Tumbuk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Jun 2025 02:26:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tumbuk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki tumbuk bapa kandung sehingga cedera, ditahan polis https://sabahmedia.com/2025/06/02/lelaki-tumbuk-bapa-kandung-sehingga-cedera-ditahan-polis/ https://sabahmedia.com/2025/06/02/lelaki-tumbuk-bapa-kandung-sehingga-cedera-ditahan-polis/#respond Mon, 02 Jun 2025 02:26:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74947
Read Time:50 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas bertindak memukul bapa kandungnya dalam kejadian di Kampung Pitas, Bombalai, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin berkata, ekoran perbuatan itu mangsa seorang warga emas berusia 60-an cedera serius pada muka dan kepala.

“Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi apabila suspek secara tiba-tiba menumbuk mangsa sehingga menyebabkan kecederaan serius di muka dan kepalanya,” jelas beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Jasmin, bertindak atas laporan yang diterima, polis dari Balai Bombalai berjaya mengesan dan menahan suspek kurang dua jam kemudian di sebuah kawasan perumahan pekerja.

Beliau menambah, suspek cuba melarikan diri semasa tangkapan, namun berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan.

Pemeriksaan mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan orang ramai agar lebih peka terhadap kesihatan mental dan kawalan emosi dalam kalangan ahli keluarga serta menyelesaikan konflik secara matang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/02/lelaki-tumbuk-bapa-kandung-sehingga-cedera-ditahan-polis/feed/ 0 74947
Suami ugut dan tumbuk isteri gara-gara cemburu https://sabahmedia.com/2021/08/07/suami-ugut-dan-tumbuk-isteri-gara-gara-cemburu/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/suami-ugut-dan-tumbuk-isteri-gara-gara-cemburu/#respond Sat, 07 Aug 2021 14:37:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4254
Read Time:45 Second

BEAUFORT: Gara-gara cemburu seorang suami bertindak menumbuk isterinya dalam satu kejadian di Kampung Siaun, Menumbok, di sini, khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek yang berusia 60 tahun itu bertindak mengugut mangsa dengan menggunakan parang dan mengacu ke leher mangsa yang juga isteri kepada suspek di rumah mereka di Kampung Siaun, Menumbok.

Siasatan awal, suspek juga turut mengugut mahu membunuh mangsa lalu menumbuk di bahagian kiri pinggang mangsa.

Punca kejadian adalah disebabkan suspek cemburu kerana mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain.

Mangsa berusia 48 tahun itu mengadu sakit di bahagian pinggang kiri dan tidak mampu berjalan semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Yusoff Zaki berkata, mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat dalam kes ugutan jenayah dan mendatang kecederaan membabitkan keganasan rumahtangga.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/suami-ugut-dan-tumbuk-isteri-gara-gara-cemburu/feed/ 0 4254