tyt – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Jul 2026 10:51:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tyt – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji mengiringi TYT pada Majlis Mengadap Sultan Brunei https://sabahmedia.com/2026/07/15/hajiji-mengiringi-tyt-pada-majlis-mengadap-sultan-brunei/ https://sabahmedia.com/2026/07/15/hajiji-mengiringi-tyt-pada-majlis-mengadap-sultan-brunei/#respond Wed, 15 Jul 2026 10:46:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99920
Read Time:1 Minute, 3 Second

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman, di sini pada Rabu.

Majlis itu turut dihadiri isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman dan isteri, Datin Siti Yuslaini Mohd Samsuri.

Terdahulu pada sebelah pagi, Hajiji dan isteri adalah antara tetamu khas yang menghadiri Majlis Istiadat Barisan Kehormatan Bagi Memperingati Hari Keputeraan Yang Ke-80 Kebawah DYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali, sebelum menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei di Istana Nurul Iman.

Sepanjang lawatan rasmi itu, Hajiji turut menghadiri beberapa lagi acara istiadat rasmi yang telah diatur sempena sambutan berkenaan, termasuk Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 80 Sultan BruneI, pada Khamis malam.

Sementara itu, Ketua Menteri dan isteri tiba di Brunei pada Selasa lalu, bagi mewakili Kerajaan Negeri Sabah dalam istiadat rasmi sempena sambutan berkenaan, sekali gus mencerminkan hubungan erat serta persahabatan yang sekian lama terjalin antara Sabah dan Brunei.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/15/hajiji-mengiringi-tyt-pada-majlis-mengadap-sultan-brunei/feed/ 0 99920
Semangat hijrah mampu bentuk generasi muda berilmu, berintegriti – Tun Musa https://sabahmedia.com/2026/06/17/semangat-hijrah-mampu-bentuk-generasi-muda-berilmu-berintegriti-tun-musa/ https://sabahmedia.com/2026/06/17/semangat-hijrah-mampu-bentuk-generasi-muda-berilmu-berintegriti-tun-musa/#respond Wed, 17 Jun 2026 08:58:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98366
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Semangat hijrah perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda Islam sebagai usaha membentuk individu yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta sahsiah diri.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, generasi muda perlu menjadikan semangat hijrah sebagai dorongan untuk melakukan perubahan positif dalam kehidupan, selain memperkukuhkan jati diri serta keperibadian yang baik.

“Generasi muda juga mesti bijak memanfaatkan kemudahan digital untuk tujuan yang berfaedah seperti pembelajaran, pembangunan kemahiran dan keusahawanan. 

“Gejala sosial yang merosakkan masa depan serta menjejaskan potensi diri, mesti dijauhi. Dengan berbekalkan semangat hijrah, generasi muda mampu menjadi pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan bertanggungjawab dalam membangunkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sabah di sini pada Rabu.

Tun Musa berkata, dengan semangat hijrah yang dipandu oleh nilai keimanan, integriti dan ihsan diharap Sabah terus melakar kemajuan yang diberkati Allah SWT serta menjadi negeri yang damai, harmoni dan sejahtera.

“Marilah kita melangkah ke tahun byaharu Hijrah dengan tekad yang baharu, hati yang bersih dan azam yang teguh untuk mencapai kejayaan demi agama, bangsa dan negara.

“Semoga setiap langkah yang kita ambil menjadi satu bentuk hijrah yang membawa manfaat kepada diri, keluarga, ummah dan Negeri Sabah yang kita cintai,” katanya.

Terdahulu, Tun Musa berkata, peristiwa Hijrah juga memberikan pengajaran bahawa kejayaan bukan lahir daripada keselesaan tetapi daripada pengorbanan, kesabaran dan keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT.

Menurutnya, semangat hijrah yang telah dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW sangat perlu untuk dihidupkan lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran dunia moden yang semakin kompleks.

“Umat Islam mesti berhijrah daripada budaya menyalahkan kepada budaya menyumbang daripada sikap mementingkan diri kepada sikap kebersamaan serta daripada kelemahan ilmu kepada kecemerlangan pengetahuan. 

