Tradisional – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 22 Mar 2022 10:26:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tradisional – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 22 Peserta Sertai Kelas Asas Memanah Tradisional https://sabahmedia.com/2022/03/22/22-peserta-sertai-kelas-asas-memanah-tradisional/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/22-peserta-sertai-kelas-asas-memanah-tradisional/#respond Tue, 22 Mar 2022 10:26:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13352
Read Time:1 Minute, 54 Second

PAPAR : Seramai 22 orang peserta telah menyertai kelas asas memanah tradisional yang dikendalikan Rawja Archery dengan kerjasama Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu (KESATRIA) disini kelmarin.

Semua peserta membabitkan kanak-kanak dan belia kariah Masjid Puncak Takwa Kinarut serta tiga orang dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah.

Kelas asas memanah tradisional yang diadakan bertempat di Masjid Puncak Takwa terbabit turut disertai seramai 11 orang dewasa yang mendaftar secara jumpa terus (walk-in).

Pengerusi Masjid Puncak Takwa, Profesor Madya Dr Awang Setia Musleh berkata kegiatan terbabit adalah salah satu usaha pihaknya untuk mengimarahkan sunnah disamping menarik golongan belia ke masjid.

Menurutnya, pihaknya selaku penganjur program terbabit bermatlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kesabaran, memegang teguh ajaran Islam disamping melatih diri menjadi lebih fokus.

Selain itu, Awang Setia juga mahu golongan belia untuk mempelajari teknik memanah tradisional yang betul dibawah bimbingan jurulatih bertauliah.

“Kami sentiasa menyokong segala usaha pembangunan sukan memanah tradisional di Sabah termasuk untuk Masjid Puncak Takwa.

“Pihak kami juga berasa bersyukur dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh ahli KESATRIA,” katanya dalam satu kenyataan media disini semalam.

Sementara itu, Presiden KESATRIA, Md Suhaimi Sapiee berkata pihaknya juga sedia menerima undangan dari mana-mana pihak untuk pelaksanaan penganjuran kelas asas memanah tradisional sebagai usaha membangunkan lagi sukan memanah tradisional di negeri ini.

Salah seorang peserta belia, Harraz Rifqy Haidy, 10, berkata selepas kelas asas memanah tradisional terbabit, dirinya lebih bersemangat untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan seorang pemanah tradisional.

“Saya selalu melihat bapa saya memanah dan teringin untuk menjadi pemanah yang mewakili negeri Sabah seperti bapa. Disebabkan itu bapa saya menyuruh saya menyertai kelas ini.

“Kelas ini sangat menyeronokkan dan saya juga berjumpa dengan lebih ramai kawan baru,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peserta belia, Nor Atini Romjee, 19, berkata dirinya sangat bersyukur dapat menyertai kelas asas memanah tradisional ini disamping menimba ilmu pengetahuan baharu.

“Saya datang menyertai kelas ini dengan pengetahuan yang kosong tentang memanah tradisional.

“Kini saya bukan sahaja mempelajari asas dalam memanah tradisional tapi saya telah merasai sendiri pengalaman dan cara bagaimana memanah yang betul, memanah duduk, memanah ke belakang, memanah sambil berjalan dan seterusnya memanah sambil berlari.

“Ini diluar dari jangkaan saya ketika sebelum menyertai kelas. Jurulatih sangat berpengalaman dan saya kagum melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh para jurulatih,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/22-peserta-sertai-kelas-asas-memanah-tradisional/feed/ 0 13352
Perkenalkan Menu Masakan Tradisional Ke Seluruh Negara – Isteri KM https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/#respond Wed, 15 Dec 2021 10:33:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9912
Read Time:1 Minute, 17 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag turut melakukan demo masakan sempena pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita’ peringkat negeri Sabah di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran, di sini pada Rabu.

Dalam pertandingan itu yang disertai sebanyak 18 kumpulan yang terdiri daripada 36 ahli Peladangnita dari seluruh negeri Sabah, Juliah turut berharap program itu mampu meningkatkan kemahiran wanita di negeri ini khususnya dalam masakan tradisional.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu.
Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.

Beliau juga berharap Peladangnita yang berkumpul pada program ini dapat bertukar- tukar idea dan pandangan dalam usaha menjana serta meningkatkan semula pendapatan untuk membangun ekonomi keluarga dan negara.

“Saya berharap wakil dari Sabah akan dapat memperkenalkan menu masakan tradisional negeri ini di seluruh negara menerusi pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, bermula pada 21 hingga 23 Disember ini.

Sementara itu, kumpulan peladangnita dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran telah memenangi pertandingan itu sekali gus mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Juliah yang merasmikan majlis itu turut merakamkan tahniah kepada Peladangnita PPK Tuaran dan berharap mereka dapat mengharumkan nama negeri Sabah sekali gus memperkenalkan menu tradisi rakyat negeri ini ke seluruh negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/feed/ 0 9912