TYT Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Sep 2025 11:00:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TYT Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis tahan lelaki buat hantaran hasutan hina TYT Sabah dan Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2025/09/09/polis-tahan-lelaki-buat-hantaran-hasutan-hina-tyt-sabah-dan-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2025/09/09/polis-tahan-lelaki-buat-hantaran-hasutan-hina-tyt-sabah-dan-ketua-menteri/#respond Tue, 09 Sep 2025 10:48:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80880
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun di Papar kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri Sabah melalui aplikasi TikTok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, laporan polis mengenai hantaran itu diterima pada 7 September lalu melibatkan akaun TikTok menggunakan nama @BentanaAlamin85.

“Hasil siasatan, polis menahan suspek pada 9 September kira-kira jam 2.45 petang di Papar. Turut dirampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan berunsur hasutan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, semakan awal mendapati suspek adalah pemilik akaun berkenaan selain mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Polis menasihati orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab. Elakkan mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau menimbulkan keresahan masyarakat,” jelas Jauteh.

Beliau menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/09/polis-tahan-lelaki-buat-hantaran-hasutan-hina-tyt-sabah-dan-ketua-menteri/feed/ 0 80880
Tangani sikap radikal dan krisis moral generasi muda https://sabahmedia.com/2025/06/27/tangani-sikap-radikal-dan-krisis-moral-generasi-muda/ https://sabahmedia.com/2025/06/27/tangani-sikap-radikal-dan-krisis-moral-generasi-muda/#respond Fri, 27 Jun 2025 07:04:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76252
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Pendekatan yang menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menangani kemunculan sikap radikal, tidak bertolak ansur dan krisis moral dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, ia termasuklah pengukuhan pendidikan karakter, penyebaran dakwah yang penuh hikmah serta pengawasan terhadap media sosial.

Katanya, ia perlu dilakukan supaya ianya tidak menjadi alat penyebaran dakyah kebencian.

“Institusi-institusi keagamaan, pendidikan, serta media massa memiliki tanggung jawab besar untuk sama-sama mencipta kesedaran kolektif, tentang pentingnya membangun umat madani mengikut acuan yang diredhai. 

“Tanggungjawab ini juga, perlu digalas oleh setiap individu dengan menjadi agen perubahan serta menunjukkan sikap adil, toleransi, dan menghargai   sesama   insan dalam kehidupan,” katanya.

Tun Musa berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pada majlis pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Sabah 1447h di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Hadir sama isterinya Toh Puan Faridah Tussin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri Datin Seri Juliah Salag.

Musa berkata tema sambutan Maal Hijrah kali ini, ‘Membangun Ummah Madani’ amat bermakna dan relevan, selain menjadi manifestasi daripada peristiwa hijrah 

Rasulullah SAW. 

“Ia bukanlah sekadar perpindahan secara fizikal dari Makkah ke Madinah tetapi satu transformasi menyeluruh, dari kelemahan kepada kekuatan, dari kejahilan jepada ilmu pengetahuan dan dari perpecahan kepada kesatuan. 

“Itulah simbol perubahan yang terancang dengan strategi mantap yang menjadi asas kepada kemunculan tamadun islam yang gemilang,” katanya.

Katanya, sambutan Maal Hjjrah juga perlu djadikan sebagai pemangkin kepada perubahan cara berfikir, budaya kerja cemerlang dan arah tuju umat Islam untuk menjadi umat yang progresif dan dinamik. 

“Progresif bermakna umat yang sentiasa mara ke hadapan dalam bidang ilmu, ekonomi, teknologi, pemikiran dan kemanusiaan, manakala dinamik pula bermakna umat Islam yang tangkas menghadapi cabaran zaman, tidak statik dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia yang bergerak dengan pantas,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/27/tangani-sikap-radikal-dan-krisis-moral-generasi-muda/feed/ 0 76252
Tun Musa, Hajiji hadir majlis kesyukuran sambutan awal tahun hijrah https://sabahmedia.com/2025/06/27/tun-musa-hajiji-hadir-majlis-kesyukuran-sambutan-awal-tahun-hijrah/ https://sabahmedia.com/2025/06/27/tun-musa-hajiji-hadir-majlis-kesyukuran-sambutan-awal-tahun-hijrah/#respond Thu, 26 Jun 2025 23:43:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76226
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Baharu Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Negeri Sabah pada Khamis.

