tourism – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 29 Jun 2026 08:49:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tourism – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Semakan pengezonan perairan Semporna dijangka mudahkan isu pelesenan pelancongan https://sabahmedia.com/2026/06/29/semakan-pengezonan-perairan-semporna-dijangka-mudahkan-isu-pelesenan-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2026/06/29/semakan-pengezonan-perairan-semporna-dijangka-mudahkan-isu-pelesenan-pelancongan/#respond Mon, 29 Jun 2026 08:49:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99076
Read Time:1 Minute, 18 Second

SEMPORNA : Semakan semula pelan pengezonan kawasan perairan di daerah ini dijangka menjadi antara langkah penting dalam membantu menyelesaikan isu pelesenan premis pelancongan yang dihadapi pengusaha tempatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Majlis Daerah Semporna kini sedang meneliti semula pelan pengezonan kawasan perairan, termasuk cadangan rezoning.

Katanya, ia bagi memastikan status kawasan adalah selaras dengan keperluan pembangunan pelancongan semasa.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk pembangunan industri pelancongan, di samping memastikan semua aktiviti dijalankan mengikut perancangan dan peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, hasil perbincangan bersama pihak berkaitan mendapati masih terdapat permohonan lesen premis pelancongan yang belum dapat diluluskan berikutan ketidaklengkapan dokumen, kegagalan memenuhi syarat pelesenan serta beberapa isu teknikal.

“Selain itu, Lesen Pendudukan Sementara atau Temporary Occupation Licence (TOL) pada masa ini tidak boleh dilesenkan di bawah peraturan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, Jafry berkata, kementeriannya akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dengan menyelaras perbincangan bersama kementerian, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian yang menyeluruh.

Beliau turut memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Arif, bagi meneliti isu berkenaan serta mengenal pasti pendekatan yang praktikal untuk membantu pengusaha tempatan.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pengusaha pelancongan supaya terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan melengkapkan semua keperluan dan syarat pelesenan yang ditetapkan.

Katanya, kerajaan komited memastikan industri pelancongan di Semporna terus berkembang secara sah, tersusun dan mampan, sekali gus memperkukuh kedudukan daerah itu sebagai antara destinasi pelancongan utama di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/29/semakan-pengezonan-perairan-semporna-dijangka-mudahkan-isu-pelesenan-pelancongan/feed/ 0 99076
Tourism Malaysia Sabah promosi pelancongan pedalaman melalui program ‘Mansau-Ansau Borneo Trail’ https://sabahmedia.com/2025/12/10/tourism-malaysia-sabah-promosi-pelancongan-pedalaman-melalui-program-mansau-ansau-borneo-trail/ https://sabahmedia.com/2025/12/10/tourism-malaysia-sabah-promosi-pelancongan-pedalaman-melalui-program-mansau-ansau-borneo-trail/#respond Wed, 10 Dec 2025 06:24:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88024
Read Time:1 Minute, 40 Second

TAMBUNAN: Tourism Malaysia Sabah terus mempergiat usaha mempromosikan pelancongan domestik, khususnya di kawasan pedalaman negeri ini menerusi penganjuran program “Mansau-Ansau Borneo Trail” di Daerah Tambunan, yang berlangsung selama dua hari bermula 6 Disember lalu.

Program edisi ketiga itu melibatkan penyertaan dua wakil agensi pelancongan dan dua pengamal media tempatan, bertujuan memberi pendedahan secara langsung terhadap keunikan produk pelancongan desa serta keindahan alam semula jadi yang dimiliki Tambunan, yang turut dikenali sebagai ‘The Switzerland of the East’.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar, berkata penganjuran program itu memberi fokus kepada pengalaman pelancongan berasaskan komuniti (CBT) yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelancong tempatan.

“Kita membawa wakil agensi pelancongan dan media untuk mengalami sendiri konsep experiential tourism serta mendekati adat dan budaya tempatan, khususnya di kawasan pedalaman Sabah yang terkenal dengan pendekatan CBT,” katanya.

Sepanjang lawatan, peserta berpeluang menginap di Kampung Sunsuron Homestay, menikmati jamuan tradisi masyarakat Kadazan Dusun, selain mendalami elemen warisan tempatan menerusi kunjungan ke Rumah Tengkorak, satu tapak budaya unik di daerah itu.

