Turun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Apr 2025 06:24:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Turun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemiskinan tegar di Sabah turun 89.9 peratus, direkodkan 1,464 KIR setakat Februari 2025 https://sabahmedia.com/2025/04/15/kemiskinan-tegar-di-sabah-turun-89-9-peratus-direkodkan-1464-kir-setakat-februari-2025/ https://sabahmedia.com/2025/04/15/kemiskinan-tegar-di-sabah-turun-89-9-peratus-direkodkan-1464-kir-setakat-februari-2025/#respond Tue, 15 Apr 2025 04:13:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71992
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Usaha berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam membasmi kemiskinan tegar terus menunjukkan hasil yang positif apabila jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang direkodkan dalam sistem eKasih menurun secara drastik sebanyak 89.9 peratus.

Jumlah itu mencatatkan penurunan daripada 14,553 KIR pada 29 Februari 2024 kepada hanya 1,464 KIR setakat 28 Februari 2025.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, data tersebut adalah berdasarkan rekod dalam sistem eKasih yang bersifat dinamik dan berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Menurutnya, perubahan status dalam sistem itu dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk pertambahan atau pengurangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, pemberian atau penamatan bantuan, serta maklumat lain seperti kematian atau perpindahan ke negeri lain.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, di sini, pada Selasa.

Beliau turut menjelaskan, antara penyumbang utama kepada penurunan jumlah KIR miskin tegar itu ialah pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang telah mula dikreditkan kepada penerima pada 17 Februari 2025. Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan selama setahun, membabitkan peruntukan keseluruhan RM358.4 juta.

Secara keseluruhan, seramai 100,000 penerima di seluruh Sabah dijangka mendapat manfaat daripada program ini. Pembayaran dibuat secara empat fasa setahun, bermula Januari hingga Mac bagi fasa pertama, diikuti April hingga Jun, Julai hingga September dan Oktober hingga Disember. Setiap penerima akan menerima bayaran secara lump-sum sebanyak RM900 untuk setiap fasa tiga bulan.

Tambah Abidin, kerajaan negeri turut komited untuk memastikan golongan yang telah keluar daripada kategori miskin tegar dapat terus kekal di atas garis kemiskinan. Ukuran garis kemiskinan ini ditentukan melalui Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan, iaitu pendapatan bulanan di bawah RM1,218 bagi satu isi rumah purata sebanyak 4.3 orang, atau pendapatan per kapita sebanyak RM288 bagi setiap ahli isi rumah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/15/kemiskinan-tegar-di-sabah-turun-89-9-peratus-direkodkan-1464-kir-setakat-februari-2025/feed/ 0 71992
MOSAR bawa turun pendaki warga Slovakia https://sabahmedia.com/2023/03/21/mosar-bawa-turun-pendaki-warga-slovakia/ https://sabahmedia.com/2023/03/21/mosar-bawa-turun-pendaki-warga-slovakia/#respond Tue, 21 Mar 2023 11:05:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31237
Read Time:41 Second

KOTA.KINABALU: Seorang pendaki warganegara Slovakia terpaksa diturunkan dari Layang-layang KM 4, Gunung Kinabalu kerana mengalami simptom Akut Gunung atau Altitude Mountain Sickness (AMS).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.46 pagi tadi (21 Mac) mengenai kejadian itu dan mengerahkan sepasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) pergi ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan MOSAR dengan bantuan Park SAR dan Malim Gunung di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki warga Slovakia mengalami AMS dan pasukan bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa yang berusia 68 tahun itu dibawa turun ke Timpohon gate menggunakan teknik usungan (Robinson Strecher),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan dari Taman-Taman Sabah dan operasi ditamatkan pada jam 4.40 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/21/mosar-bawa-turun-pendaki-warga-slovakia/feed/ 0 31237
Kes Rasuah Penjawat Awam Di Sabah Turun 87 peratus https://sabahmedia.com/2021/12/09/kes-rasuah-pejawat-awam-di-sabah-turun-87-peratus/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/kes-rasuah-pejawat-awam-di-sabah-turun-87-peratus/#respond Thu, 09 Dec 2021 04:50:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9596
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kes rasuah melibatkan penjawat awam negeri menurun sebanyak 87 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini berikutan usaha bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Negeri membanteras gejala itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penurunan ketara itu jelas memperlihatkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab bersama memerangi jenayah ini semakin meningkat.

Statistik SPRM menunjukkan sebanyak 47 kertas siasatan dibuka pada tahun 2018 yang kemudiannya menurun kepada 11 pada 2019, sembilan pada 2020 dan sehingga Ogos tahun ini hanya enam kes telah disiasat.

“Ianya turut mencerminkan kesungguhan dan kesediaan rakyat Sabah bersama SPRM dalam usaha membanteras rasuah di negeri ini,” kata Hajiji sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri Sabah di Menara Kinabalu, dekat sini pada Khamis.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah mewajibkan sektor awam mewujudkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) untuk memastikan tahap integriti tinggi kalangan pejawat awam dan menangani gejala rasuah.

