Tun Juhar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 12 Oct 2024 08:12:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tun Juhar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Juhar salur sumbangan kepada Crisnanalina https://sabahmedia.com/2024/10/11/tun-juhar-salur-sumbangan-kepada-crisnanalina/ https://sabahmedia.com/2024/10/11/tun-juhar-salur-sumbangan-kepada-crisnanalina/#respond Fri, 11 Oct 2024 01:05:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61995
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyalurkan sumbangan kepada Crisnanalina Jumis,20, bagi membolehkan anak kelahiran Paitan itu melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Istana Seri Kinabalu dalam satu kenyataan memaklumkan sumbangan itu adalah atas keprihatinan Tun Juhar dalam memastikan Crisnanalina menerima kemudahan secukupnya bagi membolehkan beliau menyambung pengajian ke universiti.

Selain sumbangan bantuan komputer riba dan bantuan perbelanjaan bagi persiapan Crisnanalina untuk mendaftar di UMS, Tun Juhar juga akan membantu menyelesaikan yuran pendaftaran kemasukan beliau ke UMS. 

“Bantuan ini adalah sumbangan prihatin daripada Tun Juhar yang mahu Crisnanalina menerima kemudahan secukupnya bagi membolehkan beliau menyambung pengajian ke universiti. 

“Sebagai Canselor UMS, perkara berkaitan kebajikan pelajar khususnya amat dekat di hati Tun Juhar, justeru bantuan ini diharap sedikit sebanyak meringankan beban serta menguatkan semangat Crisnanalina untuk menempuh kehidupan sepanjang berada dalam pengajian,” menurut kenyataan itu di sini.

Media sebelum ini melaporkan Crisnanalina yang berasal dari Kg. Dalamas, Paitan, Sabah menghadapi kesukaran untuk membayar yuran pendaftaran serta pelbagai perbelanjaan yang berkaitan.

Difahamkan pelajar itu juga telah memohon bantuan dari pelbagai pihak bagi membolehkan beliau mendaftar dan memulakan pengajian. 

Susulan itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor telah mengarahkan Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS untuk berhubung dengan pelajar tersebut bagi memudahkan urusan pendaftaran kemasukan ke universiti.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/11/tun-juhar-salur-sumbangan-kepada-crisnanalina/feed/ 0 61995
Tun Juhar terima anugerah penaung kehormat AFEO https://sabahmedia.com/2024/10/07/tun-juhar-terima-anugerah-penaung-kehormat-afeo/ https://sabahmedia.com/2024/10/07/tun-juhar-terima-anugerah-penaung-kehormat-afeo/#respond Mon, 07 Oct 2024 07:47:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61821
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin hari ini menerima Anugerah Penaung Kehormat (Distinguished Honorary Patron) daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO).

Anugerah itu disampaikan Pengerusi AFEO dan Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), Ir Professor Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin diiringi oleh Pengerusi IEM Sabah, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan mantan Pengerusi IEM Sabah, Datuk Ir. Willy Chin Tet Fu.

Hadir sama dalam majlis ringkas di Istana Seri Kinabalu ialah isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, pada Isnin.

Jeffrey ketika ditemui media berkata anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan pembangunan sosial, ekonomi dan kejuruteraan Sabah di bawah kepimpinan Tun Juhar.

Beliau turut berharap agar penganugerahan itu dapat menarik pelbagai inisiatif terutama dalam bidang kejuruteraan ke negeri ini.

Tun Juhar merupakan penerima ketiga dari Malaysia selepas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ketujuh, Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas pada tahun 2015 dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/07/tun-juhar-terima-anugerah-penaung-kehormat-afeo/feed/ 0 61821
Tun Juhar terima anugerah Sayap Kehormat VAT 69 Komando PDRM https://sabahmedia.com/2024/10/05/tun-juhar-terima-anugerah-sayap-kehormat-vat-69-komando-pdrm/ https://sabahmedia.com/2024/10/05/tun-juhar-terima-anugerah-sayap-kehormat-vat-69-komando-pdrm/#respond Sat, 05 Oct 2024 01:35:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61705
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini dianugerahkan Sayap Kehormat VAT 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penganugerahan itu disampaikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-71 di Padang Merdeka di sini.

Hadir sama pada istiadat itu ada isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan beberapa Kabinet Menteri Sabah.

