uae – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Jan 2025 06:17:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png uae – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lawatan ke Abu Dhabi, usaha strategik negara tingkat pelaburan asing https://sabahmedia.com/2025/01/16/lawatan-ke-abu-dhabi-usaha-strategik-negara-tingkat-pelaburan-asing/ https://sabahmedia.com/2025/01/16/lawatan-ke-abu-dhabi-usaha-strategik-negara-tingkat-pelaburan-asing/#respond Thu, 16 Jan 2025 06:17:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67011
Read Time:2 Minute, 37 Second

Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu telah mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Abu Dhabi, UAE sebagai sebahagian daripada usaha strategik negara untuk mempertingkatkan pelaburan asing ke negara ini.

Antara fokus utama lawatan ini adalah pertemuan dengan Pengurusan Tertinggi ADIA (Abu Dhabi Investment Autorithy), sebuah sovereign wealth fund antara terbesar di dunia dengan aset pelaburan melebihi USD 1 trilion.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri berpeluang berbincang dalam pelbagai perkara berkepentingan negara bersama Pengarah Urusan ADIA, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan.

Penganalisis yang juga Pakar Geaostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Azmi Hassan, berkata lawatan Perdana Menteri itu adalah penting kerana tumpuan negara pada masa ini adalah kepada sektor berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh diperbaharui yang memerlukan suntikan dana lebih besar.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Abu Dhabi, UAE pada 13 Januari 2025. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT – AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia

“Dua sektor ini semakin berkembang pesat dan menarik perhatian pelabur global. ADIA berpotensi untuk melabur dalam sektor-sektor ini, seperti yang dilakukan oleh ARAMCO di Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), Teluk Pengerang, Johor,” katanya.

Azmi berkata, strategi berjumpa secara bersemuka antara Perdana Menteri dengan Pengarah Urusan ADIA ini telah membuka ruang yang lebih luas dalam usaha negara mempertingkatkan pelaburan tertentu ke Malaysia bagi tahun ini dan tahun tahun mendatang.

Katanya, seperti yang diketahui umum Perdana Menteri adalah seorang sangat mahir berkomunikasi dan atas dasar itu beliau percaya dengan karisma yang dimilikinya menjadi antara faktor utama yang membuka ruang lebih besar dalam usaha menarik pelaburan demi kepentingan negara.

“Bagi saya pertemuan secara langsung dengan ADIA adalah penting……. ia telah memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk meyakinkan mereka tentang kestabilan politik dan ekonomi Malaysia sekaligus mempertingkatkan lagi pelaburan sedia ada.  

“Kestabilan negara dari segi politik dan ekonomi merupakan faktor utama yang dipertimbangkan oleh pelabur sebelum membuat keputusan melabur di sesebuah negara.

“Oleh itu, kehadiran Perdana Menteri dalam pertemuan tempoh hari lebih bertujuan untuk memberikan jaminan mengenai landskap pelaburan Malaysia yang kukuh dan berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, media melaporkan ADIA menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.

Hasrat itu disampaikan Pengarah Urusannya  dalam pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turut hadir dalam mesyuarat itu berkata komitmen berkenaan turut melibatkan pelaburan dalam transformasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Dalam pada itu, Perdana Menteri Alhamdulillah, Perdana Menteri menerusi hantaran  di Facebooknya, melahirkan kesyukuran mengenai lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE)  yang mencapai matlamat untuk memperkukuh hubungan dua hala dan persahabatan Malaysia-UAE.

Beberapa kerjasama baharu berjaya dimeterai termasuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan memperkasa inisiatif kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/16/lawatan-ke-abu-dhabi-usaha-strategik-negara-tingkat-pelaburan-asing/feed/ 0 67011
Saifuddin harus bertanggungjawab penuh isu lawatan PM ke Dubai, kata Anifah Aman https://sabahmedia.com/2022/04/12/saifuddin-harus-bertanggungjawab-penuh-isu-lawatan-pm-ke-dubai-kata-anifah-aman/ https://sabahmedia.com/2022/04/12/saifuddin-harus-bertanggungjawab-penuh-isu-lawatan-pm-ke-dubai-kata-anifah-aman/#respond Tue, 12 Apr 2022 10:18:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14184
Read Time:1 Minute, 49 Second

Kuala lumpur — Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah harus bertanggungjawab penuh atas kekeliruan membabitkan lawatan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyebabkan dua diplomat ke negara itu dipanggil pulang.

Bekas menteri luar Anifah Aman berkata, jika berada dalam situasi sama beliau akan mengendalikan siasatan dalaman terlebih dahulu.

Menurutnya, walaupun Wisma Putra sudah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa tindakan itu adalah kerana kegagalan mereka menyelaraskan pengurusan dan logistik, namun kedua-duanya tidak harus dipanggil pulang dengan tergesa-gesa.

