TYT PDK Harapan kasih – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Mar 2024 05:32:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TYT PDK Harapan kasih – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Juhar santuni warga PDK Harapan Kasih https://sabahmedia.com/2024/03/07/tun-juhar-santuni-warga-pdk-harapan-kasih/ https://sabahmedia.com/2024/03/07/tun-juhar-santuni-warga-pdk-harapan-kasih/#respond Thu, 07 Mar 2024 05:32:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50677
Read Time:59 Second

Lahad Datu: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hadir menyantuni 20 penghuni Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Harapan Kasih Lahad Datu di sini baru-baru ini.

Tun Juhar ditemani isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni turut menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) dan makanan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah sempena lawatan rasmi ke daerah berkenaan.

Dalam lawatan amal itu, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah yang diiringi Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul dan Pengerusi PDK Harapan Kasih, Fatma Thonge juga sempat bertanya khabar dua warga emas di rumah kebajikan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi YNJ Datuk Al Hambra Tun Juhar berkata, sumbangan YNJ itu diharap dapat meringankan beban kewangan di samping menceriakan para penghuni.

“Hari ini, kita mengadakan lawatan ke PDK di Rumah Sinar Pelangi sambil menyantuni golongan OKU dengan memberi sedikit sumbangan kepada mereka.

“Sumbangan berupa wang tunai ini diharap mampu meringankan beban yang mereka tanggung seterusnya dapat membeli sesuatu yang mereka inginkan,” katanya.

Al Hambra yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata, yayasan berkenaan akan terus menggerakkan program kebajikan serta sumbangan kepada golongan asnaf pada bulan Ramadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/07/tun-juhar-santuni-warga-pdk-harapan-kasih/feed/ 0 50677