Tun ahmadshah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 May 2025 13:28:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tun ahmadshah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Allahyarham Tun Ahmadshah jujur, disenangi semua orang – Tun Musa https://sabahmedia.com/2025/05/21/allahyarham-tun-ahmadshah-jujur-disenangi-semua-orang-tun-musa/ https://sabahmedia.com/2025/05/21/allahyarham-tun-ahmadshah-jujur-disenangi-semua-orang-tun-musa/#respond Wed, 21 May 2025 13:28:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74243
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Allahyarham Tun Ahmadshah Abdullah merupakan seorang yang jujur serta disenangi oleh semua orang.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata, Allahyarham Tun Ahmadshah juga merupakan pemimpin yang baik dan sangat berdedikasi.

“Semasa hayatnya, Tun Ahmadshah telah melaksanakan tugas sebagai Yang di-Pertua Negeri dan pelbagai jawatan lain dalam kerajaan dengan baik dan dedikasi.

“Di samping itu, Allahyarham juga merupakan seorang yang jujur, ikhlas, mempunyai budi pekerti yang mulia dan disenangi oleh semua orang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah yang kesembilan, beliau dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin serta keluarga turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan beramal soleh.

Tun Musa menziarahi jenazah Allahyarham kira kira jam 11 malam tadi, sejurus mendapat khabar tentang pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri itu di hospital swasta, KPJ.

Beliau diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/21/allahyarham-tun-ahmadshah-jujur-disenangi-semua-orang-tun-musa/feed/ 0 74243
Jenazah Allahyarham Tun Ahmadshah selamat dikebumikan https://sabahmedia.com/2025/05/21/jenazah-allahyarham-tun-ahmadshah-selamat-dikebumikan/ https://sabahmedia.com/2025/05/21/jenazah-allahyarham-tun-ahmadshah-selamat-dikebumikan/#respond Wed, 21 May 2025 08:55:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74211
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Jenazah Allahyarham Tun Ahmadshah Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Inanam Laut dekat sini, pada jam 2.08 petang.

Jenazah yang tiba di tanah perkuburan kemudian diusung oleh pasukan pegawai pengusung Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke liang lahat dan bacaan Talqin disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Suhaidi Kuanting.

Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara isteri, Allahyarhamah Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar yang meninggal dunia pada tahun 2020.

Allahyarham Tun Ahmadshah menjawat jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah yang kesembilan mulai 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002 dan sempat berkhidmat bersama Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Chong Kah Kiat dan Tun Musa Aman.

Turut hadir menghadiri upacara pengebumian ialah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan Sabah Peto Galim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu Aziz @ Jaafar, waris, kenalan serta mantan kakitangan yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Allahyarham.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/21/jenazah-allahyarham-tun-ahmadshah-selamat-dikebumikan/feed/ 0 74211
Lebih 1,000 hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Ahmadshah Abdullah https://sabahmedia.com/2025/05/21/lebih-1000-hadir-beri-penghormatan-terakhir-kepada-tun-ahmadshah-abdullah/ https://sabahmedia.com/2025/05/21/lebih-1000-hadir-beri-penghormatan-terakhir-kepada-tun-ahmadshah-abdullah/#respond Wed, 21 May 2025 05:46:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74198
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Lebih 1,000 orang jemaah termasuk waris, ahli keluarga dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Ahmadshah Abdullah di Masjid Negeri di sini pagi tadi.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir adalah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-10 Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negeri kira-kira jam 10 pagi untuk dimandikan sebelum dibawa ke ruang legar Masjid Negeri untuk penghormatan terakhir kepada jemaah dan kenalan sebelum disembahyangkan selepas solat zohor.

Solat jenazah diimamkan Mufti Negeri Sabah Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar.

Sejurus selesai disembahyangkan, jenazah Allahyarham dibawa Tanah Perkuburan Orang-Orang Bajau Kampung Inanam Laut untuk disemadikan.

Semalam, Allahyarham Tun Ahmadshah disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 malam semalam di sebuah hospital swasta di sini.

Berikutan itu, Kerajaan negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang selama tempoh tersebut. 

Tun Ahmadshah dilahirkan pada 9 Disember 1946 dan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 2003 hingga 2010.

Sebelum itu, Ahmadshah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum bersara pada Disember 2002. 

Allahyarham juga pernah memegang jawatan lain antaranya Pengarah Perjawatan Negeri Sabah, Ketua (Bahagian Hal Ehwal Dalaman dan Penyelidikan) Jabatan Ketua Menteri Sabah serta Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Inanam, di sini pada 9 Disember 1946 meninggalkan empat anak manakala isterinya, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar meninggal dunia pada 2020. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/21/lebih-1000-hadir-beri-penghormatan-terakhir-kepada-tun-ahmadshah-abdullah/feed/ 0 74198
Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia https://sabahmedia.com/2025/05/20/tun-ahmadshah-abdullah-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2025/05/20/tun-ahmadshah-abdullah-meninggal-dunia/#respond Tue, 20 May 2025 14:38:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74168
Read Time:40 Second

Kota Kinabalu : Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.45 malam tadi.

Perkara itu turut dikongsikan cucunya Arfanshah Abdul Gafar melalui kemaskini di Facebook beliau sebentar tadi.

Dalam perkongsian itu, Arfanshah telah memaklumkan mengenai pemergian Tun Ahmadshah.

“Assalamualaikum WBT. Mohon Sedekahkan Al-Fatihah buat nenda saya Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah bin Abdullah yang telah meninggal dunia sebentar tadi di KPJ Hospital Kota Kinabalu. Al-Fatihah,” katanya.

Ahmadshah, 79,menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah kesembilan dari tahun 2003 hingga 2010.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong memaklumkan Allahyarham kembali ke rahmatullah pada jam 8.45 malam tadi.

“Kerajaan negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang selama tempoh tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/20/tun-ahmadshah-abdullah-meninggal-dunia/feed/ 0 74168