Tpns sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 Aug 2025 22:04:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tpns sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 500 pelajar, mahasiswa Sandakan terima bantuan TPNS https://sabahmedia.com/2025/08/20/lebih-500-pelajar-mahasiswa-sandakan-terima-bantuan-tpns/ https://sabahmedia.com/2025/08/20/lebih-500-pelajar-mahasiswa-sandakan-terima-bantuan-tpns/#respond Tue, 19 Aug 2025 22:04:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79672
Read Time:2 Minute, 9 Second

Sandakan : Lebih 500 pelajar dan mahasiswa di daerah ini menerima pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) di sini pada Selasa.

Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Dewan Serbaguna Libaran.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar.

Arifin berkata, TPNS adalah bukti kepada keprihatinan kerajaan negeri untuk memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, khususnya anak-anak Sabah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menjadi inspirasi kepada pelajar untuk terus gigih mencapai kecemerlangan. 

“Pendidikan adalah kunci kepada masa depan Sabah yang lebih maju dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan TPNS di Dewan Serbaguna Libaran, di sini pada Selasa.

Majlis itu menyaksikan seramai 39 orang pelajar cemerlang terdiri daripada 16 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dua pelajar Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET), 17 pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan empat pelajar STPM (Sekolah Luar Bandar) tahun 2024.  

Para penerima menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi pelajar cemerlang SPM, STPM dan MUET, serta RM500 bagi pelajar STPM luar bandar bagi meringankan beban kewangan mereka dalam usaha melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi.

Selain itu, seramai 441 orang mahasiswa golongan B40 menerima bantuan sekali bayar yang terdiri daripada 17 mahasiswa Politeknik Sandakan, 143 mahasiswa Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan dan 35 mahasiswa Kolej Komuniti Sandakan.

Selain itu, 51 mahasiswa Kolej Kemahiran TVET Sandakan, 104 mahasiswa Ijazah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), dua mahasiswa Sarjana, UMS, 86 mahasiswa Open University Malaysia (OUM) Pusat Pengajian Sandakan, dan tiga mahasiswa Institut Pengajian Tinggi sekitar daerah Sandakan turut menerima bantuan.

Dalam majlis yang sama, seramai 50 pelajar turut menerima bantuan cermin mata, serta tiga buah sekolah menerima Bantuan Sekolah Angkat iaitu SK Sungai Manila, Sandakan dan SK Pulau Timbang, Sandakan masing-masing menerima bantuan sebanyak RM5,000 serta SMK Tongod yang menerima bantuan sebanyak RM10,000.  

Sekolah Pondok Miftahussalam, Sandakan menerima bantuan sebanyak RM6,500.

Program turut menyaksikan penyampaian inisiatif pendidikan sedia ada di bawah Yayasan Sabah seperti Bantuan Galakan Usaha Sekolah (BAGUS), Skim Umum Kecemerlangan Siswa (SUKSES), Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI) dan Bantuan Insentif Siswa Terbaik (BISTARI).

Majlis berkenaan diharap menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi berilmu, berdaya saing serta mampu menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah.

TPNS merupakan inisiatif proaktif Kerajaan Negeri Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah dalam usaha meringankan beban kewangan golongan keluarga berpendapatan rendah.

Ia turut mencerminkan komitmen untuk memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/20/lebih-500-pelajar-mahasiswa-sandakan-terima-bantuan-tpns/feed/ 0 79672
Sabah terus perkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan https://sabahmedia.com/2025/07/11/sabah-terus-perkukuh-komitmen-terhadap-pembangunan-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2025/07/11/sabah-terus-perkukuh-komitmen-terhadap-pembangunan-pendidikan/#respond Fri, 11 Jul 2025 04:50:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77084
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan menerusi pelbagai inisiatif bantuan dan penghargaan kepada pelajar cemerlang di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ini termasuklah memperkenalkan inisiatif Bantuan Yuran Peperiksaan MUET untuk semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan itu di Sabah.

“Hari ini kita menyampaikan bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan inisiatif Kerajaan Sabah menerusi Pejabat Tugas-Tugas Khas berhubung pendidikan, dimana seramai 170 orang menerima anugerah pada hari ini.

