tuntutan 40 peratus sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Oct 2025 09:14:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tuntutan 40 peratus sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PBS sambut baik keputusan mahkamah tinggi https://sabahmedia.com/2025/10/17/pbs-sambut-baik-keputusan-mahkamah-tinggi/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/pbs-sambut-baik-keputusan-mahkamah-tinggi/#respond Fri, 17 Oct 2025 09:14:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83516
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Sabah (PBS) menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Sabah Law Society (SLS) dalam tuntutan berhubung hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah sebagai kemenangan besar rakyat Sabah dan semangat Malaysia yang sebenar.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, berkata keputusan bersejarah itu mengesahkan tanggungjawab Perlembagaan serta moral Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“PBS mengucapkan tahniah kepada SLS atas keberanian membawa isu ini ke mahkamah. Keputusan ini bukan sahaja kemenangan undang-undang, tetapi juga kemenangan kepada semangat keadilan dan kesaksamaan antara Sabah dan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Joachim menegaskan, keputusan itu membuktikan bahawa hak 40 peratus bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya hak perlembagaan yang telah lama dinafikan.

“Selama hampir lima dekad, hak ini diabaikan dan ditangguhkan. Kini tiba masanya untuk memperbetulkan kealpaan sejarah ini serta melaksanakan janji yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menghormati perintah mahkamah untuk menyemak semula jumlah hasil dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam masa 180 hari mengenai jumlah hasil bagi tempoh 1974 hingga 2021.

“Perintah mahkamah ini mesti dilaksanakan tanpa alasan atau penangguhan. Keadilan yang ditangguh adalah keadilan yang dinafikan,” tegasnya.

Menurut beliau, isu hak 40 peratus ini melangkaui sempadan politik dan seharusnya menjadi agenda penyatuan semua pemimpin Sabah bagi mempertahankan hak negeri dari segi perlembagaan dan kewangan.

“PBS sejak dahulu lagi konsisten memperjuangkan pemulihan hak-hak Sabah di bawah MA63. Keputusan ini satu langkah penting ke arah mengembalikan keseimbangan dalam Persekutuan Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, Dr. Joachim turut menyatakan sokongan penuh PBS terhadap SLS dan badan kehakiman yang telah menegakkan kedaulatan undang-undang serta memperkukuh kedudukan Sabah dalam Malaysia.

“Biarlah keputusan ini menjadi titik permulaan era baharu yang berasaskan keikhlasan dan keadilan antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan. Selepas 48 tahun, sudah tiba masanya kita menghormati perjanjian dan menjunjung Perlembagaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/pbs-sambut-baik-keputusan-mahkamah-tinggi/feed/ 0 83516
Pelaksanaan mekanisme 40 peratus hasil Sabah dimuktamadkan Julai 2024 https://sabahmedia.com/2023/09/09/pelaksanaan-mekanisme-40-peratus-hasil-sabah-dimuktamadkan-julai-2024/ https://sabahmedia.com/2023/09/09/pelaksanaan-mekanisme-40-peratus-hasil-sabah-dimuktamadkan-julai-2024/#respond Sat, 09 Sep 2023 07:24:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41508
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan mekanisme tuntutan 40 peratus hasil Sabah daripada Kerajaan Persekutuan akan dimuktamadkan sebelum Julai tahun depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, perkara itu yakin akan dapat dilaksanakan dengan penyertaan pimpinan Sabah dalam Majlis Pelaksanaan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Perkara ini telah diputuskan dalam Majlis Pelaksanaan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri 2 dimana saya juga anggota dan keputusan mesyuarat menyatakan dalam tempoh satu tahun ini kita perlu muktamadkan pelaksanaan mekanisme 40 peratus itu.

“Seterusnya satu jawatankuasa kerja telah dibentuk dan ianya dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Armizan Ali untuk merangka mekanismes sebelum diangkat semula kepada majlis khas MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Konvensyen UPKO di Dewan Masyarakat Manggatal di sini hari ini.

Ewon yang juga Presiden UPKO berkata, perkara-perkara tersebut perlu mempunyai garis masa sebelum keputusan muktamad dilaksanakan.

“Sebab itu perlu ada ‘timeline’, kalau kita buat keputusan tapi tiada ‘timeline; itu mencabar sebab itu berada dalam Kabinet menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan ‘timeline ini dapat dipenuhi,” katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan dasar pada konvensyen itu, Ewon berkata, beliau mahu memberi dua fokus utama beliau sebagai presiden parti iaitu pembangunan keusahawanan dan sokongan pendidikan.

Katanya, untuk melaksanakan fokus tersebut, beliau akan mempengerusikan satu jawatankuasa penyelarasan pembangunan keusahawanan di peringkat parti yang akan dianggotai oleh semua pimpinan parti yang telah dilantik ke agensi-agensi Kerajaan.

“Sehingga hari ini, sebanyak empat pemimpin UPKO dilantik sebagai Pengerusi agensi Kerajaan dan 13 pimpinan dilantik Ahli Lembaga Pengarah di pelbagai agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Saya akan mempengerusikan sendiri penyelarasan pembangunan keusahawanan rakyat kita melalui satu jawatankuasa yang dianggotai oleh semua pimpinan parti yang dilantik dalam agensi-agensi kerajaan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/09/pelaksanaan-mekanisme-40-peratus-hasil-sabah-dimuktamadkan-julai-2024/feed/ 0 41508