tragedi Double Six – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Jun 2024 05:01:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tragedi Double Six – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tragedi ‘Double Six’ genap 48 tahun, kekal misteri https://sabahmedia.com/2024/06/06/tragedi-double-six-genap-48-tahun-kekal-misteri/ https://sabahmedia.com/2024/06/06/tragedi-double-six-genap-48-tahun-kekal-misteri/#respond Thu, 06 Jun 2024 05:01:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55576
Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Tragedi ‘Double Six’ yang mengorbankan beberapa pemimpin negeri Sabah pada 6 Jun 1976 hari ini genap 48 tahun berlakunya nahas kapal terbang itu di Sembulan.

Peristiwa yang pernah menggemparkan seluruh rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya akan terus dikenang dan menjadi sejarah hitam negara yang juga merupakan khazanah rakyat Sabah yang harus dipelihara dan terus diingati.

Upacara dimulakan dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, (DBKK).

Kesemua tetamu yang hadir kemudian bertafakur selama satu minit sebelum upacara meletakkan kalungan bunga didahului Datuk Seri Jeffrey dan disusuli wakil keluarga mangsa Tragedi Double Six.

Turut memberi penghormatan Ketua Pengarah DBKK Sr Lifred Wong yang mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah dan Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Cyril Edward Nuing yang mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Terdahulu, Jeffrey ketika ditemui berkata, majlis yang diadakan adalah bagi memperingati tragedi nahas kapal terbang yang mengorbankan separuh dari ahli Kabinet Sabah pada 1976.

“Seperti mana kita sedia maklum, hari ini adalah hari memperingati tragedi yang berlaku pada 6 Jun 1976 dan hal ini memang sesuatu yang paling sedih untuk kita semua.

“Sampai ke hari ini, kejadian ini masih misteri, jadi setiap tahun kita akan datang sini untuk memperingati mangsa-mangsa terlibat. Bagi Sabah kita kehilangan pemimpin-pemimpin kita dan kita hilang minyak,” katanya.

Tugu yang dibina pada 1977 itu adalah setahun selepas nahas pesawat yang mengorbankan 11 individu termasuk Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephens pada 6 Jun 1976.

Tragedi itu telah menggemparkan penduduk di sekitar Kota Kinabalu apabila dikejutkan dengan satu bunyi dentuman kuat kira-kira jam 3.50 petang akibat daripada sebuah kapal jenis GAT Nomad yang terhempas di Sembulan.

Kejadian yang juga dikenali sebagai Tragedi Double Six kerana tarikhnya berlaku pada 6 Jun di mana pesawat yang dikendalikan Sabah Air bertolak dari Labuan ke Kota Kinabalu terhempas ketika melalui Sembulan.

Pesawat ini membawa hampir kesemua ahli kabinet Sabah daripada kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya).

Antara yang turut terkorban Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin; Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Thien Vun; Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong dan Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion.

Dalam kejadian itu, Menteri Kewangan ketika itu,Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya turut menaiki pesawat sama, namun pada saat akhir beliau tidak menaiki pesawat itu kerana diajak untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/06/tragedi-double-six-genap-48-tahun-kekal-misteri/feed/ 0 55576
Laporan menyahklasifikasi tragedi Double Six melegakan – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/04/05/laporan-menyahklasifikasi-tragedi-double-six-melegakan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/04/05/laporan-menyahklasifikasi-tragedi-double-six-melegakan-hajiji/#respond Wed, 05 Apr 2023 09:07:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32205
Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Keputusan Kabinet Persekutuan untuk mendedahkan laporan akhir mengenai nahas pesawat Double Six yang mengorbankan 11 orang termasuk pemimpin Kerajaan Negeri Berjaya Tun Fuad Stephens pada 1976 adalah melegakan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini melegakan kerana ia membongkar apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu. Satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mereka yang terkorban dalam nahas pesawat tetapi juga kepada rakyat Sabah,” katanya.

Hajiji berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mengenai keputusan Kabinet Persekutuan membenarkan penyahklasifikasian dokumen yang telah disembunyikan selama 47 tahun.

“Kerajaan Negeri akan menerima penemuan laporan itu dengan hati terbuka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/05/laporan-menyahklasifikasi-tragedi-double-six-melegakan-hajiji/feed/ 0 32205