disember lalu.

Beliau berkata, Pekan Baharu Penangah dijangka menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat, khususnya dengan kedudukannya yang strategik berhampiran projek pembinaan kilang simen yang dijangka beroperasi pada penghujung 2026.

“Pembangunan ini diyakini mampu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Krismas Zon Penangah, semalam.

Menurut Masiung, sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja awal melibatkan pengukuran tapak seluas kira-kira 200 ekar, pembinaan jalan masuk, kerja tanah serta sistem perparitan.

Beliau berkata, pembangunan Pekan Baharu Penangah akan dilaksanakan secara berperingkat menerusi kerjasama strategik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) selaras dengan pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, lokasi pembangunan yang berhampiran kilang simen di Kampung Kawayoi, yang dijangka menawarkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan, berpotensi membuka lembaran baharu kepada daerah Tongod yang tersenarai antara 10 daerah termiskin di Malaysia.

Selain itu, Masiung memaklumkan bahawa di bawah RMK-13, projek pembinaan pekan baharu Tongod kini sedang berjalan, manakala projek Kompleks Sukan Tongod yang sebelum ini terhenti akan diteruskan.

Sementara itu, Sambutan Krismas Zon Penangah yang berlangsung meriah itu menarik kehadiran lebih 2,000 pengunjung dengan pelbagai acara termasuk pertunjukan bunga api dan persembahan nyanyian oleh penghibur tempatan seperti Datuk Francis Landong, George Lian dan Asimin Pugug.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Penguasa Paroki St John Penangah, Paderi Andreas Barnabas; Penguasa Gereja Tampasak dan Imbak, Paderi Masri Raimiee; serta Paderi Habis Olui.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/19/projek-pekan-baharu-penangah-diluluskan-pacu-ekonomi-tongod-bermula-2026/feed/ 0 88565
Kerja-kerja kompleks sukan Tongod akan disambung semula awal tahun depan https://sabahmedia.com/2025/11/20/kerja-kerja-kompleks-sukan-tongod-akan-disambung-semula-awal-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/kerja-kerja-kompleks-sukan-tongod-akan-disambung-semula-awal-tahun-depan/#respond Thu, 20 Nov 2025 11:43:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86524
Read Time:1 Minute, 16 Second

TONGOD : Pembinaan Kompleks Sukan Tongod yang sebelumnya tergendala akan disambung semula pada awal tahun hadapan.

Datuk Masiung Banah, penyandang kerusi DUN Kuamut, menjelaskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang dalam proses menyiapkan dokumentasi untuk melantik kontraktor baharu bagi melengkapkan projek tersebut.

Beliau membuat penjelasan itu selepas melancarkan Jentera Kempen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tongod.

Mengenai sebab kelewatan projek, Masiung mendedahkan bahawa syarikat pelaksana asal yang dilantik oleh kerajaan sebelumnya telah ditamatkan kontraknya pada Julai lalu.

Tindakan itu diambil selepas syarikat berkenaan gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kita telah beberapa kali mengeluarkan amaran, termasuk memberi lanjutan masa sebanyak empat kali, namun mereka masih gagal mencapai kemajuan fizikal. Akhirnya, KBS mengeluarkan arahan menamatkan kontrak,” tegasnya.

Masiung menegaskan bahawa isu projek ini telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang dalam kempen mereka. Beliau menekankan bahawa kontraktor asal tersebut sebenarnya dilantik semasa pihak pembangkang masih memerintah.

“Saya tidak mempersoalkan kroni siapa kontraktor itu, tetapi yang penting mereka harus berdaya maju dan menyiapkan kerja mengikut jadual,” katanya.

Menurutnya, prestasi fizikal projek bernilai RM7 juta itu amat mengecewakan sejak tahun lalu. Beliau kesal kerana pembangkang menyalahkannya, sedangkan projek itu telah diserahkan sepenuhnya kepada kontraktor yang mereka lantik sendiri.

Bagaimanapun, Masiung menyatakan bahawa penyelesaian telah diperoleh.

“KBS akan melantik kontraktor baharu seawal tahun depan untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertinggal. Saya yakin projek itu akan selesai dalam tempoh dua tahun,” ujarnya.

