tudm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Jul 2026 06:18:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tudm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TUDM laksana Latihan KELAWAR 2026 di pantai timur Sabah mulai 20 Julai https://sabahmedia.com/2026/07/17/tudm-laksana-latihan-kelawar-2026-di-pantai-timur-sabah-mulai-20-julai/ https://sabahmedia.com/2026/07/17/tudm-laksana-latihan-kelawar-2026-di-pantai-timur-sabah-mulai-20-julai/#respond Fri, 17 Jul 2026 06:18:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100006
Read Time:48 Second

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Latihan KELAWAR 2026 di sekitar kawasan Operasi PASIR Selatan yang meliputi Tawau, Semporna dan Lahad Datu, Sabah, bermula 20 hingga 29 Julai ini.

Menurut kenyataan media TUDM hari ini, latihan itu bertujuan memperkukuhkan kompetensi, kecekapan serta kesiagaan operasi anak kapal dan aset helikopter menerusi pelaksanaan penerbangan taktikal bagi menghadapi konflik serta ancaman bukan tradisional, khususnya pada waktu malam.

Latihan berkenaan turut melibatkan kerjasama elemen pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), iaitu Pasukan Khas TUDM (PASKAU), Pasukan Khas Tentera Laut Diraja Malaysia (PASKAL) dan Grup Gerak Khas (GGK).

Sepanjang tempoh latihan, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal pada altitud rendah, selain disertai pergerakan aset maritim milik agensi keselamatan di kawasan latihan yang telah digazetkan.

Sehubungan itu, TUDM memaklumkan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan Tawau, Semporna dan Lahad Datu, supaya tidak berasa cemas sekiranya melihat pesawat terbang pada altitud rendah atau kehadiran aset pertahanan dan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan sepanjang latihan dijalankan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/17/tudm-laksana-latihan-kelawar-2026-di-pantai-timur-sabah-mulai-20-julai/feed/ 0 100006
TUDM laksana latihan AMTOP 2025 di beberapa daerah di Sabah, Labuan https://sabahmedia.com/2025/02/19/tudm-laksana-latihan-amtop-2025-di-beberapa-daerah-di-sabah-labuan/ https://sabahmedia.com/2025/02/19/tudm-laksana-latihan-amtop-2025-di-beberapa-daerah-di-sabah-labuan/#respond Wed, 19 Feb 2025 00:10:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68962
Read Time:33 Second

Kuala Lumpur : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) akan melaksanakan latihan ‘Air Mobility Tactical Operation’ (AMTOP) 2025 di beberapa buah daerah di Sabah.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, antara daerah terlibat adalah di Kota Belud; Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula semalam sehingga 25 Februari ini.

Dalam latihan tersebut, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal dan pengguguran udara serta penglibatan Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Latihan itu adalah bagi tujuan meningkatkan tahap kompetensi dan kesiapsiagaan anggota TUDM dalam melaksanakan operasi.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya  melihat pesawat TUDM melakukan penerbangan taktikal sepanjang latihan ini berlangsung. – SABAH MEDIA / FOTO TUDM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/19/tudm-laksana-latihan-amtop-2025-di-beberapa-daerah-di-sabah-labuan/feed/ 0 68962
Seorang maut pesawat Hawk TUDM terhempas https://sabahmedia.com/2021/11/17/seorang-maut-pesawat-hawk-tudm-terhempas/ https://sabahmedia.com/2021/11/17/seorang-maut-pesawat-hawk-tudm-terhempas/#respond Tue, 16 Nov 2021 16:54:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8534
Read Time:48 Second

Kuala Lumpur: Sebuah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas ketika mendarat di kawasan landasan Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Pulau Pinang, malam ini.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan, insiden berlaku pada 10.07 malam.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung kemalangan ini. 

“Semua pihak diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak sahih,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya memaklumkan beliau menerima berita kejadian itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi cedera dan TUDM diarahkan segera memberikan laporan lebih terperinci dan menyiasat punca kejadian.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini. 

“Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. @MINDEFMalaysia telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,” ciapnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/17/seorang-maut-pesawat-hawk-tudm-terhempas/feed/ 0 8534
Eksesais ABABIL Uji Keupayaan, Kompetensi & Kesiagaan Aset TUDM https://sabahmedia.com/2021/09/14/eksesais-ababil-uji-keupayaan-kompetensi-kesiagaan-aset-tudm/ https://sabahmedia.com/2021/09/14/eksesais-ababil-uji-keupayaan-kompetensi-kesiagaan-aset-tudm/#respond Tue, 14 Sep 2021 09:44:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6315
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA BELUD : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Eksesais ABABIL 2021 bermula 7 September lalu dan berakhir hari ini.