“Inilah roh hijrah yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/17/semangat-hijrah-mampu-bentuk-generasi-muda-berilmu-berintegriti-tun-musa/feed/ 0 98366
Sektor ekonomi, pelaburan dan infrastuktur Sabah catat perkembangan positif – Tun Musa https://sabahmedia.com/2026/03/30/sektor-ekonomi-pelaburan-dan-infrastuktur-sabah-catat-perkembangan-positif-tun-musa/ https://sabahmedia.com/2026/03/30/sektor-ekonomi-pelaburan-dan-infrastuktur-sabah-catat-perkembangan-positif-tun-musa/#respond Mon, 30 Mar 2026 06:15:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93994
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Sabah terus menunjukkan perkembangan positif dalam sektor ekonomi, pelaburan dan pembangunan infrastruktur sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hasil pelbagai inisiatif strategik yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, usaha itu dipergiat melalui pemerkasaan sektor utama seperti pertanian, pelancongan, perindustrian serta ekonomi berasaskan sumber, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Katanya, usaha menarik pelaburan domestik dan asing turut dipergiatkan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan yang mampan.

“Pembangunan infrastruktur asas yang meliputi pembinaan dan penaiktarafan jalan raya, sistem bekalan air bersih serta  kemudahan bekalan elektrik yang stabil harus diberikan penekanan.

“Usaha ini amat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, di samping merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh jaringan perhubungan antara bandar dan luar bandar.

“Pembangunan prasarana yang terancang dan berdaya tahan akan menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri secara menyeluruh bagi memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan,” katanya.

Tun Musa berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 di Istana Seri Kinabalu di sini pada Isnin.

Beliau berkata, aspek pendidikan dan pembangunan modal insan, juga akan diberikan penekanan bagi melahirkan generasi muda yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berdaya saing, selaras dengan keperluan pasaran kerja masa kini.

Menurutnya, pembangunan modal insan yang berkualiti merupakan asas utama dalam memastikan negeri Sabah mampu bersaing dan terus maju.

“Turut diberikan keutamaan adalah aspek kesihatan bagi meningkatkan  kesejahteraan  rakyat,  melalui  peningkatan  kemudahan perubatan yang berkualiti dan perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh.

“Tujuannya adalah untuk memastikan setiap rakyat mendapat rawatan yang cepat, selamat dan berkesan.

“Saya merasa gembira mendapat tahu bahawa, transformasi digital dalam penyampaian perkhidmatan awam sedang giat dilaksanakan. Inisiatif pendigitalan sistem dan proses kerja bertujuan meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kemudahan akses kepada rakyat.

“Pendekatan ini, membolehkan perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan dengan lebih pantas, tepat dan berkesan demi kesejahteraan seluruh rakyat Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Musa turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan seluruh anggota Kabinet atas komitmen berterusan dalam merancang dan melaksanakan   dasar-dasar pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

“Segala usaha yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam telah menyumbang kepada kestabilan, kemajuan serta kemakmuran negeri yang kita cintai ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/30/sektor-ekonomi-pelaburan-dan-infrastuktur-sabah-catat-perkembangan-positif-tun-musa/feed/ 0 93994
Rakyat Sabah diseru terus pelihara hubungan baik antara kaum, agama – TYT https://sabahmedia.com/2025/12/23/rakyat-sabah-diseru-terus-pelihara-hubungan-baik-antara-kaum-agama-tyt/ https://sabahmedia.com/2025/12/23/rakyat-sabah-diseru-terus-pelihara-hubungan-baik-antara-kaum-agama-tyt/#respond Tue, 23 Dec 2025 11:28:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88774
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diseru agar terus memelihara hubungan baik antara kaum dan agama bagi menjamin kesinambungan perpaduan serta keharmonian di negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman berkata negeri dan negara akan terus makmur sekiranya rakyat mengamalkan sikap toleransi serta saling menghormati.

“Di Sabah, kita berbangga dengan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang hidup aman serta saling bergantung antara satu sama lain.

“Inilah kekuatan Sabah sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian dan keharmonian yang wajar dipelihara.

“Krismas bukan sekadar sebuah perayaan, sebaliknya membawa mesej kasih sayang, kedamaian dan harapan. Nilai-nilai ini amat penting dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan saling menghormati,” ujarnya semasa Perutusan Khas Selamat Hari Natal 2025 dan Tahun Baharu 2026, pada Selasa.

Menurut Tun Musa, Sabah berdepan pelbagai cabaran sepanjang 2025 antaranya ketidaktentuan ekonomi global, perubahan iklim serta keperluan menyesuaikan diri dengan kepesatan perkembangan teknologi yang memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat.