Beliau menjangkakan kontraktor baharu hanya perlu menumpukan pada kerja-kerja yang masih berbaki, seperti pembinaan lapangan trek dan penyambungan bekalan elektrik dan air.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/kerja-kerja-kompleks-sukan-tongod-akan-disambung-semula-awal-tahun-depan/feed/ 0 86524
Projek Komersial Fasa II dibina di Pekan Baharu Tongod https://sabahmedia.com/2025/08/04/projek-komersial-fasa-ii-dibina-di-pekan-baharu-tongod/ https://sabahmedia.com/2025/08/04/projek-komersial-fasa-ii-dibina-di-pekan-baharu-tongod/#respond Mon, 04 Aug 2025 09:13:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78554
Read Time:1 Minute, 15 Second

TONGOD: Pekan Baharu Tongod bakal menyaksikan satu lagi lonjakan pembangunan apabila Projek Komersial Kedai Bertingkat Fasa II yang melibatkan enam unit kedai bernilai hampir RM4 juta akan dimulakan tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, projek ini merupakan kesinambungan kepada pembinaan enam unit kedai bertingkat yang telah dimulakan pada tahun lalu di bawah Fasa I.

“Projek ini adalah antara inisiatif komersial di bawah kerangka Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diilhamkan Kerajaan Negeri Sabah bagi merancakkan pembangunan luar bandar,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek berkenaan di sini, pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu turut memaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan bagi Fasa I kini telah mencapai kemajuan sebanyak 50 peratus dan dijangka siap sebelum pertengahan tahun depan.

“Kesemua enam unit kedai di bawah Fasa I juga telah habis terjual, menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, LPPB turut merancang membina 50 unit rumah teres dua tingkat di bawah Program Rumah Awam Kos Rendah (PAKR) berdekatan Pekan Tongod, khusus bagi membantu golongan B40 memiliki rumah sendiri.

Menurut Masiung, pembangunan perumahan kos rendah itu dijadualkan bermula awal tahun hadapan dan permohonan pembelian rumah boleh dikemukakan secara dalam talian. Setiap unit akan dijual pada harga RM47,000.

Projek komersial dan perumahan tersebut merupakan pelaksanaan bersepadu di bawah agenda pembangunan negeri menerusi dasar SMJ.

Turut hadir dalam majlis pecah tanah berkenaan ialah Pengurus Besar LPPB, Datuk Rosemary Ahping dan Pegawai Daerah Tongod, Mohd. Yuseri Yusof.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/04/projek-komersial-fasa-ii-dibina-di-pekan-baharu-tongod/feed/ 0 78554
45 persatuan belia di Tongod terima geran RM135,000 perkasa golongan muda https://sabahmedia.com/2024/10/29/45-persatuan-belia-di-tongod-terima-geran-rm135000-perkasa-golongan-muda/ https://sabahmedia.com/2024/10/29/45-persatuan-belia-di-tongod-terima-geran-rm135000-perkasa-golongan-muda/#respond Tue, 29 Oct 2024 02:40:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62975
Read Time:1 Minute, 14 Second

TONGID: Sebanyak 45 persatuan belia di daerah Tongod akan memperolehi geran RM135,000 bagi memperkasa golongan muda membangunkan aktiviti rekreasi dan modal insan.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, geran peruntukan itu akan mula diagihkan awal tahun hadapan kepada persatuan dan kelab belia yang masih bergiat aktif dan ia disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KKBS) daerah Tongod.

Terdahulu beliau melancarkan Program Juara & Program Aktif di Padang Sukan Kampung Linayukan di sini yang dianjurkan KKBS Pedalaman Tongod, Telupid dan Ranau, kelmarin.

” Setiap persatuan dan kelab yang bergiat aktif akan menerima geran RM3,000 yang
disalurkan menerusi peruntukan Dewan Undangan Negeri kepada KKBS daerah.

” Saya telah mengarahkan Pegawai KKBS Tongod untuk mengenalpasti persatuan berdaftar yang benar-benar aktif dan layak menerima geran berkenaan di Tongod,” katanya sejurus selepas melancarkan program tersebut.

Masiung berkata, usaha ini dijangka akan memberi menfaat lebih 150 ribu golongan belia yang menjadi ahli persatuan belia yang berdaftar di daerah itu.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan akan menyumbangkan sebuah mini bas kepada KKBS daerah untuk digunakan oleh persatuan dan kelab yang akan menjalankan aktiviti belia.