Eksesais ABABIL merangkumi latihan Tembakan Misil Udara ke Udara (Air to Air Missile Firing – AAMF), Tembakan Misil Udara ke Permukaan (Air to Surface Missile Firing – ASMF) dan Tembakan Udara ke Permukaan Bumi (Air to Ground – ATG).

TUDM dalam satu kenyataan berkata, objektif utama eksesais ini adalah untuk menguji keupayaan, kompetensi dan kesiagaan pesawat dan anak kapal TUDM.

Ia juga merupakan di antara eksesais terbesar yang dilaksanakan oleh TUDM. Meskipun terdapat cabaran situasi krisis kesihatan global pada tahun ini, namun TUDM telah membuat perancangan yang teratur dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kekangan dan cabaran agar eksesais ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan mencapai objektif yang ditetapkan.

“Ianya selaras dengan Teras Keempat yang termaktub di dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu “Memperkasakan Keupayaan Operasi TUDM”.

“Ke arah memperkasakan keupayaan operasinya, TUDM perlu mengoptimumkan sumber kepada keperluan misi operasi, eksesais dan latihan kemahiran selain menentukan sistem dan sumber manusia yang sentiasa bersiap siaga,” katanya.

Dalam pada itu, sejajar dengan visi TUDM untuk menjadi kuasa udara yang dominan, TUDM akan terus memastikan tahap keupayaan, kesiagaan dan kebolehoperasian (interoperability) yang tinggi menjadi keutamaan khususnya di dalam menjaga kedaulatan negara serta mendukung Kertas Putih Pertahanan dengan visi “Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur”.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM telah mengiringi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang TUDM bagi menyaksikan demonstrasi Tembakan Udara ke Permukaan Bumi (ATG) yang dilaksanakan di Lapang Sasar Udara (LASARUD), Kota Belud, Sabah.

Turut serta ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad Ab Rahman mewakili Panglima Tentera Darat; Timbalan Panglima Armada Timur, Laksmana Pertama Sazali Shoib mewakil Panglima Tentera Laut serta beberapa pegawai kanan tentera dan pegawai kanan Kementerian Pertahanan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/14/eksesais-ababil-uji-keupayaan-kompetensi-kesiagaan-aset-tudm/feed/ 0 6315
TUDM Laksana Tanggungjawab Sosial Hantar Barang Bantuan JHEV ATM & Peralatan PPE Ke Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/12/tudm-laksana-tanggungjawab-sosial-hantar-barang-bantuan-jhev-atm-peralatan-ppe-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/12/tudm-laksana-tanggungjawab-sosial-hantar-barang-bantuan-jhev-atm-peralatan-ppe-ke-sabah/#respond Sun, 12 Sep 2021 14:35:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6211
Read Time:1 Minute, 57 Second

SUBANG: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah melaksanakan tanggungjawab sosial bagi bantuan logistik penghantaran barangan ke Sabah.

Memetik kenyataan dari laman rasmi Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyatakan, penghantaran udara melalui penerbangan “logistic communication” melibatkan sebuah pesawat angkut C130H telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Kota Kinabalu pada jam 12.00 tengah hari yang membawa barang-barang sumbangan kebajikan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM berupa bantuan bekalan makanan asas.

Katanya, antara barangan makanan asas yang dibawa menerusi penerbangan hari ini adalah makanan asas seperti beras, bihun, minyak masak, tepung gandum, gula dan biskut dan makanan dalam tin sebanyak 480 kotak dengan anggaran berat keseluruhan 5 tan.

“Penghantaran barang bantuan ini berlanjutan daripada inisiatif Program Gerobok Rezeki Veteran ATM iaitu hasil usaha JHEV ATM khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya dengan kerjasama Program Bantu-Bantu Malaysia oleh Country Height Group & Golden Horse Investment Bank.

“Secara tidak langsung sumbangan ini adalah menyokong program Mindef Prihatin yang telah dilancarkan pada 27 Ogos 2021 untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan terutama warga veteran ATM dan keluarga dari golongan B40 serta mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik covid 19 termasuk veteran ATM di Sabah dan Sarawak.

“Menerusi penghantaran barang bantuan yang dilaksanakan oleh penerbangan oleh TUDM hari ini, sumbangan tersebut akan diagihkan oleh JHEV Negeri Sabah kepada veteran ATM di sekitar Sabah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, penerbangan hari ini juga turut membawa peralatan daripada MERCY Malaysia berupa Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sebanyak 50 kotak dengan anggaran berat keseluruhan 500 kg yang dihantar untuk kegunaan fasiliti kesihatan dan hospital di Sabah. Urusan memuat naik barangan ke badan pesawat bermula pada jam 11.00 pagi oleh anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang serta loadmaster pesawat C130H.

