Tuaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Jul 2026 09:08:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tuaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jamawi puas hati kemajuan projek agensi MAFFI di Tuaran https://sabahmedia.com/2026/07/30/jamawi-puas-hati-kemajuan-projek-agensi-maffi-di-tuaran/ https://sabahmedia.com/2026/07/30/jamawi-puas-hati-kemajuan-projek-agensi-maffi-di-tuaran/#respond Thu, 30 Jul 2026 09:07:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100817
Read Time:1 Minute, 59 Second

TUARAN: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan pelbagai projek dan aktiviti jabatan serta agensi di bawah kementeriannya selepas mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi di daerah itu pada Khamis.

Lawatan itu melibatkan projek Jabatan Perikanan, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Ko-Nelayan sebelum beliau menghadiri Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI), Datuk Jumain Abdul Ghani yang kini bertukar ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

Jamawi memulakan lawatan di Pusat Semaian Anak Benih LIGS yang menawarkan pelbagai jenis benih buah-buahan pada harga kompetitif. Beliau kemudian melawat Pusat Latihan, Pusat Ternakan dan Kolam Pancing Ko-Nelayan di Kampung Laya-Laya, diikuti Pusat Pembenihan Ikan Marin Jabatan Perikanan di kampung sama serta Pusat Ternakan Ikan Dalam Sangkar milik Ko-Nelayan di Kampung Terayong.

Beliau berkata, usaha yang dilaksanakan jabatan dan agensi di bawah MAFFI menunjukkan kementerian berada pada landasan tepat untuk memacu ekonomi negeri, terutama ketika berdepan cabaran global yang semakin mencabar.

“Situasi di Asia Barat yang masih tidak menentu mengingatkan kita tentang pentingnya memperkukuhkan keselamatan makanan serta meningkatkan pengeluaran hasil perikanan dan sumber laut yang mampu diusahakan oleh nelayan tempatan,” katanya.

Jamawi turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga jabatan dan agensi atas komitmen mereka dalam memperkasakan sektor pertanian, perikanan, ternakan dan industri makanan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri kini sedang memuktamadkan Dasar Pertanian Negeri Sabah 2026-2030 yang dijadual dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan di Tenom pada Oktober depan.

Menurutnya, dasar itu akan menjadi hala tuju pembangunan sektor pertanian, ternakan, perikanan, industri makanan serta industri getah di Sabah bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menyentuh isu BUDI Diesel, Jamawi berkata, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Khas telah mengemukakan secara rasmi semua maklum balas dan cadangan penambahbaikan yang diterima daripada kementerian, agensi, pemain industri serta masyarakat kepada Kementerian Kewangan.

Katanya, perkara itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Negeri baru-baru ini dan Kementerian Kewangan memohon tempoh kira-kira dua hingga tiga minggu bagi meneliti semua rayuan serta cadangan penambahbaikan BUDI Diesel khusus untuk Sabah sebelum keputusan dimuktamadkan.

Selepas lawatan kerja itu, Jamawi menghadiri Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan Jumain yang akan meneruskan perkhidmatannya di KKTP.

Turut hadir Pembantu Menteri I dan II, Datuk Ruslan Muharam dan Datuk Hendrus Anding; Setiausaha Tetap MAFFI, Datuk Ts. Jifrin Mohamad; timbalan setiausaha tetap, ketua jabatan serta pegawai kementerian.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/30/jamawi-puas-hati-kemajuan-projek-agensi-maffi-di-tuaran/feed/ 0 100817
Hajiji, Jasnih, Joniston kekal ADUN, kerusi Tamparuli direbut Madius https://sabahmedia.com/2025/11/29/hajiji-jasnih-joniston-kekal-adun-kerusi-tamparuli-direbut-madius/ https://sabahmedia.com/2025/11/29/hajiji-jasnih-joniston-kekal-adun-kerusi-tamparuli-direbut-madius/#respond Sat, 29 Nov 2025 15:59:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87451
Read Time:2 Minute, 19 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Ketua Menteri Sabah yang juga calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dalam pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Menerusi keputusan jumlah undi yang selesai diumumkan jam 11.46 malam tadi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Seri Sulaman di sini, Hajiji memperoleh 10,639 undi dengan jumlah majoriti 8,919 untuk menewaskan empat calon lain.

