Tvet sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 09 Jul 2025 07:07:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tvet sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TVET Sabah diperluas ke sekolah, tahfiz https://sabahmedia.com/2025/07/09/tvet-sabah-diperluas-ke-sekolah-tahfiz/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/tvet-sabah-diperluas-ke-sekolah-tahfiz/#respond Wed, 09 Jul 2025 07:07:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76984
Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah akan memperluas pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri ini ke sekolah arus perdana termasuk institusi tahfiz.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program yang kini diangkat sebagai agenda utama pembangunan modal insan di Sabah dijangka menjadi pemangkin kepada gerakan TVET yang lebih tersusun di negeri ini.

Katanya, ia selepas Majlis TVET Negeri Sabah ditubuhkan dan dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini.

“TVET ini bukan sekadar pilihan, tetapi adalah satu keperluan untuk kita di negeri Sabah dan kita sedang menyelaras, menyusun program berhubung dengan TVET ini.

“Kita juga akan menyelaras dengan sekolah-sekolah berhubung dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan ini ada hubungan dengan TVET selain beberapa program juga akan kita usahakan, antaranya berhubung dengan bagaimana kita boleh masuk ke sekolah-sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Simposium TVET Sabah di sini pada Rabu.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, program TVET juga dicadang untuk diperluas ke pusat tahfiz termasuklah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS).

“Inisiatif baharu turut diperluaskan ke institusi tahfiz melalui konsep TVET Tahfiz yang akan dilaksanakan secara rintis di dua lokasi, termasuk di ITQAS. Usaha ini dijalankan menerusi kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan beberapa maahad tahfiz terpilih.

“TVET Tahfiz adalah satu pendekatan inklusif yang memberi ruang kepada pelajar tahfiz untuk memperoleh kemahiran teknikal tanpa mengabaikan pendidikan agama.

“Ini selari dengan saranan Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi TVET Negara, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan memberi kesedaran tentang manfaat TVET kepada seluruh lapisan masyarakat, khususnya golongan muda, agar mereka melihat bidang ini sebagai laluan kerjaya yang menjanjikan masa depan cerah.

“Seperti ditegaskan oleh Ketua Menteri, TVET mampu menjana peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Inilah masa untuk kita bangunkan tenaga mahir tempatan secara bersepadu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/tvet-sabah-diperluas-ke-sekolah-tahfiz/feed/ 0 76984
RM62.91 juta diperuntukkan kepada Sabah, projek naik taraf TVET https://sabahmedia.com/2024/07/18/rm62-91-juta-diperuntukkan-kepada-sabah-projek-naik-taraf-tvet/ https://sabahmedia.com/2024/07/18/rm62-91-juta-diperuntukkan-kepada-sabah-projek-naik-taraf-tvet/#respond Thu, 18 Jul 2024 14:09:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57716
Read Time:39 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Sebanyak RM62.91 juta telah diperuntukan kepada Sabah bagi projek pembangunan dan menaik taraf peralatan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Pendidikan.

Timbalan Menterinya Wong Kah Woh berkata peruntukan itu adalah daripada Rolling Plan Satu hingga Empat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurutnya, ia antaranya melibatkan Pakej Ransangan Ekonomi melibatkan enam kolej vokasional dan 20 Sekolah Menengah Kebangsaan Program Vokasional Menengah Atas, pembinaan Kolej Vokasional Berasrama Penuh di hub pendidikan Sandakan dan pembekalan peralatan dan perabot bagi Kolej Vokasional Sandakan 2.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang ingin mengetahui peruntukan yang telah disediakan untuk menaik taraf peralatan bengkel di institut TVET di Malaysia terutamanya di Sabah, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/18/rm62-91-juta-diperuntukkan-kepada-sabah-projek-naik-taraf-tvet/feed/ 0 57716
Anak Sabah akan dilengkapi dengan kemahiran TVET, mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan https://sabahmedia.com/2024/04/21/anak-sabah-akan-dilengkapi-dengan-kemahiran-tvet-mampu-bersaing-dalam-pasaran-pekerjaan/ https://sabahmedia.com/2024/04/21/anak-sabah-akan-dilengkapi-dengan-kemahiran-tvet-mampu-bersaing-dalam-pasaran-pekerjaan/#respond Sun, 21 Apr 2024 08:47:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52871
Read Time:3 Minute, 51 Second

Oleh MUDA MUHAMMAD

Timbalan Perdana Menteri berikrar akan melengkapkan anak-anak negeri Sabah dengan kemahiran TVET bagi bersaing dalam pasaran pekerjaan. TPM turut menyatakan sejumlah 2,000 tempat disediakan di institusi TVET di China untuk industri teknologi tinggi dan industri.

