Tujuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 09 Jan 2022 01:50:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tujuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua Rentung, Tujuh Melecur Dalam Kebakaran Rumah Setinggan Di Tawau https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/#respond Sun, 09 Jan 2022 01:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10920
Read Time:52 Second

TAWAU: Dua rentung manakala tujuh lagi melecur dalam satu kebakaran rumah setinggan di Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya dekat sini awal pagi tadi. (9 Jan)

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara, sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah malam tadi, pihak Bomba Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi Bomba melaporkan terdapat kira-kira 40 buah rumah setinggan telah musnah dijilat api di lokasi Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya.

“Bagaimanapun, operasi pemadaman oleh pihak Bomba diteruskan menggunakan dua aliran 400′ 4 pancutan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka (parit).

“Semasa kejadian itu terdapat sembilan orang mangsa terlibat iaitu tujuh orang mengalami kecederaan (melecur) telah dihantar ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba namun dua orang mangsa ditemui rentung oleh pasukan bomba pada jam 4:45 pagi,” kata kenyataan media itu.

Operasi terkawal pada jam 5.50 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/feed/ 0 10920
COVID-19: Satu Kluster Tempat Kerja, Tujuh Lokaliti PKPD https://sabahmedia.com/2021/08/21/covid-19-satu-kluster-tempat-kerja-tujuh-lokaliti-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/covid-19-satu-kluster-tempat-kerja-tujuh-lokaliti-pkpd/#respond Sat, 21 Aug 2021 12:38:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5039
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kluster Cantawan, Lahad Datu merupakan satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini berpunca kluster tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Cantawan, Lahad Datu adalah kluster tempat kerja yang berlaku di Mukim Silabukan, Daerah Lahad Datu.

Katanya, kes indeks merupakan kakitangan lelaki, 24, di ladang kelapa sawit tersebut disahkan positif (RTK-Ag) di klinik swasta pada 16 Ogos 2021, selepas bergejala sejak 12 Ogos 2021. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap kontak rapat dan ahli keluarga mendapati pertambahan bilangan kes positif.

“Saringan telah dibuat daripada 78 individu, 46 individu dikesan positif termasuk 27 kes baharu hari ini. Manakala 32 individu lagi didapati negatif saringan pertama.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan. Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan. Kontak- kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di Ladang Centawan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Dalam perkembangan lain, tujuh lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 23 Ogos 2021 hingga 5 September 2021 melibatkan empat Lokaliti di Tawau iaitu Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4, manakala dua lokaliti di Beluran iaitu Kampung Sulit paitan dan Kampung Matanggal Lama serta PPR Taman Mesra, Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/covid-19-satu-kluster-tempat-kerja-tujuh-lokaliti-pkpd/feed/ 0 5039
KDCA ‘Sogit’ Tujuh Ekor Kerbau, Peguam Hina Unduk Ngadau https://sabahmedia.com/2021/08/13/kdca-sogit-tujuh-ekor-kerbau-peguam-hina-unduk-ngadau/ https://sabahmedia.com/2021/08/13/kdca-sogit-tujuh-ekor-kerbau-peguam-hina-unduk-ngadau/#respond Fri, 13 Aug 2021 13:47:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4569
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) telah mencapai kesepakatan dengan peguam Marcel Jude Joseph untuk menyelesaikan isu penghinaan terhadap masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus (KDMR).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Timbalan Presiden KDCA Bulawan Sigah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengatakan Marcel telah bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut dengan ‘sogit’ (denda atau pampasan) tujuh ekor kerbau kepada masyarakat KDMR, melalui KDCA, dalam masa 14 hari.

Selain itu, Marcel juga diminta untuk menerbitkan permohonan maaf secara terbuka, setengah halaman di surat khabar tempatan pilihannya.

“Perjanjian ini akan didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri di Penampang. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak mencabar syarat-syarat perjanjian di mahkamah yang ada di Sabah.

“Bagi pihak KDCA dan semua persatuan yang bersekutu dengan kami, kami telah bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan pengadilan terhadap Joseph, dan kami menganggap perkara ini ditutup.

“Oleh itu, kita meminta seluruh masyarakat Kadazandusun melakukan apa yang selalu kita lakukan, iaitu sentiasa menganjurkan kedamaian dan perdamaian,” katanya.

Jeffrey menjelaskan bahawa keputusan itu mendapat restu dari Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang menuntut agar isu ini tidak berlarutan.

Manakala jumlah kerbau tersebut ditentukan oleh tujuh jenis adat dan tradisi KDMR.

“Walaupun Marcel telah memohon maaf kepada jawatankuasa Unduk Ngadau dan para peserta, dia juga bersetuju untuk menerbitkan permohonan maaf secara terbuka, ”katanya.

Untuk memastikan masalah ini tidak berulang, Jeffrey menyatakan bahawa Huguan Siou telah mengarahkan KDCA untuk mendirikan batu sumpah di kawasan KDCA yang menyenaraikan adat dan tradisi terpenting masyarakat KDMR.

Setiap kampung juga diminta untuk mendirikan batu sumpah mereka sendiri atau notis pemberitahuan, menyenaraikan adat dan tradisi mereka yang mesti dihormati oleh masyarakat setempat dan orang luar yang masuk ke kampung.

Marcel menyatakan kepada KDCA, penyesalannya kerana menyinggung perasaan komuniti KDMR, beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa sahaja, terutama masyarakat KDMR.

Mengulas mengenai perjanjian itu, Ketua Penganjur Unduk Ngadau, Tindarama Joanna Kitingan mengatakan bahawa wanita selalu dipandang tinggi dalam komuniti KDMR.

“Kerana wanita memainkan peranan penting, terutama dalam bidang kerohanian, menghina wanita dalam masyarakat kita adalah sangat menyinggung perasaan dan kita akan lebih berhemah dengan mempelajari tentang sejarah dan menghormati adat istiadat kita, ”katanya.

Pada Jun lalu, Marcel Jude Joseph, peguam kepada bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang menghadapi lima pertuduhan mencabul kehormatan, memohon maaf kerana menyamakan pertandingan Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau dengan “persembahan lembu eksotik” dan “acara lelong”.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/13/kdca-sogit-tujuh-ekor-kerbau-peguam-hina-unduk-ngadau/feed/ 0 4569