Empat pencabar berkenaan, ialah Dr Shahnon Rizal Thaijuddin dari Barisan Nasional (BN) 1,720 undi, Moktar Hussin (Parti Warisan) 1,383 undi, Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) 385 undi dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah) 322 undi.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit dalam saingan tujuh penjuru, turut dimenangi oleh calon GRS, Datuk Jasnih Daya sekali gus berjaya mempertahankan kerusi dengan jumlah undi 8,306 undi.

Jasnih menang majoriti 3,465 undi mengalahkan calon BN yang menampilkan Alfian Sambas 4,841 undi diikuti calon Warisan, Datuk Aliasgar @ Ali Ashgar Basri 2,878 undi, Francis Fahir @ Tongong (STAR) 1,282 undi, Mohd Zulkernain Osman (Perikatan Nasional) 814 undi, Jaesman @ Jaess Gipin (KDM) 387 undi dan Liam Tawil (Parti Impian Sabah) 106 undi.

Manakala bagi kerusi DUN Kiulu, penyandang kerusi terdahulu, Datuk Joniston Bangkuai sebagai wakil GRS turut mempertahankan kedudukannya menentang tujuh pencabar lain.

Joniston yang juga Ketua Penerangan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan GRS, memperoleh jumlah undi 4,316 dengan majoriti 1,437.

Calon lain, Ketua STAR Bahagian Kiulu, Terence Sinti memperoleh undi sebanyak 2,879 disusuli Joisin Romut dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meraih 2,736 undi.

Selain itu, calon dari parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang mempertaruhkan bekas pemain bola sepak, Henry Saimpon memperolehi 1,192 undi, Saibin Gunsari (Warisan) 389 undi dan Trevor Kenneth Maringking (Parti Anak Negeri) 176 undi.

Dua lagi calon ialah Niyky @ Niky J. Bosikol (Parti Impian Sabah) 78 undi dan Dusi Gingging daripada Parti Kebangsaan Sabah (PKS) 56 undi.

Sementara bagi DUN Tamparuli pula, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau (UPKO) berjaya merebut kerusi penyandang terdahulu, Datuk Jahid Jahim dengan undi sebanyak 8,247 dengan majoriti 2,556.

Jahid yang digantikan oleh bekas pensyarah kanan, Dr Bonaventure Boniface mewakili GRS memperolehi 5,691 undi.

Calon lain, Jinitoh Sontori daripada Parti Solidariti TanahAirku (STAR) 1,399 undi, Lee Han Kyun @ Joseph Lee (Parti Warisan) 1,082 undi, Dr Gaim @ James Lunkapis daripada parti KDM memperolehi 697 undi dan Julia Ongkili (Parti Impian Sabah) 238 undi.

Selain itu, parti Kerjasama Anak Negeri yang meletakkan Arthur Erik Lee sebagai calon memperolehi 33 undi manakala Parti Rumpun yang mencalonkan Aliusus Sipil meraih 88 undi.

Lima calon Bebas,  Vun Yun Fook (377 undi), Razali Koroh (14 undi), Johan Jahid (258 undi), Andrew Mali (30 undi) serta Raymond Alfred (229 undi). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/29/hajiji-jasnih-joniston-kekal-adun-kerusi-tamparuli-direbut-madius/feed/ 0 87451
Penamaan calon berjalan lancar, tiada perbuatan fizikal tidak diingini berlaku – Noraidin https://sabahmedia.com/2025/11/15/penamaan-calon-berjalan-lancar-tiada-perbuatan-fizikal-tidak-diingini-berlaku-noraidin/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/penamaan-calon-berjalan-lancar-tiada-perbuatan-fizikal-tidak-diingini-berlaku-noraidin/#respond Sat, 15 Nov 2025 03:36:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85837
Read Time:54 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Suasana di pusat penamaan calon Tuaran membabitkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu di Dewan Sri Sulaman di sini, berjalan lancar tanpa sebarang perbuatan fizikal tidak diingini berlaku.  