“Namun, rakyat Sabah sekali lagi membuktikan kekuatan dan daya tahan mereka. Pembangunan ekonomi yang menyeluruh kekal menjadi teras utama dalam usaha memacu kemajuan negeri ke arah masa depan yang lebih makmur dan berdaya saing,” katanya.

Beliau juga memaklumkan kerajaan negeri komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan pembangunan dapat dinikmati secara seimbang oleh rakyat di seluruh pelosok negeri tanpa mengira latar belakang.

“Kejayaan pembangunan ekonomi yang inklusif bergantung kepada tadbir urus berintegriti, penyampaian perkhidmatan awam yang cekap serta kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan rakyat.

“Dengan semangat kebersamaan ini, saya yakin Sabah mampu melangkah ke tahap kemajuan yang lebih tinggi, selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya,” jelasnya.

Tambah Tun Musa lagi, Sabah kini berada di landasan yang tepat menuju masa depan yang lebih cerah dan masih terdapat ruang penambahbaikan.

“Kemajuan positif dapat dilihat dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, infrastruktur, digitalisasi, penyampaian perkhidmatan awam serta pembangunan luar bandar.

“Pelbagai inisiatif berimpak tinggi terus dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di bandar dan luar bandar, termasuk program peningkatan pendapatan, peluang keusahawanan, akses pendidikan berkualiti serta peluasan capaian digital,” katanya.

Menurut beliau, segala usaha itu selaras dengan aspirasi memastikan rakyat tanpa mengira lokasi, kaum dan latar belakang mempunyai peluang yang adil, kehidupan lebih berkualiti serta masa depan yang terjamin.

Mengakhiri perutusannya, Tun Musa mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian serta rakyat Sabah yang meraikannya.

“Semoga sambutan Krismas diraikan dalam suasana aman, meriah dan penuh kasih sayang bersama keluarga serta insan tersayang,” ucapnya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada anggota perkhidmatan awam, pasukan keselamatan, agensi penguat kuasa, badan sukarela serta seluruh rakyat Sabah atas sumbangan dan komitmen berterusan. – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/23/rakyat-sabah-diseru-terus-pelihara-hubungan-baik-antara-kaum-agama-tyt/feed/ 0 88774
YADIM tambah Da’i ke pedalaman Sabah hujung bulan ini https://sabahmedia.com/2025/08/19/yadim-tambah-dai-ke-pedalaman-sabah-hujung-bulan-ini/ https://sabahmedia.com/2025/08/19/yadim-tambah-dai-ke-pedalaman-sabah-hujung-bulan-ini/#respond Mon, 18 Aug 2025 22:17:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79591
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menambah bilangan da’i di Sabah kepada 40 orang hujung bulan ini bagi memperluas program dakwah di kawasan pedalaman.

Pengarah Yadim Negeri Sabah, Mohd Tabi’in Sahri berkata ketika ini seramai 28 da’i ditempatkan di seluruh daerah dan mereka melaksanakan aktiviti termasuk Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk semua peringkat umur.

“Setiap hari mereka menjalankan aktiviti lapangan sebagai da’i. Insya-Allah hujung Ogos ini, jumlah itu akan dilengkapkan kepada 40 orang bagi memperkukuh usaha dakwah di pedalaman.

”Program utama Yadim di Sabah tahun ini termasuk siri seminar dan simposium kefahaman Madani bersama guru KAFA seluruh negeri dan seterusnya diperluaskan kepada anggota RELA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat Yadim kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Isnin.

Kunjungan hormat itu turut bertujuan menyatakan hasrat YADIM kepada Yang di-Pertua Negeri untuk berkolaborasi secara lebih aktif dan bersungguh di dalam menyebarkan Islam serta menyebarkan dakwah dalam pelbagai aspek.

Sementara itu, Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom menegaskan pendekatan sederhana menjadi asas dakwah Yadim agar mesej Islam lebih mudah difahami masyarakat berbilang kaum termasuk golongan belia.

”Pendekatan itu seiring aspirasi Malaysia Madani selain memanfaatkan medium digital seperti Facebook, TikTok dan WhatsApp dalam usaha mendekatkan dakwah kepada generasi muda.

