Tun musa aman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 16 Feb 2026 23:42:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tun musa aman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Inspirasi tahun kuda perkukuh perpaduan dan kemajuan Sabah https://sabahmedia.com/2026/02/17/inspirasi-tahun-kuda-perkukuh-perpaduan-dan-kemajuan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/02/17/inspirasi-tahun-kuda-perkukuh-perpaduan-dan-kemajuan-sabah/#respond Mon, 16 Feb 2026 23:42:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91791
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Rakyat negeri ini diseru mengambil inspirasi daripada sifat kekuatan, ketahanan dan semangat tidak mudah mengalah yang dilambangkan oleh Tahun Kuda sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, kuda melambangkan kekuatan, daya tahan, ketekunan serta keberanian untuk melangkah maju dengan penuh keyakinan.

Menurutnya, nilai-nilai tersebut wajar dicontohi dalam kehidupan seharian termasuk bekerja dengan tekun, tabah menghadapi cabaran dan terus berusaha mencapai kecemerlangan serta kemajuan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghoa di Sabah dan di seluruh Malaysia.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar berasa bangga dengan pencapaian besar yang diraih sejak kemerdekaan, kejayaan yang terhasil daripada komitmen, ketabahan dan perpaduan rakyat daripada pelbagai latar belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2026 di sini pada Isnin.

Menurut beliau, walaupun rakyat berbeza kaum, budaya dan agama, terdapat lebih banyak persamaan yang menyatukan seluruh masyarakat.

Nilai-nilai bersama itulah, katanya, yang terus mengukuhkan ikatan, memelihara keharmonian serta menjadi asas kepada kemajuan bersama negeri dan negara.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk bertemu rakyat serta menyampaikan ucapan perayaan di rumah-rumah terbuka yang dianjurkan sempena sambutan berkenaan.

Katanya, amalan kunjung-mengunjung ketika musim perayaan telah menjadi budaya indah dalam kalangan rakyat Malaysia, mencerminkan semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Di bumi bertuah ini, tambahnya, setiap rakyat bebas mengamalkan tradisi dan kepercayaan masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar terus memupuk muhibah, menghargai kepelbagaian serta menyelesaikan perbezaan dengan kebijaksanaan dan semangat persefahaman.

“Semoga Sabah dan rakyatnya terus maju dan makmur demi kesejahteraan negeri serta generasi akan datang.

“Kepelbagaian kaum, budaya dan agama merupakan kekuatan terbesar kita. Bersama-samalah kita berdiri teguh dalam solidariti dan melangkah ke hadapan sebagai satu bangsa dengan kekuatan, ketahanan dan semangat maju seperti kuda demi kemajuan Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/17/inspirasi-tahun-kuda-perkukuh-perpaduan-dan-kemajuan-sabah/feed/ 0 91791
Tun Musa hadiri Majlis Bacaan Yasin bersama anak-anak yatim https://sabahmedia.com/2025/01/05/tun-musa-hadiri-majlis-bacaan-yasin-bersama-anak-anak-yatim/ https://sabahmedia.com/2025/01/05/tun-musa-hadiri-majlis-bacaan-yasin-bersama-anak-anak-yatim/#respond Sun, 05 Jan 2025 02:33:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66500
Read Time:31 Second

Beaufort : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersama warga Rumah Anak Yatim Al-Aman Kampung Bingkul, di sini Jumaat lalu.

Majlis dimulakan dengan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah disusuli bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Ikhwan Asgandi dari Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Ikhwan seterusnya menyampaikan tazkirah ringkas sebelum mengimamkan solat Isyak bersama-sama 200 jemaah termasuk penduduk dari sekitar Beaufort.

Hadir sama, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/05/tun-musa-hadiri-majlis-bacaan-yasin-bersama-anak-anak-yatim/feed/ 0 66500
Tun Musa Aman lafaz sumpah Yang di-Pertua Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2025/01/01/tun-musa-aman-lafaz-sumpah-yang-di-pertua-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/01/01/tun-musa-aman-lafaz-sumpah-yang-di-pertua-negeri-sabah/#respond Wed, 01 Jan 2025 04:48:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66314
Read Time:1 Minute, 8 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu :  Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Musa yang diiringi isteri Toh Puan Faridah Tussin sebelum itu tiba di Dewan Istiadat pada jam 10.11 pagi, sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira pukul 10.22 pagi.

Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli, sebelum Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan melafaz ikrar taat setia.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu Jaafar kemudian membacakan doa memohon kesejahteraan negeri di bawah naungan Musa, sebelum Yang Dipertua Negeri Sabah itu meninggalkan istiadat pada jam 10.43 pagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong.

Pada 17 Dis, Musa menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2028.

Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Dis, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Jan 2011. BERNAMA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/01/tun-musa-aman-lafaz-sumpah-yang-di-pertua-negeri-sabah/feed/ 0 66314