Tujuh suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Feb 2023 05:21:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tujuh suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tujuh suspek kes bunuh pemandu e-hailing dituduh mahkamah Tawau hari ini https://sabahmedia.com/2023/02/08/tujuh-suspek-kes-bunuh-pemandu-e-hailing-dituduh-mahkamah-tawau-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2023/02/08/tujuh-suspek-kes-bunuh-pemandu-e-hailing-dituduh-mahkamah-tawau-hari-ini/#respond Wed, 08 Feb 2023 05:21:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29236
Read Time:53 Second

TAWAU: Seramai tujuh orang suspek dituduh di Mahkamah Majistret Tawau hari ini, terdiri daripada enam orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seorang awam berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan iaitu pemandu e-hailing pada 13 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, tuduhan itu dibuat berikutan pihak PDRM telah melengkapkan siasatan berkaitan kes tersebut.

“Kertas siasatan telah lengkap dan dimajukan kepada pejabat Peguam Negara pada 7 Februari 2023.

“Kesemua tangkapan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada hari ini (8 Feb).

“Seramai tujuh orang suspek dituduh di Mahkamah Majistret Tawau hari ini, yang terdiri daripada enam orang pegawai dan anggota PDRM serta seorang awam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Idris, pihak polis juga pada 30 Januari 2023 telah menuduh seorang wanita (awam) yang merupakan isteri mangsa di atas kesalahan yang sama.

Katanya, kesemua suspek akan dituduh di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan Dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.

“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/08/tujuh-suspek-kes-bunuh-pemandu-e-hailing-dituduh-mahkamah-tawau-hari-ini/feed/ 0 29236