Unit Payung Terjun 69 Komando Pasukan Gerakan Khas telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan padan awalnya seramai 65 orang pegawai dan anggota telah dihantar ke Hua Hin Thailang Police Airborne School untuk menjalani kursus payung terjun statik.

 Semenjak itu unit payung terjun 69 Komando terus berkembang dan berjaya melatih serta mengendalikan sendiri kursus serta latihan  melibatkan kepakaran payung terjun statik, para bebas, jump master, para jump Instructor, advance free fall, free fall instructor.

Manakala bagi kepakaran pathfinder, rigger dan checker rigger pegawαi 69 komando dihantar ke pusat latihan peperangan khusus ATM dan luar negara.

Diantara kategori sayap penerjunan adalah sayap penerjunan kehormat PDRM yang dianugerahkan kepada pembesar pembesar negara serta pegawai polis yang memberi sumbangan bakti serta berperanan dalam memajukan payung terjun PDRM.

Sayap penerjunan Kkehormat PDRM ini juga dianugerahkan sebagai manifestasi penghargaan dan penghormatan kepada individu yang berperanan penting dalam memberikan sumbang bakti kepada organisasi PDRM amnya serta 69 Komando secara khususnya.

Lencana Sayap Penerjunan Kehormat ini disematkan pada pakaian rasmi disebelah dada kiri.

Pemakai lencana sayap ini turut melambangkan kemegahan unit payung terjun 69 komando PDRM. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/05/tun-juhar-terima-anugerah-sayap-kehormat-vat-69-komando-pdrm/feed/ 0 61705
Tun Juhar, Hajiji hadir majlis resepsi Diplomatik Kemerdekaan Republik Indonesia https://sabahmedia.com/2024/08/28/tun-juhar-hajiji-hadir-majlis-resepsi-diplomatik-kemerdekaan-republik-indonesia/ https://sabahmedia.com/2024/08/28/tun-juhar-hajiji-hadir-majlis-resepsi-diplomatik-kemerdekaan-republik-indonesia/#respond Wed, 28 Aug 2024 15:39:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59801
Read Time:40 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni menghadiri Majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-79 Kemerdekaan Republik Indonesia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Pada majlis itu, upacara ‘toast’ dilaksanakan oleh Juhar dan Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan.

Selain itu majlis resepsi itu turut diserikan dengan upacara pemotongan ‘Tumpeng’ dan persembahan tarian kebudayaan dan artis jemputan

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr.Haji Safar Untong dan kenamaan lain. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/28/tun-juhar-hajiji-hadir-majlis-resepsi-diplomatik-kemerdekaan-republik-indonesia/feed/ 0 59801
Panglima 5 Briged kunjungi Tun Juhar https://sabahmedia.com/2024/07/03/panglima-5-briged-kunjungi-tun-juhar/ https://sabahmedia.com/2024/07/03/panglima-5-briged-kunjungi-tun-juhar/#respond Tue, 02 Jul 2024 16:05:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56928
Read Time:33 Second

Kota Kinabalu: Panglima Briged Kelima (5 Briged) Infantri Malaysia Ke-36, Brigedier Jeneral Mohd Zamri Abdullah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Kunjungan di Istana Seri Kinabalu semalam itu diadakan bagi memperkenalkan diri sebagai Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia Ke-36 Markas Kem Paradise Kota Belud yang baharu berkuatkuasa 17 April lalu.

Beliau menggantikan Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia Ke-35, Brigedier Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusuf yang bertukar ke Cawangan Sumber Manusia Angkatan Tentera Darat sebagai Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan.

Pada kunjungan tersebut, beliau dan Tun Juhar bertukar-tukar pandangan tentang isu keselamatan negeri selain turut memaklumkan Tun Juhar perkembangan terkini kesiapsiagaan aset.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/03/panglima-5-briged-kunjungi-tun-juhar/feed/ 0 56928
Hajiji, Tun Juhar Hadiri Kenduri Doa Selamat Sempena Ramadan 1443/2022 https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/#respond Fri, 01 Apr 2022 14:22:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13781
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, sempena menyambut bulan Ramadan 1443/2022 di Istana Seri Kinabalu, malam tadi (Jumaat).

