tun musa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Aug 2026 05:59:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tun musa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keluarga asas pembentukan iman dan akhlak generasi muda – Tun Musa https://sabahmedia.com/2026/08/25/keluarga-asas-pembentukan-iman-dan-akhlak-generasi-muda-tun-musa/ https://sabahmedia.com/2026/08/25/keluarga-asas-pembentukan-iman-dan-akhlak-generasi-muda-tun-musa/#respond Tue, 25 Aug 2026 05:58:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102230
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Institusi keluarga perlu terus diperkasakan sebagai tempat bermulanya pendidikan iman, pembentukan akhlak dan penyemaian nilai-nilai murni.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan anak-anak dibentuk menjadi insan yang beradab, menghormati orang lain serta mempunyai keperibadian yang kukuh.

Beliau berkata, generasi muda perlu diberikan perhatian kerana mereka bakal mewarisi kepimpinan dan menentukan hala tuju negeri serta negara pada masa hadapan.

“Mereka hendaklah dibentengi dengan kekuatan iman dan akhlak agar kemajuan yang dicapai tidak menyebabkan mereka kehilangan pedoman dan jati diri.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, Rasulullah saw  telah memberikan teladan  bahawa perbezaan  tidak  seharusnya menjadi punca perpecahan. 

“Ini  sangat  bertepatan dengan keadaan  kita di Sabah, walaupun  wujud  pelbagai suku kaum, agama dan budaya,  rakyat  kekal hidup dalam rukun damai  dan harmoni,” katanya.

Tun Musa berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pada Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan barisan Kabinet Kerajaan negeri Sabah.

Tun Musa berkata, kepelbagaian yang menjadi kekuatan masyarakat  harus  dipelihara dengan semangat saling menghormati, memahami dan bekerjasama.

“Saya juga menyeru seluruh rakyat Sabah supaya terus memperkukuhkan perpaduan, menghindari sebarang bentuk permusuhan dan sentiasa mengutamakan perkara yang menyatukan kita.

“Perbezaan pandangan hendaklah diurus dengan hikmah. Perselisihan jangan dibiarkan menjadi permusuhan,” katanya.

Sementara itu, Tun Musa mengajak seluruh umat Islam khususnya di Sabah agar menjadikan sambutan ini sebagai medan untuk meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah saw serta memperkukuhkan tekad untuk mengamalkan sunnah dan meneladani akhlak Baginda.

“Mudah-mudahan dengan keberkatan dan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, Allah SWT terus melimpahkan rahmat-Nya kepada negeri ini, mengurniakan keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat serta memandu kita menuju kemajuan yang diberkati dan diredai-Nya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/25/keluarga-asas-pembentukan-iman-dan-akhlak-generasi-muda-tun-musa/feed/ 0 102230
Tun Musa rai pemimpin setempat, keluarga terdekat sempena Aidilfitri https://sabahmedia.com/2026/03/24/tun-musa-rai-pemimpin-setempat-keluarga-terdekat-sempena-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2026/03/24/tun-musa-rai-pemimpin-setempat-keluarga-terdekat-sempena-aidilfitri/#respond Tue, 24 Mar 2026 02:33:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93693
Read Time:34 Second

BEAUFORT : Kira-kira 200 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, yang berlangsung di Kampung Bingkul, pada Isnin.

Ketibaan Tun Musa sekitar jam 11.30 pagi disambut oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih.

Majlis yang diadakan bermula jam 11 pagi hingga 2 petang itu berlangsung dalam suasana sederhana namun meriah, dengan kehadiran pemimpin setempat, ahli keluarga serta sahabat handai.

Turut hadir ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah,Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam; Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Limus Jury; serta Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/24/tun-musa-rai-pemimpin-setempat-keluarga-terdekat-sempena-aidilfitri/feed/ 0 93693
Tun Musa hadir majlis berbuka puasa bersama warga 5 Divisyen Kem Lok Kawi https://sabahmedia.com/2026/03/14/tun-musa-hadir-majlis-berbuka-puasa-bersama-warga-5-divisyen-kem-lok-kawi/ https://sabahmedia.com/2026/03/14/tun-musa-hadir-majlis-berbuka-puasa-bersama-warga-5-divisyen-kem-lok-kawi/#respond Sat, 14 Mar 2026 02:01:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93244
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 warga 5 Divisyen Kem Lok Kawi di sini, pada Jumaat.

Keberangkatan tiba Tun Musa pada jam 6 petang yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag serta Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar.

Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan Leftenen Kolonel, Afif Farhan Hasbullah yang menyentuh mengenai amalan-amalan pada 10 malam terakhir Ramadan sebelum memimpin bacaan doa berbuka puasa

Selesai berbuka puasa, Tun Musa diiringi Hajiji menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama di Masjid As-Salam Kem Lok Kawi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Keramat, Shah Alfie Yahya Ahmad Shah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/14/tun-musa-hadir-majlis-berbuka-puasa-bersama-warga-5-divisyen-kem-lok-kawi/feed/ 0 93244
Tun Musa, Hajiji hadiri majlis berbuka puasa PDRM Kontinjen Sabah https://sabahmedia.com/2026/03/12/tun-musa-hajiji-hadiri-majlis-berbuka-puasa-pdrm-kontinjen-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/03/12/tun-musa-hajiji-hadiri-majlis-berbuka-puasa-pdrm-kontinjen-sabah/#respond Wed, 11 Mar 2026 22:00:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93103
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Berbuka Puasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri  Hajah Juliah Salag 

Hajiji dan isteri tiba pada jam 5.27 petang, diikuti ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan Toh Puan Faridah Tussin.