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Awang Maidin, berkata seramai 149 anggota polis pelbagai pangkat ditugaskan mengawal keadaan di beberapa lokasi berhampiran pusat penamaan calon.

“Sehingga jam 11 pagi, suasana di pusat penamaan calon dewan sri sulaman tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku. 

“Hanya sorakan serta laungan slogan parti gemuruh penyokong dari arah padang Tuaran, memeriahkan suasana” katanya, di sini, hari ini. 

Noraidin menambah, 20 anggota sukarelawan Malaysia (RELA) dan 11 sukarelawan polis turut membantu mengadakan kawalan ketat di lokasi.

Tinjauan mendapati penyokong parti yang mengiringi calon mereka ke pusat penamaan kelihatan bersemangat menantikan pengumuman nama calon yang disahkan akan bertanding pada pilihan raya ini, meskipun cuaca panas.  

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu, Ibrahim Terki mengumumkan pusat penamaan calon ditutup secara rasmi jam 10 pagi tadi.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/penamaan-calon-berjalan-lancar-tiada-perbuatan-fizikal-tidak-diingini-berlaku-noraidin/feed/ 0 85837
Keadaan terkawal, penyokong GRS paling ramai iring calon ke pusat penamaan Tuaran https://sabahmedia.com/2025/11/15/keadaan-terkawal-penyokong-grs-paling-ramai-iring-calon-ke-pusat-penamaan-tuaran/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/keadaan-terkawal-penyokong-grs-paling-ramai-iring-calon-ke-pusat-penamaan-tuaran/#respond Sat, 15 Nov 2025 01:35:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85820
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Kira-kira 1,000 penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir memberikan sokongan solidariti dengan mengiringi empat calon parti berkenaan menuju pusat penamaan calon Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) di Dewan Sri Sulaman, Tuaran, pagi ini.  

Empat calon berkenaan, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor; Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai; Datuk Jasnih Daya dan Dr Bonaventure Boniface. 

Mereka dilihat bersama-sama penyokong berarak sejauh hampir satu kilometer dari perkarangan pejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) Sulaman di Jalan Datuk Dahlan Harun, pekan Tuaran jam 8 pagi dan tiba di perkarangan pusat penamaan calon 20 minit kemudian.  

Teriakan dan sahutan penyokong riuh rendah dengan paluan kompang turut memeriahkan pergerakan calon GRS ke pusat penamaan.

Hasil tinjauan Sabah Media juga mendapati keadaan terkawal antara penyokong yang berkumpul di astaka padang Tuaran sejak awal pagi terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Difahamkan, seramai 149 merupakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 20 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan 11 sukarelawan polis menjaga keselamatan orang awam.

Hajiji, kembali mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang disandangnya sejak 1990 pada pilihan raya ini. 

Joniston pula mempertahankan kerusi DUN Kiulu yang didudukinya selama tiga penggal, manakala Jasnih kembali mempertahankan kerusi DUN Pantai Dalit yang dimenanginya selama satu penggal.

Dr Bonaventure, adalah calon muka baharu yang ditampilkan GRS untuk mepertahankan kerusi DUN Tamparuli yang disandang, Datuk Jahid Jahim dan menduduki kerusi terbabit selama empat penggal.