Dalam majlis itu, Mufti Negeri Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar turut menyampaikan keputusan cerapan anak bulan kepada Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir beberapa jemaah Kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/feed/ 0 13781
DUN Sabah : Sabah Giat Laksana Pelbagai Inisiatif Bangun Sektor Pelancongan https://sabahmedia.com/2022/03/16/dun-sabah-sabah-giat-laksana-pelbagai-inisiatif-bangun-sektor-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2022/03/16/dun-sabah-sabah-giat-laksana-pelbagai-inisiatif-bangun-sektor-pelancongan/#respond Wed, 16 Mar 2022 04:48:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13058
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membangunkan semula sektor pelancongan sebagai persediaan bagi menarik lebih ramai pelancong apabila aktiviti pelancongan antarabangsa dibenarkan.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia termasuklah memperkasa pembangunan infrastuktur dan kemudahan asas pelancongan serta produk-produk pelancongan baharu dan menjalankan promosi pelancongan secara lebih agresif.

Katanya, Kerajaan negeri turut berharap pemulihan indstri pelancongan di Sabah pada tahun ini akan lebih baik.

“Kerajaan Negeri juga dari semasa ke semasa menjalin perkongsian pintar bersama syarikat penerbangan, ejen pelancongan dan pejabat-pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia di luar negara bagi meneroka potensi pasaran baharu yang boleh dimanfaatkan oleh industri pelancongan negeri ini.

“Tumpuan juga akan diberikan untuk mempergiatkan aktiviti pelancongan domestik terutamanya produk pelancongan berasaskan komuniti yang sangat berpotensi membantu memulihkan sektor pelancongan khususnya ketika penutupan pintu sempadan antarabangsa masih berkuat kuasa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 di DUN Sabah disini hari ini.

Tun Juhar berkata, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan yang holistik untuk memastikan keunikan dan kepelbagaian etnik, warisan dan budaya serta kekayaan alam semula jadi kekal relevan sebagai aset dan daya tarikan utama pelancongan di negeri Sabah.

Katanya, bagi tujuan itu, pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program berkaitan pengukuhan hubungan etnik, pembangunan budaya dan warisan serta konservasi kepelbagaian biologi dan alam sekitar akan dipergiatkan.

“Di samping itu, pelbagai kajian berkaitan alam sekitar akan dilaksanakan dalam usaha untuk memperkasa pengurusan alam sekitar.

“Output kajian-kajian ini akan menyumbang kepada perancangan dan pembangunan alam sekitar yang mampan,”katanya.

Sementara itu, Tun Juhar berkata, Kerajaan Negeri juga akan memperhebat pelaksanaan program untuk membangun produk-produk pelancongan baharu berasaskan alam semula jadi.

Katanya,  antara program baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah Projek Selam Skuba Rangka Kapal dan Selam Bebola Terumbu di      Pulau Mamutik serta Program Anak Angkat Orkid Liar dan Anak Angkat Rangka Karang di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kerajaan Negeri juga sedang dalam peringkat persediaan bagi menerima panel penilai antarabangsa untuk mengiktiraf Taman Kinabalu sebagai UNESCO Global Geopark.

“Program-program penguatkuasaan, pengawalan dan kajian hidupan liar juga akan dipergiatkan untuk menambah baik pengurusan hidupan liar dan membangun sektor pelancongan berasaskan konservasi hidupan liar di negeri ini,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/16/dun-sabah-sabah-giat-laksana-pelbagai-inisiatif-bangun-sektor-pelancongan/feed/ 0 13058
Tun Juhar Mahu UMS Terus Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/22/tun-juhar-mahu-ums-terus-beri-khidmat-terbaik-kepada-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/tun-juhar-mahu-ums-terus-beri-khidmat-terbaik-kepada-rakyat-sabah/#respond Wed, 22 Dec 2021 11:12:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10197
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) diharap akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat khususnya di Sabah melalui penyelidikan dan inovasi.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat Sabah dapat terus dipertingkatkan.

Katanya,beberapa projek inovasi yang memberikan kesan langsung kepada usaha memperbaiki taraf hidup rakyat telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini yang merupakan  hasil kolaborasi UMS dengan pelbagai agensi Kerajaan yang berkaitan. 

“Antaranya projek inovasi membekalkan air graviti bersih kepada penduduk luar bandar di Kampung Sapatalang di Pitas, Kudat dan Kampung Rungus Nahaba di Kiulu, Tuaran.