“Saya menyeru kepada semua kementerian di negeri ini agar turut memberikan komitmen yang padu dalam mengwujudkan OACP,” katanya sambil menambah bagi syarikat milik kerajaan negeri Sabah (GLC), pelaksanaan pelan itu adalah merupakan salah satu inisiatif dalam mempersiapkan organisasi komersial kerajaan agar mempunyai tatacara mencukupi selaras dengan peruntukan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Hajiji berkata sembilan daripada 11 kementerian negeri telahpun melaksanakan OACP masing-masing.

Katanya selain daripada memantapkan lagi tadbir urus dan integriti, pelaksanaan OACP dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya percaya jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah memberikan komitmen yang tinggi dan berusaha melestarikan integriti secara menyeluruh khususnya kepada seluruh Warga Perkhidmatan Awam di negeri ini, untuk bersama-sama melakukan perubahan dengan menyedarkan masyarakat keseluruhannya bahawa perbuatan memberi rasuah merupakan suatu kesalahan yang amat serius,” katanya.

Hajiji menggesa agar masyarakat memberi sokongan dan kerjasama dengan melaporkan kesalahan seperti salah guna kuasa dan rasuah di kawasan mereka kepada SPRM.

“Mereka yang memberi maklumat penting kepada SPRM akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/kes-rasuah-pejawat-awam-di-sabah-turun-87-peratus/feed/ 0 9596
Kadar Jenayah Turun 30 Peratus – Hazani https://sabahmedia.com/2021/08/30/kadar-jenayah-turun-30-peratus-hazani/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/kadar-jenayah-turun-30-peratus-hazani/#respond Mon, 30 Aug 2021 08:52:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5537
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Kadar jenayah di Sabah menurun semasa pandemik Covid-19, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Menurut beliau, arahan perintah kawalan pergerakan berterusan yang dilaksanakan kerajaan banyak memainkan peranan penting dalam mengekang penularan jangkitan Covid-19 sekali gus menyekat pergerakan bebas orang ramai menyumbang kepada penurunan kadar jenayah sebanyak 30 peratus.

“Dalam pada itu, situasi kebanyakan masyarakat duduk di rumah serta sekatan-sekatan jalan raya yang diperluaskan, tidak memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah,” jelasnya selepas mengadakan kunjungan hormat perpisahan terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Isnin.

Hazani yang akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam awal bulan depan, merakamkan ucapan penghargaan kepada Tun Juhar serta kerajaan negeri atas kerjasama erat semasa beliau bertugas di negeri ini.

Beliau yang telah berkhidmat lebih 17 tahun di Sabah berharap agar kerjasama tersebut dapat diteruskan dan imej serta prestasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus dijaga dan dipertingkatkan pada masa akan datang. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/kadar-jenayah-turun-30-peratus-hazani/feed/ 0 5537
MCMC Turun Padang Bantu Pelajar yang Terkesan https://sabahmedia.com/2021/06/17/mcmc-turun-padang-bantu-pelajar-yang-terkesan/ https://sabahmedia.com/2021/06/17/mcmc-turun-padang-bantu-pelajar-yang-terkesan/#respond Thu, 17 Jun 2021 04:19:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1436
Read Time:1 Minute, 17 Second

KENINGAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama
wakil penyedia perkhidmatan terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis dan YTL telah mengadakan pertemuan dengan Atiqah Nurqistina Jamain seorang pelajar tingkatan lima di Kg.Ranggom dekat sini, susulan dari masalah capaian internet yang dihadapi oleh pelajar berkenaan.

Ketua Pejabat MCMC Cawangan Keningau, Moris Miting berkata, pertemuan dengan pelajar tersebut bagi memahami masalah dan keperluan pelajar yang terkesan itu untuk meneruskan pembelajaran dari rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak MCMC juga memaklumkan bahawa pelbagai usaha giat diambil bagi memastikan masalah kesalinghubungan di kawasan berkenaan ditangani dengan segera.

Semasa lawatan tersebut, ujian kelajuan jalur lebar turut dijalankan di kawasan rumah pengadu dan hasil ujian mendapati liputan di lokasi adalah tidak memuaskan.

“Sebagai langkah sementara dalam
meringankan kesukaran yang dihadapi oleh Atiqah Nurqistina, kerja-kerja pengoptimuman akan dijalankan oleh pihak Maxis di lokasi menara terdekat iaitu di Kg. Labak Baru Bingkor.

“Selepas PKP Atiqah juga boleh mendaftar dan menjadi ahli Pusat Internet Komuniti (PIK) dan dia juga boleh mengguna pakai kemudahan Wifi yang sedia ada di PIK tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa PKP dan boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan,”kata Moris.

Dalam pada itu, untuk penyelesaian jangka panjang, solusi menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sudah pun dirancang.

Sebuah menara akan dibina oleh pihak Celcom menerusi projek JENDELA di Kg. Sungai Apin-Apin yang terletak lebih kurang 0.77 kilometer dari Kg. Ranggom.

“Pembinaan menara ini yang dijangka siap pada bulan April 2022 akan menyelesaikan masalah liputan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan dan para penduduk di sekitar Kg. Ranggom,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/17/mcmc-turun-padang-bantu-pelajar-yang-terkesan/feed/ 0 1436