Keberangkatan tiba Tun Musa pada jam 6 petang itu disambut Hajiji dan barisan kepimpinan negeri, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri  Masidi Manjun.

Turut menyambut ketibaan adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1446H, disusuli Doa Awal Tahun 1447H, sebelum jemaah menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat. Para jemaah kemudiannya diberikan Tazkirah Khas yang menyentuh pengajaran penting daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

Program diteruskan dengan Solat Fardhu Isyak berjemaah sebelum para tetamu dijamu dalam satu jamuan ringkas. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/27/tun-musa-hajiji-hadir-majlis-kesyukuran-sambutan-awal-tahun-hijrah/feed/ 0 76226
Patuh dan percaya kepada Agong, tindakan Fahmi boleh timbulkan keadaan tidak harmoni. https://sabahmedia.com/2024/12/27/patuh-dan-percaya-kepada-agong-tindakan-fahmi-boleh-timbulkan-keadaan-tidak-harmoni/ https://sabahmedia.com/2024/12/27/patuh-dan-percaya-kepada-agong-tindakan-fahmi-boleh-timbulkan-keadaan-tidak-harmoni/#respond Fri, 27 Dec 2024 10:26:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66048
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Tindakan pereka grafik dan aktivis politik dari Semenanjung, Fahmi Reza memegang poster provokasi berbentuk penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman boleh menimbulkan keadaan tidak harmoni di negeri ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahaya berkata, keadaan ini dilihat boleh menghasut perasaan marah serta benci kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Katanya, provokasi ini dikenal pasti boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram apabila dengan sengaja menghasut rakyat Sabah untuk menentang pelantikan Tun Musa Aman.

“Kita menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kepada Fahmi Reza ini agar tidak ada perkara buruk berlaku di negeri ini.

“Kelihatan beberapa hantaran berniat menghasut rakyat Sabah berunsur negatif, sudah tentu perbuatan Fahmi Reza ini menimbulkan keadaan tidak tenteram kalangan penduduk di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yazri berkata, setakat ini beberapa karikatur memaparkan wajah Musa Aman mengigit wang serta perkataan protes koruptor nombor satu ditampal dibeberapa kawasan di sekitar ibu negeri.

“Kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Fahmi Reza sekali gus menghentikan perbuatannya dalam tempoh terdekat.

“Pagi ini kita melihat posting Fahmi berada di hadapan kawasan pelancongan terkenal, bangunan Maybank Jalan Pantai, Kota Kinabalu sehingga tular di media sosial,” jelas Mohd Yazri.

Terdahulu Fahmi Reza memuat naik di laman sosial berkaitan sekeping gambar memegang poster provokasi berbentuk penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) yang baharu, Tun Musa Aman di hadapan bangunan Maybank Jalan Pantai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kedatangan Fahmi ke Sabah untuk menyertai himpunan yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa UMS pada 31 Disember ini.

Sebelum ini, Tun Musa Aman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Istana Negara pada 17 Disember lalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/27/patuh-dan-percaya-kepada-agong-tindakan-fahmi-boleh-timbulkan-keadaan-tidak-harmoni/feed/ 0 66048
Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya https://sabahmedia.com/2024/12/20/hentikan-fitnah-musa-aman-pilihan-tepat-sebagai-tyt-sabah-yahya/ https://sabahmedia.com/2024/12/20/hentikan-fitnah-musa-aman-pilihan-tepat-sebagai-tyt-sabah-yahya/#respond Fri, 20 Dec 2024 13:29:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65748
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, tampil menggesa pihak tertentu agar menghentikan segala fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap Tun Musa Aman, yang bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11.

Yahya menegaskan bahawa pelantikan Musa sebagai pengganti Tun Juhar Mahiruddin, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember 2024, adalah langkah yang tepat dan sesuai.

