tunggakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Apr 2024 12:47:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tunggakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun – DBKK https://sabahmedia.com/2024/04/26/tindakan-tegas-individu-syarikat-gagal-selesaikan-tunggakan-bayar-cukai-kompaun-dbkk/ https://sabahmedia.com/2024/04/26/tindakan-tegas-individu-syarikat-gagal-selesaikan-tunggakan-bayar-cukai-kompaun-dbkk/#respond Fri, 26 Apr 2024 12:47:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53550
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menggesa kepada orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan menyelesaikan sebarang tunggakan bayaran dalam kadar segera, ini termasuklah bayaran bagi cukai kadaran atau kompaun.

Justeru, usaha bagi mengenal pasti individu dan syarikat yang masih mempunyai tunggakan cukai dan kompaun akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pihak DBKK tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu dan syarikat yang ingkar atau gagal untuk menjelaskan tunggakan bayaran mereka.

“Melihat kepada sikap sambil lewa segelintir masyarakat yang masih belum menjelaskan tunggakan bayaran walaupun dengan pelaksanaan kempen-kempen pengampunan yang lalu, amalan pengurangan atau diskaun tidak akan diberikan lagi oleh DBKK,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam sekali lagi untuk menyelesaikan tunggakan bayaran cukai atau kompaun mereka dalam masa terdekat ini selain mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Semakan tunggakan dan pembayaran boleh dilakukan menerusi pautan eservices.dbkk.sabah.gov.my/,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/26/tindakan-tegas-individu-syarikat-gagal-selesaikan-tunggakan-bayar-cukai-kompaun-dbkk/feed/ 0 53550
435,528 tunggakan kompaun DBKK belum dijelaskan pengguna – Dr Sabin https://sabahmedia.com/2024/02/07/435528-tunggakan-kompaun-dbkk-belum-dijelaskan-pengguna-dr-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/02/07/435528-tunggakan-kompaun-dbkk-belum-dijelaskan-pengguna-dr-sabin/#respond Wed, 07 Feb 2024 10:22:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49148
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merekodkan sejumlah 435,528 tunggakan kompaun masih belum dijelaskan pengguna melibatkan pelbagai kesalahan membabitkan daripada 26 undang-undang kecil bermula 2003 sehingga 31 disember tahun lalu.
 
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato’ Seri Dr Sabin Samitah berkata, bagaimanapun DBKK hanya berjaya mengutip sejumlah 670,687 kompaun atau 61 peratus sahaja diselesaikan dengan membabitkan 1,106,215 jumlah secara keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh DBKK.
 
Katanya, jumlah ini tidak termasuk kompaun bagi kesalahan kupon yang dikeluarkan oleh pihak DBKK Holding Sdn Bhd sekali gus kemungkinan besar jumlah ini akan jauh lebih tinggi berbanding jumlah tunggakan tersebut.
 
“Setakat ini DBKK sudah mengeluarkan notis peringatan, membuka kertas siasatan, pendakwaan di mahkamah, mendapat perintah waran tangkap serta publisiti di laman media, namun masih terdapat segelintir pesalah yang masih enggan, ingkar serta gagal menjelaskan kompaun yang ditawarkan selagi tidak didakwa di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Sehubungan ini, DBKK memperkenalkan kempen ‘JOM SETEL KOMPAUN’ bagi kesalahan Undang-Undang Kecil (Peruntukan-Peruntukan Tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Awam Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014, dan Undang-Undang Kecil (Jalan-Jalan dan Tempat Awam) Bandaraya Kota Kinabalu 1966, Pindaan 2008.
 
Dr Sabin berkata, DBKK akan memberikan pengurangan kadar kompaun sebanyak 50 peratus hingga 80 peratus semasa kempen ini berjalan. Tidak seperti sebelum ini, pengurangan ini juga diberikan kepada kes-kes yang berada di peringkat saman mahkamah tetapi belum sampai ke peringkat perbicaraan.
 
“Tidak akan terpakai bagi kesalahan undang-undang kecil yang lain memandangkan dua undang-undang kecil ini adalah kesalahan paling banyak kompaun dikeluarkan dan kesalahan yang dilakukan adalah kurang serius berbanding undang-undang kecil yang lain.
 
“Pengurangan ini hanya akan diberikan untuk pembayaran secara dalam talian ‘Online’ sahaja,” jelasnya.
 
Tambah beliau, tempoh kempen Jom Setel Kompaun ini bemula pada 02 Februari sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai melaksanakan tanggungjawab mereka menyelesaikan kompaun yahng tertunggak.

“Selepas tempoh ini, tiada lagi pelanjutan pengurangan kompaun ataupun pelaksanaan tempoh pengampunan.

“DBKK akan mengambil tindakan perundangan sewajarnya seperti kes-kes lain yang pernah dilaksanakan oleh DBKK,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/07/435528-tunggakan-kompaun-dbkk-belum-dijelaskan-pengguna-dr-sabin/feed/ 0 49148