Tutup jalan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Feb 2026 06:33:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tutup jalan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Beberapa jalan utama ditutup berperingkat sempena KK City Borneo Half Marathon https://sabahmedia.com/2026/02/06/beberapa-jalan-utama-ditutup-berperingkat-sempena-kk-city-borneo-half-marathon/ https://sabahmedia.com/2026/02/06/beberapa-jalan-utama-ditutup-berperingkat-sempena-kk-city-borneo-half-marathon/#respond Fri, 06 Feb 2026 06:33:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91115
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandaraya Kota Kinabalu akan ditutup sementara secara berperingkat bermula hari ini hingga Ahad Februari ini sempena penganjuran KK City Borneo Half Marathon 5th Edition, bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan dan pengurusan tempat letak kereta itu dilaksanakan bagi memberi laluan kepada persiapan serta kelancaran acara larian berkenaan.

Menurut DBKK, tempat letak kereta di Padang Merdeka Kota Kinabalu akan ditutup bermula jam 1 pagi pada Jumaat (6 Februari) hingga jam 9 pagi, Ahad (8 Februari) bagi tujuan persiapan dan penganjuran acara.

Sementara itu, pada Ahad, 8 Februari, beberapa laluan utama sekitar bandaraya akan terjejas bermula seawal jam 4 pagi hingga jam 8 pagi, termasuk Jalan Dewan, Lorong Dewan dan Jalan Padang yang akan ditutup sepenuhnya.

Selain itu, penutupan separa melibatkan satu lorong akan dilaksanakan secara berperingkat di beberapa jalan utama antaranya Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Mat Salleh, Jalan Tun Fuad Stephens, Jalan Coastal, Jalan Tun Razak, Jalan Haji Saman serta Jalan KK Bypass mengikut masa yang ditetapkan.

DBKK menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan anggota penguat kuasa di lapangan serta menggunakan laluan alternatif bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang tempoh acara.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi menjayakan penganjuran acara sukan berprestij itu yang turut mempromosikan gaya hidup sihat serta imej positif Bandaraya Kota Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/06/beberapa-jalan-utama-ditutup-berperingkat-sempena-kk-city-borneo-half-marathon/feed/ 0 91115
Beberapa jalan utama ditutup sempena sambutan krismas negeri Sabah 2025 https://sabahmedia.com/2025/12/16/beberapa-jalan-utama-ditutup-sempena-sambutan-krismas-negeri-sabah-2025/ https://sabahmedia.com/2025/12/16/beberapa-jalan-utama-ditutup-sempena-sambutan-krismas-negeri-sabah-2025/#respond Tue, 16 Dec 2025 07:20:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88389
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya akan ditutup bagi memberi laluan kepada penganjuran Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah Ke-20 Tahun 2025.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Sabah, Deputi Superitendan Syahlan Sukimin berkata penutupan jalan berkenaan melibatkan sesi raptai pertama, raptai kedua serta acara kemuncak sambutan yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 19 Disember ini.

“Sebanyak lima jalan utama di sekitar lokasi sambutan akan ditutup secara berperingkat pada tarikh berkenaan, bergantung kepada keadaan trafik semasa.

“Raptai pertama akan diadakan pada 14 Disember diikuti raptai kedua pada 15 Disember.

“Manakala Majlis Perasmian Sambutan Hari Krismas berlangsung pada 16 Disember,” katanya ketika ditemui media selepas sesi temu bual di konti Sabah FM, pada Isnin.

Menurutnya, laluan terlibat termasuk simpang KFC Bandaran ke Padang Merdeka, simpang Bukit Bendera, Bulatan Bunga Raya, lampu isyarat Dewan Bandaraya serta Bulatan Capital.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Krismas itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar menghormati arahan anggota bertugas, menggunakan laluan alternatif yang disarankan melalui aplikasi navigasi seperti Google Maps, peka serta memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans.

Bagi memastikan kelancaran aliran trafik, JSPT Sabah telah menyediakan pelan pengurusan trafik termasuk pelan pengalihan laluan serta mengenal pasti jalan yang akan ditutup, dibuka dan dilencongkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/16/beberapa-jalan-utama-ditutup-sempena-sambutan-krismas-negeri-sabah-2025/feed/ 0 88389
PRU Sabah : Beberapa jalan di Kota Belud ditutup mulai 6 pagi esok https://sabahmedia.com/2025/11/28/pru-sabah-beberapa-jalan-di-kota-belud-ditutup-mulai-6-pagi-esok/ https://sabahmedia.com/2025/11/28/pru-sabah-beberapa-jalan-di-kota-belud-ditutup-mulai-6-pagi-esok/#respond Fri, 28 Nov 2025 06:52:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87291
Read Time:45 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Polis Daerah Kota Belud akan melaksanakan penutupan dan lencongan beberapa laluan utama esok bagi memastikan kelancaran proses pengundian sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17 di Dewan Masyarakat Tun Said Bin Keruak.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, penutupan jalan akan bermula seawal 6 pagi dan berterusan sehingga proses pengundian selesai.

“Antara jalan yang terlibat adalah Bulatan Usia (Jalan simpang masuk ke Dewan Masyarakat Tun Said), Bulatan Aloi (Jalan simpang masuk ke Tokong), serta jalan simpang masuk ke bazar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini.

Shahrudin berkata, pihakya turut menasihati para pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di kawasan yang terlibat.

“Kita berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas demi memastikan kelancaran trafik sepanjang hari pengundian,” tambahnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/28/pru-sabah-beberapa-jalan-di-kota-belud-ditutup-mulai-6-pagi-esok/feed/ 0 87291
Beberapa laluan ditutup Ahad ini sempena sambutan Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/01/31/beberapa-laluan-ditutup-ahad-ini-sempena-sambutan-jubli-perak-bandaraya-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/01/31/beberapa-laluan-ditutup-ahad-ini-sempena-sambutan-jubli-perak-bandaraya-kota-kinabalu/#respond Fri, 31 Jan 2025 14:18:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67796
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Beberapa laluan dan tempat letak kereta berhampiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada sambutan ulang tahun ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu Ahad ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara yang terlibat ialah Jalan Tugu dan Jalan Bandaran.

“DBKK akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di lokasi-lokasi berhampiran DBKK bermula jam 1 Pagi hingga 1 Petang Ahad ini.

“Antara yang ditutup termasuklah tempat letak kereta di Jalan Tugu; Mahkamah Lama dan Tapak Perpustakaan Lama,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, penutupan di Jalan Bandaran bermula dari lampu isyarat KK Bypass hingga bulatan Horizon akan ditutup sementara bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

“Selain itu, turut ditutup Ahad ini adalah Jalan Tugu bermula dari bulatan Kampung Air hingga bulatan Horizon pada masa yang sama,” tambah kenyataan itu lagi.

DnKK menasihatkan orang ramai untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi tujuan keselamatan dan kelancaran trafik. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/31/beberapa-laluan-ditutup-ahad-ini-sempena-sambutan-jubli-perak-bandaraya-kota-kinabalu/feed/ 0 67796