Antara pengisian majlis termasuk bacaan ayat suci al-Quran dan Surah Al-Kahfi, diikuti penyampaian sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah kepada mualaf, balu dan anak yatim PDRM Kontinjen Sabah.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan, tazkirah Ramadan serta acara berbuka puasa.

Tetamu kemudiannya menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Surau Fisabilillah, IPD Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Rubin Balang, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Timbalannya, Datuk Abdul Rani Alias serta isteri masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/12/tun-musa-hajiji-hadiri-majlis-berbuka-puasa-pdrm-kontinjen-sabah/feed/ 0 93103
Tun Musa seru rakyat Sabah perkukuh tekad, perpaduan dan pembangunan mampan https://sabahmedia.com/2025/12/31/tun-musa-seru-rakyat-sabah-perkukuh-tekad-perpaduan-dan-pembangunan-mampan/ https://sabahmedia.com/2025/12/31/tun-musa-seru-rakyat-sabah-perkukuh-tekad-perpaduan-dan-pembangunan-mampan/#respond Wed, 31 Dec 2025 06:21:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89026
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyeru seluruh rakyat Sabah agar menjadikan kedatangan Tahun Baharu sebagai ruang bermuhasabah, memperbaharui tekad serta memperkukuh usaha bersama demi masa depan negeri yang lebih baik dan bermakna.

Dalam perutusan Tahun Baharu, Tun Musa menegaskan bahawa permulaan tahun baharu wajar dimanfaatkan untuk menilai pencapaian serta cabaran yang telah dilalui, di samping merangka perancangan dan azam baharu ke arah kemajuan berterusan.

Beliau menyeru Kerajaan Negeri supaya terus komited melaksanakan agenda pembangunan sosioekonomi yang mampan dan inklusif.

Menurutnya, ia adalah dengan memberi penekanan kepada pemerkasaan infrastruktur, penyelesaian isu-isu berlarutan serta peningkatan kebajikan dan kualiti hidup rakyat.

Tambahnya lagi, Sabah juga perlu terus menarik pelaburan berkualiti dan mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi.

“Pembangunan sektor-sektor utama seperti perkilangan, pelancongan dan pertanian perlu dipertingkatkan bagi menjana peluang pekerjaan, mengukuhkan ekonomi negeri serta menjamin kemakmuran jangka panjang,” katanya.

Dalam masa yang sama, Tun Musa menekankan bahawa perpaduan merupakan kekuatan terbesar rakyat Sabah.

Katanya, kepelbagaian agama dan etnik di negeri ini disifatkan sebagai satu anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara bersama.

Tun Musa turut menyeru golongan yang lebih bernasib baik agar menghulurkan bantuan kepada golongan rentan dan kurang berkemampuan, selain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan negara yang berkorban demi mempertahankan keselamatan, kedaulatan serta keamanan negeri dan negara.

Beliau menzahirkan harapan agar Tahun Baharu ini membawa kemajuan, kemakmuran, keamanan dan keharmonian yang berterusan kepada Malaysia secara keseluruhan dan khususnya kepada Sabah.

“Dengan usaha bersama, kebijaksanaan serta semangat perpaduan yang utuh, saya yakin kita mampu melangkah ke hadapan menuju masa depan yang lebih cerah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/31/tun-musa-seru-rakyat-sabah-perkukuh-tekad-perpaduan-dan-pembangunan-mampan/feed/ 0 89026
Tun Musa tiba di Sandakan sempena Maulidur Rasul SAW https://sabahmedia.com/2025/09/04/tun-musa-tiba-di-sandakan-sempena-maulidur-rasul-saw/ https://sabahmedia.com/2025/09/04/tun-musa-tiba-di-sandakan-sempena-maulidur-rasul-saw/#respond Thu, 04 Sep 2025 09:22:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80614
Read Time:38 Second

Sandakan: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman tiba Lapangan Terbang Sandakan jam 12.10 tengah hari tadi bagi menghadiri Sambutan Maulidur Rasul SAW 1447H/ 2025M esok.

Ketibaan Tun Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin yang menaiki pesawat khas disambut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Hadir sama menyambut ketibaan Tun Musa, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Samad Jambri@Jamri, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Walter Kenson.

Tun Musa dijadual mengadakan lawatan ke Pusat Islam Sandakan serta menyempurnakan sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Padang Bandaran, esok.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/04/tun-musa-tiba-di-sandakan-sempena-maulidur-rasul-saw/feed/ 0 80614
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT bermula Ahad ini https://sabahmedia.com/2025/03/26/sambutan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt-bermula-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2025/03/26/sambutan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt-bermula-ahad-ini/#respond Wed, 26 Mar 2025 01:59:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71111
Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 Tun Musa Aman akan diadakan bermula Ahad ini sehingga 21 Jun depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, ia adalah selaras dengan warta Kerajaan Negeri Sabah berhubung penetapan tarikh berkenaan.