”Yadim juga menumpukan usaha memperkukuh peranan sekolah pondok dan tahfiz agar lebih tersusun serta relevan dengan arus pendidikan perdana,” ujarnya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Zamri Zainal Abidin dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Sainuri Yahmin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/19/yadim-tambah-dai-ke-pedalaman-sabah-hujung-bulan-ini/feed/ 0 79591
Tun Musa mahu setiap lapisan pentadbiran, kepimpinan sabah martabat integriti https://sabahmedia.com/2025/06/21/tun-musa-mahu-setiap-lapisan-pentadbiran-kepimpinan-sabah-martabat-integriti/ https://sabahmedia.com/2025/06/21/tun-musa-mahu-setiap-lapisan-pentadbiran-kepimpinan-sabah-martabat-integriti/#respond Sat, 21 Jun 2025 12:02:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75921
Read Time:2 Minute, 15 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu : Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mahu setiap lapisan pentadbiran dan kepimpinan negeri ini memartabatkan integriti bagi memastikan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan sentiasa terpelihara.

Beliau berkata menerusi kepimpinan berwibawa dan disertai sokongan seluruh lapisan masyarakat, Sabah akan terus maju dan makmur.

“Adalah menjadi hasrat saya untuk memastikan negeri ini terus ditadbir dengan penuh integriti, amanah dan bijaksana serta dibangunkan dengan perancangan yang mampan dan berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya dalam Perutusan Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang Dipertua Negeri Sabah di sini hari ini.

Beliau menyampaikan perutusan itu pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Kehormat Negeri Sabah 2025 di Istana Seri Kinabalu hari ini menyaksikan 60 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat masing-masing.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan pemimpin kerajaan negeri.

Musa berkata pelbagai usaha pembangunan perlu dipertingkatkan untuk memastikan kemajuan negeri secara mampan dan terangkum, dengan kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat.

Beliau turut menekankan kepentingan menghadapi cabaran global dengan pendekatan progresif, termasuk penggalakan inovasi teknologi dan pembangunan modal insan berkualiti serta pengukuhan sektor ekonomi yang berdaya tahan.

“Pembentukan masyarakat yang dinamik dan berdaya saing amat penting bagi menjamin kelangsungan pembangunan negeri secara mampan,” katanya.

Musa turut menyeru agar perpaduan dalam kalangan rakyat terus dipelihara kerana ia merupakan asas kekuatan keharmonian yang menjadi tunjang kepada keamanan serta kemajuan negeri.

Beliau turut memuji kepimpinan Hajiji dan anggota Kabinetnya yang komited memajukan Sabah.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim mendahului senarai penganugerahan hari ini dengan dianugerahkan Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima”.

Turut menerima SPDK ialah ahli perniagaan Datuk Ahmad Fuad Md Ali dan Datuk Albert Lim Yu Ming.

Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) membawa gelaran “Datuk” menyaksikan sebanyak 37 penerima hari ini antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang.

Penerima PGDK lain ialah Ahli Dewan Negara Anna Bell@Suzieana Perian, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim dan Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu.

Turut menerima PGDK ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Alexander Siew How Wai, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah SAC Abdul Rahman Ishak, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Maria Suleiman dan wartawan berpengalaman Emin Madi yang juga pemberita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Sabah.

Sesi pertama istiadat itu turut menyaksikan lima individu menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), masing-masing empat bagi Ahli Darjah Kinabalu (ADK) dan Bintang Setia Kinabalu (BSK) manakala enam bagi Jaksa Pendamai.

Terdahulu, Musa dengan diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri upacara perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah di Padang Merdeka.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/21/tun-musa-mahu-setiap-lapisan-pentadbiran-kepimpinan-sabah-martabat-integriti/feed/ 0 75921
Tun Musa hadir majlis tahlil, doa selamat sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT https://sabahmedia.com/2025/06/20/tun-musa-hadir-majlis-tahlil-doa-selamat-sempena-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt/ https://sabahmedia.com/2025/06/20/tun-musa-hadir-majlis-tahlil-doa-selamat-sempena-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt/#respond Fri, 20 Jun 2025 04:01:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75858
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman berkenan menghadiri Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat sempena sambutan ulang tahun kelahiran rasmi beliau yang ke-74 di Masjid Negeri di sini pada Khamis.

Majlis penuh berkat itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai tanda penghormatan dan doa bersama untuk kesejahteraan Tun Musa dan kemakmuran negeri Sabah.