Pelantikan tersebut, katanya, dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Negeri dan tidak seharusnya dipertikaikan.

“Musa adalah tokoh berpengalaman luas dan telah banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah, khususnya dalam bidang ekonomi, infrastruktur, sosial, dan politik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Yahya, sebagai bekas Ketua Menteri Sabah, Musa telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri ini.

“Tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan fitnah dan cuba menghasut rakyat untuk membenci kepimpinan negeri dan negara amat tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila isu ini turut melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Memandangkan fitnah terus dilemparkan terhadap Musa, saya menggesa pihak-pihak ini agar segera menghentikan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut,” tegas Yahya, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri penuh di bawah pentadbiran Musa.

Pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 mendapat perkenan Sultan Ibrahim, yang turut menyampaikan Surat Cara Pelantikan pada 17 Disember di Istana Negara.

Musa juga telah dianugerahkan pingat kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa baktinya.

Pelantikan ini mencatatkan sejarah baharu dalam landskap politik Sabah.

Justeru, Yahya menyeru rakyat agar menghormati proses ini demi perpaduan dan kestabilan negeri.

“Sabah memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa, dan saya percaya Musa adalah pilihan yang tepat untuk membawa negeri ini ke arah yang lebih cemerlang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/20/hentikan-fitnah-musa-aman-pilihan-tepat-sebagai-tyt-sabah-yahya/feed/ 0 65748
Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar fitnah https://sabahmedia.com/2024/12/19/isu-pelantikan-tyt-sabah-keadilan-sabah-seru-hormati-perlembagaan-henti-sebar-fitnah/ https://sabahmedia.com/2024/12/19/isu-pelantikan-tyt-sabah-keadilan-sabah-seru-hormati-perlembagaan-henti-sebar-fitnah/#respond Thu, 19 Dec 2024 05:06:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65681
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah mengecam sekeras-kerasnya penyebaran berita palsu berkaitan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

Tuduhan bahawa pelantikan ini merupakan perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk melantik Pengerusi KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, sebagai Ketua Menteri Sabah dianggap tidak berasas dan berniat jahat.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat, Razeef Rakimin berkata seperti termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 1(1), Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara Baginda selepas perundingan dengan Ketua Menteri.

“Justeru, semua pihak harus menghormati proses ini yang telah dijalankan dengan sempurna,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Cabang KEADILAN Sepanggar Peto Galim dan Timbalan Biro Komunikasi MPN Sabah Fikrie Gorbet.

KEADILAN Sabah turut mengecam tindakan sesetengah pemimpin politik yang menyerang Perdana Menteri berkaitan pelantikan ini.

Tindakan sedemikian disifatkan sebagai cubaan mengeruhkan suasana dan menyebarkan fitnah yang tidak berasas.

Parti itu juga menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda menyampaikan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11. Turut disampaikan ialah anugerah pingat kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara di Istana Negara.

KEADILAN Sabah turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun Juhar Mahiruddin atas khidmat cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Dalam pada itu, KEADILAN Sabah menyeru semua pihak agar menghentikan penyebaran berita palsu dan fitnah demi menjaga keharmonian negeri dan menghormati institusi perlembagaan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/19/isu-pelantikan-tyt-sabah-keadilan-sabah-seru-hormati-perlembagaan-henti-sebar-fitnah/feed/ 0 65681
Musa Aman dilantik Yang di-Pertua Negeri Sabah baharu https://sabahmedia.com/2024/12/17/musa-aman-dilantik-yang-di-pertua-negeri-sabah-baharu/ https://sabahmedia.com/2024/12/17/musa-aman-dilantik-yang-di-pertua-negeri-sabah-baharu/#respond Tue, 17 Dec 2024 02:04:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65557
Read Time:43 Second

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11.

Beliau menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah di Balairung Kecil, Istana Negara di sini hari ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun.

Musa, 73, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dilantik bagi menggantikan Yang di-Pertua Negeri sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.

Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya Yang di-Pertua Negeri paling lama berkhidmat setakat ini.

