tuntutan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 26 Feb 2026 08:52:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tuntutan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah tuntut hak sewajarnya, bukan bebankan Persekutuan https://sabahmedia.com/2026/02/26/sabah-tuntut-hak-sewajarnya-bukan-bebankan-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2026/02/26/sabah-tuntut-hak-sewajarnya-bukan-bebankan-persekutuan/#respond Thu, 26 Feb 2026 08:52:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92307
Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap hak kewangan serta hasil negeri bukanlah satu bentuk desakan berlebihan, sebaliknya berasaskan hak yang termaktub dalam semangat pembentukan Persekutuan Malaysia.

Pemangku Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Azrul Ibrahim berkata, pandangan yang menyuarakan kebimbangan bahawa tuntutan berkenaan boleh menjejaskan kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan wajar dihormati. 

Namun katanya, perbahasan tersebut perlu dilihat dalam kerangka yang adil dan berprinsip, dengan mengambil kira hak yang telah sekian lama tertangguh.

“Antara isu yang dibangkitkan ialah hak Sabah terhadap pemberian khas Persekutuan serta pendirian Sarawak berkaitan kesahihan perlembagaan dan pemakaian undang-undang petroleum. 

“Secara matematik, sebarang pelarasan yang memihak kepada negeri sudah tentu memberi implikasi kepada hasil Persekutuan. Namun persoalan asasnya ialah sama ada pertimbangan fiskal harus terus dijadikan alasan untuk menangguhkan hak yang sewajarnya dilaksanakan.

“Selepas lebih lima dekad pembentukan Malaysia, jurang pembangunan antara Sabah dan Sarawak berbanding negeri-negeri di Semenanjung masih ketara,” katanya.

Beliau berkata, di Sabah khususnya, isu asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jaringan jalan raya terus menjadi cabaran harian rakyat, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata, masih terdapat kampung yang sukar diakses melalui jalan darat, sistem perhubungan antara daerah yang belum tersusun menyeluruh serta capaian internet yang jauh ketinggalan. 

Selain itu katanya, Projek Lebuhraya Pan Borneo Highway pula hanya bermula sekitar 2017, sedangkan negeri-negeri di Semenanjung telah lama menikmati sistem perhubungan moden. 

” Peruntukan penyelenggaraan jalan Persekutuan yang tidak mencukupi turut memburukkan keadaan apabila keperluan sebenar jauh melebihi jumlah yang diluluskan.

“Walaupun usaha dan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu pembangunan di Sabah dan Sarawak diakui, realitinya penyelesaian menyeluruh masih belum dicapai. 

“Sabah memerlukan suntikan dana lebih besar serta fleksibiliti pentadbiran lebih luas untuk mengurus dan menyelesaikan masalah legasi yang berlarutan sekian lama.

” Pembangunan Sabah dan Sarawak tidak seharusnya dilihat sebagai beban fiskal, sebaliknya sebagai pelaburan strategik untuk memperkukuh ekonomi negara secara keseluruhan,” ‘katanya.

Sementara itu, Azrul berkata, sekiranya Kota Kinabalu dan Kuching membangun dengan sistem pengangkutan moden, infrastruktur bertaraf dunia dan mercu tanda ekonomi signifikan, manfaatnya akan dirasai oleh seluruh negara.

Katanya, Kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak diyakini tidak berniat melemahkan kedudukan kewangan Persekutuan.

Sebaliknya, Azrul berkata, pendekatan rundingan matang dan semangat federalisme yang tulen perlu dijadikan asas merangka formula lebih adil serta pragmatik.

Tegasnya, tuntutan ini bukan untuk meminta lebih daripada yang sewajarnya. 

“Ia adalah usaha menuntut hak yang telah lama menjadi asas penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan — demi memastikan kedua-dua wilayah itu benar-benar dilayan sebagai rakan setara, bukan sekadar pada lafaz, tetapi pada pelaksanaan dan hasil pembangunan yang dirasai rakyat,” katanya. – 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/26/sabah-tuntut-hak-sewajarnya-bukan-bebankan-persekutuan/feed/ 0 92307
Harap tiada lagi yang buat tuntutan ke atas Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/01/10/harap-tiada-lagi-yang-buat-tuntutan-ke-atas-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/01/10/harap-tiada-lagi-yang-buat-tuntutan-ke-atas-sabah-hajiji/#respond Wed, 10 Jan 2024 13:07:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47796
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berharap agar tiada lagi pihak berani mengemukakan sebarang tuntutan ke atas negeri ini selepas kes tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu ditamatkan.

Katanya, berkata tuntutan pihak terbabit jelas tidak berasas dan pendirian itu disuarakan sejak dari awal kes tuntutan berkenaan sampai ke pengetahuan kerajaan negeri.

“Kita berterima kasih kepada Azalina dan kerajaan persekutuan kerana akhirnya terbukti tuntutan Sulu itu tidak berasas sama sekali ada, selain ada unsur mencari keuntungan dan kemudahan lain termasuk arbitrator (penimbang tara), Dr Gonzala Stampa.

“Sekarang di mahkamah Sepanyol dia (Stampa) didapati bersalah dan dihukum penjara enam bulan. Ini menunjukkan bahawa tuntutan waris Sulu itu dari mula lagi kita nyatakan tidak berasas sama sekali.

