Turkiye – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Feb 2023 00:54:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Turkiye – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Angka korban lebih 12,000, Presiden Turkiye akui bantuan kerajaan hadapi masalah https://sabahmedia.com/2023/02/09/angka-korban-lebih-12000-presiden-turkiye-akui-bantuan-kerajaan-hadapi-masalah/ https://sabahmedia.com/2023/02/09/angka-korban-lebih-12000-presiden-turkiye-akui-bantuan-kerajaan-hadapi-masalah/#respond Thu, 09 Feb 2023 00:54:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29272
Read Time:1 Minute, 14 Second

AGENSI

ANTAKYA — Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat masalah dengan tindak balas awal kerajaannya terhadap gempa bumi yang dahsyat di selatan negara itu.

Malah, masalah itu mencetuskan kemarahan rakyat terutamanya mangsa-mangsa yang tercedera yang kecewa dengan kelewatan ketibaan dan tindak balas perlahan pasukan penyelamat.

Erdogan, yang akan bertanding dalam pilihan raya umum Turkiye pada Mei nanti berkata, dalam lawatan ke zon bencana, beliau dapati operasi kini berfungsi seperti biasa.

Beliau juga berjanji bahawa tiada sesiapa pun akan kehilangan tempat tinggal ekoran bencana itu.

Setakat ini, jumlah kematian yang dilaporkan di seluruh Turkiye dan negara jiran Syria meningkat melepasi 12,000 orang.

Di seberang kawasan selatan Turkiye, orang ramai dilaporkan mencari tempat perlindungan sementara dan makanan dalam cuaca musim sejuk yang membeku.

Mereka menunggu dalam kesedihan di sekitar timbunan runtuhan bangunan di mana keluarga dan rakan-rakan mereka masih tertimbus.

Pasukan penyelamat dikatakan masih menemukan beberapa mangsa yang masih hidup.

Tetapi, ramai penduduk Turkiye mengadu tentang kekurangan peralatan, kepakaran dan sokongan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap dan kadang kala mereka mendengar jeritan mangsa meminta pertolongan.

“Di manakah sebenarnya negara ini? Di mana mereka (penyelamat) selama dua hari? Kami merayu kepada mereka. Biar kami melakukannya sendiri, kami boleh mengeluarkan mereka,” kata salah seorang mangsa yang terselamat, Sabiha Alinak.

Terdapat aduan yang sama berlaku di negara jiran, Syria.

Duta Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengakui kerajaan negara itu mempunyai kekurangan keupayaan dan kekurangan peralatan selain menyalahkan lebih sedekad perang saudara di negara berkenaan dan juga sekatan Barat

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/09/angka-korban-lebih-12000-presiden-turkiye-akui-bantuan-kerajaan-hadapi-masalah/feed/ 0 29272
Gempa Bumi Turkiye – Pasukan SMART dijangka masuk ke kawasan ‘Ground Zero” hari ini https://sabahmedia.com/2023/02/08/gempa-bumi-turkiye-pasukan-smart-dijangka-masuk-ke-kawasan-ground-zero-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2023/02/08/gempa-bumi-turkiye-pasukan-smart-dijangka-masuk-ke-kawasan-ground-zero-hari-ini/#respond Wed, 08 Feb 2023 00:22:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29211
Read Time:1 Minute, 4 Second

ADANA —  Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka akan mula memasuki kawasan “ Ground Zero” hari ini.

Pasukan SMART yang berlepas pada 6 Februari lalu dan tiba semalam kini sedia ke kawasan bencana selepas terdapat kelewatan berikutan masalah kesesakan di lapangan terbang Adana yg merupakan pintu masuk ke ‘ground zero’.

Pasukan itu dijangka akan menyertai pelbagai pasukan penyelamat antarabangsa lain yang turut diaturgerak ke negara berkenaan ekoran gempa bumi kuat yang melanda di wilayah sempadan Turki-Syria baru-baru ini.

Menurut maklumat yang disiarkan facebook rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Pergerakan menggunakan jalan darat dari Adana ke Aziantep akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

“ Semoga dipermudahkan perjalanan dan semua urusan Team di sana” kata agensi itu lagi

Dalam pada itu Angka korban terbaharu akibat gempa bumi dahsyat Isnin lalu di tenggara Turkiye dan sempadan Syria sudah melepasi 7,800 orang.

menurut laporan Theguardian.com, di Turkiye, seramai 5,894 orang disahkan terbunuh manakala 1,932 orang maut di Syria dengan jumlah keseluruhan 7,826 kematian.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran bahawa jumlah korban boleh melebihi 20,000 orang.

Usaha menyelamat awal dikatakan terhenti akibat gempa kedua berlaku pada pukul 1.24 tengah hari (waktu tempatan) yang berukuran 7.5 magnitud.

Keadaan cuaca sejuk dan bersalji turut menyukarkan operasi menyelamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/08/gempa-bumi-turkiye-pasukan-smart-dijangka-masuk-ke-kawasan-ground-zero-hari-ini/feed/ 0 29211