Tyt hajiji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Mar 2026 22:15:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tyt hajiji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan komited melaksanakan pelbagai usaha pembangunan yang menyeluruh https://sabahmedia.com/2026/03/31/kerajaan-komited-melaksanakan-pelbagai-usaha-pembangunan-yang-menyeluruh/ https://sabahmedia.com/2026/03/31/kerajaan-komited-melaksanakan-pelbagai-usaha-pembangunan-yang-menyeluruh/#respond Mon, 30 Mar 2026 22:15:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94015
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tetap komited melaksanakan pelbagai usaha pembangunan yang menyeluruh.

“Ini termasuk penekanan kepada pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan infrastruktur serta peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya, demi kesejahteraan rakyat.

“Dalam menjayakan agenda ini, anggota perkhidmatan awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, jujur dan berintegriti bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan,” katanya di Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-75. Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Isnin.

Tambahnya, dengan terbentuknya Kerajaan Negeri yang baharu bagi penggal kedua pada November lalu, agenda pembangunan yang holistik berteraskan Hala Tuju SMJ 2.0 iaitu lanjutan daripada Dasar Hala Tuju SMJ 1.0, akan menjadi panduan dan landasan dalam membawa negeri ini ke mercu kejayaan.

“Kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ 1.0, memberikan kita keyakinan bahawa pendekatan pentadbiran Kerajaan sejak lima tahun lalu berada pada landasan yang tepat.

“Justeru, Pelan Pembangunan SMJ 2.0 merupakan lanjutan yang menuntut perubahan yang berterusan dalam mempertingkatkan keupayaan diri, merangkumi perubahan cara berfikir dan bekerja serta mencipta nilai baharu untuk kemajuan dan pembangunan yang berterusan,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak untuk memainkan berperanan masing-masing dalam menjunjung tinggi nilai profesionalisme, memelihara disiplin dan berpegang teguh kepada integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Saya yakin, bahawa pentadbiran yang berteraskan integriti dan tadbir urus yang baik akan mampu meningkatkan keyakinan pelabur, memperkukuh daya saing ekonomi negeri serta mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah pembangunan yang mampan,” katanya.

Hajiji berkata segala usaha dan inisiatif murni Kerajaan hendaklah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan Sabah terus bergerak maju dan mencapai pembangunan yang mampan selaras dengan aspirasi pembangunan negeri.

Ketua Menteri turut berkata bahawa beliau serta seluruh anggota pentadbiran negeri amat menghargai kepimpinan, kebijaksanaan serta naungan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, yang menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan keharmonian rakyat di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/31/kerajaan-komited-melaksanakan-pelbagai-usaha-pembangunan-yang-menyeluruh/feed/ 0 94015
Tun Musa, Hajiji hadir Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran Hari Kebangsaan, Hari Sabah  https://sabahmedia.com/2025/08/29/tun-musa-hajiji-hadir-majlis-tahlil-dan-doa-kesyukuran-hari-kebangsaan-hari-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/29/tun-musa-hajiji-hadir-majlis-tahlil-dan-doa-kesyukuran-hari-kebangsaan-hari-sabah/#respond Fri, 29 Aug 2025 07:29:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80293
Read Time:47 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai kepimpinan negeri menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Tahun 2025 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, pada Jumaat. 

Hadir sama,  Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd.Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Majlis  berkenaan dimulakan dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum diteruskan dengan azan, Solat Jumaat dan Solat Hajat bagi memohon keberkatan, keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah. 

Program tahunan itu diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta sebagai simbolik kesyukuran rakyat Sabah atas nikmat keamanan, kemajuan dan keharmonian yang terus dikecapi sejak pembentukan Malaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/29/tun-musa-hajiji-hadir-majlis-tahlil-dan-doa-kesyukuran-hari-kebangsaan-hari-sabah/feed/ 0 80293