“UMS juga terlibat dalam projek mewujudkan Pusat Pengkomposan Komuniti Kundasang untuk membantu petani di kawasan tanah tinggi menguruskan sisa sayuran melalui kaedah pengkomposan bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar serta memastikan kelestarian alam sekitar terus dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perisytiharan Konvokesyen UMS Ke-23 Tahun 2021 secaya maya disini hari ini.

Katanya yang juga Canselor UMS berkata, beliau yakin akan ada lebih banyak lagi aktiviti, program atau projek yang bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat akan dilaksanakan pada masa hadapan oleh pensyarah, penyelidik dan pelajar UMS.

Sementara itu Tun Juhar berkata, komitmen UMS dalam membantu Kerajaan Negeri Sabah meningkatkan kadar imunisasi terserlah apabila Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT-UMS yang pada mulanya disasarkan untuk memberikan sebanyak satu ribu dos vaksin sehari telah mencatat rekod tertinggi sebanyak 3,840 dos vaksin pada 4 Ogos lalu.

“Sukacita saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sumbangan dana sebanyak RM1.5 juta bagi membiayai operasi PPV IPT-UMS.

“Dana tersebut menyerlahkan lagi kerjasama baik yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri dan UMS,  selain membuktikan kepercayaan Kerajaan Negeri terhadap keupayaan UMS untuk memberikan sumbangan dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Saya berharap agar UMS dan Kerajaan Negeri Sabah akan terus berganding bahu serta saling membantu dalam usaha memakmurkan rakyat dan memajukan Sabah yang kita cintai,” katanya.

Terdahulu, seramai 4,229 orang graduan yang bakal menerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Diploma Pascasiswazah, Ijazah Doktor Perubatan, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma pada konvonkesyen berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/tun-juhar-mahu-ums-terus-beri-khidmat-terbaik-kepada-rakyat-sabah/feed/ 0 10197
Sentiasa Berwaspada & Patuhi SOP Dimusim Perayaan https://sabahmedia.com/2021/12/20/sentiasa-berwaspada-patuhi-sop-dimusim-perayaan/ https://sabahmedia.com/2021/12/20/sentiasa-berwaspada-patuhi-sop-dimusim-perayaan/#respond Mon, 20 Dec 2021 06:41:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10110
Read Time:2 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Rakyat khususnya di negeri ini diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, rakyat juga merupakan benteng sebenar dalam mengekang penularan wabak virus ini.

“Sepertimana kita sedia maklum, Sabah telahpun beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal November yang lalu dan hampir semua sektor telah dibenarkan untuk beroperasi bagi memulihkan ekonomi negeri dan negara susulan pencapaian dalam program imunisasi.

“Namun demikian, kita tidak boleh alpa, sebaliknya perlu sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian dalam perutusan khasnya sempena sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2022 di Istana Seri Kinabalu disini.

Katanya, rakyat juga diingatkan untuk sentiasa beringat untuk mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan dan kesihatan diri khususnya ketika diluar rumah, bercuti atau di mana-mana sahaja berada.

“Malah, penetapan SOP sudah pasti telah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan kita bersama.  Konsep rumah terbuka serta kunjung-mengunjung sudah menjadi amalan hidup dan tradisi rakyat Malaysia sejak dahulu, termasuklah ketika perayaan Hari Natal.

“Amalan ini mampu mengeratkan lagi tali silaturrahim dan perpaduan di kalangan masyarakat dan penduduk di negeri ini.

“Namun, pada ketika virus COVID-19 masih memberi ancaman, ditambah pula dengan kerisauan terhadap penularan varian baharu, kita perlu akur dengan apa juga nasihat atau penetapan SOP oleh kerajaan ke atas aktiviti kunjung mengunjung,” katanya.

Menjelang sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu, Tun Juhar menyeru rakyat agar terus mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, khususnya dalam keadaan ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19. 

“Saya yakin kemeriahan dalam menyambut perayaan ini akan tetap dirasai meskipun dalam suasana penuh kesederhanaan.

“Tambahan pula, bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, perbelanjaan keluarga sudah tentulah ditumpukan kepada persiapan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak,” katanya.

Dalam perutusannya, Tun Juhar turut menyarankan agar rakyat terus menyuburkan keharmonian meski sambutan perayaan kini diadakan dengan pembudayaan norma baharu.  

