Toyota Hilux – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 Nov 2024 11:27:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Toyota Hilux – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Elak motosikal keluar simpang, pemandu Toyota Hilux hilang kawalan langgar 5 kenderaan https://sabahmedia.com/2024/11/03/elak-motosikal-keluar-simpang-pemandu-toyota-hilux-hilang-kawalan-langgar-5-kenderaan/ https://sabahmedia.com/2024/11/03/elak-motosikal-keluar-simpang-pemandu-toyota-hilux-hilang-kawalan-langgar-5-kenderaan/#respond Sun, 03 Nov 2024 10:43:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63252
Read Time:59 Second

SANDAKAN: Gara-gara cuba mengelak sebuah motosikal keluar dari simpang, pemandu pacuan empat roda hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar lima buah kenderaan yang diletak di bahu jalan di Jalan Leila, Kampung Combo dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 pagi itu seorang pemandu pacuan empat roda pick-up jenis Toyota Hilux, berumur 35 tahun cedera ringan setelah kenderaan yang dipandunya terlibat kemalangan terbabas sendiri di Jalan Leila, Kg. Combo.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati, sebelum kemalangan berlaku, kenderaan pacuan empat roda tersebut bergerak dari arah bandar Sandakan menuju ke Tanah Merah, Sandakan.

“Tiba di lokasi kemalangan, sebuah motosikal telah keluar daripada simpang Kg. Combo, masuk ke jalan utama dan di laluan pick-up jenis Toyota Hilux.

“Pemandu Toyota Hilux cuba mengelak namun telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar lima buah kenderaan lain yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Fuad, akibat kemalangan itu, pemandu telah di bawa ke Hospital Dutchess of Kent dan disahkan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat dibawah Sek 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,'” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/03/elak-motosikal-keluar-simpang-pemandu-toyota-hilux-hilang-kawalan-langgar-5-kenderaan/feed/ 0 63252
Dua maut termasuk seorang remaja, motosikal langgar Toyota Hilux https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/ https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/#respond Thu, 14 Mar 2024 20:52:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51062
Read Time:1 Minute, 14 Second

SEMPORNA: Dua maut termasuk seorang pembonceng remaja lelaki selepas motosikal yang ditunggang melanggar kenderaan pacuan empat roda di Semporna pada Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, ketika kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 50’an membuat pusingan u-turn di Jalan Tampi-Tampi Simpang Lauhari Semporna dan dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, akibat dari perlanggaran itu penunggang motosikal lelaki dalam lingkungan usia 20 tahun dan pembonceng 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Semporna manakala pemandu kenderaan Toyota Hilux telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menyeru kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021, dan ditalian 089-782020 balai polis Semporna atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, Mohd Farhan turut menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di kawasan kerap berlaku kemalangan.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak ketika menunggang motosikal dan memastikan memakai topi keledar,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/feed/ 0 51062