Majlis yang diadakan saban tahun ini bertujuan memohon keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT kepada Yang di-Pertua Negeri dalam memimpin negeri serta mendoakan kemakmuran berterusan bagi rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Tun Musa tiba di perkarangan Masjid Negeri kira-kira jam 6.15 petang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin dan disambut oleh para pemimpin negeri serta para jemputan kehormat yang hadir.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmy Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli Solat Sunat Hajat, sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Suhaidi Kuanting dan Mufti Kerajaan Negeri, SS Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Solat Isyak berjemaah dilangsungkan kira-kira jam 7.48 malam sebelum para tetamu dijamu dengan hidangan malam yang disediakan khas bagi meraikan keberangkatan TYT. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/20/tun-musa-hadir-majlis-tahlil-doa-selamat-sempena-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt/feed/ 0 75858
Tujuh acara utama meriahkan Ulang Tahun ke-74 TYT Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/26/tujuh-acara-utama-meriahkan-ulang-tahun-ke-74-tyt-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/26/tujuh-acara-utama-meriahkan-ulang-tahun-ke-74-tyt-sabah/#respond Mon, 26 May 2025 07:53:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74557
Read Time:2 Minute, 47 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pada Jun ini bakal disemarakkan dengan tujuh acara utama yang mencerminkan semangat perpaduan dan kecintaan rakyat terhadap negeri.

Tujuh acara yang bakal diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah pada Jun ini .

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, berkata acara utama telah dirancang rapi sejak Februari lalu oleh Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana bagi memastikan kelancaran program tahunan negeri itu.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk, saya amat berbangga dengan komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Kita mahu acara ini bukan sekadar simbolik, tetapi benar-benar dirasai oleh rakyat,” katanya dalam sidang media khas di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, hari ini (26 Mei).

Katanya, antara acara yang dijadualkan termasuk Majlis Jamuan Teh bersama Kanak-Kanak Istimewa dan Anak-Anak Yatim yang akan diadakan pada 14 Jun. Acara ini melambangkan keprihatinan kepimpinan negeri terhadap golongan kurang bernasib baik dan bertujuan menyantuni mereka dalam suasana penuh mesra.

“Sambutan Hari Etnik Sabah pula akan berlangsung pada 15 Jun sebagai penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dan warisan etnik yang menjadi teras kekuatan masyarakat di negeri ini. Majlis ini bakal melibatkan penyertaan pelbagai komuniti etnik yang akan mempersembahkan budaya masing-masing.

“Pada 19 Jun, satu Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat akan dilangsungkan sebagai tanda kesyukuran serta doa untuk kesejahteraan TYT dan seluruh rakyat Sabah. Acara ini merupakan pengisian kerohanian yang menekankan elemen keharmonian antara agama,” katanya.

Tambahnya lagi pada kemuncak sambutan, empat acara akan berlangsung pada 21 Jun bermula seawal jam 6 pagi dengan Istiadat Perbarisan dan Perarakan di Padang Merdeka, di sini. Acara ini dijangka melibatkan lebih 80 kontinjen daripada jabatan kerajaan, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah, mencerminkan semangat perpaduan dan patriotisme rakyat Sabah.

“Selepas perarakan, akan diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad, sebagai penghargaan kepada kontinjen yang menunjukkan disiplin dan persembahan terbaik sepanjang istiadat berlangsung.

“Turut berlangsung pada hari yang sama ialah Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu. Majlis penuh istiadat ini akan menyaksikan penganugerahan kepada individu yang telah memberi sumbangan besar dalam pelbagai bidang demi kemajuan negeri.

“Sambutan ulang tahun ke-74 ini akan diakhiri dengan Majlis Jamuan Negeri pada malam, yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin negeri, wakil diplomatik, ketua-ketua jabatan dan tokoh masyarakat dalam suasana penuh muhibah dan penghargaan terhadap peranan semua pihak dalam pembangunan negeri,” katanya.

Dr Joachim juga menjelaskan sebagai tambahan kepada acara fizikal, pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sabah akan melaksanakan pemasangan papan iklan ucapan ulang tahun di kawasan masing-masing bermula awal Jun sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap kepimpinan TYT.

Katanya, raptai penuh bagi Istiadat Perbarisan akan diadakan beberapa hari sebelum acara kemuncak bagi memastikan semua pihak bersedia sepenuhnya. Beliau turut menyeru seluruh rakyat Sabah hadir beramai-ramai ke Padang Merdeka pada 21 Jun nanti.

