tungku – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Nov 2025 02:15:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tungku – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : Sudah tiba masa Tungku dibangunkan semula selepas lapan tahun ketinggalan – Hakim https://sabahmedia.com/2025/11/18/pru-sabah-sudah-tiba-masa-tungku-dibangunkan-semula-selepas-lapan-tahun-ketinggalan-hakim/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/pru-sabah-sudah-tiba-masa-tungku-dibangunkan-semula-selepas-lapan-tahun-ketinggalan-hakim/#respond Tue, 18 Nov 2025 02:15:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86230
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan bertekad mahu membangunkan semula kawasan itu setelah ketinggalan dari arus pembangunan di bawah pembangkang.

Katanya, dalam tempoh lapan tahun di bawah wakil rakyat pembangkang,  selain arus pembangunan yang ketinggalan, aspek kebajikan masyarakat juga tidak diberi perhatian sewajarnya.

“Saya mohon diberi peluang untuk menabur khidmat bakti kepada masyarakat di kawasan Tungku ini.

“Kerana kita tahu sejak lapan tahun kebelakangan ini, apabila kawasan ini memilih wakil rakyat daripada pembangkang, maka kita jauh ketinggalan dari segi pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Manifesto GRS bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah ke-17) pada Isnin di Pusat Konvensyen Antabangsa Sabah (SICC) di sini.

Manifesto itu dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu, Hakim turut menzahirkan rasa syukur atas pencalonan sebagai calon mewakili GRS di kerusi DUN Tungku.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan khususnya presiden parti atas kepercayaan beliau meletakkan saya sebagai calon di kawasan Tungku dan saya juga mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada seluruh jentera di bahagian Tungku.

“Sebaik sahaja selepas penamaan calon, saya melihat semua jentera bersemangat untuk bekerja di kawasan di peringkat akar umbi. Saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih dan saya mohon diberi peluang untuk saya menabur khidmat bakti kepada masyarakat di kawasan Tungku ini,” katanya.

Pada PRU Sabah kali ini, Hakim akan berdepan enam pencabar lain termasuk penyandang kerusi itu Assafal P.Alian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/pru-sabah-sudah-tiba-masa-tungku-dibangunkan-semula-selepas-lapan-tahun-ketinggalan-hakim/feed/ 0 86230
Lebih 2,000 masyarakat imarahkan sambutan Maal Hijrah di Tungku https://sabahmedia.com/2024/07/19/lebih-2000-masyarakat-imarahkan-sambutan-maal-hijrah-di-tungku/ https://sabahmedia.com/2024/07/19/lebih-2000-masyarakat-imarahkan-sambutan-maal-hijrah-di-tungku/#respond Fri, 19 Jul 2024 03:35:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57735
Read Time:52 Second

Tungku : Lebih 2,000 masyarakat sekitar daerah ini hadir mengimarahkan majlis sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat daerah kecil Tungku di sini baru-baru ini.

Sambutan yang diadakan di Dataran Pejabat Daerah Kecil Tungku itu dirasmikan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Hadir sama pada majlis itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tungku Momen @ Abd Mukmin Achai @ Angsai dan Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan.

Sambutan yang bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ itu turut diterjemahkan melalui pelbagai anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepada penduduk kampung, imam rawatib, imam qariah dan penjawat awam yang berkhidmat cemerlang.

Anugerah-anugerah itu disampaikan oleh Malai Ali sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang diberikan kepada masyarakat.

Turut diadakan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan Dato’ Ustaz Mohammad Kazim Elias.

Ceramah tersebut memberikan pencerahan dan penghayatan mengenai makna dan kepentingan Maal Hijrah dalam kehidupan umat Islam.

Majlis ini bukan sahaja memperkukuhkan silaturahim antara penduduk, tetapi juga menyemarakkan semangat hijrah dalam kalangan masyarakat Tungku. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/19/lebih-2000-masyarakat-imarahkan-sambutan-maal-hijrah-di-tungku/feed/ 0 57735