turki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 13 Mar 2022 03:20:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png turki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga Pelajar UMS Sertai Program Erasmus+ di Turki https://sabahmedia.com/2022/03/13/tiga-pelajar-ums-sertai-program-erasmus-di-turki/ https://sabahmedia.com/2022/03/13/tiga-pelajar-ums-sertai-program-erasmus-di-turki/#respond Sun, 13 Mar 2022 03:20:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12954
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Tiga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpilih menyertai Program Erasmus+ di Cankiri Karatekin University, Turki bermula pada 7 Mac hingga 8 Julai 2022.

Irnah Narui (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan), Yoggenderan Kalaichelvan (Fakulti Sains dan Sumber Alam) dan Dayangku Sharina Natasha Mohd Shafree (Fakulti Sains dan Sumber Alam) yang masing-masing berada di tahun kedua dan ketiga pengajian akan menjalani program mobiliti tersebut selama satu semester.

Timbalan Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG) UMS, Prof. Madya Dr. Wardatul Akmam Din berkata, hasil daripada Eurasian Higher Education Institutions (EURIE) yang diadakan pada 27 Februari hingga 1 Mac 2019 di Istanbul Turki, pihak UMS telah dipelawa oleh Cankiri Karatekin University, Turki untuk menandatangani perjanjian bagi mengadakan Program Erasmus+.

“Program ini adalah merupakan program berbiasiswa yang mana setiap pelajar yang mengikuti program tersebut turut diberikan elaun sara hidup dan elaun pengangkutan.

“Selain memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dan tinggal di negara asing, matlamat program ini juga adalah untuk meningkatkan pengalaman antarabangsa dan menerapkan silang budaya atau cross-cultural dan persediaan pelajar untuk mendepani cabaran global pada masa akan datang,” katanya.

Tambah Dr. Wardah, program Erasmus+ juga akan diteruskan dengan aktiviti staf mobiliti pada masa akan datang yang melibatkan staf akademik dan pentadbiran sebagai salah satu inisiatif untuk mempromosikan UMS di peringkat global.

Cankiri Karatekin University merupakan sebuah universiti yang ditubuhkan pada 28 Mei 2007 dan terletak di Wilayah Cankiri.

UMS turut dipelawa oleh pihak Manis Celal Bayar University, Turki untuk menjalankan program yang sama.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/13/tiga-pelajar-ums-sertai-program-erasmus-di-turki/feed/ 0 12954
Turki Mempromosi Sabah Destinasi Ideal Untuk Selam Skuba https://sabahmedia.com/2022/02/23/turki-mempromosi-sabah-destinasi-ideal-untuk-selam-skuba/ https://sabahmedia.com/2022/02/23/turki-mempromosi-sabah-destinasi-ideal-untuk-selam-skuba/#respond Wed, 23 Feb 2022 11:06:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12481
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Turki meletakkan Sabah pada petanya bagi mempromosikan negeri itu sebagai destinasi ideal untuk percutian selam skuba.

Delegasi Turki yang diketuai oleh Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakçi telah tiba di Sabah pada 20 Februari untuk lawatan suai kenal yang akan merangkumi lawatan ke Semporna.

Penyelam Turki terkenal yang juga pemegang rekod dunia menyelam bebas Şahika Ercümen akan turut menyertai lawatan pendidikan yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakcı (kiri) menyerahkan poskad kepada penyelam bebas rekod dunia, Sahika Ercumen untuk diposkan di peti pos bawah air pertama Malaysia di Mataking. - Foto ihsan STB
Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakcı (kiri) menyerahkan poskad kepada penyelam bebas rekod dunia, Sahika Ercumen untuk diposkan di peti pos bawah air pertama Malaysia di Pulau Mataking. – Foto ihsan STB

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin, menjadi tuan rumah kepada delegasi makan malam bersama Setiausaha Tetap Datuk Sr Yusrie Abdullah dan Lembaga Pelancongan Sabah.

“Turki telah berada dalam radar STB muncul sebagai pasaran baru. Pada penghujung 2021, saya berada di Istanbul dan bertemu dengan ejen luar negara yang berminat untuk meneroka tawaran perjalanan ke Sabah. Lawatan Kedutaan ke Sabah mengembalikan keyakinannya bahawa Sabah adalah destinasi berpotensi untuk pelancong Turki,” kata Jafry.

Pada Isnin, Universiti Malaysia Sabah menjemput Kavakçı dan delegasinya ke sesi ceramah. Pada sesi itu, Ercümen menyatakan tentang minatnya untuk menyelam bebas dan pemuliharaan marin. Beliau kemudiannya akan pergi ke pantai timur untuk menghasilkan video menyelam di Sabah.

Sabah adalah tempat kepada enam taman marin yang dilindungi dan diuruskan oleh Taman Sabah termasuklah Taman Pulau Sipadan dan Taman Laut Tun Sakaran yang terkenal di dunia terletak di Semporna.