“Kebiasaan baharu ini sudah tentu akan sedikit sebanyak mempengaruhi interaksi sosial di kalangan ahli-ahli masyarakat. Namun, ia sekali-kali tidak mengubah masyarakat untuk menjadi tidak lagi harmoni. 

“Kita sedia maklum bahawa masyarakat yang harmoni dimulai dengan sikap bertanggungjawab, prihatin, kesatuan dalam keluarga dan seterusnya masyarakat.  Seperti juga sambutan perayaan-perayaan masyarakat yang lain di negara ini, perayaan hari natal memberi kesempatan dan peluang kepada kita untuk berbalas-balas ucap selamat di kalangan ahli keluarga, sahabat handai serta semua lapisan masyarakat.

“Melalui kecanggihan teknologi dan sistem penyampaian maklumat atas talian yang pantas, ucapan salam perayaan kita sudah pasti akan lebih cepat dan meluas. 

“Semoga semua ini akan memperkukuhkan lagi hubungan kekeluargaan, persaudaraan, persahabatan dan seterusnya membentuk masyarakat yang sentiasa bersatu padu dan harmoni,” jelas beliau. 

Tun Juhar juga merakamkan penghargaan serta ucapan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan atas komitmen, kecekapan dan usaha-usaha yang telah dilakukan dalam menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini. 

“Mereka ini termasuklah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, ESSCOM, Kastam Diraja Malaysia, RELA, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi dan petugas di peringkat Daerah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri, petugas-petugas program imunisasi, Pusat Operasi Pengurusan Bencana dan semua pihak yang terlibat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/20/sentiasa-berwaspada-patuhi-sop-dimusim-perayaan/feed/ 0 10110
Rakyat Diingatkan Tidak Abai Kewajipan Mentransformasi Akhlak https://sabahmedia.com/2021/10/19/rakyat-diingatkan-tidak-abai-kewajipan-mentransformasi-akhlak/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/rakyat-diingatkan-tidak-abai-kewajipan-mentransformasi-akhlak/#respond Tue, 19 Oct 2021 05:05:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7655
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Umat Islam khususnya di negeri ini diingatkan supaya tidak mengabaikan kewajipan mentransformasi akhlak ke arah akhlakul karimah.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia penting kerana dengan memiliki akhlak yang baik dan terpuji merupakan pra syarat utama bagi melayakkan diri untuk bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak.

“Kecenderungan untuk memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap merupakan antara penzahiran akhlak yang baik.

“Ia menjurus ke arah mempertaut kekuatan dan potensi umat Islam dalam memenuhi tuntutan mengukuhkan hubungan dengan Allah dan mengukuhkan hubungan sesama manusia secara harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pelancaran sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Tun Juhar berkata, apabila tuntutan mengukuhkan hubungan itu dapat dilaksanakan, umat Islam akan mampu mewujudkan suasana yang ideal bagi menjana keamanan, kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan yang holistik.

Katanya, akhlakul karimah juga memotivasi diri supaya lebih responsif dan proaktif khususnya dalam menyantuni rakyat yang terkesan akibat Pandemik COVID-19 yang belum reda dan menangani keadaan ekonomi yang belum pulih.

“Kebajikan rakyat perlu sentiasa diberikan perhatian berat dan ekonomi perlu dipastikan terus berdaya saing bagi menghindari beban sosio-ekonomi yang lebih getir membelenggu umat.

“Seiringan itu, jentera kerajaan hendaklah memastikan pelaksanaan pembangunan kerajaan sama ada di bawah bajet Negeri mahupun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12(RMK-12) dikendalikan dengan baik.

“Sistem penyampaian yang cekap, proaktif dan kreatif berupaya menimbulkan rasa percaya di kalangan rakyat bahawa kita boleh berhadapan dalam tempoh sukar ini dengan semangat kesatuan dan cita bangsa yang luhur,” katanya.

Tun Juhar turut menyeru kepada rakyat Sabah untuk terus mempertahankan perpaduan sesama masyakat.

“Kita hidup dalam sebuah keluarga yang besar, Justeru saya berkeyakinan rakyat negeri ini adalah model terbaik dalam melestarikan semangat perpaduan sejati Merentasi Ideologi politik, budaya mahupun kepercayaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/rakyat-diingatkan-tidak-abai-kewajipan-mentransformasi-akhlak/feed/ 0 7655