tuntut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Mar 2024 09:15:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tuntut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perunding syarikat ditahan, tuntut lebih RM 400,000, kemuka butiran matan palsu https://sabahmedia.com/2024/03/13/perunding-syarikat-ditahan-tuntut-lebih-rm-400000-kemuka-butiran-matan-palsu/ https://sabahmedia.com/2024/03/13/perunding-syarikat-ditahan-tuntut-lebih-rm-400000-kemuka-butiran-matan-palsu/#respond Wed, 13 Mar 2024 09:15:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50999
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang perunding syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan hampir lebih RM400,000 menggunakan dokumen mengandungi butiran matan palsu kepada sebuah agensi kerajaan negeri.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 50an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan mesin kepada usahawan membabitkan dana Program Bantuan Industri Kecil Sederhana (BAIKS),

“Perbuatan berkenaan telah dilakukan suspek sekitar tahun 2023 sedangkan mesin tidak dibekalkan oleh syarikat suspek.

“Suspek telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Sabah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17 & 18 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu bagi tujuan permohonan reman esok pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/13/perunding-syarikat-ditahan-tuntut-lebih-rm-400000-kemuka-butiran-matan-palsu/feed/ 0 50999
Perjuangan Dr Jeffrey tuntut hak Sabah beri kebebasan bersuara https://sabahmedia.com/2024/02/06/perjuangan-dr-jeffrey-tuntut-hak-sabah-beri-kebebasan-bersuara/ https://sabahmedia.com/2024/02/06/perjuangan-dr-jeffrey-tuntut-hak-sabah-beri-kebebasan-bersuara/#respond Tue, 06 Feb 2024 06:08:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49088
Read Time:1 Minute, 33 Second

TELIPOK: Perjuangan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan menuntut hak-hak perlembagaan Sabah sehingga dipenjara hampir tiga tahun awal 1990-an telah memberi kebebasan bersuara kepada para pemimpin dewasa ini sehingga menjiwai perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Parlimen Malaysia.

Setiausaha Agung Star Sabah Datuk Edward Linggu berkata akhir-akhir ini semakin ramai pemimpin dan parti politik mengambil topik Perjanjian Malaysia (MA63) dan hak kewangan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sebagai teras perjuangan mereka.

“Kita melihat para pemimpin politik sekarang berebut-rebut memperjuangkan MA63 dan syukur semakin banyak pencapaian dalam tuntutan hak-hak Sabah,” katanya menambah, kenyataan Dr Jeffrey tentang hak Sabah tersiar di akhbar tempatan Sabah 16 Jan 1987 telah membawa beliau menjadi buruan politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Edward, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Star Sabah Bahagian Karambunai di Dewan Bukit Payung, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini pada Ahad.

Justeru, Edward yang kini Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) mengajak ahli-ahli parti itu agar terus meningkatkan kefahaman tentang kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi setara dalam Malaysia sehingga menikmati 100 peratus hak kemerdekaan.

Terdahulu Pemangku Timbalan Presiden Star Sabah Datuk Kapitan Stephen Teo yang terpilih semula sebagai Ketua Bahagian Karambunai menegaskan, beliau bersama seluruh ahli parti di bahagian itu akan terus mendukung perjuangan Dr Jeffrey menuntut hak-hak Sabah.

Menurut Stephen, dukungan itu dinyatakan dalam penglibatan aktif pelaksanaan program parti di peringkat pusat dan bahagian.

Katanya, pelbagai program telah dijalankan di bahagian itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 melibatkan pembahagian bakul makanan, program makanan tambahan kanak-kanak, sumbangan kebajikan, penyelenggaraan beberapa kemudahan sukan dan kerjasama tinjauan visibiliti pemasangan pemancar telekomunikasi.

Hadir sama Naib Presiden Dr Paul Porodong yang juga Pengarah Strategi parti, Timbalan Ketua Wiranita Maria Gimbun dan Timbalan Ketua Wiramuda Jordan Jude Ellron.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/06/perjuangan-dr-jeffrey-tuntut-hak-sabah-beri-kebebasan-bersuara/feed/ 0 49088