“Jadi, kita di Sabah gembira mendengar berita ini. Kita harap mudah-mudahan tiada lagi yang berani buat (tuntutan) seperti ini selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terbaharu usaha kerajaan berhubung kes tuntutan Sulu, di sini.

Semalam, Azalina berkata,tumpuan kini adalah untuk menamatkan ‘Final Award’ AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang dikeluarkan Stampa ke atas Malaysia sekali gus menoktahkan tuntutan individu yang mendakwa waris Sultan Sulu.

Katanya, dengan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid di Sepanyol ke atas Stampa, ia juga menjadi bukti usaha kerajaan dalam menangani dan menghentikan penipuan pihak mendakwa waris Sultan Sulu tidak sia-sia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/10/harap-tiada-lagi-yang-buat-tuntutan-ke-atas-sabah-hajiji/feed/ 0 47796
Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah – Zambry https://sabahmedia.com/2023/09/26/malaysia-tidak-akan-layan-tuntutan-remeh-mana-mana-pihak-ke-atas-sabah-zambry/ https://sabahmedia.com/2023/09/26/malaysia-tidak-akan-layan-tuntutan-remeh-mana-mana-pihak-ke-atas-sabah-zambry/#respond Mon, 25 Sep 2023 23:34:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42537
Read Time:2 Minute, 32 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Malaysia tidak mengiktiraf atau melayan sebarang tuntutan remeh yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu ke atas Sabah.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.

“Malah kolokium ini tepat pada masanya kerana kita baru sahaja meraikan sambutan Hari Malaysia yang ke-60 lebih seminggu lepas,” katanya dalam ucapan penutup di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial di Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC), di London, pada Isnin.

Zambry berkata, meskipun penghakiman bersejarah yang dibuat oleh mahkamah di Perancis dan Belanda sebelum ini berkaitan tuntutan kumpulan Sulu memihak kepada Malaysia, negara masih berdepan pertempuran dari segi perundangan merentasi pelbagai bidang kuasa di beberapa negara dalam usahanya untuk membatalkan pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir timbang tara dalam kes itu.

“Meskipun kesemua tindakan ini telah mengorbankan sumber yang berharga iaitu dana yang boleh digunakan bagi menyokong perkembangan sosioekonomi di Malaysia, saya ingin mengulangi di sini bahawa Malaysia tidak akan berkompromo dalam usaha melindungi kedaulatan dan integriti wilayahnya,” kata beliau.

Zambry juga berkata, apa yang lebih menjengkelkan susulan pemberian award akhir itu ialah hakikat bahawa nasib Malaysia masih diputuskan oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan rantau Asia Tenggara.

“Mengapa kelangsungan dan nasib Malaysia terletak di tangan penimbang tara yang berlagak seperti seorang samseng di Eropah? Ungkapan tidak adil langsung tidak boleh mentafsirkan penjajahan bentuk baharu ini. Malah ia menunjukkan sedari mula lagi, proses timbang tara itu adalah salah. Atau terma yang lebih biasa didengar oleh khalayak hari ini ialah mala fide,” katanya.

“Setakat ini, terdapat kebimbangan lebih besar bahawa jika kekurangan dan kelemahan dalam proses timbang tara antarabangsa tidak ditangani dengan segera, negara lain mungkin berdepan nasib yang serupa dengan Malaysia.

“Hakikat bahawa entiti bukan negara boleh meneruskan penguatkuasaan serentak award akhir yang penuh dengan tipu helah itu tanpa persetujuan pihak yang berkaitan atau dalam kata lain, ‘forum-shopping’ sepatutnya menjadi amaran kepada kita semua di sini hari ini.

“Bagaimana kita boleh membiarkan timbang tara diselubungi oleh dakwaan penyalahgunaan proses dan tindakan yang salah?” kata Zambry.


Beliau berkata, ketika norma, nilai dan amalan biasa semakin menjadi taruhan, semua pihak tidak boleh berdiam diri menyaksikan penyalahgunaan proses timbang tara yang berlaku di depan mata.

“Tidak dinafikan terdapat entiti jahat yang berniat untuk menjejaskan integriti dan kesahihan sistem timbang tara demi kepentingan sendiri.

“Ini akan mengancam prinsip asas keadilan dan kesaksamaan sistem undang-undang yang dipercayai oleh kebanyakan kita. Dengan itu, sudah tiba masanya kita memperbaharui ekosistem litigasi pihak ketiga bagi memastikan keseimbangan yang adil antara akses kepada keadilan dan ketelusan tindakan litigasi,” katanya.

Zambry juga berkata, Malaysia mengakui kepentingan timbang tara sebagai sebahagian daripada resolusi pertikaian alternatif, peranan institusi timbang tara antarabangsa dan prosesnya dalam menyelesaikan isu-isu yang rumit.

“Meskipun Tuntutan Sulu telah mengejutkan Malaysia, dan saya percaya, seluruh dunia juga, ia turut menonjolkan hakikat bahawa masanya sudah tiba untuk membaik pulih sistem itu,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/26/malaysia-tidak-akan-layan-tuntutan-remeh-mana-mana-pihak-ke-atas-sabah-zambry/feed/ 0 42537