Peserta turut dibawa mengunjungi beberapa destinasi alam semula jadi popular termasuk Air Terjun Mahua di Hutan Simpan Crocker Range, Rafflesia Information Centre serta Sinurambi Viewing Point yang menawarkan pemandangan panorama dari menara setinggi 14 meter.

Program ini turut menampilkan elemen pelancongan lasak di Kawang-Kawang Canyon, sekali gus memperlihatkan potensi besar Kampung Tiong dalam pembangunan pelancongan berasaskan alam sebagai produk tarikan baharu di pedalaman Sabah.

Menurut Haryanty, penglibatan media tempatan dalam program ini juga merupakan strategi penting Tourism Malaysia dalam memperluas promosi pelancongan melalui platform digital menerusi konsep travel and storytelling yang lebih berkesan serta berimpak tinggi.

Program “Mansau-Ansau Borneo Trail” ini turut menjadi sebahagian daripada persiapan awal ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang menyasarkan 47 juta ketibaan pelawat antarabangsa, di samping mengukuhkan kedudukan destinasi domestik sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.

Tourism Malaysia yakin, dengan kerjasama berterusan semua pihak termasuk komuniti setempat, pengusaha pelancongan dan agensi media, sektor pelancongan domestik Sabah akan terus berkembang sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi luar bandar. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/10/tourism-malaysia-sabah-promosi-pelancongan-pedalaman-melalui-program-mansau-ansau-borneo-trail/feed/ 0 88024
TMM2026: Tourism Malaysia optimis capai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong https://sabahmedia.com/2025/01/08/tmm2026-tourism-malaysia-optimis-capai-sasaran-kedatangan-lebih-35-6-juta-pelancong/ https://sabahmedia.com/2025/01/08/tmm2026-tourism-malaysia-optimis-capai-sasaran-kedatangan-lebih-35-6-juta-pelancong/#respond Tue, 07 Jan 2025 23:45:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66624
Read Time:2 Minute, 2 Second

BERNAMA

Sepang: Tourism Malaysia optimis kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) mampu mencapai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong tahun depan sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy berkata kempen yang akan bermula pada 1 Jan 2026 itu, juga memberi peluang kepada Malaysia menonjolkan keunikan budaya, alam semula jadi, serta infrastruktur pelancongan sebagai tarikan utama.

“Kempen ini akan memacu kesiapsiagaan pemain industri pelancongan dari segi infrastruktur, pakej pelancongan, dan kemudahan lain untuk menarik pelancong bukan sahaja dari luar negara tetapi juga rakyat Malaysia sendiri,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran TMM2026 di sini semalam.

Manoharan berkata antara strategi utama menjayakan TMM2026 ialah memberi fokus kepada pasaran pelancong utama seperti China, India, Timur Tengah, dan ASEAN yang mempunyai rangkaian penerbangan terus ke Malaysia.

“Pada masa ini kita punyai lebih 3,100 penerbangan terus dari negara berkenaan ke Malaysia. Ini memberi kelebihan kepada kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan,” katanya.

Manoharan menjelaskan TMM2026 turut menumpukan kepada pelancongan berasaskan pengalaman, dengan penawaran pakej lebih menarik.

Beliau berkata ini termasuk menawarkan kepada pelancong peluang mendalami keunikan budaya dan kepelbagaian kaum di Malaysia seperti pengalaman kulinari dan interaksi bersama penduduk tempatan di inap desa.

Beliau berkata kempen itu juga akan menggalakkan rakyat Malaysia meneroka sendiri keindahan negara yang mungkin belum diketahui ramai.

“Kita mahu menggalakkan rakyat kita sendiri melawat dalam negara kerana banyak lagi tempat di negara kita ini belum lagi diterokai.

“Kerjasama dengan pengusaha pelancongan dan pemilik tempat tarikan akan diperkuatkan bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia melancong dalam negara,” katanya.

Manoharan berkata pihaknya percaya kempen tersebut akan memperkukuhkan jenama Malaysia Truly Asia, yang sangat sinonim dengan negara sejak diperkenalkan pada 1998.