“Antaranya ialah seramai 74 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mendapat 4A yang kita janjikan setelah diluluskan oleh Ketua Menteri sebagai pengiktirafan kepada kejayaan mereka iaitu mendapat RM1,000 setiap seorang.

“Selain itu, kita turut memberi anugerah kepada seorang pelajar cemerlang STPM di peringkat Kebangsaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias, kita berikan anugerah RM3,000 kerana kecemerlangan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Honorarium Tabung Pendidikan Negeri Sabah kepada pelajar cemerlang STPM dan MUET 2024 di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini pada Jumaat.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, sebanyak 14 inisiatif telah diperkenalkan Kerajaan negeri dalam memastikan bidang pendidikan terus menjadi keutamaan.

“Baru-baru ini Kerajaan negeri telah mengumumkan inisiatif baharu iaitu BAYU dimana bantuan yuran untuk MUET iaitu RM150 seorang untuk lebih 8,000 orang berjumlah RM1 juta.

“Ini bererti anak-anak kita yang mengambil peperiksaan MUET tidak lagi membayar yuran sendiri tapi ditanggung oleh kerajaan. Setakat ini kita telah membelanjakan lebih RM13 juta untuk lebih 10,000 anak-anak Sabah untuk TPNS,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/11/sabah-terus-perkukuh-komitmen-terhadap-pembangunan-pendidikan/feed/ 0 77084
PIBKS sambut baik inisiatif Kerajaan Sabah bantu sekolah terjejas banjir https://sabahmedia.com/2025/04/28/pibks-sambut-baik-inisiatif-kerajaan-sabah-bantu-sekolah-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/pibks-sambut-baik-inisiatif-kerajaan-sabah-bantu-sekolah-terjejas-banjir/#respond Mon, 28 Apr 2025 08:17:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72799
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri yang menyalurkan bantuan kewangan kepada lebih 100 buah sekolah di Sabah yang terjejas banjir baru-baru ini.

Pengerusi PIBKS Sabah, Datuk Mohd Arif Sakaran berkata, bantuan yang disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) itu mampu membantu sekolah membaik pulih kemudahan yang musnah dalam kejadian banjir.

“Beberapa bulan lalu, banyak sekolah di daerah-daerah di negeri ini terjejas dengan banjir.  Saya difahamkan Kerajaan negeri telah membantu setiap sekolah sebanyak RM5,000 kepada sekolah terlibat.

“Justeru itu, bagi pihak PIBKS Sabah, kita menyambut baik inisiatif Kerajaan negeri ini yang menunjukkan keprihatinan Kerajaan terutama dalam pembangunan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini pada Ahad.

Baru-baru ini, Kerajaan negeri melalui TPNS telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM515,000 kepada 103 buah sekolah yang terjejas banjir di negeri ini.

Bantuan itu telah disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif  pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan TPNS di Menara Kinabalu di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd Arif turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sabah yang telah memperkenalkan dan menyalurkan bantuan pendidikan kepada anak negeri ini secara keseluruhan.

“Ini termasuklah Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) yang memberi sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di negeri ini sebanyak RM2,000.

“Bantuan itu bolehlah meringankan beban PIBG selain merancang sesuatu untuk menganjurkan mana-mana program atau mengadakan seminar-seminar kepada pelajar-pelajar,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/pibks-sambut-baik-inisiatif-kerajaan-sabah-bantu-sekolah-terjejas-banjir/feed/ 0 72799
TPNS serah bantuan kepada 21 mahasiswa https://sabahmedia.com/2024/11/05/tpns-serah-bantuan-kepada-21-mahasiswa/ https://sabahmedia.com/2024/11/05/tpns-serah-bantuan-kepada-21-mahasiswa/#respond Tue, 05 Nov 2024 12:49:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63334
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Seramai 21 mahasiswa dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta (IPTA/S) menerima bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) siri ketujuh pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, selain itu, 15 pelajar dari tiga buah sekolah menengah turut menerima bantuan cermin mata masing-masing berjumlah RM200 setiap seorang.

“Pada hari ini, lebih RM200,000 peruntukkan telah diluluskan TPNS bagi membantu pelajar didalam dan luar negeri yang memerlukan bantuan khususnya dari segi yuran mereka. 

