Trafik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 05 Oct 2025 09:38:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Trafik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 4 lelaki ditahan, 24 saman trafik dikeluarkan di Tawau https://sabahmedia.com/2025/10/05/4-lelaki-ditahan-24-saman-trafik-dikeluarkan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/10/05/4-lelaki-ditahan-24-saman-trafik-dikeluarkan-di-tawau/#respond Sun, 05 Oct 2025 09:38:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82596
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Empat lelaki ditahan manakala 24 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu dijalankan polis di kawasan Batu 12, Jalan Apas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara selain membanteras aktiviti lumba haram yang sering mengganggu penduduk di kawasan itu.

“Empat lelaki berusia 20 hingga 24 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut memberi tumpuan terhadap pencegahan jenayah narkotik dan pengawasan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memandangkan laluan berkenaan menjadi antara akses utama dari kawasan persempadanan menuju ke Tawau.

“Sebanyak 24 notis saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Ia termasuklah tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh (11 kes), tidak memakai tali pinggang keledar (1 kes), nombor plat tidak ikut spesifikasi (2 kes), ubah suai ekzos bising (2 kes) serta tidak memasang cermin sisi dan aksesori keselamatan (4 kes),” katanya

Jasmin menasihatkan orang ramai, terutama golongan muda, supaya tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram atau melakukan pengubahsuaian kenderaan secara haram yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjejaskan keselamatan awam.

“Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan, penyalahgunaan dadah dan kehadiran PATI bagi membantu polis mengekalkan keamanan di daerah Tawau,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/05/4-lelaki-ditahan-24-saman-trafik-dikeluarkan-di-tawau/feed/ 0 82596
Diskaun 30 peratus kompaun saman trafik di Kota Kinabalu mulai esok https://sabahmedia.com/2025/02/05/diskaun-30-peratus-kompaun-saman-trafik-di-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/02/05/diskaun-30-peratus-kompaun-saman-trafik-di-kota-kinabalu/#respond Wed, 05 Feb 2025 11:49:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68044
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu (IPD KK) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik dengan diskaun sehingga 30 peratus bagi saman terpilih yang dikeluarkan di daerah ini sahaja.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, tawaran bermula esok, 6 Februari, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Kaunter Bayaran Trafik IPD Kota Kinabalu. Bagaimanapun, kaunter bayaran tidak akan beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum.

“Tawaran ini tidak meliputi saman berkaitan sebutan mahkamah, saman OP Selamat, kesalahan utama melibatkan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, dan saman trafik yang tidak boleh dikompaun.

“Manakala kelulusan untuk pengurangan kompaun perlu diperoleh daripada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu sebelum pembayaran dibuat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kasim turut menggesa orang ramai mengambil peluang ini untuk menyelesaikan saman tertunggak mereka dan meringankan beban kewangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/05/diskaun-30-peratus-kompaun-saman-trafik-di-kota-kinabalu/feed/ 0 68044
Op Ambang Krismas 2021: 33 Dikompaun Langgar SOP, 35 Saman Trafik Kesalahan Lalu Lintas https://sabahmedia.com/2021/12/25/op-ambang-krismas-2021-33-dikompaun-langgar-sop-35-saman-trafik-kesalahan-lalu-lintas/ https://sabahmedia.com/2021/12/25/op-ambang-krismas-2021-33-dikompaun-langgar-sop-35-saman-trafik-kesalahan-lalu-lintas/#respond Sat, 25 Dec 2021 07:51:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10285
Read Time:1 Minute, 25 Second

PENAMPANG: Seramai 33 individu yang sedang leka berhibur dikompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan seorang penjaga premis telah ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen dalam Op Ambang Krismas 2021 yang dijalankan di sini, semalam.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi POLIS Daerah Penampang, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim yang juga mengetuai operasi tersebut berkata, operasi yang bermula pada jam 10 malam sehingga jam 3 pagi itu dijalankan bersama lapan orang ketua-ketua bahagian dan lima pegawai kanan polis serta 51 anggota polis.

Op Ambang Krismas 2021, Penampang
Op Ambang Krismas 2021, Penampang. /Foto IPD Penampang.

Menurut Mohd Haris, sebanyak tiga sekatan jalan raya telah didirikan iaitu di Jalan Kota Kinabalu – Penampang (hadapan SMK Bahang), Jalan Kota Kinabalu – Penampang (berhadapan Plaza 333) dan Jalan Papar – Kota Kinabalu (berhadapan Public Bank Putatan).

“Dalam pada itu, sebanyak 35 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya, tidak memiliki lesen memandu, tamat cukai jalan dan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi,”katanya.

Mohd Haris turut menyatakan, operasi ini disertai oleh semua bahagian antaranya Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Cawangan Khas yang turut melibatkan sebanyak 13 kumpulan Rondaan Cegah Jenayah.

“Operasi kali ini tidak hanya tertumpu kepada pusat – pusat hiburan tetapi turut melibatkan beberapa sekatan jalan raya bagi memburu pesalah – pesalah yang masih ingkar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan”, tegasnya.

Beliau menegaskan, tiada pihak yang terkecuali untuk dikenakan tindakan sekiranya masih degil dan pihak polis tidak akan berkompromi.

“Operasi ini dijalankan antara lainnya juga sebagai iktibar kepada masyarkat khususnya di daerah Penampang bahawa polis sentiasa komited dalam menguatkuasakan undang-undang,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/25/op-ambang-krismas-2021-33-dikompaun-langgar-sop-35-saman-trafik-kesalahan-lalu-lintas/feed/ 0 10285