Sementara itu, calon parti lain seperti Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Impian Sabah (PIS), Perikatan Nasional (PN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) tiba di perkarangan pusat penamaan yang sama dan turut diiringi ratusan penyokong masing-masing. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/keadaan-terkawal-penyokong-grs-paling-ramai-iring-calon-ke-pusat-penamaan-tuaran/feed/ 0 85820
9 rumah, 5 kenderaan terbakar, seorang cedera dalam kebakaran di Tuaran https://sabahmedia.com/2025/04/17/9-rumah-5-kenderaan-terbakar-seorang-cedera-dalam-kebakaran-di-tuaran/ https://sabahmedia.com/2025/04/17/9-rumah-5-kenderaan-terbakar-seorang-cedera-dalam-kebakaran-di-tuaran/#respond Thu, 17 Apr 2025 00:53:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72125
Read Time:45 Second

Oleh FLORIETA DIET

TUARAN: Sembilan rumah tidak kekal dan lima kenderaan terbakar dalam kebakaran di Kampung Tembiluk, Mengkabong di sini, awal pagi Rabu, menyebabkan seorang mangsa cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba II Mohamad Nor Amit berkata, lapan rumah musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi terbakar 40 peratus.

Turut terbakar dua motosikal, sebuah kereta Proton Wira (70 peratus), Proton Iswara (10 peratus) dan sebuah lori 10 tan (lima peratus).

“Seorang mangsa cedera di tangan dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tuaran oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 pagi sebelum 11 anggota dikerah ke lokasi bersama sebuah jentera FRT, water tanker dan EMRS.

Operasi pemadaman dikawal sepenuhnya pada jam 3.30 pagi dan ditamatkan pada 6.59 pagi.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia dan Sabah Electricity. Siasatan punca kejadian dan anggaran kerugian masih dijalankan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/17/9-rumah-5-kenderaan-terbakar-seorang-cedera-dalam-kebakaran-di-tuaran/feed/ 0 72125
Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035 fokus pelancongan, pertanian & perikanan https://sabahmedia.com/2024/12/03/pelan-strategik-pembangunan-ekonomi-daerah-tuaran-2024-2035-fokus-pelancongan-pertanian-perikanan/ https://sabahmedia.com/2024/12/03/pelan-strategik-pembangunan-ekonomi-daerah-tuaran-2024-2035-fokus-pelancongan-pertanian-perikanan/#respond Tue, 03 Dec 2024 08:39:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64821
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035 memfokuskan sektor pelancongan, pertanian dan perikanan di daerah itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, daerah Tuaran memiliki potensi besar dari segi keindahan semula jadi, budaya tempatan, dan hasil pertanian yang pelbagai.

“Pelan ini memastikan semua pihak berkepentingan iaitu daripada pengusaha kecil hingga pelabur besar, dapat bersama-sama memanfaatkan peluang yang ada.

“Pelan ini juga menekankan amalan lestari yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat. Di kawasan seperti Tuaran, kekayaan alam adalah aset utama. Kita tidak boleh membiarkan pembangunan berlaku dengan mengorbankan warisan ini,” katanya semasa Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035; Rangka Tindakan Transformasi Sulaman; Pelan Pemberdayaan Komuniti Nelayan Kampung Penimbawan dan Aplikasi serta Buku ReTrack di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Hajiji berkata, keempat-empat inisiatitf itu akan membawa satu perubahan yang besar kepada daerah Tuaran, khususnya dalam aspek pembangunan daerah dan pembangunan ekonomi termasuk komuniti nelayan.

Beliau mengambil contoh, Rangka Tindakan Transformasi Sulaman adalah bukti bagaimana penglibatan komuniti menjadi teras kepada perancangan pembangunan.

Katanya, projek itu dirangka dengan mengambil kira suara rakyat. Usaha untuk membangunkan industri sulaman tempatan tidak hanya memberi pendapatan kepada pengusaha kecil, tetapi juga memperkukuhkan identiti budaya Sabah yang kaya dengan seni dan tradisi.

Menurutnya, Pelan Pemberdayaan Komuniti Nelayan Kampung Penimbawan pula bukan saja menyediakan sokongan teknologi kepada mereka, juga membuka peluang untuk diversifikasi dan pelbagaikan pendapatan melalui sektor-sektor lain seperti pelancongan dan pemprosesan hasil laut.