“Selain itu kita turut menyampaikan secara simbolik kepada 15 pelajar bantuan cermin mata kerana mempunyai masalah penglihatan semasa belajar, ini juga kita bantu. 

“Berdasakan laporan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), lebih 4,000 pelajar di Sabah memerlukan bantuan cermin mata untuk tujuan pembelajaran mereka di sekolah dan rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan bantuan TPNS di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan  Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, TPNS yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah membantu lebih daripada 8,000 pelajar di Sabah sejak dilancarkan pada tahun lalu.

Katanya, sebanyak lebih RM8 juta peruntukkan telah dibelanjakan bagi membantu pelajar terlibat.

“TPNS akan segerakan bantuan kepada mereka yang memohon dan tahun ini sekurang-kurangnya pada bulan ini ada satu lagi mesyuarat kita adakan, satu lagi pembahagian dan bulan depan kita akan cuba sehingga tiga kali agihan sumbangan.

“Saya harap akan lebih ramai anak-anak kita yang menghadapi masalah, kita akan bantu. Saya menyeru kepada ibu bapa dan anak-anak yang bermasalah dari sudut pembayaran yuran atau masalah untuk memasuki universiti, saya minta untuk memohon kepada TPNS.

“Kita juga telah mewujudkan jawatankuasa dan saya meminta laporan tadi daripada pengerusi jawatan kuasa berkenaan tentang anak-anak kita yang berada di mana-mana universiti,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/05/tpns-serah-bantuan-kepada-21-mahasiswa/feed/ 0 63334
Lebih 5,000 pelajar telah terima manfaat menerusi TPNS https://sabahmedia.com/2024/05/21/lebih-5000-pelajar-telah-terima-manfaat-menerusi-tpns/ https://sabahmedia.com/2024/05/21/lebih-5000-pelajar-telah-terima-manfaat-menerusi-tpns/#respond Tue, 21 May 2024 08:39:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54770
Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak RM5 juta peruntukan menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah dibelanjakan bagi membantu lebih 5,000 pelajar yang menuntut dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negeri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM55 juta yang diperolehi TPNS sejak dilancarkan Jun 2022.

“Pada hari ini kita mengadakan mesyuarat bagi memastikan pemohon dari kalangan anak Sabah dapat dibantu dan Alhamdulilah pada hari ini kita telah menyampaikan bantuan TPNS kepada 10 pelajar yang belajar dalam pelbagai bidang dipelbagai universiti.

“Hari ini juga kita telah meluluskan lebih kurang 30 pelajar untuk kita bantu yang berada dalam negeri termasuk di Mesir dan Jordan.  Kita (TPNS) dapat RM55 juta dan sekarang sebanyak RM5 juta kita manfaatkan untuk lebih kurang 5,000 pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan bantuan TPNS di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya juga berharap agar bantuan itu akan terus disalurkan kepada pelajar yang layak selain mahu jumlah penerima terus bertambah.

Katanya, TPNS merupakan pendokong kepada bantuan daripada biasiswa Kerajaan Negeri, dermasiswa Yayasan Sabah (YS) dan dermsiswa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“TPNS menampung dan menyokong kepada tiga agensi yang besar ini untuk membantu anak-anak kita dalam pendidikan di dalam dan luar negara.

“Kita juga ada berbincang berhubung dengan keperluan kita untuk memberikan bantuan kepada anak-anak di luar negara khususnya di Timur Tengah kerana kadar keperluan sara hidup mereka naik mendadak tinggi mungkin kerana krisis ekonomi dan sebagainya.  Ini juga kita akan ambil perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kriteria bagi penerima TPNS, Arifin berkata, secara dasarnya, penerima bantuan adalah khusus kepada pelajar yang tidak menerima tajaan mana-mana agensi.

“Antaranya ialah mereka yang tidak ada tajaan dan memang benar-benar memerlukan, kita juga memberi perhatian kepada bidang-bidang termasuk bidang pendidikan, minyak dan gas dan sebagainya yang dilihat sangat perlu untuk Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/21/lebih-5000-pelajar-telah-terima-manfaat-menerusi-tpns/feed/ 0 54770