Tudm pahang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Aug 2025 14:50:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tudm pahang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesawat F/A-18D Hornet TUDM terbabit insiden di Pangkalan Udara Kuantan https://sabahmedia.com/2025/08/21/pesawat-f-a-18d-hornet-tudm-terbabit-insiden-di-pangkalan-udara-kuantan/ https://sabahmedia.com/2025/08/21/pesawat-f-a-18d-hornet-tudm-terbabit-insiden-di-pangkalan-udara-kuantan/#respond Thu, 21 Aug 2025 14:50:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79792
Read Time:35 Second

Kuantan : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet telah terlibat dalam insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, malam ini.

Menurut kenyataan rasmi TUDM, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.05 malam ketika pesawat berkenaan sedang beroperasi di Pangkalan Udara Kuantan.

“TUDM kini sedang mengambil tindakan segera berkaitan insiden ini dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, TUDM menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan serta menimbulkan kekeliruan awam.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang meneliti punca kejadian serta memastikan aspek keselamatan di kawasan terbabit terjamin sepenuhnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/21/pesawat-f-a-18d-hornet-tudm-terbabit-insiden-di-pangkalan-udara-kuantan/feed/ 0 79792