“Jenama ini sangat berpengaruh. Apabila kita ke luar negara dan menyebut Malaysia, perkara pertama yang mereka sebut adalah Truly Asia.

“Untuk memperkukuhkan lagi jenama ini, kami memperkenalkan tema Surreal Experience yang menggambarkan pengalaman unik dan tidak terlupakan,” katanya.

Sementara itu, Manoharan berkata kerjasama erat antara semua pihak termasuk pemain industri pelancongan, syarikat penerbangan, hotel, dan media massa adalah kunci kepada kejayaan kempen TMM2026.

“Kita hendak menjadikan mereka ini sebagai rakan strategik kepada kita dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Kempen TMM2026 dilancarkan secara rasmi semalam dengan menampilkan logo baharu, maskot, lagu tema dan corak yang akan dipaparkan pada kapal terbang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa melancarkan kempen tersebut bekata ia diunjurkan menjana pendapatan sebanyak RM147.1 bilion dengan sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/08/tmm2026-tourism-malaysia-optimis-capai-sasaran-kedatangan-lebih-35-6-juta-pelancong/feed/ 0 66624
518 International Participants Join UMS Virtual Regional Tourism Conference https://sabahmedia.com/2021/10/26/518-international-participants-join-ums-virtual-regional-tourism-conference/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/518-international-participants-join-ums-virtual-regional-tourism-conference/#respond Tue, 26 Oct 2021 09:26:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7931
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: A total of 518 international participants joined the Virtual Regional Tourism Conference organized by Borneo Tourism Research Centre (BTRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) recently.

The two-day event talks about Revitalizing the Tourism Industry and Businesses in the New Normal: Transforming the Face of Tourism, Adapting and Reflecting on Resilience.

It was officiated by Assistant Minister of Tourism, Culture and Environment, Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

In his speech, Johniston said that the organizer’s conference is indeed a very important and timely effort to bring tourism stakeholders together, especially during the pandemic COVID-19.

“This conference is an excellent platform for tourism stakeholders, researchers, and tourism students to gain an insightful understanding of the new normal of business and economy landscape.

“Even those with thoughtful and comprehensive crisis management plans likely have struggled to navigate this difficult period.

“Therefore, it is critical to gain an insightful understanding of the current state and ways forward from multi-key stakeholders,” told him, who’s also the Chairman of Sabah Tourism Board (STB).

Meanwhile, the director of BTRC UMS cum the event Chairperson, Professor Dr. Jennifer Chan Kim Lian, in her opening remarks, said that the conference is a platform to share and discuss the key issues, challenges, and opportunities to revive the tourism industry.

Director of BTRC UMS cum the event Chairperson, Professor Dr. Jennifer Chan Kim Lian.

“The objectives are to share an insightful current status of the subsectors of tourism business affected by COVID-19 pandemic and present the key issues and challenges faced by the tourism industry and stakeholders.

“It is also to deliberate the key roles and direction of tourism industry and businesses; suggest relevant approaches and strategies as ways to move forward in the new normal and highlight key changes in the curriculum and research avenue in tourism.

“These include our changing perspective of change, adjusting to new normal, resilience thinking, adaptability, transformability and sustaining tourism business through resilience thinking and crisis, as well as the changes of Tourism Curriculum in the New Normal as well as resetting New Research Agenda for Tourism and Hospitality Disciplines,” she said.

For the records, the participants in the conference were from various countries, including Mongolia, Bahamas, China, Taiwan, Japan, Korea, Vietnam, Australia, India, Indonesia, Philippines, Brunei, Singapore, and Malaysia.

They were tourism suppliers, tour and travel agencies, Ministry of Tourism, Arts and Culture Sarawak, Ministry of Tourism, Culture and Environment, STB, tourism association members, BIMP-EAGA Business Council, academician, researchers, private companies, and Non-governmental Organizations (NGO).

It involved six prominent industry speakers and two academicians, while the keynote speech was presented by Vice-Chair and Executive Board Member of Asia Ecotourism Network, Dr. Gantemur Damba (Gana) from Mongolia.

The conference was also supported by STB, Asian Ecotourism Network (AEN), Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA), and Kinabatangan-Corridor of Life Tourism Operators Association (KiTA).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/518-international-participants-join-ums-virtual-regional-tourism-conference/feed/ 0 7931