“Mini bas ini juga akan diserahkan pada awal tahun hadapan,” katanya.

Masiung menyeru ahli-ahli persatuan supaya menanamkan semangat sang juara untuk misi mencapai sasaran dan matlamat mereka.

Beliau berharap pemberian geran dan kemudahan mini bas itu dapat menyuntik semangat golongan belia melaksanakan aktiviti bermenafaat kepada semua golongan masyarakat.

Pada majlis itu pelbagai acara sukan turut diadakan termasuk kejohanan bola sepak melibatkan golongan belia di daerah itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/29/45-persatuan-belia-di-tongod-terima-geran-rm135000-perkasa-golongan-muda/feed/ 0 62975
Mini Stesen Minyak pertama kini dibuka di Tongod https://sabahmedia.com/2024/08/04/stesen-minyak-pertama-kini-dibuka-di-tongod/ https://sabahmedia.com/2024/08/04/stesen-minyak-pertama-kini-dibuka-di-tongod/#respond Sun, 04 Aug 2024 04:06:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58536
Read Time:45 Second

TONGOD: Daerah Tongod membuka lembaran baharu apabila sebuah mini stesen minyak petrol dan diesel pertama dibuka di Kampung Sanan dekat di sini.

Semasa merasmikan pembukaan stesen itu kelmarin, Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, mengalu-alukan kewujudan stesen itu dan berharap ianya menjadi kemudahan penduduk di Tongod tanpa perlu ke daerah berdekatan untuk mendapatkan petrol dan diesel.

Tongod yang berkeluasan 10.050 kilometer persegi mengatasi negeri Kedah, selama ini tidak mempunyai stesen minyak dan penduduknya terpaksa mendapat bekalan minyak kenderaan daripada daerah Telupid dan Sook.

Stesen Petron itu yang diusahakan penduduk tempatan Tongod dan seorang pesera guru, Mandik Yadam, 70, bakal menjadi medan penduduk daerah itu.

Selain lokasinya di tepi jalan laluan antara Pekan Tongod dan Telupid, Mandik dan keluarganya turut mengusahakan mini market dan restoran.

Menurut pesara guru itu, beliau dan keluarga menyediakan modal pusingan sebanyak RM500 ribu untuk membuka mini stesen minyak yang mengandungi dua pam itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/04/stesen-minyak-pertama-kini-dibuka-di-tongod/feed/ 0 58536
Projek bina pekan baharu komersial Tongod bermula Jun ini https://sabahmedia.com/2024/06/09/projek-bina-pekan-baharu-komersial-tongod-bermula-jun-ini/ https://sabahmedia.com/2024/06/09/projek-bina-pekan-baharu-komersial-tongod-bermula-jun-ini/#respond Sun, 09 Jun 2024 04:29:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55715
Read Time:52 Second

TONGOD: Tongod yang disenaraikan sebagai daerah termiskin akan berubah wajah sebaik sahaja pekan baharu komersial dibina bermula Jun ini.

Projek bernilai RM7 juta itu dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) merangkumi pembinaan dua deret kedai bertingkat yang mengandungi 12 unit.

Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah berkata, pembinaan projek fasa pertama di atas tapak seluas 1.17 ekar akan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan sebelum meneruskan pembinaan fasa kedua.

“Sekarang ini kita sedang mulakan fasa pertama bagi membina enam unit kedai dengan kos RM3.5 juta,” katanya semasa melawat tapak pembinaan projek itu, kelmarin.

Masiung (tengah) diberi taklimat oleh jurutera LPPB Mohd Andy Osman semasa melawat tapak projek pembinaan pekan baharu Tongod pada Sabtu.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, berkata, dua unit daripada kedai dua tingkat itu akan dicadangkan untuk membina hotel.

“Sementara, unit selebihnya digunakan untuk perniagaan komersial termasuk premis makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC),” ujarnya.

Menurut Masiung, bangunan komersial dua tingkat itu akan dijual dengan nilai antara RM565,000 hingga RM619,000 bagi unit bahagian tepi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/09/projek-bina-pekan-baharu-komersial-tongod-bermula-jun-ini/feed/ 0 55715