“Inisiatif ini dirangka kerana kita tahu bahawa komuniti nelayan yang sering menjadi mangsa perubahan ekonomi global, seperti ketidakstabilan harga dan perubahan iklim.

“Inisiatif seperti Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran dan Rangka Tindakan Transformasi Sulaman menyasarkan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar, yang selaras dengan matlamat ini”, katanya.

Beliau menyeru dan mengingatkan semua pihak yang terlibat agar berganding bahu merealisasikan semua usaha dan strategi yang telah dirangka.

“Gunakan pengalaman, pengetahuan dan keupayaan dalam mencapai apa juga yang telah dirancang. Pelancaran hari ini hanyalah permulaan. Kita masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memastikan inisiatif-inisiatif ini mencapai matlamatnya”, ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) Datuk Seri Azizah Mohd Dun, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah; Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan; Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Nora Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Dr. Ramzah Dambul.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/03/pelan-strategik-pembangunan-ekonomi-daerah-tuaran-2024-2035-fokus-pelancongan-pertanian-perikanan/feed/ 0 64821
Sail Malaysia Passage to East Yacht Rally tingkatkan pelancongan Tuaran https://sabahmedia.com/2024/07/19/sail-malaysia-passage-to-east-yacht-rally-tingkatkan-pelancongan-tuaran/ https://sabahmedia.com/2024/07/19/sail-malaysia-passage-to-east-yacht-rally-tingkatkan-pelancongan-tuaran/#respond Fri, 19 Jul 2024 13:30:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57756
Read Time:2 Minute, 41 Second

TUARAN: Program Sail Malaysia Passage to East Yacht Rally 2024 berlabuh di Tuaran buat kali pertama sejak penubuhannya pada 2005 dan ini satu petanda yang baik dalam meningkatkan sektor pelancongan daerah itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kami berbesar hati kerana program ini telah kembali ke Sabah sekali lagi dan kami gembira mendengar bahawa lebih 20 kapal layar telah berjaya berkumpul dan berlabuh ke Tuaran sejak Rabu.

“Walaupun Ini adalah kali pertama anda berkumpul di Tuaran, saya telah diberitahu bahawa Sail Malaysia telah datang ke Sabah sejak 2009 dan dengan itu lebih 400 kapal layar dari seluruh dunia telah melawat Sabah,” katanya.

“Program ini memang menarik bahawa sejak penubuhannya pada 2005, inisiatif Sail Malaysia di bawah naungan Cruise Marine Tourism Association of Malaysia (Persatuan Pelancongan Perkapalan dan Marin Malaysia) telah menarik lebih 1,400 kapal layar dari 45 negara ke Malaysia.

“Ini telah memperoleh pendapatan ekonomi lebih setengah bilion Ringgit Malaysia. Syabas sekali lagi kepada Persatuan Pelancongan Marin Pelayaran Malaysia kerana mempromosikan pelancongan nautika Malaysia dan mengekalkan pengembaraan pelayaran sesuai dengan slogan Discover Malaysia by Sea!,” katanya ketika mengalu-alukan peserta Sail Malaysia Passage to East Yacht Rally 2024 di Jeti Anjung Gayang, Jalan Sulaman di sini malam ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Jasnih Daya.

Hajiji turut mengalu-alukan peserta termasuk dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Portugal, Hong Kong, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Kanada dan negeri-negeri lain di Malaysia.

“Pada minggu hadapan semasa anda mengembara ke Kudat, di utara, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau di pantai timur Sabah, saya harap anda juga akan menikmati tarikan di Kepulauan Penyu, Sungai Kinabatangan dan Sipadan.

“Lihat pemandangan dan tempat-tempat menarik serta banyak lagi. Walaupun ramai di antara anda mungkin sudah biasa dengan Sabah, banyak yang boleh anda lihat dan alami, tidak kurang juga melalui laut,” katanya.

Hajiji juga berkongsi bahawa Sabah, negeri kedua terbesar di Malaysia, mempunyai segala-galanya untuk ditawarkan dari lautan yang dalam hingga ke gunung yang tinggi.