“Apa yang kita mahu Malaysia – China Institute (MCI) yang ditubuhkan pihak MARA menyamai German – Malaysia Institute (GMI) dimanfaatkan sepenuhnya dan saya diminta oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar TVET ke negara itu dengan diberi biasiswa.”

Saya juga akan memastikan anak-anak Sabah untuk turut terlibat dengan TVET agar mereka dilengkapkan dengan kemahiran agar mereka mampu berdikari dan masuk ke dalam pasaran kerja berkualiti sekaligus menjana ekonomi negeri” demikian ucapan Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sambutan Aidilfirti di Putatan, Sabah.

Pada 16 Januari lepas, dalam Seminar Pendidikan Vokasional Malaysia-China yang diadakan di Qiangqiang Beijing International Business Hotel di China, sejumlah 17 institusi Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) di China bersetuju dan bersedia untuk bersama dalam penubuhan Malaysia-China Institute (MCI). Komitmen itu hadir dengan penawaran 2,000 kuota latihan sepanjang tahun ini bagi rakyat Malaysia untuk menjalani latihan TVET di China.

Pelajar-pelajar politeknik yang dihantar berlatih di China pada Disember 2023.

Inisiatif penubuhan Malaysia-China Institute (MCI) diusahakan bersama oleh Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib yang merupakan penasihat Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB). Sebelum ini PKPB bersama dengan Politeknik Sultan Azlan Shah telah menghantar 23 orang pelajar bagi menyertai latihan TVET Belia Malaysia-China dalam bidang automotif kenderaan elektrik (EV) di Yunnan Vocational Institute of Energy Technology selama dua minggu pada akhir tahun lepas.

Bermakna, inisiatif yang diumumkan oleh TPM untuk turut sama menghantar anak-anak negeri Sabah ke China boleh direalisasikan dalam masa terdekat ini. Di Sabah, terdapat sejumlah 3 politeknik iaitu Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sandakan dan Politeknik Tawau yang terbaharu sekali. Manakala di seluruh negeri Sabah terdapat sejumlah 72 pusat GiatMara yang melatih belia dalam pelbagai bidang kemahiran.

Dua hari lepas, GiatMara Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih tenaga kerja dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tempatan yang akan mendapat kepakaran dari China. Sejumlah 650 orang pelajar yang dihantar ke China, pelajar hanya perlu membiayai kos tiket sahaja, kos pengajian lain ditanggung sepenuhnya oleh organisasi daripada China.

Penghantaran pelajar GiatMara ke China adalah satu inisiatif yang baik, dalam situasi negeri Sabah besar kemungkinan Kerajaan Negeri Sabah perlu memikirkan cara untuk turut sama menanggung kos tiket penerbangan bagi membawa anak-anak Sabah bagi mengikuti latihan di sana.

Pelajar GiatMara dari negeri Sabah juga tidak kurang hebatnya. Yapp Kok Vui, daripada GiatMara Gaya Sabah telah mendapat pingat Gangsa dalam World Skills Malaysia dalam kategori Hairdressing. Manakala Zunizam bin Shadon dari GiatMara Penampang telah mendapat Sijil Kecemerlangan dalam World Skills Malaysia.

Pelajar-pelajar yang pulang setelah menjalani latihan dalam bidang berteknologi tinggi dan industri di China ini boleh menjadi pemacu kepada pembangunan sosio ekonomi negeri Sabah termasuklah merealisasikan pencapaian Sabah Maju Jaya (SMJ). Selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahukan 80% berkerja dalam kilang dan industri di Sabah.

