Ucap Takziah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Aug 2021 05:03:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ucap Takziah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Ucap Takziah Kepada Keluarga Tun Sakaran Dandai https://sabahmedia.com/2021/08/30/hajiji-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-sakaran-dandai/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/hajiji-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-sakaran-dandai/#respond Mon, 30 Aug 2021 05:03:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5517
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai yang meninggal dunia di sini, pada Isnin.

“Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun, bekas Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah terutama kepada isteri beliau, Toh Puan Siti Rukaiyah Abdullah atas pemergian suami beliau.

“Jasa Tun kepada Sabah amat besar. Moga roh dicucuri rahmat.

“Tun Sakaran adalah seorang tokoh yang sangat berjasa khususnya bagi Negeri Sabah. Jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Sakaran sama ada dalam politik, pentadbiran dan agama amat besar nilai dan maknanya untuk negeri dan negara,” katanya.

Sebelum ini, Tun Sakaran pernah memegang jawatan bekas Ketua Menteri Sabah dan bekas Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Beliau juga adalah Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang pertama dan pernah dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H Peringkat Kebangsaan.

Hajiji turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Tun Sakaran adalah pemimpin politik yang berpengaruh di negeri ini. Semoga seluruh keluarga besarnya sabar menghadapi dugaan ini.

“Mari bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama hamba yang dikasihi Allah SWT,” katanya.

Tun Sakaran pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semporna sejak 1967 sehingga tahun 1994 dan Ahli Parlimen Semporna sejak 1974 sehingga tahun 1990.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/hajiji-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-sakaran-dandai/feed/ 0 5517
Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Lajim Ukin https://sabahmedia.com/2021/08/29/ismail-sabri-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-lajim-ukin/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/ismail-sabri-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-lajim-ukin/#respond Sun, 29 Aug 2021 06:41:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5451
Read Time:41 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan kepada negara, Ismail Sabri mendoakan semoga segala khidmat baktinya mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin,” katanya dalam catatan di Facebooknya.

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.23 pagi tadi dan jenazahnya akan disemadikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort, Sabah.

Sepanjang hayatnya, Lajim, 66, pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/ismail-sabri-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-lajim-ukin/feed/ 0 5451
Ketua Menteri Sabah Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Datuk Lajim Ukin https://sabahmedia.com/2021/08/29/ketua-menteri-sabah-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-datuk-lajim-ukin/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/ketua-menteri-sabah-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-datuk-lajim-ukin/#respond Sun, 29 Aug 2021 05:31:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5444
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin, yang meninggal dunia di sini pada Ahad.

“Bagi pihak keluarga saya dan Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada Datin Seri Normila Siong atas kehilangan dan keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim yang tersayang.

“Datuk Lajim adalah pemimpin yang berdedikasi dan juga kawan yang baik serta telah banyak menyumbang kepada negeri dan negara sepanjang karier politiknya,” katanya.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Lajim adalah seorang pemimpin yang sangat berjasa, menyumbangkan masanya dan sentiasa berkongsi nasihat yang baik kepada parti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/ketua-menteri-sabah-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-datuk-lajim-ukin/feed/ 0 5444