“Hutan hujan purba kami berusia lebih 130 juta tahun dan berada di antara yang tertua di dunia. National Geographic meraikan kepelbagaian biologi kita. Gunung Kinabalu ikonik kita berdiri tegak bukan hanya sebagai bukti keindahan alam semula jadi Sabah tetapi sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dikagumi di peringkat global.

“Sabah juga kini menjadi pemilik bangga tapak UNESCO Triple Crown, yang ketiga di dunia yang mempunyai pengiktirafan sedemikian dan hari ini, Sabah secara rasminya menduduki tempat sebagai Destinasi Geo-pelancongan Global.

“Hampir 400 daripada 878 pulau Malaysia ditemui di negeri ini, Sabah dikenali berjuta-juta pengunjung, sebagai destinasi pantai dengan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan,” katanya.

Malah warisan budaya Sabah juga turut menawan hati setiap pengunjung yang berkunjung.

“Warisan budaya kami ada lebih daripada 30 kumpulan etnik yang berbeza dengan 217 kumpulan sub-etnik, masing-masing dengan tradisi dan bahasanya. Namun, di tengah-tengah kepelbagaian landskap budaya ini, perpaduan berkembang subur, menjadikan hampir 3.5 juta penduduk kita bersatu padu secara harmoni,” kata Hajiji.

Sehubungan dengan itu, Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Sail Malaysia, Tourism Malaysia, Taman-Taman Sabah, Pelancongan Sabah, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan semua pihak berkuasa, agensi, organisasi swasta dan individu bersama-sama dalam menjayakan acara tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/19/sail-malaysia-passage-to-east-yacht-rally-tingkatkan-pelancongan-tuaran/feed/ 0 57756
UCSF anjur Program “Artistry In Science Outreach” di Penimbawan Tuaran https://sabahmedia.com/2023/10/04/ucsf-anjur-program-artistry-in-science-outreach-di-penimbawan-tuaran/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/ucsf-anjur-program-artistry-in-science-outreach-di-penimbawan-tuaran/#respond Wed, 04 Oct 2023 07:52:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43051
Read Time:1 Minute, 10 Second

TUARAN: Seramai 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan menyertai Program “Artisty In Science Outreach” anjuran University College Sabah Foundation (UCSF) dengan kerjasama Sabah Economic and Education Society, baru-baru ini.

Program itu merupakan antara aktiviti “University Social Responsibility” (USR) UCSF yang memberi penekanan kepada aspek sains dan juga seni.

Rombongan UCSF seramai 10 orang yang diketuai oleh Naib Canselornya, Dr Rafiq Idris mengembara menggunakan bot dari jeti Kampung Serusop, Tuaran ke SK Penimbawan bagi menjayakan program itu.

Menurut Dr.Rafiq, antara pengisian program itu yang melibatkan murid-murid tahun 6 memberi fokus kepada aspek sains dan alam semula jadi.

Katanya, sesi lain memfokuskan kepada murid-murid tahun 4 dan 5 dengan penekanan kepada aktiviti berkaitan seni serta alam semula jadi.

Beliau berkata, UCSF akan terus mengadakan aktiviti-aktiviti seumpama itu bagi mendekatkan dan mendedahkan masyarakat tentang peluang pendidikan di UCSF.

“UCSF akan terus mendekati dan bersama komuniti, serta sedia membantu berdasarkan bidang kepakaran universiti”, katanya.

Beliau turut memberikan dorongan dan suntikan semangat kepada murid-murid SK Penimbawan pada majlis penutup program itu yang diadakan di sekolah tersebut.

Sementara itu, Guru Besar SK Penimbawan, Ajelan Setuh mengalu-alukan kunjungan rombongan UCSF dan percaya program suntikan semangat pendidikan itu lebih berkesan kerana ianya melibatkan pihak institusi pendidikan tinggi itu sendiri.