“Ini memalukan negara dan menteri harus bertanggungjawab terhadap kekurangan di kementeriannya, beliau harus mempertahankan pegawainya.

“Saya berasa curiga bagaimana diplomat kanan dan berpengalaman boleh terlepas pandang maklumat penting terutama jika membabitkan hal ehwal perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.

Anifah turut menjelaskan ketika menjadi menteri luar, beliau akan berada di lapangan lebih awal untuk memastikan segala persediaan sudah dibuat.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan bahawa langkah memanggil pulang duta besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan konsul jeneral Malaysia di Dubai adalah disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Ismail ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Dua pegawai kanan terbabit gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan perdana menteri seperti yang sepatutnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi lawatan peringkat tertinggi negara di luar negara terutama semasa ketibaan perdana menteri di Dubai pada 29 Mac.

Kegagalan itu termasuk menyebabkan perdana menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh imigresen Dubai selain tiadanya liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk perdana menteri seperti amalan SOP.

“Lazimnya dalam apa keadaan sekalipun, seperti mana ketika perdana menteri menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York, walaupun kerajaan tuan rumah tidak dapat menyediakan taraf tetamu, ketua perwakilan Malaysia tetap menyediakan liputan dan kawalan keselamatan serta motoked yang mengikuti SOP untuk perdana menteri.

“Kedua-dua pegawai terbabit juga gagal memaklumkan kepada KLN di Putrajaya mengenai penganjuran World Government Summit (WGS) yang diadakan dalam kawasan Ekspo Dubai dan pimpinan tertinggi KLN hanya mengetahui mengenai WGS pada pagi 30 Mac melalui sumber lain dan sekiranya perkara ini dimaklumkan lebih awal, usaha pastinya dibuat supaya perdana menteri menyampaikan ucapan pada program berkenaan,” kata kementerian itu dalam kenyataan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/12/saifuddin-harus-bertanggungjawab-penuh-isu-lawatan-pm-ke-dubai-kata-anifah-aman/feed/ 0 14184
Malaysia Terima 1 Juta Dos Vaksin COVID-19 Daripada UAE https://sabahmedia.com/2021/08/14/malaysia-terima-1-juta-dos-vaksin-covid-19-daripada-uae/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/malaysia-terima-1-juta-dos-vaksin-covid-19-daripada-uae/#respond Sat, 14 Aug 2021 03:34:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4589
Read Time:1 Minute, 35 Second

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menerima sumbangan satu juta dos vaksin COVID-19 daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membantu Malaysia memerangi pandemik itu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan vaksin COVID-19 yang diterima Malaysia daripada beberapa negara kepada hampir lima juta dos.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sumbangan itu adalah hasil hubungan akrab antara Malaysia dan UAE, yang membawa manfaat bermakna terhadap usaha menangani COVID-19.

Katanya, ia bukan kali pertama UAE menghulurkan bantuan kepada Malaysia , berikutan negara itu turut menyumbang peralatan perubatan tahun lalu, yang membantu Malaysia di awal penularan wabak itu.

“Negara kita bakal menerima satu juta dos vaksin secara percuma sumbangan UAE. Syukur Alhamdulillah.

“Ini bukan kali pertama UAE hulur sumbangan. Tahun lepas, kita terima lebih tujuh tan peralatan perubatan pelbagai jenis yang banyak membantu usaha awal petugas barisan hadapan perubatan kita memerangi COVID-19.

“Bagi pihak Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawat, Yang Mulia Putera Abdullah Bin Zayed Al-Nahyan dan Kerajaan UAE.

“Keprihatinan yang sangat dihargai Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Hishammuddin mengumumkan Malaysia menerima sejumlah bantuan dan sumbangan hampir empat juta dos vaksin COVID-19 dan peralatan perubatan daripada beberapa negara sejak Jun lalu.

Antaranya oleh Arab Saudi menerusi Pusat Tindakan Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief), yang menyumbang satu juta dos vaksin serta 4.5 juta peralatan perubatan, antaranya terdiri daripada ventilator, oximeter, katil elektrik, PPE, sarung tangan dan pelitup muka bernilai AS$5 juta (RM21 juta).

Selain itu, Malaysia turut menerima sumbangan 415,000 dos vaksin AstraZeneca daripada United Kingdom, satu juta dos vaksin Pfizer daripada Amerika Syarikat, satu juta dos vaksin AstraZeneca daripada Jepun dan 500,000 dos vaksin Sinovac daripada China.

Brunei turut mengumumkan sumbangan kelengkapan perubatan bernilai RM1.7 juta, yang membantu usaha negara mengekang penularan COVID-19 di Labuan, Sabah dan Sarawak. BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/malaysia-terima-1-juta-dos-vaksin-covid-19-daripada-uae/feed/ 0 4589