ubahsuai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Aug 2021 08:25:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ubahsuai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Naik Taraf Masjid Pekan Semporna Mampu Tampung Sehingga 2,000 Jemaah https://sabahmedia.com/2021/08/01/naik-taraf-masjid-pekan-semporna-mampu-tampung-sehingga-2000-jemaah/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/naik-taraf-masjid-pekan-semporna-mampu-tampung-sehingga-2000-jemaah/#respond Sun, 01 Aug 2021 08:25:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3911
Read Time:47 Second

SEMPORNA : Masjid Pekan Semporna dijangka mampu menampung sehingga 2,000 jemaaah pada satu masa apabila kerja-kerja menaik taraf masjid berkenaan dijangka siap Mei 2022 depan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ketika ini masjid berkenaan hanya mampu menampung antara 800 hingga 1,000 jemaah berikutan ruang solat yang terhad.

“Proses naik taraf masjid ini bermula pada November 2019 yang lalu namun terhenti disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

“Apabila siap sepenuhnya tahun depan, saya pasti masjid ini akan menjadi tumpuan selain memberi keselesaan kepada jemaah kerana ia akan mampu menampung bilangan jemaah sehingga 2,000 orang,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Beliau sebelum ini diberi taklimat dari Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Semporna berhubung projek ubah suai dan bina baharu bangunan tambahan Masjid Pekan Semporna dalam lawatan kerja ke daerah itu.

Projek naik taraf masjid tersebut kini sudah mencapai 60 peratus siap.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/naik-taraf-masjid-pekan-semporna-mampu-tampung-sehingga-2000-jemaah/feed/ 0 3911