Manakala Pegawai Libat Sama Komuniti UCSF, Sharmimiee berkata, keterlibatan universiti dalam masyarakat merupakan sesuatu pendekatan yang sangat baik dan akan diteruskan ke komuniti yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/ucsf-anjur-program-artistry-in-science-outreach-di-penimbawan-tuaran/feed/ 0 43051
Fenomena Air Pasang Merah berlaku di perairan pantai Kota Kinabalu & Tuaran https://sabahmedia.com/2023/02/19/fenomena-air-pasang-merah-berlaku-di-perairan-pantai-kota-kinabalu-tuaran/ https://sabahmedia.com/2023/02/19/fenomena-air-pasang-merah-berlaku-di-perairan-pantai-kota-kinabalu-tuaran/#respond Sun, 19 Feb 2023 10:35:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29782
Read Time:2 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Perikanan Sabah mengeluarkan Notis Amaran Air Pasang Merah (Red Tide) selepas penemuan alga air pasang merah di beberapa perairan pantai sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran.

Fenomena yang berpunca daripada pertambahan populasi jenis alga tertentu boleh menghasilkan toksin berbahaya yang menjejaskan hidupan marin dan kesihatan manusia.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata kehadiran Margalefidinium polykrikoides (Cochlodium) dan alga Pyrodinium bahamense dikenal pasti melalui sampel air yang diambil di beberapa lokasi sukan di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan lain pada 16 Februari 2023.

“Air pasang merah sering berlaku di perairan Pantai Barat Sabah terutamanya dari Sipitang, Kuala Penyu ke Tuaran atau Kota Belud. Kejadian air pasang merah di perairan Pantai Timur Sabah jarang berlaku dan tidak dilaporkan lebih 20 tahun,” katanya.

Notis amaran itu dikeluarkan berdasarkan garis panduan dan prosedur yang ditetapkan, menunjukkan fenomena air pasang merah sedang berlaku di perairan Kota Kinabalu dan dijangka merebak ke perairan Tuaran.

Kadar ketumpatan sel seliter bagi setiap sampel adalah berbeza di setiap lokasi. Ambang bahaya dipertimbangkan apabila bilangan sel melebihi 2,000 seliter untuk alga Margalefidinium polykrikoides dan 800 seliter untuk alga Pyrodinium bahamense.

Jeffrey turut menjelaskan walaupun alga Margalefidinium polykrikoides tidak berbahaya kepada manusia, ia berbahaya kepada ikan, terutama yang diternak dalam sangkar.

“Fenomena dengan ketumpatan sel yang tinggi boleh menyebabkan kematian ikan yang tinggi kerana ikan bernafas melalui insang, dan alga yang melekat pada insang menghalang pernafasan,” katanya.

Notis amaran itu sebagai peringatan kepada penternak di kawasan Kota Kinabalu dan Tuaran supaya berwaspada dan mengelak sebarang kematian ikan yang boleh menyebabkan kerugian.

Sebaliknya, alga Pyrodinium bahamense menimbulkan bahaya kepada manusia. Toksin daripada Pyrodinium bahamense boleh terkumpul dalam kerang seperti kerang, dan tiram, dan apabila dimakan oleh manusia, boleh menyebabkan Keracunan Kerang Lumpuh (PSP).

“Simptom PSP termasuk kesemutan, kebas, dan rasa terbakar di dalam mulut, bibir, dan lidah, diikuti dengan sakit kepala, pening, loya dan muntah. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan lumpuh pernafasan, koma, dan juga kematian. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang kerang-kerangan dari kawasan yang terjejas sehingga diberitahu kelak,” tegasnya.

Bagi mengurangkan kesan air pasang merah, kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Perikanan telah mengambil beberapa langkah termasuk mengharamkan sementara penuaian, penjualan dan penggunaan kerang dari kawasan terjejas.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berenang di perairan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran sehingga diberitahu kelak. Kerajaan memantau dengan teliti keadaan dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu.

