TRC – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 05 Nov 2025 02:38:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TRC – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program penanaman 100 juta pokok lancar di Telupid https://sabahmedia.com/2025/11/05/program-penanaman-100-juta-pokok-lancar-di-telupid/ https://sabahmedia.com/2025/11/05/program-penanaman-100-juta-pokok-lancar-di-telupid/#respond Wed, 05 Nov 2025 02:38:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85003
Read Time:48 Second

TELUPID : Sebanyak 200 batang anak pokok pelbagai spesies berjaya ditanam di Tawai Rainforest Camp (TRC) di sini baru-baru ini yang menandakan satu langkah positif dalam kempen penghijauan negara.

Program Penanaman 100 Juta Pokok itu dianjurkan oleh Pejabat Hasil Bumi dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, dan dirasmikan oleh Setiausaha Hasil Bumi, Datuk Sernam Singh.

Sernam dalam ucapannya menegaskan kepentingan usaha berterusan dalam penanaman pokok untuk menjamin kelestarian alam sekitar bagi generasi akan datang.

“Program seumpama ini perlu diteruskan bagi memastikan kelestarian alam sekitar kita,” katanya.

Hadir sama Pegawai Perhutanan Wilayah Sandakan, Jurimin Ebin, Pegawai Perhutanan Daerah Telupid, Elrimeo Emin, wakil komuniti, guru serta pelajar Sekolah Kebangsaan Entilibon.

Sejurus selepas majlis perasmian, Sernam turut menanam sepohon Durian Merah, spesies tempatan yang popular di kawasan itu.

Selepas sesi penanaman, para peserta dibawa melawati kawasan Sungai Rekreasi dan Nature Trail TRC untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang terpelihara.

Program ini diharap dapat menyumbang ke arah mencapai sasaran Kempen Penghijauan Malaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/05/program-penanaman-100-juta-pokok-lancar-di-telupid/feed/ 0 85003