TPNS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Jun 2025 11:54:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TPNS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 10,000 pelajar Sabah terima manfaat TPNS sejak dua tahun lalu https://sabahmedia.com/2025/06/22/10000-pelajar-sabah-terima-manfaat-tpns-sejak-dua-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2025/06/22/10000-pelajar-sabah-terima-manfaat-tpns-sejak-dua-tahun-lalu/#respond Sun, 22 Jun 2025 11:54:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75978
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 pelajar dari Sabah telah menerima manfaat menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) sejak ia dilancarkan dua tahun lalu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM13 juta setakat ini bagi membantu pelajar menampung yuran pengajian di universiti awam dan swasta seluruh negara.

“Ia membuktikan komitmen Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang sentiasa memberi keutamaan kepada sektor pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Karambunai di Dewan Reflesia, Politeknik Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Mohd Arifin turut memaklumkan bahawa beberapa lagi inisiatif pendidikan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Ketua Menteri.

“Antaranya, kerajaan memperkenalkan Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One-Off (SUKSES) sebanyak RM3,000 kepada setiap sekolah di Sabah bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan pembelian keperluan lain.

“SENTOSA pula merupakan sumbangan one-off sebanyak RM300 kepada setiap mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam Sabah,” katanya.

Beliau turut menyatakan peningkatan peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) daripada RM50 juta kepada RM125 juta, selain bantuan pendidikan lain seperti Biasiswa Yayasan Sabah dan inisiatif tambahan berjumlah RM74 juta.

“Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan kerajaan GRS yang diketuai Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir daripada arus pendidikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yakin Gagasan Rakyat Bahagian Karambunai mampu menyumbang kerusi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

“Kita lihat Ketua Bahagian, Datuk Arshad Idris sangat aktif turun padang menyelesaikan isu rakyat. Jadi semua ahli perlu bersiap sedia dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon GRS di DUN Karambunai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/22/10000-pelajar-sabah-terima-manfaat-tpns-sejak-dua-tahun-lalu/feed/ 0 75978
Lebih 9,000 pelajar Sabah terima manfaat TPNS sejak ditubuhkan https://sabahmedia.com/2025/06/04/lebih-9000-pelajar-sabah-terima-manfaat-tpns-sejak-ditubuhkan/ https://sabahmedia.com/2025/06/04/lebih-9000-pelajar-sabah-terima-manfaat-tpns-sejak-ditubuhkan/#respond Tue, 03 Jun 2025 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75018
Read Time:1 Minute, 43 Second

Keningau : Seramai 98 orang pelajar melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dari pelbagai daerah menerima bantuan pendidikan yang disalurkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitngan di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Keningau.

Selain penyerahan bantuan, turut diadakan penyerahan sekolah angkat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Banjar Keningau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor kepada TPNS sebagai satu langkah strategik memperkukuh jaringan kerjasama antara sektor kerajaan, pendidikan, dan komuniti.

Dalam usaha ini, fokus bukan sahaja diberi kepada penyampaian bantuan, tetapi juga kepada pembinaan struktur sokongan jangka panjang demi kesejahteraan pelajar.

Turut diadakan penyampaian pelajar cemerlang daerah Keningau seramai empat orang, penyerahan bantuan Program Sahabat Bahasa : Memperkasa Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris kepada empat buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Antara yang menerima, IPGM Kampus Kent, IPGM Kampus Keningau, IPGM Tawau dan IPGM Gaya, Kota Kinabalu, penyerahan bantuan tangki air kepada IPGM Kampus Keningau, Penyerahan bantuan PIBG Sabah (BAGUS) dan Penyerahan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES) kepada Pejabat Pendidikan daerah Keningau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Keningau.

Bantuan peranti mudah alih (tablet komputer)turut diberikan kepada Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) cawangan iaitu PNS Keningau, PNS Kunak, PNS Membakut, PNS Tuaran, PNS Semporna, PNS Sandakan, PNS Tawau, PNS Beaufort, PNS Ranau dan PNS Kota Marudu.