Jeffrey mengingatkan orang ramai bahawa fenomena air pasang merah adalah kejadian semula jadi yang boleh diburukkan lagi dengan faktor seperti perubahan iklim dan aktiviti manusia, seperti pencemaran dan penangkapan ikan secara berlebihan.

“Adalah penting bagi orang ramai untuk mengetahui risiko yang berkaitan dengan air pasang merah dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk melindungi kesihatan mereka dan alam sekitar.

“Jabatan Perikanan akan terus memantau keadaan dengan rapi dan akan mengambil tindakan lanjut jika perlu bagi memastikan keselamatan dan kelestarian sumber makanan laut kita,” katanya.

Beliau turut menggesa nelayan dan peniaga makanan laut supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa dan memastikan produk mereka selamat untuk dimakan.

“Kita semua mesti memainkan peranan kita untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita, dan untuk melindungi integriti rantaian bekalan makanan kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/19/fenomena-air-pasang-merah-berlaku-di-perairan-pantai-kota-kinabalu-tuaran/feed/ 0 29782
Banjir: Tuaran mula pulih, jalan di Kota Belud ditutup  https://sabahmedia.com/2022/04/11/banjir-tuaran-mula-pulih-jalan-di-kota-belud-ditutup/ https://sabahmedia.com/2022/04/11/banjir-tuaran-mula-pulih-jalan-di-kota-belud-ditutup/#respond Mon, 11 Apr 2022 03:17:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14142
Read Time:1 Minute, 33 Second

BERNAMA

TUARAN: Beberapa kawasan terjejas banjir di sini mulai pulih apabila paras air semakin turun.

Namun sebuah rumah mengalami kerosakan susulan tanah di kawasan itu mendap petang semalam manakala beberapa jalan di Kota Belud ditutup kepada semua kenderaan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan semalam memaklumkan 10 mangsa yang terlibat di kawasan tanah mendap itu telah berpindah ke rumah ahli keluarga lain.

“Mangsa kejadian tanah mendap berpindah ke rumah saudara terdekat di Kampung Nuga Lapasan Tengilan, Tamparuli,” menurut kenyataan itu.

Setakat semalam, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan APM turut memantau keadaan tebing sungai di hujung jambatan Wokok, Kampung Kauluan kerana berlaku hakisan.

Tuaran dan Kota Belud merupakan dua daerah di pantai barat Sabah yang masing-masing terletak lebih 32 kilometer dan 69 kilometer dari Kota Kinabalu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Belud dalam kenyataannya pula memaklumkan sebanyak 15 kampung turut terjejas akibat banjir manakala beberapa laluan terputus hubungan.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Kota Belud, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Menunggui, Kampung Lebak Engad, Kampung Linau, Kampung Sembirai, Kampung Taun Gusi Keranjangan, Kampung Gunding, Kampung Marajah, Kampung Song-Song, Kampung Sadok-Sadok, Kampung Lingkodon dan Kampung Suang Punggur.

Laluan yang terputus hubungan pula termasuk Jalan Bypass Kota Belud-Kudat (Sembirai), Jalan Kampung Bobot, Jalan Kampung Siasai Tamu, Jalan Kampung Menunggui, Jalan Kampung Lebak Engad dan Jalan Kampung Linau.

Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan memaklumkan pengguna jalan raya Kota Kinabalu-Kudat dinasihati agar menggunakan jalan alternatif kerana laluan di M75.20 Linau dan Kota Belud Bypass (Sembirai) ditutup sementara bermula 6 pagi tadi.

Jalan alternatif itu ialah Jalan Kota Kinabalu Kudat-Jalan Sangkir 1-Jalan Sangkir 2, Jalan Kota Kinabalu-Kudat-Jalan Botong Rosok-Jalan Sorob-Jalan Tambulion Piasau-Jalan Kota Belud-Ranau-Pekan Kota Belud.

“Mohon patuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/11/banjir-tuaran-mula-pulih-jalan-di-kota-belud-ditutup/feed/ 0 14142