TTS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Dec 2021 07:41:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TTS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri Sokong Penuh Usaha TTS & JPNS Pelihara Khazanah Alam Semulajadi https://sabahmedia.com/2021/12/11/kerajaan-negeri-sokong-penuh-usaha-tts-jpns-pelihara-khazanah-alam-semulajadi/ https://sabahmedia.com/2021/12/11/kerajaan-negeri-sokong-penuh-usaha-tts-jpns-pelihara-khazanah-alam-semulajadi/#respond Sat, 11 Dec 2021 07:41:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9748
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri menyokong penuh usaha dan komitmen Taman-Taman Sabah (TTS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk terus menjaga dan memulihara khazanah alam semulajadi Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, TTS telah menguruskan menguruskan hampir satu juta hektar kawasan perlindungan di negeri ini.

“Kawasan perlindungan yang meliputi ekosistem marin dan daratan ini merupakan antara aset terpenting Sabah untuk kita jaga, agar dapat dinikmati oleh generasi seterusnya.

“Kita sebagai manusia akan terus meneroka dan mempelajari tentang alam semulajadi. Dengan mempelajarinya manusia akan menyedari betapa pentingnya kita menjaga dan menghargai khazanah alam yang telah dikurniakan kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Junior Park Rangers Series- Virtual Tours: Wonders of Sabah Parks ini disini hari ini.

Hadir sama, Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim.

Yakub berkata, pihaknya turut berharap program virtual tour yang diadakan itu dapat meneruskan usaha memberi ilmu pengetahuan dan meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus bersama-sama memelihara khazanah alam semulajadi.

Katanya, program yang mengintegrasi sains alam semulajadi dan teknologi virtual tour itu dapat membina jaringan yang lebih luas dan hubungan intektual dengan para pelajar khususnya Renjer Muda TTS.

“Saya menyeru kerjasama semua pihak khususnya ibu bapa dan guru supaya terus memberi sokongan padu dalam menggalakkan dan mendorong penyertaan anak-anak ataupun pelajar dalam semua program pendidikan alam semulajadi demi memastikan generasi akan datang adalah generasi yang unggul dalam memulihara khazanah alam semulajadi,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata,  pihaknya bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) giat berusaha memperbaiki capaian internet dan membina prasarana komunikasi di seluruh negara.

Katanya, pihaknya turut memahami bahawa pihak penganjur dan peserta telah menghadapi pelbagai cabaran teknikal, terutamanya kekangan litupan internet di sesetengah kawasan yang terpencil.

“Walaupun begitu, program ini telah berjaya dihadiri sejumlah 3,520 orang peserta dari seluruh golongan masyarakat.

“Saya bagi pihak penganjur, ingin berterima kasih kepada sekolah-sekolah yang aktif mengikuti program Virtual Tours, disamping orang awam yang telah menjayakan program ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/11/kerajaan-negeri-sokong-penuh-usaha-tts-jpns-pelihara-khazanah-alam-semulajadi/feed/ 0 9748
DUN Sabah : TTS Berusaha Naiktaraf Tapak Geopark Kebangsaan Kinabalu https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-tts-berusaha-naiktaraf-tapak-geopark-kebangsaan-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-tts-berusaha-naiktaraf-tapak-geopark-kebangsaan-kinabalu/#respond Wed, 08 Dec 2021 13:12:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9580
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU :  Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) melalui Taman-Taman Sabah (TTS) berusaha untuk menaiktaraf Tapak Geopark Kebangsaan Kinabalu.

Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, naiktaraf itu adalah untuk menjadikan Tapak Geopark Global United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Kinabalu pada tahun 2022.

“Urusan permohonan dan dokumentasi serta persiapan penilaian tapak di lapangan telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Tapak ini sedang menunggu ketibaan kumpulan panel pemeriksa yang dilantik oleh pihak UNESCO yang dijadualkan pada hujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jafry berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sokongan dan dukungan yang padu sehingga Sabah diberi penghormatan selaku tuan rumah bagi acara Kongres Taman-Taman Asia Kedua (Ke-2) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada Mei 2022.

Katanya, kongres yang akan dianjurkan secara hybrid itu bukan sahaja memberi peluang kepada Sabah malah dapat berkongsi dengan dunia umum akan komitmen negeri Sabah dalam melestarikan alam sekitar, tetapi ia juga mampu mempromosikan Sabah sebagai destinasi eko pelancongan yang unggul.

Dalam perkembangann lain, Jafry berkata, kementeriannya melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan memantapkan lagi sektor ‘Meeting, Incentive, Conference, Exhibition’ (MICE) dengan memperkenalkan peruntukan insentif sebanyak RM2 juta di bawah ‘Sabah, BE Here For You’.

“STB juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan tiga sesi latihan di bawah Rancangan Pembangunan Modal Insan yang mensasarkan 60 peserta daripada penggerak industri dan juga peserta yang berminat untuk mendalami industri MICE.

“Latihan ini dijalankan oleh pihak Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers (MACEOS) dimana kursus adalah diiktiraf oleh badan antarabangsa – Events Industry Council.,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-tts-berusaha-naiktaraf-tapak-geopark-kebangsaan-kinabalu/feed/ 0 9580
Sabah Park Benarkan Pelawat Lengkap Vaksinasi Memasuki TTS https://sabahmedia.com/2021/10/09/sabah-park-benarkan-pelawat-lengkap-vaksinasi-memasuki-tts/ https://sabahmedia.com/2021/10/09/sabah-park-benarkan-pelawat-lengkap-vaksinasi-memasuki-tts/#respond Sat, 09 Oct 2021 08:18:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7341
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Taman- Taman Sabah (TTS) mula membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksinasi untuk memasuki dan melawat semua taman atau sub-stesen di bawah kendalian TTS.

Ia selepas prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian TTS dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua telah dikemaskini pada 5 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Sabah Park semalam menyatakan hanya pelawat yang lengkap divaksin dibenarkan melawat ke TTS.

Selain itu, ibu bapa atau penjaga yang lengkap divaksinasi juga boleh membawa kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun memasuki kawasan TTS.

“Namun kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun tidak digalakkan untuk ‘dine in’ di restoran dalam kawasan TTS.

“Kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun juga dibenarkan mandi di kolam terbuka (air panas)/tertutup (enclosed bathtub) di stesen mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu,” kata kenyataan itu.

Walaubagaimanapun masih tidak dibenarkan mandi di ‘slide pool’ dan ‘rock pool’ buat sementara waktu.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyatakan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun buat masa ini tidak dibenarkan mendaki Gunung Kinabalu/Puncak Bohey Dulang (Taman Marin Tun Sakaran, Semporna) manakala pelawat yang berumur di atas 70 tahun adalah tidak digalakkan.

“Sila patuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri Sabah dan Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 serta arahan Pengarah/Pengurus Taman/Pegawai Taman yang diberi kuasa dari masa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/09/sabah-park-benarkan-pelawat-lengkap-vaksinasi-memasuki-tts/feed/ 0 7341