Manakala Taman Laut Tun Sakaran terdiri daripada lapan pulau dengan air sejernih kristal iaitu Bodgaya, Boheydulang, Tetagan, Selakan, Sebangkat, Maiga, Sibuan dan Mantabuan.

Daerah pantai timur juga merupakan pintu masuk ke pulau-pulau syurga dan beberapa tapak menyelam terbaik seperti Mataking, Kapalai, Mabul dan Bum-Bum.

Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman berkata Sabah, khususnya Semporna, kaya dengan biodiversiti marin, menjadikannya destinasi ideal untuk pelancongan lautan.

“Paus pembunuh, jerung paus, dan ikan lumba-lumba dipercayai menggunakan perairan Semporna sebagai laluan migrasi, dan makhluk laut yang luar biasa ini telah dilihat beberapa kali oleh penyelam.

“Ahli akademik juga telah tertarik ke dasar laut Semporna untuk menyelidik hidupan marin, dan potensi untuk menemui spesies makro baharu adalah sangat besar. Kita berharap dapat membuat penyelam skuba di Turki teruja dengan tempat baharu untuk menyelam apabila sempadan antarabangsa kita dibuka semula,” katanya.

“Kavakcı, dalam ucapan penggulungannya, turut menarik perhatian kepada kepentingan kelestarian usaha kerjasama antara pihak.

“Pertukaran pengalaman antara sarjana, saintis dan ahli akademik Turki dan Sabah akan menyumbang kepada pemantapan interaksi kita sekali gus memanjangkan hayat kerjasama kita,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/23/turki-mempromosi-sabah-destinasi-ideal-untuk-selam-skuba/feed/ 0 12481
Agong berkenan terima panggilan telefon Presiden Turki https://sabahmedia.com/2021/05/12/agong-berkenan-terima-panggilan-telefon-presiden-turki/ https://sabahmedia.com/2021/05/12/agong-berkenan-terima-panggilan-telefon-presiden-turki/#respond Wed, 12 May 2021 04:35:58 +0000 http://sabahmedia.com/?p=386
Read Time:2 Minute, 43 Second

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, di Istana Negara. 

Menurut kemas kini terbaharu di laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda menzahirkan ketetapan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk bersama Turki dan komuniti antarabangsa mengecam pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Dalam perbualan telefon selama 20 minit bermula pukul 6 petang itu, Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan bahawa Malaysia menyokong dan mengalu-alukan cadangan untuk mengadakan persidangan tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincang isu keganasan Israel terhadap Palestin.

Selain itu Al-Sultan Abdullah turut menyentuh tentang hubungan dua hala yang erat terjalin selama ini di antara Malaysia dan Turki serta usaha-usaha pengukuhan perdagangan  antara kedua-dua negara.

Seri Paduka Baginda  dan Erdogan pada masa yang sama turut bertukar ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri termasuk kepada ahli keluarga.

Pada masa yang sama Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan penghargaan kepada Erdogan atas jemputan mengadakan Lawatan Negara ke Turki pada September tahun ini.

Sebelum ini Al-Sultan Abdullah dijadualkan mengadakan Lawatan Negara ke Turki selama lima hari bermula pada 19 April 2020, namun terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19.

Mengikut rekod kali terakhir Seri Paduka Baginda berkenan berbual bersama Erdogan menerusi panggilan telefon ialah pada 6 Jun tahun lalu di Istana Negara dan Al-Sultan Abdullah sebelum itu juga  berkenan  menerima menghadap pemimpin berkenaan di Istana Negara pada 18 Dis 2019 sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur.

Terdahulu pada pukul 3 petang, Al-Sultan Abdullah berkenan membuat panggilan telefon secara peribadi kepada Presiden Indonesia Joko Widodo bagi menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarganya serta seluruh rakyat Indonesia.

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan takziah kepada pemimpin itu dan seluruh keluarga mangsa kapal selam KRI Nanggala 402 susulan tragedi kemalangan yang menimpa kapal  itu  pada 21 April di utara perairan Bali, Indonesia.

Menerusi panggilan itu Joko Widodo juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan yang diberi dalam usaha mencari dan menyelamat kapal selam itu selain merakamkan ucapan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas doa dan sokongan kepada seluruh rakyat Indonesia. 

Selain itu kedua-dua pemimpin turut berkongsi pandangan berkenaan usaha memerangi penularan COVID-19 di kedua-dua negara termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan merentas daerah serta negeri yang juga dilaksanakan di Indonesia.

Dalam perbualan itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar hubungan dua hala dan kerjasama di antara kedua-dua negara akan kekal erat dan terus utuh walaupun berhadapan dengan kekangan situasi COVID-19.

Kali terakhir pertemuan di antara Seri Paduka Baginda  bersama Presiden Indonesia itu ialah pada Ogos  2019 bersempena lawatan negara ke Indonesia selama empat hari bermula 26 Ogos yang merupakan  lawatan sulung Al-Sultan Abdullah setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/05/12/agong-berkenan-terima-panggilan-telefon-presiden-turki/feed/ 0 386