“Sambutan ini bukan sekadar istiadat tahunan, tetapi satu lambang kasih sayang rakyat terhadap pemimpin tertinggi negeri serta semangat cintakan Sabah,” katanya dalam sidang media khas yang turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Setiausaha Sulit TYT, Izharudin Jalaludin; Pengarah Penyiaran Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali; dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/26/tujuh-acara-utama-meriahkan-ulang-tahun-ke-74-tyt-sabah/feed/ 0 74557
TYT, Ketua Menteri hadir Rumah Terbuka Aidilfitri di Papar https://sabahmedia.com/2025/04/20/tyt-ketua-menteri-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-di-papar/ https://sabahmedia.com/2025/04/20/tyt-ketua-menteri-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-di-papar/#respond Sun, 20 Apr 2025 09:46:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72343
Read Time:1 Minute, 6 Second

PAPAR: Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, berlangsung meriah hari ini dengan kehadiran lebih 18,000 pengunjung dari seluruh daerah Papar.

Majlis rumah terbuka yang diadakan di Dewan SMK Pengalat itu turut menerima kehadiran tetamu kehormat Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin, yang disambut mesra oleh para penganjur dan masyarakat setempat.

Mengiringi Tun Musa ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis bermula dengan ketibaan Ketua Menteri yang disambut oleh Datuk Armizan dan Datuk Ghulam sebelum beliau menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di pentas utama di luar dewan.

Setibanya Tun Musa dan isteri, mereka turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan di dalam dewan, diiringi oleh Ketua Menteri.

Majlis rumah terbuka itu turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional Hari Raya yang disediakan untuk para pengunjung, antaranya sate, rendang, lemang, ketupat, kuih-muih serta pelbagai jenis minuman dan makanan lain.

Selain itu, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk kumpulan Masmona Band, serta berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan tiket bertuah yang menambah lagi kemeriahan sambutan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/20/tyt-ketua-menteri-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-di-papar/feed/ 0 72343
PMBS kesal kenyataan pihak pertikai sambutan Hari Jadi TYT https://sabahmedia.com/2025/04/08/pmbs-kesal-kenyataan-pihak-pertikai-sambutan-hari-jadi-tyt/ https://sabahmedia.com/2025/04/08/pmbs-kesal-kenyataan-pihak-pertikai-sambutan-hari-jadi-tyt/#respond Tue, 08 Apr 2025 02:22:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71596
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan Parti Warisan Datuk Azis Jamman berhubung dengan sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah yang berlangsung selama tiga bulan.

Timbalan Presiden PMBS berkata, kenyataan itu adalah tidak tepat dan ia boleh menimbulkan kekeliruan serta bersifat memutarbelitkan fakta sebenar.

Katanya, sambutan hari jadi TYT Sabah adalah satu acara tahunan yang bertujuan untuk merayakan sumbangan TYT kepada negeri ini dan rakyat Sabah secara keseluruhan.

“Ia adalah satu penghormatan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada TYT atas peranannya yang amat penting dalam memimpin dan menaungi negeri ini dengan penuh kebijaksanaan.

“Acara ini tidak dilaksanakan selama tiga bulan, sebaliknya ianya merupakan satu siri aktiviti yang melibatkan pelbagai pihak yang dijalankan dalam satu jangka masa yang singkat iaitu pada bulan Jun sahaja.

“Pihak kami ingin menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Azis Jamman adalah salah dan tidak berdasarkan fakta yang sebenar,” katanya dalam kenyataan di sini.

Saifuddin turut berharap agar individu-individu yang membuat kenyataan sebegini lebih berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kepada umum supaya tidak timbul salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Kami meminta kepada sesiapa sahaja agar bertabayyun atau menyemak terlebih dahulu kesahihan berita dan bukan hanya membaca tajuk berita dan bergantung kepada satu sumber berita sahaja.

“Kami juga menyeru agar semua pihak lebih beradab dan menghormati intitusi Tuan Yang Terutama negeri inj sebagai institusi yang tertinggi di  negeri ini yang patut di hormati dan dipeliihara dinegeri ini.

“Berhati hati dan beradablah ketika membuat sebarang kenyataan berhubung apa saja yang melibatkan istana negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya turut yakin bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan terus komited dalam memastikan program-program yang dilaksanakan adalah untuk kebaikan rakyat dan negeri ini

Menurutnya, pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terjamin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/08/pmbs-kesal-kenyataan-pihak-pertikai-sambutan-hari-jadi-tyt/feed/ 0 71596