“Pesawat telah dikendalikan oleh Juruterbang, Mejar Aiman bin Mohd Akbar TUDM dan Kapten Mohammad Amirul bin Mohd Deran TUDM dibantu oleh Kapten Mohd Fuad bin Mohd Nazir TUDM selaku pembantu juruterbang serta Jurumalim, Kapt Mohd Adreen Nujjaid bin Mohd Khairul Nizam TUDM dan Jurutera Penerbangan, Mejar Nik Hasri bin Nik Leh TUDM. Anak kapal lain turut terlibat adalah dua (2) orang loadmaster iaitu FSjn Mohd Firdaus bin Abd Rashid dan Sjn U Mohd Hanif bin Hashim,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/12/tudm-laksana-tanggungjawab-sosial-hantar-barang-bantuan-jhev-atm-peralatan-ppe-ke-sabah/feed/ 0 6211
Pesawat Terbang Rendah Semasa Eksesais Ababil 2021 https://sabahmedia.com/2021/09/05/pesawat-terbang-rendah-semasa-eksesais-ababil-2021/ https://sabahmedia.com/2021/09/05/pesawat-terbang-rendah-semasa-eksesais-ababil-2021/#respond Sun, 05 Sep 2021 08:06:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5854
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU :  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan satu eksesais iaitu Eksesais Ababil 2021 bertempat di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud mulai 7 hingga 17 September 2021 melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya.

Eksesais yang diadakan selama dua minggu ini bertujuan untuk menilai kecekapan juruterbang-juruterbang TUDM, anggota-anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara.

Di samping itu, eksesais ini bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan di dalam pelaksanaan tugas operasi bersama yang melibatkan pesawat-pesawat dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

Sepanjang eksesais berlangsung, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan. TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/05/pesawat-terbang-rendah-semasa-eksesais-ababil-2021/feed/ 0 5854
TUDM Laksana Penerbangan Bawa 99,400 Dos Vaksin Ke Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/29/tudm-laksana-penerbangan-bawa-99400-dos-vaksin-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/tudm-laksana-penerbangan-bawa-99400-dos-vaksin-ke-sabah/#respond Sun, 29 Aug 2021 10:58:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5485
Read Time:1 Minute, 39 Second

KUCHING :  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membantu Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah memindahkan sejumlah 99,400 dos vaksin COVID-19 dari Sarawak ke negeri ini melalui penerbangan ‘logistic communication’ yang dilaksanakan pada hari ini.

Penerbangan melibatkan pengambilan vaksin jenis Pfizer melalui pinjaman vaksin daripada kerajaan negeri Sarawak melibatkan tiga lokasi di negeri itu iaitu Kuching, Sibu dan Bintulu untuk dibawa ke Tawau.

Dalam satu kenyataan menyatakan pemindahan vaksin itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Sabah bagi meningkatkan pemberian vaksin di kalangan rakyat Sabah bagi mencapai sasaran imunisasi kelompok iaitu 80 peratus rakyat Sabah telah divaksin menjelang Oktober 2021.

Pesawat angkut C130 dari Pangkalan Udara Labuan dikendalikan Juruterbang, Kapten Mohamad Zulkarnain Johari TUDM bersama-sama Pembantu Juruterbang, Kapten Kapt Owi Wei Lunn TUDM; Jurutera Penerbangan, Mejar Mohd Azlan bin Mohd Ali TUDM; Jurumalim Kapten Muhammad Haikal Rasdi TUDM serta Kuartermaster Udara iaitu Pegawai Waren Udara II Freddie Francis Anak Biren dan Sarjan Udara Ridzuan Karmusakar tiba pada jam 11.30 pagi di Pangkalan Udara Kuching.

Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuching pada jam 12.30 tengah hari dan membuat pengambilan vaksin di Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Bintulu sebelum meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Tawau dan tiba pada jam 4.30 petang seterusnya diserahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan negeri Sabah.

Peranan TUDM khususnya di dalam sokongan logistik melalui penghantaran udara bagi membantu negara menangani krisis kesihatan global pandemik COVID-19 dilaksanakan berterusan semenjak wabak COVID-19 melanda negara pada Mac 2020 terutama ketika pesawat komersial terpaksa menghentikan operasi penerbangan.

TUDM sentiasa bersiapsiaga dan terus komited dalam melaksanakan peranan utama dan sekunder termasuklah tanggungjawab sosial kepada masyarakat demi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus dipelihara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak kapal yang terlibat serta semua pihak yang melaksanakan usahasama bersepadu melibatkan Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI), MKN Negeri Sabah, MKN Negeri Sarawak, Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta TUDM iaitu Pangkalan Udara Kuching, Pangkalan Udara Labuan dan Pusat Bantuan Operasi TUDM Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/tudm-laksana-penerbangan-bawa-99400-dos-vaksin-ke-sabah/feed/ 0 5485
Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Selamat Dikebumikan https://sabahmedia.com/2021/08/15/koperal-udara-sharif-mohd-siddiq-selamat-dikebumikan/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/koperal-udara-sharif-mohd-siddiq-selamat-dikebumikan/#respond Sun, 15 Aug 2021 06:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4652
Read Time:1 Minute, 27 Second

BAU : Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Kampung Melayu Seniawan Seberang, di sini, ketika jenazah mangsa tembakan di Balai Pengawal di Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kota Samarahan, pagi Jumaat lalu, tiba untuk dikebumikan, pagi tadi.