Katanya, sebanyak tujuh acara telah diatur dan akan berlangsung dalam tempoh berkenaan.

“Selaras dengan Warta Kerajaan Negeri Sabah, tarikh Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT adalah pada 30 Mac 2025.

“Bagaimanapun, sambutan bersempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ini akan berterusan sehingga 21 Jun 2025. Di mana dalam tempoh tersebut terdapat tujuh acara Rasmi yang berlangsung di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sambutan itu merupakan yang pertama dijalankan selepas pelantikan Tun Musa Aman sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang Ke-11 pada 1 Januari lalu.

Joachim berkata antara program dan aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah Majlis Bacaan Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Selain itu katamya, turut diadakan Istiadat Perbarisan; Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad Istiadat Perbarisan; Majlis Jamuan Negeri dan Hari Etnik Sabah.

“Sambutan juga akan diisi dengan Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Bintang-Bintang Serta Pingat Kebesaran Sabah (Diselaraskan oleh Istana Negeri); dan Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak Istimewa Dan Anak-Anak Yatim,” katanya.

Dalam pada itu,Joachim berkata, antara acara lain yang akan berlangsung pada 21 Jun lalu adalah Istiadat Perbarisan; Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad Istiadat Perbarisan; Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Bintang-Bintang Serta Pingat Kebesaran Sabah; dan Majlis Jamuan Negeri.

Menurutnya lagi, penganjuran program dan acara sepanjang sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama ini juga dibantu oleh pelbagai kementerian dan agensi negeri dan persekutuan.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bersama-sama dalam memastikan kelancaran program dan acara yang telah dirancangkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/26/sambutan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt-bermula-ahad-ini/feed/ 0 71111
MUIS serah sumbangan zakat kepada 20 anak yatim, balu PDRM https://sabahmedia.com/2025/03/25/muis-serah-sumbangan-zakat-kepada-20-anak-yatim-balu-pdrm/ https://sabahmedia.com/2025/03/25/muis-serah-sumbangan-zakat-kepada-20-anak-yatim-balu-pdrm/#respond Tue, 25 Mar 2025 15:29:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71090
Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Seramai 20 anak yatim dan balu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sabah menerima sumbangan zakat daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Sumbangan itu disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pada Majlis Berbuka Puasa PDRM Kontinjen Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Peringatan Hari Polis Yang Ke-218 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini malam ini.

Tun Musa yang ditemani isterinya, Toh Puan Faridah Tussin turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak yatim dan balu terbabit.

Pada majlis itu, Tun Musa diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama kira-kira 700 orang jemaah di Surau Fisabilillah IPD KK.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/25/muis-serah-sumbangan-zakat-kepada-20-anak-yatim-balu-pdrm/feed/ 0 71090
Tun Musa, Hajiji hadir Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran negeri Sabah https://sabahmedia.com/2025/03/18/tun-musa-hajiji-hadir-majlis-sambutan-nuzul-al-quran-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/03/18/tun-musa-hajiji-hadir-majlis-sambutan-nuzul-al-quran-negeri-sabah/#respond Tue, 18 Mar 2025 01:06:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70610
Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M di Masjid Negeri Sabah di sini semalam.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Pada sambutan itu, Tun Musa turut menyampaikan sumbangan tunai kepada seramai 30 orang asnaf sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Selain itu, antara pengisian sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran ialah majlis khatam dan doa khatam Al-Quran Perdana, Gema Wahyu Ilahi oleh Ustaz Wahyu Andi Saputra dan Tazkirah Khas oleh Ustaz Zul Ramli.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri, Datuk  Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri ( Hal Ehwal Agama ), Datuk Ruslan Muharam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/18/tun-musa-hajiji-hadir-majlis-sambutan-nuzul-al-quran-negeri-sabah/feed/ 0 70610
Tun Musa hadir Forum Ambang Ramadan 1446H https://sabahmedia.com/2025/02/26/tun-musa-hadir-forum-ambang-ramadan-1446h/ https://sabahmedia.com/2025/02/26/tun-musa-hadir-forum-ambang-ramadan-1446h/#respond Wed, 26 Feb 2025 00:55:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69372
Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Toh Puan Faridah Tussin semalam menghadiri Forum Ambang Ramadan 1446 H/2025M.

Forum yang diadakan di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu itu menampilkan penceramah terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias dan Johan Qariah Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman.

Manakala Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ag Juri Ag Tahir berperanan sebagai moderator.

Forum yang bermula selepas solat Isyak itu berlangsung selama lebih sejam dan turut dihadiri lebih 200 orang jemputan.

Program itu memfokus kepada kemuliaan, persiapan dan aktiviti pengisian dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.

Antara yang hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri, Datin Seri Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan  Negeri  Datuk  Seri  Kadzim  M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya, dan Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim dan Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/26/tun-musa-hadir-forum-ambang-ramadan-1446h/feed/ 0 69372