“Kerajaan telah berjaya membawa ramai pelabur asing untuk membuka perniagaan  mereka di negeri ini, antaranya kilang kerajang tembaga oleh syarikat SK Nexilis dan  kilang pembuatan kaca solar, Kibing.

 

Kerajaan Negeri telah menetapkan sebanyak 80 peratus tenaga kerja bagi kilang ini  adalah penduduk tempatan. Namun sayangnya kekosongan yang ditawarkan belum  dapat diisi sepenuhnya kerana tenaga kerja di Sabah masih kekurangan kemahiran  yang diperlukan”, ujar Ketua  Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada ketika merasmikan Sabah TVET Symposium 2023. Dengan adanya usaha Malaysia-China Institute (MCI) ini, masalah kekurangan kemahiran itu akan dapat diatasi.

Kerajaan Negeri telah menetapkan sebanyak 80 peratus tenaga kerja bagi kilang ini  adalah penduduk tempatan. Namun sayangnya kekosongan yang ditawarkan belum  dapat diisi sepenuhnya kerana tenaga kerja di Sabah masih kekurangan kemahiran  yang diperlukan”, ujar Ketua  Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada ketika merasmikan Sabah TVET Symposium 2023. Dengan adanya usaha Malaysia-China Institute (MCI) ini, masalah kekurangan kemahiran itu akan dapat diatasi.

Keberhasilan SMJ yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji sudah mula menampakkan impak dan hasil yang positif untuk rakyat negeri Sabah. Kedudukan Sabah daripada segi pelaburan bukan lagi berada di tangga tercorot sebagaimana di zaman yang lepas, Sabah kini sudah berada di tempat ke-5 di Malaysia.

Bukan itu sahaja, pelaburan yang tinggi dalam sektor perkilangan akan diisi dengan tenaga pekerja tempatan dari Sabah sendiri yang mahir dan berpengetahuan dalam industri tersebut. Dengan inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) ini hasil saranan Timbalan Perdana Menteri ini, ianya akan merancakkan lagi sektor ekonomi di negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/21/anak-sabah-akan-dilengkapi-dengan-kemahiran-tvet-mampu-bersaing-dalam-pasaran-pekerjaan/feed/ 0 52871
Bidang TVET akan terus diperkasa dalam kalangan pelajar tahfiz https://sabahmedia.com/2023/09/17/bidang-tvet-akan-terus-diperkasa-dalam-kalangan-pelajar-tahfiz/ https://sabahmedia.com/2023/09/17/bidang-tvet-akan-terus-diperkasa-dalam-kalangan-pelajar-tahfiz/#respond Sun, 17 Sep 2023 02:39:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41982
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan terus memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam kalangan pelajar tahfiz.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata, berdasarkan statistik, lebih 80 peratus pelajar tahfiz tidak berjaya menghafal al-Quran sepenuhnya.

Justeru katanya, para pelajar ini perlu didedahkan dengan bidang kemahiran agar tidam tercicir dan dapat dijadikan sebagai tenaga mahir dalam negara.

“Sudah pasti kita juga mahu mereka ini didedahkan dengan bidang kemahiran supaya mereka tidak tercicir dan dapat dijadikan sebagai tenaga mahir di negara ini.

“Saya pernah melawat satu pusat Tahfiz di Kedah dimana budak-budak ini dilatih membuat pendawaian, elektrik dan juga di Johor ada juga diajar membuat bidang ‘drowth man’ untuk membuat pelan dan reka bentuk.

“Jadi ini yang kita mahu agar tiada generasi muda di negara ini tercicir.  Jadi kita akan pastikan bahawa semuanya akan didedahkan dengan bidang kemahiran mengikut minat masing-masing,” katanya 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Wacana Malaysia Madani di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, bagi negeri Sabah pihaknya sudah membincangkan agar pelajar institusi tahfiz di Sabah turut didedahkan dengan bidang TVET.

“Sudah ada permulaan yang baik tapi kita mahu supaya distrukturkan supaya kita mahu Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kerajaan Negeri terlibat secara langsung supaya kita boleh memastikan institusi Tahfiz yang ada di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]> https://sabahmedia.com/2023/09/17/bidang-tvet-akan-terus-diperkasa-dalam-kalangan-pelajar-tahfiz/feed/ 0 41982