Terdahulu, Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) memaklumkan, seramai lebih 9,000 pelajar di negeri ini berjaya menerima manfaat daripada bantuan pendidikan yang disalurkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) sejak diperkenalkan melibatkan peruntukan melebihi RM13 juta.

Menurut KYS, usaha itu adalah sebagai langkah proaktif dalam membantu meringkankan bebanan kewangan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, penyaluran bantuan itu juga merupakan satu usaha yang mencerminkan kerajaan untuk menjadikan pendidikan sebagai hak yang harus dinikmati semua, bukan keistimewaan yang dimiliki segelintir.

Menurut kenyataan itu lagi, bantuan yang disalurkan itu juga adalah komitmen bahawa setiap anak Sabah layak diberi peluang untuk maju, tanpa dihalang oleh batasan ekonomi. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/04/lebih-9000-pelajar-sabah-terima-manfaat-tpns-sejak-ditubuhkan/feed/ 0 75018
103 sekolah terjejas banjir di Sabah terima bantuan TPNS https://sabahmedia.com/2025/04/22/103-sekolah-terjejas-banjir-di-sabah-terima-bantuan-tpns/ https://sabahmedia.com/2025/04/22/103-sekolah-terjejas-banjir-di-sabah-terima-bantuan-tpns/#respond Tue, 22 Apr 2025 12:43:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72460
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Sebanyak 103 buah sekolah di seluruh Sabah yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini menerima bantuan berjumlah RM515,000 yang disalurkan menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, semua sekolah yang terlibat masing-masing menerima bantuan berjumlah RM5,000.

Katanya, bantuan itu adalah bagi membiayai perbelanjaan dan kos kerosakan berkaitan akibat bencana banjir berkenaan.

“Di samping itu, mana-mana sekolah yang mengalami kerosakan komputer dan peralatan berkaitan lainnya akibat bencana sama juga akan kita bantu di bawah program Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH).

“BISBAH memang kita berikan setiap tahun kepada semua sekolah, tapi apabila ada sekolah yang terjejas banjir dan bencana lainnya, pihak sekolah boleh memohon dan maklumkan kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan TPNS dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Bangkuaso Menara Kinabalu, di sini.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.

Semua sekolah yang terjejas banjir adalah melibatkan  tujuh daerah antaranya Kinabatangan, Telupid, Beluran, Keningau, Tenom, Beaufort dan Membakut.

Sementara itu, Arifin berkata, TPNS telah meluluskan sebanyak 200 permohonan bantuan pendidikan membabitkan peruntukan lebih RM800,000 pada mesyuarat ketiga yang diadakan hari ini.

Katanya, antara permohonan itu melibatkan pengajian di peringkat Diploma, Asasi, Matrikulasi, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

“Saya harap akan lebih ramai anak-anak kita mengambil pengajian di peringkat Master seterusnya sambung ke peringkat PhD atau Kedoktoran kerana ini sangat penting untuk melahirkan ramai intelek di Sabah.

“Saya beri jaminan, kita akan bantu melalui TPNS atau melalui Biasiswa Kerajaan Negeri atau Yayasan Sabah dan bagi yang belajar pengajian Islam, kita juga akan bantu melalui Majlis Ugama Islam Sabah (Muis),” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/22/103-sekolah-terjejas-banjir-di-sabah-terima-bantuan-tpns/feed/ 0 72460
TPNS salur bantuan RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir https://sabahmedia.com/2025/03/14/tpns-salur-bantuan-rm10000-setiap-sekolah-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/tpns-salur-bantuan-rm10000-setiap-sekolah-terjejas-banjir/#respond Fri, 14 Mar 2025 02:13:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70357
Read Time:1 Minute, 53 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) akan menyalurkan bantuan sebanyak RM10,000 untuk setiap sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata lebih daripada 30 buah sekolah di Beaufort, Membakut, Keningau, Tenom dan Sandakan akan menerima bantuan itu.

“Bantuan ini bagi membantu sekolah yang terjejas melaksanakan gotong royong dan mengganti sedikit sebanyak peralatan yang rosak,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Induk antara Sabah Net Sdn Bhd dan Theta Telecoms Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Khamis.