Ketibaan jenazah pada jam 9 pagi dalam suasana pilu diiringi pegawai dan anggota TUDM dengan keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.

Pengebumian jenazah Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, 30, dilaksanakan dengan istiadat ketenteraan, dengan kira-kira 50 anggota tentera dan penduduk kampung memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Isteri arwah, Shima Mustapha, 29, bersama dua anak perempuannya, Sharifah Syafa Syakira Sharif Mohd Siddiq Al-Attas, 5 dan Sharifah Syafa Syahirah, 3, kelihatan sayu sepanjang pengebumian.

Anak bongsunya, Syarif Edrogan yang baru berusia dua bulan, tidak dibawa bersama ke tanah perkuburan itu.

Turut hadir, Panglima Wilayah Udara Dua, Mejar Jeneral Datuk Shamsudin Kassim TUDM serta beberapa pegawai kanan Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan

Shamsudin turut menyerahkan bendera TUDM serta Jalur Gemilang kepada Shima pada penghujung istiadat pengebumian itu.

Allahyarham Sharif Mohd Siddiq Al-Attas disahkan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kota Samarahan pada jam 9.20 pagi Jumaat iaitu dua jam selepas dia terkena tembakan rakan setugasnya pada jam 7.15 pagi.

Tiga lagi anggota disahkan meninggal dunia di tempat kejadian iaitu Koperal Udara Ho Swee Boon, Koperal Udara Mohamad Ehsan Sehamat dan Laskar Udara Kanan Nesly Nabau.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan jenazah Mohammad Ehsan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kampung Asajaya Laut, Samarahan, Ho Swee Boon pula akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Pasir Ulu, Lundu manakala Nesly akan disemadikan di Nirvana Memorial Park, Sibu.

Upacara pengebumian tiga lagi mangsa itu dijangka disempurnakan sebaik proses bedah siasat selesai, hari ini. -Bharian

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/koperal-udara-sharif-mohd-siddiq-selamat-dikebumikan/feed/ 0 4652
Tidak Sempat Sambut Kelahiran Anak Sulung https://sabahmedia.com/2021/08/14/tidak-sempat-sambut-kelahiran-anak-sulung/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/tidak-sempat-sambut-kelahiran-anak-sulung/#respond Sat, 14 Aug 2021 12:39:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4634
Read Time:1 Minute, 11 Second

KUCHING: Hasrat Mohamad Ehsan Sehamat untuk mengadakan majlis kesyukuran buat bakal anak sulung dan rumah baharunya tidak kesampaian, apabila malang menimpa beliau awal pagi semalam.

Mohamad Ehsan merupakan antara empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban, dalam insiden tembak pada jam 7.15 pagi semalam di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching.

“Arwah pernah memberitahu bahawa selepas isterinya bersalin dia akan mengadakan majlis selamat buat rumah baharu dan anaknya sekali, tapi tidak sempat.

“Rumahnya di Kampung Asajaya masih dalam pembinaan, lantai sudah siap cuma kini perlu pasang bata sahaja,” kata ibu Arwah Fatimah Narawi, ketika ditemui pemberita di rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

Allahyarham Mohamad Ehsan merupakan anak keenam daripada 10 adik-beradik.

Selain Mohamad Ehsan, turut terkorban dalam insiden itu ialah Laskar Udara (LU) Nesly Anak Nabau, Kpl U Ho Swee Boon dan Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli.

Sementara itu, Isteri Arwah, Nur Atiqah Supyie, 29, yang mengandung enam bulan berkata, mereka telah bernikah pada November tahun lalu dan sangat teruja menanti kelahiran anak sulung mereka.

Katanya beliau meredai pemergian arwah suaminya dan berharap proses bedah siasat dan pengebumian suaminya dipercepatkan.

Bernama yang berada di HUS turut dimaklumkan oleh pihak TUDM bahawa, proses membawa keluar keempat-empat jenazah akan mengambil masa yang lama, kerana ia melibatkan kes jenayah.

Difahamkan persiapan pengebumian arwah Mohamad Ehsan juga sedang dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Asajaya Laut. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/tidak-sempat-sambut-kelahiran-anak-sulung/feed/ 0 4634