tular – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Mar 2024 06:37:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tular – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tular dua individu bergaduh berpunca tidak beri laluan semasa melalui jalan sempit https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/#respond Sat, 23 Mar 2024 06:37:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51477
Read Time:36 Second

KOTA BELUD: Tular di media sosial satu pergaduhan melibatkan dua individu lelaki di Kota Belud awal pagi semalam.

Video berdurasi sembilan saat itu tular memaparkan dua individu bergaduh dan seorang daripadanya memegang sebilah parang di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi pemberita hari ini berkata kejadian tersebut berlaku pada Jumaat (22 Mac) jam lebih kurang 11.30 pagi di jalan masuk tempat letak kenderaan berhampiran Tamu Mingguan Kota Belud.

“Punca pergaduhan disebabkan provokasi kedua-dua pihak yang mana masing-masing tidak mahu memberikan laluan semasa melalui jalan sempit.

“Kedua-dua yang terlibat mempunyai hubungan kekeluargaan telah berdamai secara baik dan tidak ada laporan dibuat sehingga kini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/feed/ 0 51477
Tular ”Sotong Manis RM50”, premis diambil tindakan harga mengelirukan https://sabahmedia.com/2023/12/20/tular-sotong-manis-rm50-premis-diambil-tindakan-harga-mengelirukan/ https://sabahmedia.com/2023/12/20/tular-sotong-manis-rm50-premis-diambil-tindakan-harga-mengelirukan/#respond Wed, 20 Dec 2023 12:12:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46854
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Tular di media sosial semalam, sebuah restoran di kawasan Kota Kinabalu yang menjual lauk sotong manis berharga RM50.00, telah diambil tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah kerana meletakkan harga mengelirukan pengguna.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sabah Zulfamy Mat Udi berkata, KPDN telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut terhadap restoran terbabit pada hari ini.

“Bertindak atas aduan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan secara fizikal di premis diadu.

“Berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk sotong manis. Walau Bagaimanapun, KPDN menasihatkan pemilik premis supaya memaklumkan harga dengan lebih jelas dari segi saiz sotong manis tersebut.

“Sebagai contoh, berapa harga untuk sotong manis saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus ini untuk mengelakkan kekeliruan pengguna.

“Sebagai tindakan lanjut, premis telah dikenakan tindakan dan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan serta tidak jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, menurut Zulfamy, satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dibawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 bagi makanan
sotong manis juga dikeluarkan kepada permis tersebut bagi mendapatkan maklumat berhubung harga makanan tersebut dan diminta untuk memberi maklumbalas dalam tempoh dua hari.

Katanya, tindakan diambil dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan
(AKHAP) 2011 dan siasatan masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada peniaga kepada KPDN Sabah.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk bertanya terlebih dahulu kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, bagi mengelakkan masalah tersebut berlaku.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/20/tular-sotong-manis-rm50-premis-diambil-tindakan-harga-mengelirukan/feed/ 0 46854