Beliau yang juga Exco Agama dan Exco Pendidikan menjelaskan TPNS juga telah meluluskan 131 permohonan bantuan pendidikan one off anak-anak Sabah.

“Permohonan yang diluluskan adalah berjumlah RM600,000 lebih bagi membantu anak-anak Sabah meneruskan pelajaran dari peringkat matrikulasi hingga PhD,” katanya.

Sementara menandatangani MOU antara Sabah Net Sdn. Bnd. dan Theta Telecoms Sdn. Bhd. secara rasmi menjalin kerjasama strategik bagi memperkasakan transformasi digital di seluruh Sabah.

Ia adalah sebagai usaha untuk merapatkan jurang digital dan mempercepatkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sabah.

Menurut Arifin, kerjasama ini adalah komponen penting dalam merealisaikan aspirasi yang digariskan oleh Jalinan Digital Negara (Jendela) fasa 2, pelan tindakan MyDgital, serta Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, ia bertujuan untuk memastikan semua rakyat Sabah mendapat perkhidmatan akses digital yang inklusif dan berkualiti tinggi.

“Akses digital bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan untuk pendidikan, penjagaan kesihatan, dan pembangunan ekonomi, khususnya di kawasan pedalaman,” katanya.

Tambah beliau, melalui inisiatif ini, komuniti luar bandar akan menikmati peningkatan keterhubungan digital yang membuka peluang dalam e-dagang, teleperubatan, pendidikan jarak jauh, sekaligus memacu Sabah ke arah digital yang lebih selamat.

“Inisiatif ini telah dirancang oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Starlink yang diusahakan oleh kerajaan Sabah tahun lepas telah memasang lebih 300 unit dan sangat membantu rakyat.

“Begitu juga kerajaan kita melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menyediakan PoP (Point of Presence), yang sangat membantu pelajar dan sekolah dalam bidang pendidikan, dan inilah yang akan kita pastikan,” ujarnya.

Beliau berkata, setakat ini, lebih kurang 90 peratus kawasan berpenduduk telah menikmati akses keterhubungan digital ini.

“Kita akan pastikan mana-mana kawasan yang masih menghadapi masalah akan dibantu melalui apa yang kita sediakan sekarang, mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/tpns-salur-bantuan-rm10000-setiap-sekolah-terjejas-banjir/feed/ 0 70357
TPNS luluskan peruntukan RM8.5 juta bantu pelajar Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/26/tpns-luluskan-peruntukan-rm8-5-juta-bantu-pelajar-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/26/tpns-luluskan-peruntukan-rm8-5-juta-bantu-pelajar-sabah/#respond Tue, 26 Nov 2024 08:03:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64436
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah meluluskan peruntukan lebih RM8.5 juta sejak dilancarkan tahun lalu bagi membantu pelajar memerlukan khususnya bagi tujuan membayar yuran pengajian di Universiti Awam dan Swasta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah pelajar yang menuntut didalam dan luar negeri.

Katanya, sehingga kini bantuan TPNS itu juga telah memberi manfaat lebih 8,000 pelajar di negeri ini.

“Hari ini kita telah bermesyuarat dan meluluskan peruntukkan kepada lebih kurang 300 pelajar yang menerima bantuan dimana lebih kurang RM1.2 juta kita luluskan pada hari ini.

“Ertinya daripada tahun lalu sampai tahun ini lebih 8,000 pelajar sudah mendapat manfaat daripada TPNS dan lebih RM8.5 juta sudah diluluskan bagi membantu anak-anak kita.

“Kebanyakannya yuran pelajaran mereka. Kemudian mana-mana yang ekasih, kita akan berikan mereka yuran untuk satu semester dan kita tambah RM2,000 untuk sara hidup mereka. Ini keputusan kita tadi. Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat TPNS kali kelapan di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pada tahun ini Kerajaan Sabah memperkenalkan dua lagi inisiatif bantuan pendidikan untuk pelajar dan sekolah di negeri ini.

Katanya, bantuan baharu itu adalah Sumbangan kepada Mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES).

