Tubuhkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 19 May 2023 09:09:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tubuhkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Setiap kampung di pedalaman digesa tubuhkan kelab belia – Ellron https://sabahmedia.com/2023/05/19/setiap-kampung-di-pedalaman-digesa-tubuhkan-kelab-belia-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/05/19/setiap-kampung-di-pedalaman-digesa-tubuhkan-kelab-belia-ellron/#respond Fri, 19 May 2023 09:08:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34730
Read Time:1 Minute, 33 Second

SOOK: Menyedari hakikat kurangnya penglibatan belia pedalaman di peringkat negeri, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin menggesa agar setiap kampung di kawasan pedalaman menubuhkan kelab belia.

“Saya melihat sendiri dalam Majlis Belia Sabah kurangnya penyertaan daripada belia pedalaman khususnya daerah-daerah seperti Tenom, Sipitang, Nabawan dan Sook. Walhal, penubuhan Majlis Belia Sabah itu sendiri adalah satu badan khusus untuk belia seluruh Sabah bagi melontarkan dan menyuarakan idea serta aspirasi mereka terhadap pembangunan belia Sabah,” katanya.

Tambahnya lagi, penubuhan Kelab Belia di setiap kampung di pedalaman Sabah adalah penting bagi memastikan idea dan aspirasi mereka didengari selain membolehkan mereka sendiri berkongsi isu-isu belia pedalaman dalam satu platform penting sama ada dalam peringkat negeri ataupun kebangsaan.

“Saya mahu belia dan beliawanis pedalaman berkecimpung dan melibatkan diri dalam pembangunan negeri dan negara menerusi kelab belia di kampung mereka masing-masing” gesa Ellron yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook.

Menurutnya, penubuhan kelab belia juga membolehkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah menyertai pelbagai kursus-kursus dan program yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti kursus keusahawanan, memasak, otomotif dan sebagainya.

“Penyertaan mereka dalam kursus dan program ini pastinya akan memberikan kelebihan kepada mereka kelak apabila memohon pekerjaan di syarikat swasta mahupun jabatan kerajaan,’ jelasnya.

Ellron juga memaklumkan Kerajaan Negeri menerusi kementeriannya dan agensi-agensi kerajaan yang lain juga akan memberikan sejumlah dana untuk menggerakkan kelab belia yang berdaftar bagi memudahkan mereka membuat aktiviti dan program.

Selain itu, beliau juga berharap agar pemimpin-pemimpin masyarakat bermula daripada peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) memainkan peranan penting bagi membantu kaum belia untuk menubuhkan kelab belia di kampung mereka.

Terdahulu beliau menghadiri dan menyempurnakan Majlis 3 dalam 1 Kampung Kionsom Baru Sook (Perasmian Rumah PPRT, Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 dan Sambutan Pesta Kaamatan 2023) di Balai Raya Kampung Kionsom Baru, Sook kelmarin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/19/setiap-kampung-di-pedalaman-digesa-tubuhkan-kelab-belia-ellron/feed/ 0 34730
Sabah Tubuhkan Sandbox Pertama Di Borneo https://sabahmedia.com/2022/01/06/sabah-tubuhkan-sandbox-pertama-di-borneo/ https://sabahmedia.com/2022/01/06/sabah-tubuhkan-sandbox-pertama-di-borneo/#respond Thu, 06 Jan 2022 07:56:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10778
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah akan mewujudkan Sandbox yang pertama di Borneo iaitu salah satu kolaborasi terkini antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dengan agensinya, Sabah Net Sdn. Bhd dan SCENIC.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan berkata, selain Sabah Net Sdn Bhd dan SCENIC, ia juga turut dijayakan oleh Sandbox Teknologi dan Inovasi Negara (NTIS) dan MRANTI.

MRANTI adalah gabungan Taman Teknologi Malaysia (TPM) dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

“Saya difahamkan oleh NTIS bahawa ini merupakan Sandbox yang pertama di Sabah dan juga di Malaysia Timur. Sandbox ini akan dilancarkan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2022.

“”Sandbox ini merupakan pusat mengumpul pakar-pakar dalam pelbagai bidang, contohnya dalam usaha mahu menjadikan bangunan KSTI sebagai pembangunan yang digital, kita akan mengumpul pakar-pakar yang berkenaan dengan digital untuk melahirkan idea dan mencetuskan ilham bagaimana sepatutnya yang sesuai dengan keadaan bangunan tersebut, selain itu ia juga terdiri dari pelbagai aspek termasuk pertanian, perikanan dan pelancongan.

“Kita akan manfaatkan Sandbox ini dan diyakini dapat membantu menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah selaras dengan Sabah Maju Jaya,” kata Yakub semasa menyampaikan ucapan Amanat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi seterusnya melancarkan Laman Web Rasmi KSTI Baharu, Dashboard KSTI dan Digital Buletin di Pusat Konvensyen Sabah di sini pada Khamis. (6 Jan)

Yakub turut mengalu-alukan para belia yang mempunyai idea atau kepakaran dalam apa juga bidang boleh turut serta mencurah dan melahirkan kepakaran masing-masing dalam Sandbox ini.

“Sandbox akan menjadi satu platform kepada belia bagi menguji idea teknologi baru yang dapat memacu ekonomi negeri, meningkatkan produktiviti sektor awam dan swasta serta secara tidak langsung menggalakkan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STl),” ujarnya.

“Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab dalam membangunkan teknologi dan inovasi di Negeri Sabah, usaha ini amat memberangsangkan bagi Kementerian untuk lebih gigih memperkembangkan lagi program seumpama ke daerah-daerah lain di samping menggunakan platform NTIS untuk memacu penyerapan inovasi ke Sabah.

“Pihak KSTI juga berpeluang menggunakan platform NTIS untuk memacu penyerapan inovasi ke Sabah. Kolaborasi strategik dengan NTIS juga membolehkan Kementerian memanfaatkan dana inovasi dari pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia,” katanya.

Terdahulu, majlis itu juga turut mengadakan Penyampaian Anugerah Khas, Penyampaian Jasamu Dikenang dan Penyampaian Anugerah perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan KSTI.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/06/sabah-tubuhkan-sandbox-pertama-di-borneo/feed/ 0 10778