Musa menjadi Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018. – SABAH MEDIA / FOTO FB SULTAN IBRAHIM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/17/musa-aman-dilantik-yang-di-pertua-negeri-sabah-baharu/feed/ 0 65557
Kunjungan perpisahan Malek terhadap Tun Juhar https://sabahmedia.com/2024/09/06/kunjungan-perpisahan-malek-terhadap-tun-juhar/ https://sabahmedia.com/2024/09/06/kunjungan-perpisahan-malek-terhadap-tun-juhar/#respond Fri, 06 Sep 2024 06:16:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60251
Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan perpisahan Panglima 5 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman.

Menurut Malek, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada Tun Juhar berkenaan serah tugas kepada Panglima 5 Divisyen yang baharu.

“Serah menyerah itu akan berlaku pada 11 September nanti, di mana Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin akan mengambil alih tugas sebagai Panglima 5 Divisyen yang baharu.

“Saya akan bertukar ke Bahagian Operasi Latihan dan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertempat di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan berkenaan di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Malek berharap agar segala yang diusahakan oleh Panglima Divisyen dan kerjasama termasuk kerjasama erat dengan kerajaan negeri dapat diteruskan untuk menentukan keselamatan negeri Sabah.

Beliau juga percaya Panglima yang baharu akan meneruskan tugas dan tanggungjawab dalam menentukan keselamatan negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/06/kunjungan-perpisahan-malek-terhadap-tun-juhar/feed/ 0 60251
13 Kek Dipersembah Sempena Hari Jadi Rasmi TYT Sabah Ke-68 https://sabahmedia.com/2021/09/28/13-kek-dipersembah-sempena-hari-jadi-rasmi-tyt-sabah-ke-68/ https://sabahmedia.com/2021/09/28/13-kek-dipersembah-sempena-hari-jadi-rasmi-tyt-sabah-ke-68/#comments Tue, 28 Sep 2021 09:53:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6942
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Sempena sambutan hari jadi rasmi ke-68 Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, 13 biji kek dipersembah di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Berucap pada majlis ringkas di Dewan Istiadat hari ini, Tun Juhar bersama isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang.

Menurut beliau, semua kek tersebut akan diagihkan kepada rumah kebajikan, anak yatim dan rumah warga tua di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Pada majlis itu, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) mempersembahkan kek seberat 100 kilogram yang membentuk ikon kebanggaan rakyat Sabah iaitu Gunung Kinabalu dan Istana Seri Kinabalu hasil nukilan Chef Salfian Salleh.

Turut menarik perhatian, kek seberat 80 kg yang direka Chef Ismail Saidan dari Hotel Hyatt Regency, berkonsepkan hobi Tun Juhar berbentuk motosikal, piano, gitar serta sukan golf dan mengambil masa dua minggu untuk disiapkan.

Berbeza dengan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia yang mempersembahkan kek jenis hybrid gabungan unsur tradisional yang diperbuat dari pulut kuning di bahagian bawah dan unsur moden iaitu kek fondant berasaskan coklat pada bahagian atas.

Menurut Panglima Lima Divisyen, Mejar General Datuk Mohd Halim Khalid, pada bahagian atas kek tersebut diletakkan replika orang menarik suis penembak meriam yang mengambil tema aktiviti Tun Juhar ketika di Lapang sasar Kem Paradise Kota Belud dan seterusnya dijelmakan dalam bentuk gambar.

Tidak ketinggalan, Markas Pemerintah Armada Timur dengan kek fondant dan kek span seberat 10 kg yang disiapkan dalam masa tiga hari.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen (PDRM) Sabah pula mempersembahkan kek seberat 10 kg berbentuk uniform PDRM serta topi yang disiapkan dalam masa tiga hari oleh Chef Almie Mohd Ali dan pasukannya.

Turut mempersembahkan kek masing-masing ialah Le Meridien Hotel, Shang La’s Rasa Ria Resort, Sutera Harbour, The Palace Kota Kinabalu, Dreamtel Kota Kinabalu, North Borneo University College, Horizon Hotel dan Promenade Hotel. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/28/13-kek-dipersembah-sempena-hari-jadi-rasmi-tyt-sabah-ke-68/feed/ 1 6942