“Tahun ini Ketua Menteri meluluskan dua inisiatif, kita sudah ada lebih kurang 12 inisiatif.  Bagi SUKSES ianya adalah bantuan RM3,000 untuk sekolah menengah, sekolah kebangsaan dan sebagainya, ini kita berikan diseluruh Sabah.

“Kemudian satu lagi SENTOSA, sumbangan ini adalah tambang mahasiswa dalam Sabah berjumlah RM300,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/26/tpns-luluskan-peruntukan-rm8-5-juta-bantu-pelajar-sabah/feed/ 0 64436
TPNS peruntukkan RM9.7 juta bantu 7,369 anak-anak Sabah dalam bidang pendidikan https://sabahmedia.com/2024/10/22/tpns-peruntukan-rm9-7-juta-bantu-7369-pelaja-sabah-dalam-bidang-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2024/10/22/tpns-peruntukan-rm9-7-juta-bantu-7369-pelaja-sabah-dalam-bidang-pendidikan/#respond Tue, 22 Oct 2024 10:10:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62569
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) daripada awal tahun lalu hingga hari ini sudah membelanjakan RM9.7 juta untuk membantu seramai 7,369 anak-anak Sabah dalam bidang pendidikan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

“TPNS ini adalah atas idea atau wawasan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk mendokong Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), mendokong Yayasan Sabah (YS), mendokong Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Ia juga mendokong inisiatif-inisiatif yang sedia ada.

“Pada hari ini kita bermasyuarat dan telah meluluskan RM3.6 juta untuk membantu anak-anak kita terdiri dalam bidang Diploma Pendidikan ada 30 orang, Matrikulasi 12 orang, Ijazah 10 orang, PhD dan Diploma masing-masing seorang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan Bantuan Cermin Mata bertemakan TPNS – Life In My Eyes di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Arifin berkata, pada tahun ini sahaja Ketua Menteri telah meluluskan sebanyak RM113 juta untuk membantu dalam bidang pendidikan anak-anak Sabah di peringkat lebih tinggi.

“Pada tahun ini sangat luar biasa, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita sudah meluluskan daripada RM50 juta, sekarang RM113 juta semata-mata untuk anak kita belajar di peringkat yang lebih tinggi iaitu di universiti mengambil diploma, ijazah dan selain daripada itu yang mendokong usaha pendidikan,” katanya.

Antara bantuan lain, Arifin berkata pada tahun ini sahaja MUIS telah memperuntukkan lebih RM20 juta melalui Pusat Zakat atau Bahagian Zakat dan Fitrah negeri Sabah melibatkan lebih kurang 8000 pelajar yang sudah aktif dan yang baru.

“Manakala untuk Biasiswa Kerajaan Negeri pada tahun ini lebih kurang 4000 tambahan, biasanya 1000, tapi tahun ini 4000 tambahan.

“Jadi sasaran untuk anak-anak Sabah menerima Biasiswa Kerajaan Negeri hingga ke hujung tahun ini, kita sasarkan termasuk yang aktif dan yang baharu ialah 11,000 orang serta daripada golongan e-Kasih dan B40. Kita akan bantu, insyaAllah.

“Demikian juga dengan inisiatif yang lain, yang mana ini juga diluluskan oleh Ketua Menteri melalui bantuan BUDI, BAKTI, BISTARI, BISBAH, BAGUS, AKSA, SEMESTA dan sebagainya,” tambah beliau.

Mengulas lanjut majlis hari ini, Arifin berkata, seramai 2,000 pelajar di negeri ini menerima bantuan cermin mata daripada kerajaan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) melibatkan kos keseluruhan sejumlah RM400,000.

“Kita juga mendapat pandangan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang mana lebih 4,000 pelajar kita memerlukan cermin mata.

“Hari ini kita akan sampaikan sebahagiannya dan fasa pertama kita melalui tabung ini telah meluluskan untuk 2,000 pelajar seluruh Sabah yang memerlukan bantuan cermin mata melibatkan kos RM400,000,” jelasnya.

Pada majlis sama turut disampaikan penyerahan bantuan TPNS kepada 30 pelajar yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/22/tpns-peruntukan-rm9-7-juta-bantu-7369-pelaja-sabah-dalam-bidang-pendidikan/feed/ 0 62569